Sep 20, 2009

PEOPLE’s VOICE


 10 adab dengan rakan sebaya:

• Beri salam atau ucapkan terima kasih

• Sentiasa saling menghormati

• Sentiasa sedia membantu ke arah kebaikan

• Berbincang secara beradab

• Jauhi pergaduhan, pertengkaran etc

• Jauhkan diri dari gelak dan gurau berlebih-lebihan

• Sabar dan rendah diri

• Amalkan budaya kemesraan

• Dorong utk amalkn sifat terpuji

• Jaga maruah dan nama baik keluarganya

1) Rasulullah S.A.W bersabda,“Jika kamu hendak menghafal (mempelajari) sesuatu ilmu maka hendaklah kamu membiasakan diri dengan 5 perkara iaitu (1)solat malam walaupun 2 rakaat,(2)…xingat…,(3)makan bukan kerana syahwat atau nafsu,(4)sentiasa dalam keadaan berwudhu’,(5)banyakkan bersiwak(esp sebelum mula belajar)                                                         
   [Us Najib Nubhan - Kuliah Tajwid, SASER, 25/1/07]

2) Untuk maju mesti (1)hapuskan kejahilan,(2)hapuskan kemiskinan,(3)hapuskan penyakit jasmani dan rohani,(4)sabar
[Prof. Dr. Yusof Husin- Ceramah Ma’al Hijrah, SASER, 20/1/07]

3) Penghalang kepada hidayah Allah, antaranya: jahil; *tidak berusaha tuntut ilmu; *tidak beramal dengan ilmu; *sombong; *banyak buat maksiat
[Ustazah Arbaayah- P&P, SASER]

4) -Luqmanul Hakim mengatakan mengenai manusia; kalau ada 1 sifat hendaklah sifat itu beragama, kalau 2 hendaklah beragama dan berharta, kalau 3 hendaklah beragama, berharta dan malu, kalau 4 hendaklah beragama, berharta, malu dan berbudi, kalau 5 hendaklah beragama, berharta, malu, berbudi dan pemurah dan kalau 6 hendaklah sempurna semua sifat itu atas dirinya barulah jadi manusia baik.
-Dosa bawa penyakit kepada manusia.
-Penyakit ada 4 perkara iaitu pada nafsu dan jiwa (ubatnya: akal), syaitan (ubatnya: al-Quran), majlis munkar(ubatnya: majlis zikir), wanita jahat(ubatnya: wanita solehah)
            [ Us. Hj Othman b. Aman- Ceramah Ramadhan, SASER, 25/9/07]

5) Iman terbahagi kepada 5 jenis, iaitu:
Iman ilmu – berdasarkan akidah beserta dalil dan hujah.
Iman iyan – lahir daripada penumpuan hati yg tidak lalai kepada Allah.
Iman haq – lahir daripada penglihatan mata hati kepada Allah.
Iman hakikat – lahir daripada individu yg tidak nampak sesuatu kecuali Allah.
Iman taklid – lahir daripada pengajaran dan penerimaan daripada guru tanpa dalil
[Ustazah Arbaayah- P&P, SASER]


No comments: