Sep 20, 2009

Kisah benar

zikrullah
Sedikit paparan kisah hidup manusia yg gilakan dunia dan isinya(based on true story)..
1) Asalnya dia bukanlah seorg yg kaya, bahkan tidak mampu mengupah sesiapapun utk menjaga anak2nya yg masih kecil lantas diserahkan kpada ibunya bagi menjaga anak tersebut..biarlah ku namakannya Z..si ibu tidak kisah malah gembira dapat menjaga cucu2 sendiri..nenek dan atuk menjaga cucu mereka yg diamanahkan pada mereka bagai menatang minyak yg penuh, bahkan pakaian, makan dan minum mereka yg sediakan lantaran anak dan menantunya tiada waktu kerana terpaksa bekerja keras mencari wang..biarlah kunamakan atuk dan nenek dengan A dan B..Hari demi hari berlalu..anak2 itu makin besar manakala ibu bapanya pula makin maju dalam perniagaan..biarlah bapaknya kugelarkan Y..anak2 diambil semula dan dijaga sendiri, kala itu anak2 mereka sudah besar..si Z tidak lama kemudian melahirkan seorg puteri dan diberi kepada pengasuh(tidak lagi kepada ibunya) utk dijaga lantaran telah memiliki kewangan yg kukuh..beberapa tahun kemudian seorg lagi puteri dilahirkan dan demikian juga, dia diserahkan kepada pengasuh utk dijaga..(keduanya diasuh di rumah—pengasuh tu boleh dikatakan bibik la..)Luruh hati dan perasaan seorang ibu(A) pabila sedar bahwa anak perempuannya itu bukanlah seorg anak yg baik..diketahui pelbagai lakunya yang kurang enak seperti menipu dalam perniagaan, menipu dalam urusan jual beli tanah dan lainnya namun didiamkan walau dia ketahui memang anaknya itu memiliki sifat sedemikian sejak dari kecil(ingatkan dah berubah bila dah kerja dan berkeluarga)..sabar seorg ibu tetap ada hadnya pabila dia mengisahkan kepada anak lain bagaimana keadaan hidup si Z semasa susah dahulu namun Z masih angkuh malah tidak menghadiri hari kematian B, bapanya sendiri(mungkin suaminya tidak izinkan)..Setelah kematian sang ayah, Z mula mengatur rancangan jahat ingin membolot harta tinggalan si ayah namun akhirnya gagal kerana kesepakatan si ibu dan anak2 yg lain utk melaksanakan pembahagian pusaka berasaskan hukum Faraidh dengan tujuan mengelakkan Z dan suaminya mendapat apa yg nafsu jahat mereka inginkan..hal ini terpaksa dilakukan setelah rundingan dilakukan dengan Z semuanya gagal kerana mereka tetap mahukan bahagian si ibu..masakan anak2 lain akan benarkan si ibu diperkotak-katikkan seorang anak durjana seperti Z..Maka jadilah si Z org yg rugi kerna hanya dapat satu bhgian dari harta pusaka(padan muka!!)..walau hartanya telah bertimbun namun dirasanya masih belum mencukupi bahkan hendak mengaut untung seorang diri!! Mungkin inilah yg digambarkan oleh Allah S.W.T mengenai org yg ada penyakit dalam hatinya iaitu tidak merasa cukup dengan segala kurniaan Tuhan Yg Maha Kaya..apakah dia kira dgn kekayaan dapat membantunya ke syurga spt AbdurRahman bin Auf dan Siti Khadijah?? Tidak layak baginya dek kerana keegoannya, kederhakaannya terhadap Allah malah kerana kedegilannya tunduk kepada Allah..

2) Juga mengenai harta namun berbeza sedikit..Kisahnya begini, si A dan B adalah dua beradik yg memang diketahui agak renggang hubungannya namun tidaklah sampai ada perang saudara antara keduanya..rumah mereka bersebelahan malah bersambung namun tidak pernah bersua, kalau adapun kadang2,itupun tidak mesra seperti layaknya seorang kakak melayani adiknya dan sebaliknya..Suatu hari, ibu mereka memanggil mereka dan menyatakan pembahagian pusaka utk mereka..dinyatakan bahwa tanah di mana letaknya rumah mereka adalah milik si adik iaitu si B..sebagaiman diketahui, hubungan mereka memang renggang namun tak disangka si B sanggup menghalau si A dari rumahnya malah memaksa si A merobohkan bahagian rumah mereka!!si A terpaksa akur kerna tanah itu adalah milik adiknya..si A dan suaminya terpaksa merobohkan rumah mereka dan membina rumah baru tidak atas tanah bahagian mereka tidak jauh dari rumah si B..Sebenarnya A mahu menjual bahagian rumahnya kepada B dengan harga m5000, namun B tidak mahu dan berkeras nak rumah A dirobohkan dan bina rumah baru.. mungkin si A tidak kisah kerana B adalah adiknya sendiri..si A terpaksa mengeluarkan simpanannya sendiri utk membayar kos merobohkan rumahnya dan bersama suaminya membayar harga pembinaan rumah baru mereka..si B langsung tidak pedulikan hal ehwal kakaknya sendiri seperti bgmana keadaanya semasa bermalam dalam rumah separa roboh dan rumah separa siap??!!**ku heran dengan dunia ini, bagaimana adik-beradik boleh bergaduh sebegitu rupa hanya kerana harta??di manakah letaknya perasaan kemanusiaan, kasih saying sesame keluarga dan kerabat mereka??tidakkah mereka fikir adik-beradik adalah saudara terdekat yg akan mendampingi mereka jika ada apa2 berlaku dalam kehidupan mereka kelak??hebatnya godaan nafsu dan syaitan dalam memporak-perandakan Bani Adam!!..sekadar teringat soalan Saidina Umar ibnul Khattab r.a terhadap Imam Hassan al-Basri r.a tatkala dilihatnya Imam Hassan sedang berbincang dengan sahabat2nya di dalam sebuah masjid..Saidina Umar, “siapakah antara kalian yg paling wara’ lagi alim?”, “Beliau yakni Hassan al-Basri”,jawab sahabat Imam Hassan al-Basri serentak..Saidina Umar lantas mengajukan soalan kepada Hassan al-Basri, “apakah yg menghidupkan agama dan apa pula yg merosakkannya?”, Imam Hassan al-Basri menjawab dengan tenang dan yakin, “yang menghidupkan agama adalah sabar manakala yang merosakknya adalah tamak”..Saidina Umar kagum dengan kepintaran pemuda itu(Hassan alBasri ketika itu masih muda, mungkin belasan tahun)..lantas Saidina Umar meneruskan, “Engkau benar hai anak muda” lalu Saidina Umar r.a meniggalkan mereka, membiarkan mereka terus berbicara..pada Saidina Umar, jika tiada seorgpun yg boleh menjawabnya tadi, pasti dihalaunya keluar dari masjid itu saat itu juga kerna baginya xlayak org yg tidak tahu hal itu utk berbicara di dalam masjid sebegitu rupa..“Ya Allah lindungilah diriku, keluargaku dan turunanku dari kecelakaan seperti ini, kurniakanlah daku isteri dan zuriat keturunan yg menyejukkan mata yg memandang dan jadikanlah kami pemimpin org2 yg bertaqwa serta bangkitkanlah kami bersama org2 yg soleh..Amiin”

No comments: