Dec 28, 2009

sahabat2 berciri madrasah Rasulullah

Telah diterangkan bahwa para ashab RasulilLah sallalLahu alaihi wa sallam sebelum ini punyai ciri2 keutamaan spt produktif,berani,berkualiti dan berfikir,lebih2 lagi yg convert ketika dakwah dan strategi secara rahsia. Namun siapakah mereka2 ini yg mendapat didikan khusus dari Rasulullah sepanjang usaha dakwah di Makkatul mukarramah, lebih spesifik lagi di rumah Arqam bin abi al-Arqam..walau sebenarnya xbgitu penting namun tetap mau diutarakan yaitu seramai 60 org yg terdiri dari berbagai kabilah. mereka2 ini memeluk Islam sejak waktu RasululLah melaksanakan dakwah dan strategi secara rahsia. Ada di anatara mereka ini yg diIslamkan oleh yang lainnya spt Talhah bin Ubaidillah yg diIslamkan oleh Abu Bakar as-Siddiq. Bukanlah utk tidak menidakkan ashab lain spt Umar al-Khattab, Khalid al-Walid dan Abu Sufyan namun hanya untuk mengetengahkan kekuatan aqidah dan peranan mereka..

Mereka2 inilah yg selamanya mendukung kegiatan dakwah RasululLah selama di Makkah. Contohnya Abu Bakar as-Siddiq dan Ali bin Abi Talib serta Asma,mereka2 ini insan2 yg xkenal erti sengsara demi Islam. Abu Bakar walau nasab Quraisynya lemah namun dengan akhlaq dan kemampuan diri berjaya mengIslamkan dan menarik orang lain untuk memeluk Islam, Ali walau masih kecil namun dialah kanak2 paling dekat dengan Rasulullah yg sentiasa bersama Baginda dan menjadi insan pertama selain Rasulullah yg solat-yakni solat di luar Makkah b4 turun perintah solat- manakala Asma dan wanita lain turut berperanan penting dengan sedaya upaya menyembunyikan kegiatan dakwah dan sedaya upaya membantu suami dan keluarga dalam menjalankan kegiatan dakwah(peranan wanita dalam peringkat awal dakwah Islam memang tidak dapat dinafikan). Justru tdak hairanlah jika 3 dari 4 ashab-kecuali Umar al-Khattab- yg memegang jawatan sbg khalifah Rasulullah dan 9 dari 10 sahabat-kecuali Umar al-Khattab- yg dijamin syurga terdiri dari kalangan mereka

Inilah ciri2 insan yg diharap oleh Islam yaitu golongan yg rela demi Islam nyawa terkorban,demi Islam harta ditinggal hanya kerana mahu mendapatkan cinta Allah dan Rasul-Nya. Sungguh dakwah di Makkah yg lebih menekankan pembentukan aqidah yang mantap berjaya melahirkan insan hebat yg sentiasa berjuang di sisi Baginda. Kekuatan aqidah inilah yg menjadikan mereka ini tidak mudah dilemahkan keimanannya hatta walau apa pun yg diutarakan oleh kaum kuffar mengenai Rasulullah namun mereka tetap bersama di sisi Rasulullah. Kekuatan aqidahlah yg membuatkan Bilal bin Rabah walau didera dan badan ditanam di dalam tanah namun tetap teguh mengucapkan kalimah Allah dan Ahad..

Realitinya kini,bgmn sikap kita dalam meneladani kemantapan aqidah para ashab RasulilLah sallalLahu alaihi wa sallam..benarlah sabda Rasulullah mengenai keadaan umatnya kelak yang akan diinjak oleh kafirun kerana iman mereka seperti buih di lautan yakni banyak tapi mudah pecah(iman dan aqidah lemah) serta akan ada golongan yang terkena penyakit wahan yakni cinta dunia dan takut mati.

Kesimpulannya, demi umat ini, dalam rangka membentuk peribadi muslim sejati harusnya bermula dengan pemantapan aqidah kerana dengan kemantapan aqidah jiwa kita akan sentiasa dibasahi perjuangan demi agama tercinta hingga berkesanggupan membela agama dengan seluruh harta,jiwa dan raga. Dari kemantapan aqidah bermula pembentukan akhlaq Islam serta ibadah yg murni..

Akhir kata, Islamnya seseorang bukan kerana nama dan keturunan namun kerana aqidahnya yakni dia beraqidah dengan aqidah seorang muslim..wallahu a'lam

No comments: