Sep 20, 2009

RAMADHAN 1430H-the end-

Ramadhan al-Mubarak sudah tiba di penghujungnya..namun bagaimana hasil latihan dan refresh selama sebulan ini?? Adakah mencukupi untuk menghadapi cabaran di 11bulan yang lain sebelum kembali ke kem latihan?! Itupun jika roh dan jasad belum terpisah ketika kita dalam perjuangan menentang nafsu..

Latihan melawan nafsu sudah selesai namun adakah latihan ini berhasil?! Tepuk dada tanya iman..sekiranya gagal maka sia2lah peluang yang Allah Taala telah berikan kepada kita!! Adakah cukup ramadhan itu dihiasi dengan tarawih dan zakat fitrah tanpa disaluti dengan emas dan perak dari amalan2 sunat lainnya serta dihakis segala kotorannya dengan taubat dan menjauhi yang dilarang!!

Ingatlah bahwa Ramadhan ini bukan sekadar satu bulan, bukan sekadar satu barkah!! Bahkan 29 hari yang dimudahkan Allah Taala agar kita berjuang kerana-Nya..Dia merantai para syaitan, Dia menawarkan pelbagai ganjaran, Dia membantu kita melemahkan nafsu, Dia membantu kita menahan syahwat, Dia memberi kita amalan tambahan yang hanya ada pada bulan Ramadhan, Dia menganugerahkan kita nikmat dll..adakah segala kemudahan yang telah Dia kurniakan ini belum cukup buat kita?? Lalu apakah lagi yang kita mahukan?? Allah Maha Pemurah lagi Maha Memberi namun kita??bukankah patutnya kita seperti Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam yang bengkak kakinya beribadah kerana malu dengan segala kurniaan-Nya!! Apakah kita tiada rasa malu atas semua kurniaan-Nya?! Tepuk dada tanya iman..

Kini segala kemudahan itu sudah tiada, bahaya yang menanti makin berat..ayuh siap sediakan bala tentera bagi mempertahan kubu keimanan, jika perlu ayuh kita gempur kekuatan musuh..carilah kekuatan kita bagi menggempur kekuatan musuh..carilah kelemahan musuh agar kita bisa melemahkan kekuatannya..jika latihan yang diberi dulu tidak kita ikuti dengan serius maka mungkin masuk sahaja di medan pertempuran maka kita akan rebah atau tewas..rebah dahulu kerana awal2 lagi sudah tidak berani melawan, mengalah awal kerana tidak punyai kekuatan untuk melawan..

Kini syawwal menjelang menandakan saatnya kita memulakan kehidupan dengan gaya baru, adakah sama dengan dulu atau lebih baik itu tergantung pada pembawaan karakter masing2, Allah Taala telah menjanjikan bahwa sesiapa yang mahu mengikuti petunjuk-Nya maka Dia akan memudahkan jalan menuju-Nya.. namun jika sebaliknya?? maka jadilah kita orang2 yang sekadar melambai dari jauh kerana tidak mampu untuk menghampiri..

Kesimpulannya, berjayakah kita?? Ramadhan itu:
 Permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah dan hujungnya itqun minannar
 Bulan yang diwajibkan ber”puasa” padanya agar moga2 kita menjadi insan bertaqwa
 Bulan menekuni diri dengan ibadah dan puasa dengan penuh keimanan dan penghayatan
 Bulan yang ada padanya satu malam yang disebut “lalilatulqadar”
 Bulan yang jika tiada ampunan dari-Nya maka sedialah hadapi neraka-Nya, maka taubatlah
 Waktu untuk melatih diri JERI agar selalu terpelihara
Waktu terbaik untuk mula berubah!!

meh sesame dgr jap..

zikrullah
bwat ssp yg nk dptkan cramah us.Shamsuri,mp3 format,bleh layari
http://sumiiz.multiply.com/journal/item/2/MP3_Ceramah_Ustaz_Shamsuri_Ahmad

object width="425" height="344">

Kisah benar

zikrullah
Sedikit paparan kisah hidup manusia yg gilakan dunia dan isinya(based on true story)..
1) Asalnya dia bukanlah seorg yg kaya, bahkan tidak mampu mengupah sesiapapun utk menjaga anak2nya yg masih kecil lantas diserahkan kpada ibunya bagi menjaga anak tersebut..biarlah ku namakannya Z..si ibu tidak kisah malah gembira dapat menjaga cucu2 sendiri..nenek dan atuk menjaga cucu mereka yg diamanahkan pada mereka bagai menatang minyak yg penuh, bahkan pakaian, makan dan minum mereka yg sediakan lantaran anak dan menantunya tiada waktu kerana terpaksa bekerja keras mencari wang..biarlah kunamakan atuk dan nenek dengan A dan B..Hari demi hari berlalu..anak2 itu makin besar manakala ibu bapanya pula makin maju dalam perniagaan..biarlah bapaknya kugelarkan Y..anak2 diambil semula dan dijaga sendiri, kala itu anak2 mereka sudah besar..si Z tidak lama kemudian melahirkan seorg puteri dan diberi kepada pengasuh(tidak lagi kepada ibunya) utk dijaga lantaran telah memiliki kewangan yg kukuh..beberapa tahun kemudian seorg lagi puteri dilahirkan dan demikian juga, dia diserahkan kepada pengasuh utk dijaga..(keduanya diasuh di rumah—pengasuh tu boleh dikatakan bibik la..)Luruh hati dan perasaan seorang ibu(A) pabila sedar bahwa anak perempuannya itu bukanlah seorg anak yg baik..diketahui pelbagai lakunya yang kurang enak seperti menipu dalam perniagaan, menipu dalam urusan jual beli tanah dan lainnya namun didiamkan walau dia ketahui memang anaknya itu memiliki sifat sedemikian sejak dari kecil(ingatkan dah berubah bila dah kerja dan berkeluarga)..sabar seorg ibu tetap ada hadnya pabila dia mengisahkan kepada anak lain bagaimana keadaan hidup si Z semasa susah dahulu namun Z masih angkuh malah tidak menghadiri hari kematian B, bapanya sendiri(mungkin suaminya tidak izinkan)..Setelah kematian sang ayah, Z mula mengatur rancangan jahat ingin membolot harta tinggalan si ayah namun akhirnya gagal kerana kesepakatan si ibu dan anak2 yg lain utk melaksanakan pembahagian pusaka berasaskan hukum Faraidh dengan tujuan mengelakkan Z dan suaminya mendapat apa yg nafsu jahat mereka inginkan..hal ini terpaksa dilakukan setelah rundingan dilakukan dengan Z semuanya gagal kerana mereka tetap mahukan bahagian si ibu..masakan anak2 lain akan benarkan si ibu diperkotak-katikkan seorang anak durjana seperti Z..Maka jadilah si Z org yg rugi kerna hanya dapat satu bhgian dari harta pusaka(padan muka!!)..walau hartanya telah bertimbun namun dirasanya masih belum mencukupi bahkan hendak mengaut untung seorang diri!! Mungkin inilah yg digambarkan oleh Allah S.W.T mengenai org yg ada penyakit dalam hatinya iaitu tidak merasa cukup dengan segala kurniaan Tuhan Yg Maha Kaya..apakah dia kira dgn kekayaan dapat membantunya ke syurga spt AbdurRahman bin Auf dan Siti Khadijah?? Tidak layak baginya dek kerana keegoannya, kederhakaannya terhadap Allah malah kerana kedegilannya tunduk kepada Allah..

2) Juga mengenai harta namun berbeza sedikit..Kisahnya begini, si A dan B adalah dua beradik yg memang diketahui agak renggang hubungannya namun tidaklah sampai ada perang saudara antara keduanya..rumah mereka bersebelahan malah bersambung namun tidak pernah bersua, kalau adapun kadang2,itupun tidak mesra seperti layaknya seorang kakak melayani adiknya dan sebaliknya..Suatu hari, ibu mereka memanggil mereka dan menyatakan pembahagian pusaka utk mereka..dinyatakan bahwa tanah di mana letaknya rumah mereka adalah milik si adik iaitu si B..sebagaiman diketahui, hubungan mereka memang renggang namun tak disangka si B sanggup menghalau si A dari rumahnya malah memaksa si A merobohkan bahagian rumah mereka!!si A terpaksa akur kerna tanah itu adalah milik adiknya..si A dan suaminya terpaksa merobohkan rumah mereka dan membina rumah baru tidak atas tanah bahagian mereka tidak jauh dari rumah si B..Sebenarnya A mahu menjual bahagian rumahnya kepada B dengan harga m5000, namun B tidak mahu dan berkeras nak rumah A dirobohkan dan bina rumah baru.. mungkin si A tidak kisah kerana B adalah adiknya sendiri..si A terpaksa mengeluarkan simpanannya sendiri utk membayar kos merobohkan rumahnya dan bersama suaminya membayar harga pembinaan rumah baru mereka..si B langsung tidak pedulikan hal ehwal kakaknya sendiri seperti bgmana keadaanya semasa bermalam dalam rumah separa roboh dan rumah separa siap??!!**ku heran dengan dunia ini, bagaimana adik-beradik boleh bergaduh sebegitu rupa hanya kerana harta??di manakah letaknya perasaan kemanusiaan, kasih saying sesame keluarga dan kerabat mereka??tidakkah mereka fikir adik-beradik adalah saudara terdekat yg akan mendampingi mereka jika ada apa2 berlaku dalam kehidupan mereka kelak??hebatnya godaan nafsu dan syaitan dalam memporak-perandakan Bani Adam!!..sekadar teringat soalan Saidina Umar ibnul Khattab r.a terhadap Imam Hassan al-Basri r.a tatkala dilihatnya Imam Hassan sedang berbincang dengan sahabat2nya di dalam sebuah masjid..Saidina Umar, “siapakah antara kalian yg paling wara’ lagi alim?”, “Beliau yakni Hassan al-Basri”,jawab sahabat Imam Hassan al-Basri serentak..Saidina Umar lantas mengajukan soalan kepada Hassan al-Basri, “apakah yg menghidupkan agama dan apa pula yg merosakkannya?”, Imam Hassan al-Basri menjawab dengan tenang dan yakin, “yang menghidupkan agama adalah sabar manakala yang merosakknya adalah tamak”..Saidina Umar kagum dengan kepintaran pemuda itu(Hassan alBasri ketika itu masih muda, mungkin belasan tahun)..lantas Saidina Umar meneruskan, “Engkau benar hai anak muda” lalu Saidina Umar r.a meniggalkan mereka, membiarkan mereka terus berbicara..pada Saidina Umar, jika tiada seorgpun yg boleh menjawabnya tadi, pasti dihalaunya keluar dari masjid itu saat itu juga kerna baginya xlayak org yg tidak tahu hal itu utk berbicara di dalam masjid sebegitu rupa..“Ya Allah lindungilah diriku, keluargaku dan turunanku dari kecelakaan seperti ini, kurniakanlah daku isteri dan zuriat keturunan yg menyejukkan mata yg memandang dan jadikanlah kami pemimpin org2 yg bertaqwa serta bangkitkanlah kami bersama org2 yg soleh..Amiin”

Rintihan cinta

zikrullah
Ya Allah, kurniakan daku rasa lazat-Nya mengingati-Mu, nikmatnya makrifat kepdamu-Mu, indahnya kala berdamping dgn-Mu saat hilangnya selain-Mu dari dalam hatiku..Ya Allah, bgmn diri ini bisa mencari-Mu, menggapai kekuatan utk terus merasa lazat dan tenang di samping-Mu..Tunjukilah daku Ya Allah, jalan-Mu yg lurus agar aku terselamat dari segala bentuk godaan..Apakah yg dapat hartaku, duniaku, nafsuku, serta makhluk lainnya berikan kepadaku jika tiada izin dari-Mu??Mengapa diri ini lebih mementingkan yg lemah dari yang Maha Kuat??
Ya Allah, lenyapkanlah rasa rindu kpd selain-Mu dari diriku ini (walau sekejap) agar dapat kurasai nikmatnya berdamping dengan-Mu..Timbulkanlah dalam diri ini sinar keinsafan terhadap segala khilafku agar bisa diri ini kembali kepada fitrah kejadianku..jadikanlah diri ini antara hamba-Mu yg selalu bersyukur atas nikmat2-Mu dan sedar akan keagungan-Mu..
Ya Allah, kurniakanlah diri ini kekuatan utk mengikuti jejak langkah hamba2-Mu yg terpilih..
Ya Allah, kutahu diri ini seringkali tanpa segan memohon redha-Mu, memohon hidayah-Mu serta lainnya, walau kusedari seringkali kuingkari perintah-Mu malah berani melakukan larangan-Mu!!Layakkah daku??layakkah diri yg kotor dan penuh dgn noda ini utk berdamping dgn-Mu dan memohon pelbagai permintaan agar diperkenankan??
Ya Allah, hinanya kurasakan diri in di sisi-Mu, langsung tidak timbul rasa malu dgn segala kurniaan-Mu..Meminta tanpa membalas( buat amal soleh) walau kusedar hakikatnya Engkau tidak memerlukan diri ini malah diri inilah yg sebenarnya mendambakan dan mengharapkan cinta-Mu..

luahan rindu

zikrullah
Ya Allah, kusedari bahwa diri ini telah jauh terpesong dari jalan-Mu yg murni, namun tanpa bimbingan-Mu, tiadalah petunjuk bagiku..
Wahai Tuhanku, adakah tiadanya hidayah dari-Mu kerna tidak layaknya diri ini lantaran kefasikanku, atau kezalimanku?(as-Saff;5,7) atau kerna kemunafikanku?(al-Baqarah;16)..
Ya Allah dgn rahmat dan kasih syg-Mu, kurniailah hamba-Mu yg dhaif lg lemah ini taufik dan hidayah-Mu agar aku bisa terus berada di bawah naungan-Mu, terus mendapat tarbiyah dari-Mu wahai Yang Maha Suci..
Hanya Engkaulah yang berkuasa memberi hidayah bagi sesiapa yang Engkau kehendaki..
Ya Allah, hamba-Mu yg lemah ini sering terpesona dgn indahnya dunia meski rasul-Mu pernah menggambarkan bahwa dunia ini nilainya tidak lebih dari sekadar bangkai seekor kambing bahkan lebih hina!!
Tanpa bimbingan-Mu maka tiadalah jalan keluar(dari panah duniawi) bagiku..
Ya Allah, jadikanlah daku antara hamba-Mu yg memandang ukhrawi melebihi duniawi..yang mampu membalas setiap hujah iblis yg sering membisikkan dan meragukan hati ini walau kusedari mereka adalah musuhku yg nyata sbgmana firman-Mu, “..dia(iblis) adalaha musuh yg nyata bagimu”(Yasin;60)..
Ya Allah, hinanya diri ini di sisi-Mu..adakah layak diri ini berdampingan dgn-Mu? sedangkan diri ini seringkali alpa dari mengingati-Mu!!
Bahkan, lebih mengutamakan thulul amal dari zikrullah dan zikrulmaut, lebih menghayati buku lainnya dari kitab-Mu yg suci dan lebih mengharap pd makhluk dari keagungan Khaliq walau kutahu tiada yg abadi dan berkuasa selain-Mu..(makhluk itu muhaddas dan setiap yg muhaddas itu lemah, maka logiknya??..yg minta pada yg lemah pasti lebih lemah!!)
Ya Allah, diri ini mampu menangis saat hilangnya insan tersayang namun tegar tidak menangis apbl sering alpa kpada-Mu dan melakukan dosa..
Diri ini sering rasa bersalah apbl gagal laksanakan undang2 manusia yg bersifat duniawi namun tidak merasa apa2 kala melanggar perintah-Mu..
adakah kerana hitamnya hati ini lantaran bykny dosa2ku sebagaimana firman-Mu, “Dalam hati mereka ada penyakit lalu Allah tambahkan penyakit itu , dan mereka mendapat azab yg pedih kerna mereka berdusta”(al-Baqarah;10) kerna pendustaan yg kulakukan(as-Saff;2-3)..
Ya Allah, kurniakanlah diri ini kekuatan bg merobohkan bisikan iblis dan syaitan la’natullah..
Kurniakanlah daku kekuatan bg menggempur asakan nafsu ammarah juga lawwamah yg sering berusaha merosakkan pemikiran ini dan melalaikan diri ini dari menginagti-Mu..
Ya Allah kurniakanlah daku kekuatan utk selalu ingat kepada-Mu dan bertaubat kepada-Mu..
Ya Allah sinarilah diri ini dgn nur hidayah-Mu, kerna, kutahu dengan yakin dan ikhlas!hanya Engkaulah Yang Maha Kuasa, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Memberi dan Maha Kaya lagi Maha Pengampun..sungguh! ku amat merindui tarbiyah dan hidayah dari-Mu..

Konklusi pesanan dari guru2ku

Jgnlah cari dunia melaenkan kamu yakin kamu slamat,jgnlah mengejar yg halal scra brlbihan krane akan menutup masemu utk akhrat..kesimpulanny,imbangilah ntra dunia dan akhratmu dan ini memerlukan ilmu krane imam as-Syafie ad brkate-jikalau kamu nak dunia, perlukan ilmu, nk akhrat perlukan ilmu, nk kdueny jgak perlukan ilmu”…ingatlah juge utk utamakan yg fardhu `ain krane haram mncari dunie jk xlengkp ilmu fardhu `ain(kasyful asrar)…

PEOPLE’s VOICE


 10 adab dengan rakan sebaya:

• Beri salam atau ucapkan terima kasih

• Sentiasa saling menghormati

• Sentiasa sedia membantu ke arah kebaikan

• Berbincang secara beradab

• Jauhi pergaduhan, pertengkaran etc

• Jauhkan diri dari gelak dan gurau berlebih-lebihan

• Sabar dan rendah diri

• Amalkan budaya kemesraan

• Dorong utk amalkn sifat terpuji

• Jaga maruah dan nama baik keluarganya

1) Rasulullah S.A.W bersabda,“Jika kamu hendak menghafal (mempelajari) sesuatu ilmu maka hendaklah kamu membiasakan diri dengan 5 perkara iaitu (1)solat malam walaupun 2 rakaat,(2)…xingat…,(3)makan bukan kerana syahwat atau nafsu,(4)sentiasa dalam keadaan berwudhu’,(5)banyakkan bersiwak(esp sebelum mula belajar)                                                         
   [Us Najib Nubhan - Kuliah Tajwid, SASER, 25/1/07]

2) Untuk maju mesti (1)hapuskan kejahilan,(2)hapuskan kemiskinan,(3)hapuskan penyakit jasmani dan rohani,(4)sabar
[Prof. Dr. Yusof Husin- Ceramah Ma’al Hijrah, SASER, 20/1/07]

3) Penghalang kepada hidayah Allah, antaranya: jahil; *tidak berusaha tuntut ilmu; *tidak beramal dengan ilmu; *sombong; *banyak buat maksiat
[Ustazah Arbaayah- P&P, SASER]

4) -Luqmanul Hakim mengatakan mengenai manusia; kalau ada 1 sifat hendaklah sifat itu beragama, kalau 2 hendaklah beragama dan berharta, kalau 3 hendaklah beragama, berharta dan malu, kalau 4 hendaklah beragama, berharta, malu dan berbudi, kalau 5 hendaklah beragama, berharta, malu, berbudi dan pemurah dan kalau 6 hendaklah sempurna semua sifat itu atas dirinya barulah jadi manusia baik.
-Dosa bawa penyakit kepada manusia.
-Penyakit ada 4 perkara iaitu pada nafsu dan jiwa (ubatnya: akal), syaitan (ubatnya: al-Quran), majlis munkar(ubatnya: majlis zikir), wanita jahat(ubatnya: wanita solehah)
            [ Us. Hj Othman b. Aman- Ceramah Ramadhan, SASER, 25/9/07]

5) Iman terbahagi kepada 5 jenis, iaitu:
Iman ilmu – berdasarkan akidah beserta dalil dan hujah.
Iman iyan – lahir daripada penumpuan hati yg tidak lalai kepada Allah.
Iman haq – lahir daripada penglihatan mata hati kepada Allah.
Iman hakikat – lahir daripada individu yg tidak nampak sesuatu kecuali Allah.
Iman taklid – lahir daripada pengajaran dan penerimaan daripada guru tanpa dalil
[Ustazah Arbaayah- P&P, SASER]