Sep 24, 2009

10 wasiat Imam asy-Syahid Hassan al-Banna

zikrullah
Pertama kali didedahkan dengan usrah ketika di form 1, aku diperkenalkan dengan sejarah insan hebat bernama Hassan al-Banna, insan yg mengasaskan ikhwanil muslimin di Mesir..ketokohan beliau amat disegani teman dan lawan namun beliau akhirnya syahid setelah ditembak curi oleh seorang pembunuh upahan yg menembaknya di dada ketika beliau mahu membuka lampu bilik pejabatnya..perjuangan beliau tidak terhenti setakat itu sahaja, sebaliknya diteruskan oleh insan lain ang juga tidak kurang ketokohannya iaitu Syed Qutb..Mereka walaupun tidak saling mengenal secara fizikal namun kesatuan hati di bawah payung perjuangan Islam telah menyatukan hati2 mereka!! Seperti Imam asy-Syahih Hassan al-Banna, Syed Qutb juga akhirnya syahid..namun usaha dakwah dan penyatuan ummah ini terus berjalan hasil jerih Imam asy-Syahid Hassan al-Banna, dan ramai anak muridnya terkesan dengan ketokohannya lalu menjadi insan berani menegakkan kebenaran walau terpaksa bergadai nyawa!!AllahuAkbar!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kepergiannya bukan pemergian sia2, beliau bahkan meninggalkan jejak yang nyata buat seluruh umat Islam..bukan hanya laluan bahkan amalan!!al-Ma'thurat susunannya serta wasiat2nya masih tetap diamalkan dan diteruskan umat Islam kini..

Beliau menasihatkan dan mewasiatkan umat Islam dengan 10perkara:
01)Apabila saudara mendengar azan, maka tunaikanlah solat dengan apa cara sekalpun!!
02)Bacala al-Quran atau tatapilah buku2 atau pergilah mendengar perkara2 yg baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah saudara membuang masa sedikitpun dalam prkara yg tidak berfaedah
03)Berusahalah sedaya upaya utk bertutur dlm B.Arab yg betul kerana B.Arab yg betul itu adlah salah satu syiar Islam
04)Janganlah bertengkar dalam apa2 perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak membawa kebaikan sedikitpun!!
05)Janganlah byk ketawa kerana hati yg sentiasa berhubung dengan Allah Taala itu sentiasa tenang dan tenteram
06)Janganlah bergurau kerana umat yg brjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam stiap perkara
07)Janganlah saudara berckap dengan suara yg lebih nyaring dari yang dikehendaki oleh pendengar kerana itu adalah resam yg sia2 dan menyakiti hati orang lain
08)Jauhilah daripada mengumpat peribadi dan mengecam pertubuhan dan janganlah bercakap kecuali pd perkara yg boleh memberi faedah atau kebajikan
09)Berkenalanlah dengan setiap anggota ikhwanil muslimin yg saudara bertemu dengannya sekalipun dia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan dakwah itu ialah berkasih sayang dan berkenalan
10)Kewajipan2 kita lebih byk drpd mase yg kita ada, oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara2 bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya

No comments: