Dec 30, 2010

cuti krismas ini

bismilLahirRahmanirRahim

alhamdulilLah, semua program sepanjang cuti dijalani dengan selamat, dan selesai dengan selamat..dan banyak dapat input dan pengajaran dari semua program2 itu, eg: kenapa dan bagaimana untuk: jangan sombong dan ego, ikhlaskan hati, disiplin dengan waktu, motivate diri sendiri, cara berdakwah dll..
apa jer program2 itu?

23-27: Himpunan Akbar Mahasiswa Kita (HAMKA) - under IKRAM
*ini sesi 1, yang turut disertai mahasiswa2 (ikhwah dan akhawat) dari Surabaya (UNAIR, dan IAIN), UKRIDA, dan Trisakti; sesi 2 bermula 27-30 (disertai beberapa mahasiswa IAIN, mahasiswa Trisakti, dan beberapa mahasiswa dari Aussie dan NZ yang sedang cuti summer)
kalau diikutkan, banyak betul perkongsian, teman baru dan input yang diperoleh dan tak mungkin rasanya untuk ungkap dan tulis semua dalam blog ini..tapi intinya, kita hendaklah menjadi
muslim yang mukmin dan menjadikan Islam sebagai ad-din, cara hidup, al-Qur'an sebagai panduan utama dan pembimbing, Muhammad RasululLah sebagai teladan terbaik, bersatu dalam kebenaran dan daulah Islamiyyah sebagai impian, dakwah, tarbiyyah, takwin, memahami syahadah, memahami dakwah, dan mencintai ilmu..
antara ayat2 al-Qur'an yang dijadikan dalil semasa ceramah (5:54, 7:172, 61:10-12, 9:105, 9:111, 49:15, 9:112 {slot 1} ; 1:2, 13:6, 6:12, 30:30, 7:172, 41:53-54, 16:78, 32:12, 2:260 dll [berkaitan mata,hati,penglihatan] {slot2} ; 13:14, 9:42, 3:110, 49:15 {slot 3}17:15, 66:6 {slot 4}) dan hadis2 nabawi yang aku tak sempat tulis terjemahan matannya..

23: Ta'ruf(tengahari) dan slot 1(Tahqiq Syahadatain)
24: Slot 2(Ma'rifatulLah), games(angin, mayat) dan 3(DakTarTak)
25: Slot 4(Tarbiyyah Zatiyah), games(air) dan 5(Kesimpulan dan solusi)
26: Trekking dan makan2 (+tengok bola!!)
27: Perpisahan dan selesai

kitaorang dibagi kepada 4 team untuk LDK, games air, makan dalam talam yaitu Uhud, Badar, Hunain dan Khandaq..aku dalam team Khandaq yang diketuai Akh Dani
ahli2 HAMKA: IAIN - Uthman, Akmal, Mat Nor, Dani, Epi, Naufal, Fahmi, Kautsar, I'ie, Rafiq
UGM - Azzam; UNAIR - Fahmi; Trisakti - Izzul, Mad Min, Jai, Hamdi; UKRIDA - Farid '09, Azren '09, aku, Rauf, Kapt, Fahmi '10, Afiq '10, Lokman '10, Azuan '10, Pi'ie, kedua Zul '10, Anip; UNSW (Aussie) - Riduan, Faisal, Azlan ; Taqi (baru abes SPM)..students NZ aku tak sempat jumpa dan kenal..
para murabbi: sesi 1 - Us Wan Hassan, Us Taha ; sesi 2 - Us Salam, Us Hajar dan Us Hanafi (aku join sesi 1 jerr)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
27: Rafting dari jam 11pg-3ptg
aku jatuh akhirnya,adoi..(sori lerr rauf, terpaksa tarik kau,haha)
member2 rafting dan hiking: '08 - Fahmi Ustad, Syafiz, Jawa, Lokman, Mat Peh; '09 - Kapt, Rauf, Fazren, Naim, Hazim, aku; '10 - Anip, Zaki, Kumar
-------------------------------------------------------------------------------------------------
28-29: Hiking (naek dan turun) Gunung Gede (puncak=29++ mdpl)
28: naik - mula 9.30, sampai di camp site di Kandang Badak kira2 jam 2.50 pm. suhu minimum 10 celcius, tapi sebab ada angin kuat dan sejuk, aku rasa maybe suhu rata2 7 degree dan di puncak suhunya -ve, kata guider dan ada terbentuk ais for sure tapi kitaorg tak naek.
Singgah di beberapa tempat termasuk Telaga Biru (alga bloom-eutrophic), Air Terjun (3in1-Cidendeng, Cibeureum, Cikundul), Air Panas
29: jam 7.30 kami mula turun, dan sampai di bawah jam 11.15 (ni aku, orang lain lebih awal). Jauh betul beza masa naik dan turun..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Thanx to seniors trisakti untuk program HAMKA, banyak manfaat diperoleh walau kamera aku jatuh air dan rosak gara2 trekking..

Thanx to Kapt atas plan rafting dan hiking, kalau boleh, buat lagi..and, insyaAllah tawan puncak Gede kelak..(Puncak Pangrango macam tak mungkin jerr - risiko tinggi sangat dan tak sebest G. Gede)
insyaAllah, kalau ada peluang boleh join lagi..

p/s: aku tak balik sebab HAMKA dan rafting dan hiking, and my ma said, "duit untuk HAMKA, bayar rafting, beli barang hiking tu lebih kurang jerr dengan harga tiket balik.." ..
bukan takmau balik jumpa ma, tapi sebab peluang jarang2 dapat, rasa rugi pulak kalau tak ambil peluang..

p/s/s: aku malas nak tulis banyak2 dan malas juga letak gambar as my camera broken so aku terpaksa menumpang ambil gambar dari camera2 orang lain (nanti2lah..or mungkin tak upload sebab orang lain mesti dah upload masuk fb..so lihatlah di fb)

sekian (menulis dengan penuh kemalasan)
walLahu a'lam

Dec 21, 2010

hati-hati dengan hati

bismilLahirRahmanirRahim..

Hati manusia itu ada yang bersinar dan suci, ada yang berkarat dan kotor
hati kotor dan berkarat itulah yang membahayakan diri dan persekitaran
jika dari hati itu terbit perasaan dengki yang tidak kena tempatnya, marah yang tidak kena tempatnya dll
maka ia pastinya akan mencalarkan maruah diri dan Islam itu sendiri
ini kerana jika sifat hati yang buruk ini mencambah dalam masyarakat, maka
akan timbul satu situasi fitnah dan percakaran dalam kesatuan ummah

Jika hati manusia lurus kepada Allah maka bagaimana mungkin akan timbul pergaduhan?
jika muslim dapat bertolak ansur dan bina kesefahaman atas jalur Islam maka bagaimana dapat timbul perbalahan?
memang tidak dinafikan, perbezaan pendapat pasti terjadi
namun itu bukanlah perkara atau isu besar yang perlu diperbesar hingga timbul perpecahan dan firqah2!!
Kecuali ia bertentangan dengan aqidah yang benar dan syariat yang benar secara qat'ie
maka perlu dan wajib dihalang ia dari berkembang dan merosakkan orang lain

ok, takmau panjang2, bagaimana nak tilik hati kita?
tadi aku terfikir, salah satu cara adalah dengan
lihatlah saat kita akan solat dan saat kita solat, bagaimana hati kita?
bagaimana hati kita saat solat, yakni saat di mana sepatutnya seluruh hal keduniaan dibuang dari jiwa
jika saat menghadap yang Maha Esa pun kita masih berani lalai dari-Nya padahal saat itu harusnya kita hadapkan diri hanya kepada-Nya kerana saat itulah kita berada paling dekat dengan-Nya
maka logiknya jika dalam solat pun hati macam2, maka luar solat apatah lagi!!
so bagi aku, salah satu punca kenapa hati kita bermasalah adalah kerana bermasalahnya solat kita
baik secara zahir (jamaah) mahupun batin (hati ketika solat)

lirik di sini: justsomelyrics
last but not least, kualiti adalah lebih diutamakan dari kuantiti
apa guna ramai kalau tidak dapat dimanfaatkan untuk Islam?
dan hati yang kuat tekad serta ikhlas adalah antara ciri mukmin yang berkualiti
janganlah kita terpedaya dengan ramainya orang melakukan hal salah
tapi ikutilah golongan sedikit yang thabat atas jalan yang lurus
insyaAllah dengan itu kita selamat

p/s: hmm, aku pergi masjid pun tak berhubung jugak dengan jemaah lain!!adoiyai..-camne nak mulakan borak dengan orang yang kita tak biasa/tak kenal??-; really2 kagum dan jealous dengan orang2 yang mudah mesra/masuk dengan orang tidak dikenal/tak sealiran sebab aku susah nak bergaul dengan orang tak dikenal unless mereka mula dulu..

p/s/s: amat mudah untuk berkata tapi amat sukar untuk laksanakan gara2 hati dan zahir tidak sejalan..dah decide, moga dipermudahkan dan dibuka jalan insyaAllah..hanya pada-Mu aku bermohon dan menyerahkan segala urusan..
bukanlah hilang semangat, hilang idea etc2, cuma bagi masa bagi diri sendiri untuk reflek diri insyaAllah..
salinglah mendoakan agar kita semua selamat mendayung sampan kecil di tengah lautan badai yang penuh pancaroba, sungguh aku takut dengan badai yang menimpa sedangkan daku masih sama, tiada persediaan dan kekuatan menghadapi badai itu!! Allahu Allah.. sekian
moga Allah menyelamatkan kita semua, amin 
latihan : cabaran fizikal!!

ingatan dan renungan atas diri sendiri (yang masih tercari-cari arah dan panduan..)
dari insan lemah kerana tak sanggup memperdaya diri sendiri
salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

Dec 19, 2010

anjakan diri

bismilLahirRahmanirRahim

taubat umpama pintu di mana melalui pintu itu kita keluar dari lembah hina dan noda
Namun banyaknya halangan untuk kita keluar dari pintu itu
dan sekalipun kita telah keluar, banyak pula cubaan dan ajakan yang menjemput kita kembali memasukinya
begitu banyaknya ujian dan cubaan
namun tidak seharusnya kita berlemah diri dan mengikuti sahaja semua ajakan itu
Janganlah kita mengalah sebelum kita benar2 berazam dan berjuang
Janganlah tunduk kepada perasaan yang macam2 sebelum kita benar2 berusaha memeranginya
Allah mengingatkan bahwa hidup dan mati adalah ujian bagi melihat siapakah antara kita yang terbaik amalnya
rasululLah juga mengingatkan kita, bukan taqdir Allah yang perlu kita persoalkan
tapi apa persiapan yang telah kita siapkan sebagai perbekalan di alam barzakh, dan akhirat sana?

jika dilihat situasi kita, mungkin kita akan lihat betapa besarnya halangan kita perlu tempuhi
walau kita telah tekad untuk berubah, namun dunia dan isinya, nafsu, dan syaitan menjadikan kita terpana
bahkan melihat dan merasakan noda, maksiat, dan dosa itu sebagai sesuatu yang indah
ditambah kita takut menghadapi kenyataan dan takut dengan kata dan reaksi orang lain
wahai pemuda-pemudi Islam, kita adalah para pejuang!!
Maka bertindaklah layaknya sebagai pejuang

dunia adalah fitnah, isinya adalah fitnah, syaitan adalah musuh, nafsu adalah untuk diperangi
janganlah kita berserah diri dan biarkan diri ditipu syaitan yang menipu daya dan meng"indah"kan maksiat
Ingatlah syaitan itu musuh nyata bagi manusia
dan syaitan itu adalah dari kalangan jin dan manusia (surah an-Nas)

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Untuk thabat dan istiqamah atas jalan Ilahi perlukan mujahadah dan kekuatan
binalah kekuatan itu, agar tidak mudah kita tewas dengan ajakan kepada nikmat sementara
jika sekalipun kita tidak mampu mengubah persekitaran (apatah lagi dunia), namun janganlah pula kita mengikutinya
kuatkan aqidah, sematkan kekuatan syariat agar ayat "bagimu agamamu dan bagiku agamaku" itu menjadi pedoman pabila terasa diri akan hanyut
tuntutlah ilmu dan sentiasalah sibukkan diri dalam biah Islami -biah itu dicari dan dibina bukan menunggu datang bergolek!!- agar selamat hati dan jiwa, fizikal dan mental
berteman dengan orang soleh adalah nikmat Allah, maka carilah mereka dan janganlah siakan mereka
tuntut ilmu adalah nikmat, maka carilah mutiara ilmu dan petiklah ia di manapun kita dapatkan ia
carilah akar pohon ilmu itu (guru2), dan janganlah hanya dipandang enaknya buah (ilmu tanpa berguru)
kerana tiada buah tanpa pohon, dan tiada pohon tanpa akar.
Kita adalah pemuda, maka jadilah pejuang agama selagi mana kita mampu..jadilah insan yang meletakkan perjuangan Islam mendahului kepentingan diri, dan letakkanlah kepentingan ummah melebihi kepentingan peribadi..

Akhir kata, banyakkanlah berdoa mohon dikuatkan diri dan tidak mudah tertipu dan tergelincir kerana dunia dan isinya, syaitan dan nafsu serta fitnah2 yang timbul. Janganlah kita dilemahkan oleh semua itu!! dan jadikanlah insaf, sabar, syukur, ikhlas dan berlapang dada sebagai teman setia, insyaAllah dimudahkan jalan asal kita tetap thabat dan istiqamah menjunjung amanah Allah dan tetap dalam perubahan kepada kebaikan itu..
 oh, dan jangan lupa bertawakkal!!
Bacaan sumber :    thabat di atas jalan dakwah
                             penghalang perubahan (walau dia petik isi2 bible, janganlah tolak point dia secara buta)
                             generasi muda dan perubahan (kembangkan cita2 mendaulatkan Islam dan laluannya)
-hoho, instead of baca modul kuning, buku PK dan farmako, bahan2 di atas yang aku habiskan dulu!!-
papehal pun, selamat exam dan selamat belajar buat semua teman2!!
akhir sekali, silalah layan kalau mahu
edcoustic: berubah

lirik di sini: liriknasyid

dari insan yang semangatnya mudah luntur
salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

Dec 18, 2010

buat salah?

bismilLahirRahmanirRahim..

siapakah kita? manusia yaitu orang2 yang pelupa. Bumi mana tidak ditimpa hujan?
Semua orang pernah buat salah, bezanya bagaimana kita react dengan kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan

Sebaik-baik yang berbuat salah adalah yang bertaubat. Berkenaan hal ini sila baca artikel dr MAZA, artikel beliau dengan terang dan jelas menjelaskan mengenai taubat dan dosa berulang.

Kita sebagai manusia perlu tahu, walau sebaik mana orang itu, pasti pernah buat silap. Bagi orang2 yang takut kepada Allah, hal2 kecil dan sepele walau tidak membawa kepada dosa pun begitu diperhatikan. Contoh terlepas solat sunat qabliyyah, mereka merasa amat rugi kerana tertinggal hal yang amat dituntut. Lantaran rasa bersalah itu mereka mendenda diri sendiri dengan menggandakan amal ibadah!! MasyaAllah!!

Kita tidaklah sampai ke tahap itu, namun bagaimana kita bereaksi dengan kesilapan kita? Baik kesilapan itu dosa kecil, dosa besar, kesalahan melibatkan hablumminalLah atau hablumminannas. Adakah kita hanya membiarkan sahaja dan tidak melakukan apa2? Atau adakah kita memohon maaf, bertaubat kemudian mengganti hal buruk atau kesalahan yang kita lakukan dengan kebaikan2 dan kebajikan? Jika kita yang memandang ringan terhadap silap dan dosa sendiri, bagaimana mungkin kita mengharapkan Allah mengangkat darjat kita di sisi-Nya? sedangkan kita memandang ringan terhadap perintah dan larangan-Nya serta adab2 terhadap-Nya..Padahal kita hamba Dia Tuan!!

Sebaik-baik orang bertaubat adalah yang tahu dirinya bertaubat dan berusaha bersungguh-sungguh bagi menyelamatkan diri dari terjatuh dalam lubang yang sama, itulah ciri mukmin sejati..
hmm, bagaimana diri kita? fikir2kanlah, adakah kita termasuk golongan yang rasa bersalah lantas bertaubat atau tahu salah tapi sombong??
Tapi ingatlah, syurga tidak dapat dimasuki oleh orang2 yang sombong..apa makna sombong? carilah sendiri..

salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

Dec 17, 2010

bertolak ansur

bismilLahirRahmanirRahim..

ansuran secara mudahnya means secara sikit2 (eg: bayaran ansuran), dan bertolak means mulakan langkah / perjalanan (bertolak ke X or bertitik tolak dari), namun bila digabung kedua perkataan ini apa jadi? ia akan jadi satu kata dengan maksud baru yaitu kurang lebih berlapang dada dan boleh dibawak berkira or still boleh runding..Bertolak ansur adalah unsur penting dakwah Islam, lihatlah bagaimana sifat rasululLah ketika mengutus surat kepada pemerintah Parsi dll, juga bagaimana baginda berurusan semasa perjanjian Hudaibiah..RasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam amat bertolak ansur dalam hal tertentu, namun pada saat lain amat tegas. Apakah yang membuatkan baginda tegas? Itulah hal2 yang menyangkut aqidah, syariat Islam dan perintah serta larangan Allah Azza wa Jalla

Tapi kita kini dah makin lemah, futur dan tidak nampak atau tidak tahu bagaimana hendak meletakkan sifat bertolak ansur itu secara benar, membuatkan diri kita dihantui satu perasaan, bolehkah atau tidak aku lakukan begini? atau apakah ada tolak ansur dalam hal ini?

Bagaimana kita melihat dunia begitulah kita, jika kita melihat dunia sebagai tempat persinggahan maka kita akan mengalah dan bertolak ansur kerana kita tahu kita hanyalah penumpang di dunia, means jika kita tidak puas hati atau rasa sakit ke apa, kita sepatutnya sedar di mana kita. Rumah kita bukan di sini, tapi di syurga (semoga dijauhkan dari api neraka) Jika kita sedar, maka sewajarnya kita ikuti the do's and the dont's yang telah ditetapkan. Jika kita menganggap dunia sebagai matlamat untuk kita dapatkan maka itulah kita, manusia yang menjadikan dunia sebagai syurga. Teringat hadis pertama dalam hadis 40 karya Imam Nawawi berkaitan niat, "Jika ia berniat kerana dunia yang dikejarnya atau wanita yang ingin dinikahinya, maka niatnya itu menuju kepada apa yang ia niatkan". Itulah hati orang mengejar dunia, yang menganggap dunia adalah segala-galanya. Hilang dari dirinya sifat bertolak ansur dan timbullah sifat tamak dan rakus!! Na'uzubilLah min zalik wa nauzubilLah min zalik..

APA KHABAR IMAN KITA?

lirik di sini: justsomelyrics

Hanya orang beriman yang mampu bertolak ansur terhadap dunia ini.Kenapa? sebab mereka tidak memandang dunia sebagaimana orang2 tidak beriman memandangnya. Jika orang tidak beriman fokusnya hanya terhadap dunia hingga lupa akhirat, orang beriman adalah sebaliknya, fokusnya adalah akhirat hingga ia melupakan isi dunia yang berlebihan untuk dirinya. Dunia baginya adalah fitnah dan penjara. Tempat yang sewajarnya tidak diidamkan dalam hati. Dan mengambilnya sekadar memenuhi keperluannya, yang lainnya diberikan kepada orang lain. Merekalah khalifah sebenar di muka bumi kerana apa? Kerana mereka tidak akan merosakkan amanah!! Kenapa? sebab mereka tahu apa itu amanah dan apa itu kejujuran, hati mereka terpaut pada pemberi amanah, mereka mentaati-Nya dan menyanjung-Nya satu2nya sebagai pemilik dunia ini dan berkuasa atas diri mereka.

Nah, lihatlah apa terjadi kepada dunia saat insan2 yang melemparkan amanah mengambil alih. Dunia menjadi kacau bilau, huru hara, sini sana terjadi kemungkaran. Kenapa? Kerana mereka hilang rasa hormat, dan tidak sedar bahwa mereka hanyalah penumpang. Mereka mencemar amanah itu, mereka mahu merampas sesuatu yang bukan milik mereka, maka terjadilah kekacauan. Bagi mereka, merekalah yang benar namun mereka lupa, dunia bukanlah segala-galanya. Walau mereka pernah tersedar, tapi bila dalam hati sudah niat dan tekad mahukan dunia maka kesedaran itu tidak bermakna. Kesedaran itu tidak sekali-kali merubah paradigma dan sikap, sebaliknya hanya kesedaran kosong. Ayat2 mereka dicipta indah untuk mengelabui mata orang lain, hingga semua orang percaya dan termakan tanpa menyedari bahwa itulah lidah ular yang ingin menelan mereka hidup2..

Tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang melalaikan..Kembalilah kepada dirimu yang asli, yang berkata, "Bahkan kami menyaksikannya" yakni menyaksikan bahwa hanya Allah rabb yang wajib disembah dan dituruti, bukannya nafsu dan dunia. Hindarkan dari dosa2 walau yang kecil kerana yang kecil itu bila ia meresap ke jiwa ia akan mematikan iman sedikit demi sedikit sehingga akhirnya kamu menganggap yang besar itu kecil dan yang kecil itu bagai tiada nilai. Begitulah juga bagaimana bermulanya pecah amanah dan sebagainya. Namun bila dosa kecil itu dianggap besar dan dijauhi maka hati itu akan menjadi magnet yang menarik segala kebaikan insyaAllah..

p/s: susahkah untuk berterima kasih sebagai penghargaan bila ada yang mengusulkan sesuatu/menegur?
-terima kasih atas semua teguran buat yang pernah menegur diri ini..diri ini sering mahukan perubahan namun sering pula terjatuh, jadi maafkan diri ini dan janganlah pernah berhenti dari menasihati diri ini-
p/s/s: terasa benar diri ini lemah kerana masih gagal istiqamah untuk berubah, sekejap menuju kebaikan kemudian kembali ke jalan berliku..moga diri kita semua ditunjukkan jalan menuju-Nya, amin

Pesanan buat diri yang serba lemah
salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

Dec 15, 2010

tersasul?-addition rx-

bismilLahirRahmanirRahim

pada zaman RasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam, ada seorang pemuda yang kerana terlalu gembira hingga dia tersasul mengatakan "Allah adalah hambaku", tapi dia tidak disalahkan kerana dia tersilap gara2 terlalu gembira. Bagaimana pula jika kita lihat hari hujan lantas terkeluar, "Kenapa la hujan, susah nak keluar" or seumpamanya..padahal hujan itu adalah nikmat Allah..dan banyak lagilah kurniaan-Nya yang kerana tidak sesuai dengan keinginan kita maka kita lupa untuk bersyukur malah kufur, astaghfirulLah..ingatlah, Allah bagi apa yang kita perlu dan tidak selalunya apa yang kita perlu sama dengan apa yang kita mahu..!!

Ya Allah janganlah Engkau hukum kami kerana kami tersilap atau tersalah..

Banyak ucapan harian kita yang jika dicheck balik, pasti ditemui kesilapan2 pertuturan yang menampakkan kita seorang yang tidak tahu bersyukur, sama ada kata2 itu dikeluarkan secara sengaja maupun hanya terkeluar secara tak sengaja..Padahal siapalah kita dibandingkan nabi Ayyub yang menderita berat (38:41-44) namun masih sabar dan Nabi Sulaiman yang memiliki kerajaan yang begitu luas namun tetap bersyukur (27:40) 
aku sendiri pun kadang2 tersasul maka bagi yang sedar kesilapan itu silalah tegur, mungkin aku tak sedar saat itu..(bersangka baik itu amat indah tapi bersangka buruk itu tampak lagi meriah dek kerana syaitan-ramai2 mengata etc2 sampai yang buruk nampak lebih menarik untuk diperbesarkan!! astaghfirulLah)

Dan selain tersasul, kita juga mungkin ada satu kebiasaan mengeluarkan kata2 yg kurang sesuai yang mana amatlah tidak sesuai untuk dijadikan kebiasaan. Kedengaran di telinga pun sudah tidak enak, apatah lagi jika ia masuk ke hati..?? Bukan apa, sometimes hanya dengan kata2 orang dapat menilai kita. Janganlah hanya kerana kebiasaan kata2 kita menjadikan impression orang negatif terhadap kita..selain itu, orang kata "lisan menggambarkan hati", fikir2kanlah..

Akhir kata, jika anda seorang yang melatah, latihlah diri anda untuk terlatah kata2 yang baik..usahalah..

p/s: banyak kisah2 menarik (tapi bacalah dengan nalar sebab mungkin ada yang secara tak sengaja bercampur dengan kisah2 Israiliyyat..), antaranya
1)kisah para Nabi
2)kisah para rasul
3)kisah2 menarik
4)kisah2 para Nabi dan Rasul

p/s/s: tak pernah puas baca artikel mengenai Jesus menurut Islam dan Kristian - contoh artikel: Nabi Isa -

salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

Dec 14, 2010

misteri..

bismilLahirRahmanirRahim
pagi tadi before pergi kelas, tertarik nak baca artikel "bahaya anti mazhab" yang dah lama tersimpan tapi tak baca2. So akhirnya aku baca..
at first aku ingat isi dia mengenai apa efek tidak bermazhab sahaja, tapi rupanya isinya bukan sekadar itu, bahkan menyangkut juga apa definisi bermazhab dan bagaimana bermazhab yang sebenarnya, serta bagaimana menyikapi masalah perbezaan mazhab..

bagaimana pengiraan2 maths dan pengenalan formula2 yang pelbagai bermula??entahlah..
apakah itu menghairankan untuk dipersoalkan?? apakah pelik bila kita persoalkan kenapa genap+genap=ganjil dan ganjil+ganjil juga = genap tapi gabung keduanya jadi ganjil, kenapa (-)(-) jadi (+)??hmm



tapi lebih menghairankan bila hal2 furu' dijadikan punca mengatakan orang lain salah, walhal itu pada dulunya tidak dipermasalahkan sebesar sekarang. Apa itu? itulah masalah khilaf..Kita sering menghadapi masalah2 khilaf dalam kehidupan seharian dan masalah perbezaan mazhab. Lantas bagaimana kita menyikapi hal ini?
Kalau nak tahu bagaimana, sila baca artikel oleh pihak JAKIM : Bahaya Anti Mazhab
-kalau dah malas sangat nak baca pun, silalah baca dari halaman 7 sampai habis, kalau malas jugak, itu terserahlah-
tapi aku amat tersentuh dengan kisah Hassan al-Banna dalam majlis tersebut,
nak tahu kisahnya? silalah baca artikel itu..

opps,aku bukanlah takmau cakap or share apa yang aku dapat dari apa yang aku baca di situ, tapi biarlah diri sendiri yang menyikapi dan menelaah bahan tersebut..

salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

Dec 12, 2010

kerja

bismilLahirRahmanirRahim
dah 2hari aku tulis tapi tak post2 sebab taktau nak post ke tak, finally aku post..

mulakan harimu dengan senyum manis, fikiran yang positif dan optimis, azam dan tekad yang baik, rasa mampu dan tidak sabar untuk berbuat baik dan majukan diri, ikhlas kerana Allah..dan tutupi harimu(tidur) dengan memaafkan diri sendiri dan orang lain..

setiap sesuatu yang tidak dimulakan dengan basmalah, tidak diterima..doa tanpa dimulakan dengan selawat akan terhijab. Maka selain dari niat dan tekad, perlulah dimulakan dengan basmalah dan selawat serta doa.

Jadikan fikiran positif, maafkan orang lain, yakin kemampuan diri dan tawakkal sebagai ubat usaha.

oh,dan jangan lupa, jika nak tegur someone mulakan dengan salam (pada yang dibolehkan) kerana salam itu adalah doa yang terbaik untuk mulakan bicara (doakan kesejahteraan orang) (kenapa berat sangat lidah nak bagi salam??)entahlah..

agar hari sentiasa ceria, kontrol ego anda dan katakan tidak tahu pada hal2 yang anda belum pasti kebenarannya. Jika tidak tahu jangan buat2 tahu kerana yang salah anda juga. Akuilah kelemahan diri kerana tidak semua orang sempurna.

Alangkah mudah kalau dapat syukur dan redha dengan kelemahan diri, namun pada masa sama tak jadikan ia titik noktah kehidupan dan tidak juga menyebabkan kita rendah diri, dan indahnya hidup kalau syukur dengan apa yang ada dan nikmat itu membuatkan kita rendah hati. Alangkah baik kalau dapat akui kesilapan diri lantas berusaha membetulkan yang silap dan tidak membiarkan kesilapan itu berlaku berulang-ulang kali..kerana kita semua tidak sempurna, maka janganlah nampak hanya kekurangan dan kesilapan orang lain sebaliknya lihatlah diri sendiri dahulu..

oh last but not least, elakkan diri dari hal2 buruk itu bagus tapi sometimes ada situasi yang mengecualikan ia macam darurat..fikir2kanlah..

Akhir kata usahalah seoptimal mungkin..
 renungi diri tak sudah2, namun hasilnya masih tak berubah..
p/s: besok pleno camno ni??

dari insan serba lemah dan penuh rasa serba bersalah (belum lagi koass)
salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

Dec 9, 2010

masalah

 BismilLahirRahmanirRahim..
kali ini 3 in 1, aku rangkumkan beberapa hal yang muncul dalam kepala aku hari ini..

1) Gagal merancang (haa,ni dari dulu lagi aku tak berjaya buat, gagal merancang secara terancang)
Ada satu ungkapan menarik, "manusia yang hadapi kegagalan tidak merancang untuk gagal tapi gagal untuk merancang!!"
gagal sebab gagal merancang!!mungkin kita rasa kita dah rancang dengan baik, tapi planning sebenarnya perlu lebih dari sekadar perancangan gitu2. Perlu ada planning jangka pendek. Perlu ada perancangan harian, bulanan selain perancangan jangka panjang. Setelah itu barulah mula digerakkan perancangan itu.
Contoh, hari ini nak habiskan topik apa, besok apa etc2. Kemudian, by this month nak cover sampai mana etc2. Begitu juga dari segi lain seperti kewangan, recite al-Qur'an dll. Mostly orang tidak berjaya bukan sebab malas or tidak merancang, tapi sebab gagal merancang secara terancang!! Dan mungkin sebab itu jugalah kot ada yang walau jatuh sekali, dua kali bahkan beribu kali still mampu bangkit, sebab plan dia jelas!! Dia tahu kalau tak berjaya cara A maka cara B, tak boleh jugak, dia akan cari cara C dan seterusnya sampai dapat. Mudahnya, planning disertai tak berputus asa dan optimis terhadap apa yang diusahakan.


gambar2 dari sini: google images-semangat

Namun perlu ingat sebaik-baik perancang adalah Allah, so jika taqdir tidak seperti atau tidak selari dengan perancangan atau apa yang kita mahu, mungkin ada hikmah di sebaliknya yang perlu difikirkan. Namun janganlah pula kita meletakkan alasan taqdir atas kegagalan kita hingga kita menjadi malas berusaha dengan alasan kalau Allah taqdirkan gagal, maka gagal (jatuh dalam perangkap fahaman qadariyyah)!! Itu konsep yang salah kerana pada tiap manusia ada bahagian yang dia usahakan dan tiap2 manusia Allah beri kekuatan akal dan jasmani untuk berusaha. Maka jika dia gagal setelah berusaha maka yang Allah kira adalah usaha itu bukan kegagalan itu. 
Namun sebagai makhluq, kita perlu akui kelemahan kita dengan tawakkal dan doa dalam setiap yang kita lakukan, so that barulah kita tak jadi manusia sombong. Bila berjaya ingat, ini dengan izin Allah, bila gagal, oh mungkin Allah ada perancangan lebih baik untuk aku. Maka setiap saat kita redha dan syukur tapi tidak sekali-kali kita berhenti berusaha sebab kita tahu segala sesuatu itu bergerak dengan izin Allah dan Allah Maha Adil. Ingat, Allah tidak pernah jemu untuk memberi ganjaran hinggalah kita yang jemu untuk berbakti!!
p/s: mungkin kedengaran sedikit memeningkan tapi cubalah faham ye..eheh..

2) Satu tempat kerja (terfikir lepas tengok cuplikan drama laki bini gaduh di tempat kerja)
Mungkin ada yang rasa hubungan suami isteri akan lebih baik or something sweet jika mereka bekerja di satu tempat kerja yang sama dan satu department yang sama bahkan mungkin skop kerja juga sama. Namun masalah mungkin timbul dan tanpa toleransi masalah itu mungkin menjadi punca pergaduhan yang membawa kepada perpisahan bahkan perceraian!! Kenapa? Biasa pergaduhan besar dimulai dengan tikam lidah, kemudian saling menuduh setelah itu saling bercakaran satu sama lain dan seterusnya dan seterusnya. Bayangkan jika di satu tempat kerja yang sama, si suami atau si isteri lakukan kesilapan kecil yang membuatkan pasangan marah, yang mana sebenarnya jika orang lain buat pun si suami / isteri itu pasti marah juga, namun impaknya berbeza bila yang marah adalah suami / isteri sendiri ditambah di depan orang lain. Bagi lelaki, pasti merasakan egonya tercabar kerana dimarahi isteri depan orang ramai (ditegur pun sudah rasa tercabar, apatah lagi naik suara??!!). Bagi isteri pula aku tak tahulah apa perasaan yang mungkin dirasakan, mungkin tak kesah, mungkin malu lebih, mungkin tak puas hati?? Namun, yang pasti, jika kedua pihak gagal meletakkan garis pembeza yang jelas antara tanggungjawab tempat kerja dengan tanggungjawab sebagai suami isteri dan tiada toleransi, maka hal di tempat kerja tadi akan menjadi barah yang akan menjadi malignant di rumah. (atau jika bukan marah sebab kerja pun, maybe marah sebab jealousy? yelah dah nampak pasangan "rapat" dengan orang lain, kalau tak banyak pun sikit, kalau sikit pun kalau dah hari2??!!)
Namun, jika tempat kerja berasingan sekalipun, jika perasaan / emosi di tempat kerja dibawa pulang ke rumah, jika emosi yang baik alhamdulilLah, namun jika stress, emosi atau perasaan tak puas hati dan marah dibawa pulang maka akibatnya fatal!! Ditambah pasangan juga hadapi masalah tempat kerja, lagilah tambah parah.
Dan janganlah pula caj negatif yang kita bawa pulang dilepaskan kepada anak2 untuk dineutralkan kerana anak2 bukanlah penebat atau earth pole sebaliknya neutral, yang mana jika ditambah caj positif akan jadi positif, jika ditambah yang negatif maka negatiflah jadinya
p/s mungkin sedikit memeningkan tapi boleh faham kot..??

3) Boring dan rasa malas (mary stayed out all night, salah satu drama korea yang boring gilerr, lepas beberapa lama tahan rasa boring tu, di ep. 7 aku mengalah dan stop, tak tengok dah,haha..and ni bukan first k-drama yang aku tengok separuh jalan,ni cuma salah satu jerr..)
Ada satu ungkapan, "Hal baik jangan ditangguhkan, yang buruk tangguh2kan"
Boring dan rasa malas boleh jadi sesuatu yang baik dan juga buruk. Jika kita boring buat salah dan rasa malas untuk buat hal2 tidak berfaedah, maka itu adalah sesuatu yang menguntungkan. Contohnya hati teringin nak pergi disko tapi rasa malas nak keluar, bukankah itu sesuatu yang bagus? Namun amat rugi jika disalahguna pada hal yang baik2 dan bermanfaat. Contoh, boring belajar dan malas ke kelas.
Namun juga ada ungkapan lain, "buat baik berpada-pada, buat jahat sekali-kali jangan". Janganlah kerana ghairah nak buat baik kita mengabaikan efek kebaikan yang kita ingin semai itu seperti ungkapan ini, "too many cooks spoil the soup". Memanglah "many hands make light work" tapi too many pun masalah juga. Islam ajarkan kita bersederhana, maka pilihlah yang sederhana itu. So jika rasa malas hadir, tengoklah balik punca malas itu, jika malas itu menjauhkan kita dari hal2 tidak bermafaat, alhamdulilLah. Tapi untuk itu perlulah tepuk dada tanya iman (jangan tanya nafsu/selera pulak), lihatlah pada dasar hati terdalam, apa yang ia kata dan ia yakini, dan adakah selari dengan agama??
p/s: faham tak? buat2 faham je lah ye..



english proverbs from here: english proverbs

salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

Dec 6, 2010

exam2!!

bismilLahirRahmanirRahim

salam maal hijrah..tahun baru hijrah nak masuk tapi amal still sama, camne ni?? umur bertambah amal berkurang, macam tak balance jerr!! baki umur berkurang, maksiat bertambah, macam tak kena jerr!!

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini 

1)

hmm, aku selalu fikir kenapa kita selalu cakap, "ikut suka akulah, aku punya", "life aku, biarlah", dll yang seangkatan dengannya..
pada hal entah sejak bila kita memiliki semua itu secara mutlak? bahkan nyawa kita pun bukan milik kita!!
hidup tanpa tujuan akhirat..tanpa berpandukan aturan Allah yang dah tersemat dalam al-Qur'an dan hadis
maka hiduplah terumbang ambing, tidak kenal mana haq mana bathil, 
tidak tahu mana halal mana haram
jika tahu pun, tetap sombong!!
ingatlah, dengan kesombongan dapat menjadikan kita golongan tertolak (QS 7:146)
maka takarlah setiap sesuatu dengan hati nurani yang murni
yang baik kita laksanakan, yang buruk dan maksiat jangan pula kita layani
(namun tanpa ilmu, bagaimana dapat kita yakinkan diri pabila diragukan oleh syaitan dan nafsu?)
(mudahnya, kita tidak miliki apa2, so kenapa mahu sombong dengan menidakkan kebenaran??dan mengutamakan kebatilan??)

2)
oh, sekarang minggu exam..mujahadah untuk lebih kuat usaha..niat biar betul, hati yakin hanya kepada Allah, kuatkan tekad, anggota dijaga jangan banyak lagho2, mata tatap ilmu, tangan bukak buku (bukan buku medic jerr ok!!), lisan jaga, banyakkan doa mohon petunjuk dan perlindungan, akal dan amal bergerak seiring dengan apa yang dibaca, didengar dan ditutur, kaki melangkah menuntut ilmu..yuk,mujahadah melawan nafsu, jangan malas2!! (maksiat melemahkan akal..)
(oh,mujahadah bukan ikut masa ok!, tapi berterusan sebab nafsu dan syaitan tak pernah stop kerja mereka!!-hope "kerajinan" di minggu exam berterusan, untuk itu perlukan mujahadah!!oh, so easy to utter tapi nak buat punyalah berat dan susah, atau belum sedia dan belum kuat kemahuan??-)
Ma'a taufiq wannajah..moga apa yang dibaca mudah masuk dan lekat di kepala..
3)
teringat satu bait kata2 (dari sorg teman):
"Di mana sahaja 'dia' berada
pasti Islam kan agung semula
Bila sahaja 'dia' berbicara
pasti syaitan kan membencinya
Bagaimana sahaja 'dia' memimpin alam maya ini
tersenyumlah malaikat dengan bangga
Untuk tujuan apa sahaja 'dia' melangkahkan kakinya
nurnya takkan pernah sirna menerangi insan di sekelilingnya"

siapakah 'dia' itu? moga kita mampu menjadi 'dia' dalam bait itu..

ayuh mujahadah melawan diri sendiri, hapuskan keakuan,kemalasan dan segala yang tak sesuai ada pada diri seorang muslim..
more reading? here: mujahadah: jalan akhirat (jumpa secara tak sengaja masa usha2 google pictures)
4)
-sempena maalhijrah, ayuh kita hijrah-, hijrah dari makkah ke madinah telah lama berakhir, tapi hijrah dari buruk kepada baik, maksiat kepada taat, ingkar kepada patuh dan kufur kepada Islam tidak pernah berakhir..islah nafsik-

lirik kat sini: jabatan agama pulau pinang 

5)
p/s: alangkah mudah kalau dalam hal hukum, penyakit2 hati dan hal berkaitan agama kita
kita ada seorang yang boleh lead kita 
(amek kata2 rauf: "ada sorg ahli fiqh pun cukup r")
kan mudah..
soal ikhlas, riak, sombong, hukum zahir, masalah hadis, tafsir, khilaf dll semua boleh rujuk kat dia..
 (jika kita beriman dan bertaqwa serta ikhlas, kita tidak akan menjadi insan sombong walau kita dijamin syurga kerana kita sedar siapa kita, hanya makhluq yang tidak punya apa2 di hadapan Pencipta yang Maha Agung)


6)

sori, post bercampur-campur dan memeningkan sebab aku pun tengah pening pikir pasal exam plus dekorasi luar untuk MaFest,haha,adoi..(kesimpulan:kita perlu ilmu, muhasabah, hijrah, islah, konsisten, naqib/tutor dan tarbiyah serta tazkirah)


dari insan lemah
salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

Dec 5, 2010

jangan tipu hati sendiri

bismilLahirRahmanirRahim
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
kerana suara hati,
kita tergerak untuk bertindak
tapi, walau selalu rasa mahu itu dan ini
tapi tak berani suarakan
selalu fikir bagaimana jika buat begini dan begitu
tapi tak pernah buat
walau rasa benda itu baik
tapi still, datang fikiran, bolehkah atau tidak?
kalaupun yakin boleh, "malu" tak bertempat itu yang mendahului
padahal "malu" itu mungkin tipu daya syaitan

namun,asalnya, hati kita tak pernah menipu
suara hati kecil itulah biasanya yang betul
saat kita mahu buat salah, hati kecil kita tahu itu salah, begitu juga dengan niat,keihklasan dll, hati kita tahu
cuma kita sahaja yang sombong meneruskan sst yang
hati kecil kita menolak, dan tahu salah
kita zalim, kita telah seksa batin kita sendiri hingga akhirnya kita terbiasa
hingga hati menjadi gelap dan suram
hinggakan keburukan dan maksiat dipandang baik
dan yang baik dipandang jelek

hati itu, dia mahukan kebaikan dan kebenaran
setiap kali melihat musibah ia menyeru untuk sama2 membantu
bila ada hal2 kebaikan ia mendorong untuk turut serta
bila wujud keazaman yang baik ia memaksa2 untuk dilaksanakan
bila tampak kebenaran ia memaksa untuk sama2 tegakkan
namun akhirnya kita tinggalkan semua suara hati itu
kemahuan kita tidak jelas dan lemah
hingga akhirnya tewas kepada nafsu..

akhir kata..
hati2lah menjaga hati
walau ia tersembunyi namun Allah Maha Mengetahui
apa yang terdapat dalam hati kita
kalau kita sembunyikan pun macam tipu diri sendiri jerr
tapi kalau luah pun mungkin jadik masalah juga..!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


p/s: tanpa perancangan, kemahuan dan tekad serta ikhlas, memang susah nak jaga hati (dan anggota)!! bahkan mungkin tidak akan berjaya sampai bila2, so ayo Yusran, teruskan mujahadah!!

Dec 4, 2010

mudahnya!!susahnya..!!

bismilLahirRahmanirRahim..

Islam sebagai ad-din atau cara hidup. Maka sewajarnya ia memenuhi setiap aspek kehidupan baik yang kecil maupun yang besar. Antaranya adalah dalam hal membicarakan mengenai wanita..Islam hadir mengangkat martabat wanita

duhai kaum hawa, hargailah diri kalian selayaknya
Islam datang mengangkat martabat kalian
melindungi kalian dari nafsu ganas para lelaki
oleh itu janganlah kalian merendahkan nilai kalian
dengan memenuhi nafsu buas laki2
janganlah kalian dedahkan dan serahkan
baik hati, tubuh atau diri kalian kepada yang bukan empunyanya
kerana yang layak atas kalian hanyalah suami kalian
sungguh, nilaian seorang wanita solehah itu lebih baik dari 70 laki2 soleh, dan sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita solehah, dan wanita jika dia taat kepada suaminya dan suaminya redha kepadanya serta dia solat dan puasa maka dijamin syurga baginya..dan banyak lagi kelebihan2 wanita yang disebutkan dalam hadis dan al-Qur'an


Di samping itu, juga ada hadis2 yang memberi peringatan dan beberapa pesanan penting buat kaum Hawa..

  terkejut melihat berita2 seperti isteri dibunuh suami, suami didakwa bunuh isteri dll..

kaum adam sedarlah, 
ingatlah, dicipta Hawa dari Adam untuk dibimbing
dan untuk saling melengkapi dan menyempurnakan antara satu sama lain
wanita itu bukan bola
yang boleh dilambung ditangkap dan dilambung kembali
kemudian diterajang dan ditangkap kemudian diterajang lagi
sebaliknya wanita itu umpama permata dari tiram jauh di dasar lautan
dirinya terlindung dan sukar didapatkan namun yang sukar itulah yang tinggi nilainya
maka sewajarnya nilai mereka tinggi kerana itu adalah sebaik-baik hiasan dunia

Tiada pertemuan yang lebih indah dari bersama kerana Allah dan kelak bertemu kembali di syurga..moga kita semua memperoleh petunjuk-Nya dan bertemu kembali di sana dalam keadaan gembira..

salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

Dec 3, 2010

sediakah kita

bismilLahirRahmanirRahim

Islam datang dengan seruan tauhid agar manusia kembali menyembah hanya Allah Yang Maha Esa. Datang dengan melengkapi semua agama samawi lain. Lalu jadilah ia sebuah agama yang kamil lagi mutakammil. Dan kerana ia adalah agama penutup maka Allah membuktikan kebenaran Islam dengan menyatakannya sebagai the only agama yang Dia redha dan telah lengkap syariat agama ini. Ini membuktikan bahwa Islam adalah agama yang syumul. Dan Islam hadir saat semua orang rosak maka wajarlah ia digelar agama yang mengubati penyakit masyarakat. Dan Islam hadir dengan menawarkan manusia dengan arahan2 dan perintah2 agar manusia berfikir dan perintahnya itu sesuai dengan jiwa manusia, agar mereka kembali kepada fitrah. Maka Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia.

Islam telah lama sempurna cuma Muslim sahaja tidak pernah sempurna. Kita sering menangguhkan saat untuk kita memperbaiki diri. Pelbagai alasan kita "berjaya" kemukakan, konon Allah akan "termakan" dengan segala alasan kita.

Duhai diri, duhai nafsu, kamu amat kuat berusaha agar aku tidak kembali kepada fitrah sebenarku yaitu mengakui hanya Allah adalah rabbku dan hanya kepada-Nya wajib aku patuh dan taat, dan hanya kepada-Nya wajib ku menyembah dan hanya kepada-Nya wajib ku hadapkan hati dan jiwa.

Bilakah lagi kita akan sedia menghadapi maut yang akan hadir bila2 masa saja? Belumkah tiba saatnya bagi kita untuk ikhlas hanya kepada-Nya? untuk berserah hanya kepada-Nya? untuk hidup hanya kerana-Nya? untuk bertindak hanya sesuai kehendak-Nya? sampai bila kita mahu hidup dalam kepura-puraan? sungguh nurani manusia amat dahagakan cinta Allah, kenapa kita tegar menyeksanya dengan menjauhkannya dari cinta Rabb itu? alangkah tegarnya kita menidakkan seruan-Nya di saat orang lain memenuhi seruan-Nya!! Rukuklah kamu bersama orang2 yang rukuk(solat jemaah), celakalah bagi orang yang solat, yang lalai dalam solatnya (dan melewatkannya), setelah selesai suatu urusan maka segeralah untuk urusan lain (kuat bekerja), mohonlah hanya kepada-Nya (abdikan diri hanya kepada-Nya, tawakkal), dan banyak lagi perintah2-Nya yang telah sekian lama tercatit dalam mushaf, namun apakah kita memerhatikan dan mengendahkannya? Padahal kita dengan yakin mengatakan itulah dustur dan perlembagaaan kita!! Dengan beraninya kita berkata, "inilah kitab yang paling benar dan tidak pernah terubah walau satu huruf!!" namun saat sama, kita seolah mengatakan, "inilah kitab yang benar itu, namun ia bukanlah sebaik-baik kitab untukku ikuti"!!. Di manakah nilai iman kita saat itu?

Kita meyakini sifat2 Allah, kita tahu halal dan haram, kita tahu hukuman dari-Nya, kita tahu syaitan dan nafsu, namun akhirnya kita tewas. Iman kita tidak pernah kita asah, bahkan pengasahnya pun kita lupa di mana. Akhirnya lunyai iman itu, pisau iman yang seharusnya digunakan untuk menyiat dan menikan mati sifat keakuan dan nafsu sebaliknya digunakan untuk menghidang makanan enak buat nafsu..kita semakin hanyut dalam kehidupan dunia yang fana. Keseronokan sementara kita kejar, nafsu kita ikuti, syaitan kita pertuhankan akhirnya jadilah kita hamba dunia, yang dicari hanyalah kekayaan, kepuasan nafsu, baik itu wanita, harta, seks, pornografi, dadah, arak, dan sebagainya. Iman kita makin luntur dan makin rapuh..Apakah yang akan baginda rasul sabdakan jika baginda hidup di tengah2 kita kini?? ya rasululLah, engkau bersusah payah menyampaikan ajaran Islam, ajaran al-Qur'an dan kami umatmu begitu mudah melupakannya, melalaikannya bahkan menghancurkan nilai2 Islam itu..ya Allah, sampai bilakah ummat ini akan terus hanyut? sampai bilakah diri ini akan terus menjadi hamba nafsu dan dunia?

Waktu itu tidak pernah menunggu kita, maut itu tidak pernah ditangguhkan, kebenaran tidak akan pernah berdusta, akhirat tidak akan pernah menjadi legenda semata-mata, neraka tidak akan pernah menjadi dongengan semata-mata, maka apa kesudahan kita? dunia fatamorgana tidak akan pernah kekal selamanya. jasad dan jiwa tidak akan pernah selamanya bersatu.
Namun, kita, manusia, ada saat kita lalai ada saat kita ingat. Maka Islam datang dengan seruan "hendaklah ada diantara kamu yang menyeru kepada kebaikan dan mecegah kemungkaran", dan "agama itu adalah nasihat" dan banyak lagi seruan lain, yang menunjuk kepada lemahnya manusia justeru itu perlukan tazkirah dan tarbiyah.

Sampai bilakah ingin kita lari dari tarbiyah dan menidakkan tazkirah?

bacaan tambahan
bacalah ini(dari isuhangat): kehebatan azan
terkesima bila terbaca artikel(dari langit Ilahi) ini: mampu dan mahu

ayo yusran, yes you can!! jangan malas2, kalau mahu katakan mahu, kalau tekad bangunkan segera!! sudah niat teruskan sahaja!! yang baik jangan ditangguhkan yang buruk jangan dilaksanakan!!

salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

Dec 2, 2010

sekadar berkata

bismilLahirRahmanirRahim

percintaan sebelum nikah, semua rasakan nikmatnya
kerana apa? syaitan dok pujuk rayu
maka bersoraklah pasukan syaitan..(yeaay 1-0!!)
apatah lagi kalau yang sampai berzina sebelum nikah!!
maka bersoraklah pasukan syaitan..(yeaay 2-0!!)
kemudian mungkin ada yang bunuh anak itu
maka bersoraklah pasukan syaitan..(yeaay 3-0!!)
saat kahwin, majlis melanggar syariat, atau ada yang kecewa hingga bunuh diri!!
maka bersoraklah pasukan syaitan..(yeaay 4-0!!)
selepas kahwin?
syaitan dok laga2kan
akhirnya? suami entah kemana isteri ke mana2
kadar perceraian meningkat mendadak, tiada pujuk, tiada rujuk
walau kita tahu, talak adalah perkara halal yang paling Allah benci
(padahal dah bagi tempoh berfikir: ketika isteri dalam iddah)
walaupun perancangan sebelum nikah begitu baik
semua dirancang rapi
namun akhirnya bercerai jua, (dan mungkin ada yang kecewa hingga bunuh diri??)
maka bersoraklah pasukan syaitan..(yeaay 5-0!!)entahlah di mana silapnya
ada yang melihat dominasi wanita
ada pula yang melihat keegoan lelaki
apa2 pun perlu ingat, nikah bukan hanya untuk berseronok kerana
sungguh besar tanggungjawab baik bagi suami maupun isteri
kerana dari kalianlah bakal muncul
ummah yang bakal menjadi khalifah di dunia
dan dari keluargalah dapat dibina asas masyarakat harmoni

bukan itu sahaja
pada aku, mereka yang berkapel terlalu lama ni
sedikit demi sedikit mungkin akan hilang rasa hormat terhadap pasangannya
jika dia benar menghormati pasangannya maka dia akan memelihara
apa yang Allah perintahkan untuk dipelihara, dan tiadalah kapel2 before nikah
pabila rasa hormat itu makin pudar, ia memakan diri
kerana tindakan masing2 seolah tidak menghormati satu sama lain
dan pabila keegoan tercabar maka mudahlah segala sesuatu berlaku

selain itu, mungkin mereka rasakan sudah saling mengenal
hingga merasakan tindakannya betul dalam menghadapi situasi itu
ditambah pasangan pun mengharapkan hal sama
so, bila hal yang tidak diharapkan dilakukan, mulalah..!!
dulu, sebelum nikah semua tak apa
tapi lepas nikah, yang diharapkan adalah perfection kerana masing2 menganggap pasangannya sudah mengenalnya..
padahal tiada yang perfect di muka bumi ini..!!
akibatnya, masalah kecil menjadi besar
pergaduhan yang boleh diselesaikan menjadi kian berserabut
sudah tiada gurau mesra, pujuk rayu, pandangan yang mendamaikan, senyuman sayang,dan
tiada lagi peluang untuk berbicara dari hati ke hati
dan tiada lagi ruang untuk lebih mengenali..

ditambah hilang manisnya pernikahan kerana sudah amat mengenali
tiada rahsia dan cerita indah dapat dikongsi lagi
ini sudah tahu itu sudah tahu, akhirnya
pernikahan itu tampak hambar dari senyum manis, gurauan manja
awalnya mungkin masih hangat
namun untuk berapa lama? kerana sudah biasa bergurau begitu sejak dulu2
kehangatan itu kurang dirasakan

aku rasa itulah salah satu hikmah mengapa jarak masa antara pertunangan dan pernikahan perlu pendek..(selain menjaga kesucian dan kehormatan kedua belah pihak)

itulah kesan dari mengikut nafsu
pernikahan dijalankan tanpa melihat fungsi pernikahan itu
dan kita lupa memohon petunjuk-Nya dalam memilih pasangan
walau kita tahu, hanya Dia yang Maha Mengetahui yang terbaik buat kita
akhirnya, yang jadi mangsa siapa?
anak2lah..jika tak terbiar pun
mungkin kasih sayang yang diperoleh tidak seperti yang sepatutnya
ibu bapa asyik bergaduh menjadi contoh buat anak
ibu bapa berpisah menjadi contoh buat anak2
kesannya, pembentukan peribadi anak2 gagal dijalankan oleh ibu bapa
akhirnya satu demi satu manusia yang ingin dijadikan modal insan tumbang
hanyut dibawa arus gelora dunia fatamorgana yang menipu daya

maka bersoraklah pasukan syaitan..(yeaay 5-0!!)



p/s: tak semua yang kapel b4 nikah itu bercerai, dan tak semua pasangan yang menikah tanpa berkapel terlbih dahulu itu berkekalan pernikahannya, cuma nak cakap, kapel and bahgia b4 nikah bukan jaminan bahwa pernikahan itu akan berkekalan dan bahgia hingga ke akhir hayat..

usha2 gambar google pictures, terjumpa link ini: echagusip
doa istikharah here: youtube

perkahwinan bukan hanya penyatuan dua insan tapi lebih besar, yaitu antara dua buah keluarga, dan mungkin melibatkan penyatuan lebih besar!! (politik RasululLah, nikah as a way rapatkan ukhwah dengan/antara ashab)
bila antara dua keluarga bergaduh..maka bersoraklah pasukan syaitan..(yeaay 7-0!!).
dan akhirnya gara2 stress dan tertekan maka ada yang nekad bunuh diri!! 
maka bersoraklah pasukan syaitan..(yeaay 8-0!!)
yakinlah, jodoh kita telah Allah tetapkan, usaha memang perlu tapi janganlah sampai menggadaikan syariat..
ingat, setiap anggota itu ada bagian zinanya, maka jagalah diri kita..
buat kita semua:  jaga diri dan anggota, serta pakailah pakaian taqwa dan malu..

wanna know more pasal nikah kahwin, jodoh? search for word kahwin/nikah kat saifulislam.com and zaharuddin.net,berlambak kat sana..pasal perceraian pun ada..buat pengajaran kita semua..kat sini pun ada
dan pendapat drmaza part kahwin campur bagus tapi perlu disediakan garis panduan khusus termasuklah dari segi perundangan (utk elak masalah kepada anak2 jika ibu/ayah asal agama lain kembali ke agama asal or bangsa berbeza timbul masalah "antara-bangsa" jika pasangan bergaduh)

p/s: tak sangka akan dapat undangan ke majlis pernikahan orang local-anak Bpk Wahyu-!! ayuh kita ramaikan sebab dia cakap ajak teman2-hmm,ke dia suh ajak housemates jer??ntahlah-..(gedung data tomang, 5/12/2010, 11am-2pm)..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





oh, yang dapat kad itu aku ngan naem (utk umah stroberi lerr, rumah laen aku taktau..)

(teringat satu ungkapan menarik: "kuharap mekar di hati, kan terus mantap, menjadi syafaat, terukir indah di pintu jannah", buat ashab dan teman2 moga pertemuan kita di dunia ini bukanlah pertemuan terakhir kita,insyaAllah,moga bertemu lagi di syurga nan abadi..)

ingatan buat diri alfaqir yang serba lemah
salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

Dec 1, 2010

rumah itu

bismilLahirRahmanirRahim..

lama jugak aku puasa dari posting new post..tapi sama jerr, tulis juga cuma draftkan dulu..
akhirnya, masuk jugak bulan baru..(15 posts/month ok..) so bolehlah aku post..

jika kita lihat kepada segala hukum yang Allah tetapkan kemudian berfikir secara logik
dengan melihat dan mengkaji hal2 bersangkutan
insyaAllah kita akan nampak bahwa hukum Allah adalah sebaik-baik hukum
baik dari segi munakahat, muamalat, siasah, ekonomi, dll

contohnya dalam hal memakai hijab (refer 24:30-31, 33:59) , tujuannya memelihara wanita dan menjaga kesucian kedua belah pihak laki2 dan wanita (setiap anggota itu ada bagian zinanya, dan zina mata adalah melihat maksiat)
bagaimana? dengan berhijab menurut panduan Islam tentunya dan laki2 serta wanita masing2 menjaga pandangan
cara? kembali kepada asasnya, memelihara kehormatan wanita, mudah dikenali (muslimah) dan supaya tidak diganggu
jika masih tetap tidak terpelihara dan diganggu maka ada kurang dimana2 mungkin atau mungkin ujian dari-Nya?
ada tambahan? yaitu perlu pelihara hubungan dengan Allah
kenapa? Islam adalah umpama satu rumah yang lengkap (Islam agama yang syumul)
jika buat satu tinggal satu maka rumah itu umpama ada atap tak ada dinding (cacat atau tidak sempurna)
maka wajarlah Allah memerintahkan kita agar "masuklah Islam secara kaffah" dan
wajarlah larangan menyerupai (tasyabbuh) kaum / adat budaya yang bertentangan dengan Islam
kerana kita akan hanya rosakkan rumah kita sendiri, yang dah cantik sempurna
seolah kita tukar tiang besar dengan tiang kecil yang tak mampu support rumah
maka habislah rumah kita, walau kita tukar hanya sekejap..


videos about hijab
part 1

part 2

part 3

dan ingat, perintah cover the head, wearing veil bukan hanya terhadap individu muslimah tetapi kepada wanita ahli kitab juga (lihat video youtube ni-youtube)

p/s: people always talk about hijab, dan ia adalah sebagian dari pakaian..laki2 dan wanita ada pakaian mereka [ diharamkan atas laki2 emas dan sutera; diharamkan atas wanita hiasan yang tersembunyi dan wangi2an serta berhias (ada pengecualian) dll; diharamkan berpakaian yang menampakkan bentuk tubuh, , kerana sombong dll] dan juga ada batas aurat masing2 [laki2 dalam semua kondisi kecuali dengan isteri-dari pusat hingga lutut (sebagian ulama kecualikan lutut jika sesama laki2); wanita dengan mahram-dari pusat hingga lutut(Islam utamakan adab juga); wanita dengan ajnabi-seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan (mazhab Hanafi turut kecualikan kaki) ; wanita jika kecantikannya menjadi fitnah-seluruh tubuhnya termasuk wajah]..namun, sebaik2 pakaian adalah taqwa (7:26)
more about hijab here: UZAR  dan uzar 

ingatan buat diri sendiri yang serba serbi lemah
salah silap saya sila betulkan..
walLahu a'lam

Nov 19, 2010

pilihan

Dalam hidup ini hanya ada dua jalan
Jalan bahagia menuju Ilahi dan jalan sesat syaitan dan nafsu
jika tidak berada pada jalan Ilahi
tidak menjadi hamba kepada al-Khaliq
maka pastilah kita berada di jalan syaitan dan nafsu
menjadi "hamba" kepada syaitan dan nafsu

Dan pada setiap langkahan, hanya ada dua pilihan
ikhlas atau kufur
berbahagialah bagi yang ikhlas
dan sengsaralah bagi yang kufur
berbahagialah bagi yang taat
dan sengsaralah bagi yang ingkar

Dan jalan itu hanya mengarah kepada dua tujuan
maka berbahagialah yang menuju ke syurga
dan sengsaralah yang menuju ke neraka
berbahagialah orang2 yang mengetahui akan jalan syurga itu
dan merugilah orang2 yang tertipu oleh syaitan dan nafsu
yang menghiasi jalan2 ke neraka dengan indah

sungguh Allah telah berjanji akan memberi balasan syurga
bagi orang2 yang ikhlas menuju-Nya, berbuat taat, dan ikhlas
dan akan menghumbankan ke neraka
orang2 yang kufur, ingkar dan mengikuti ajakan syaitan dan nafsu


Kerana dengan keikhlasan itulah insyaAllah
akan kita dapatkan (dengan rahmat-Nya) nikmat teragung
yakni iman dan Islam
suatu nikmat yang tak tertandingkan
walau dengan dunia dan seluruh isinya
walau dengan syurga dan seluruh kenikmatannya

dan jagalah kedua nikmat itu, dan peliharalah hati itu
janganlah dikotorinya dengan noda dan dosa
kerana jika ia telah hitam, akan pudarlah kedua nikmat teragung itu
sentiasalah bersihkan ia dengan sabun taat dan berus ikhlas
kemudian rendamlah ia di dalam air taubat dan pelembut zikrulLah
moga dengan itu hati tetap bersih dan nikmat teragung itu terpelihara

Ya Allah
kupohon, janganlah hati ini
dipenuhi dengan sifat2 mazmumah
dan janganlah lahirku 
dipenuhi sifat2 nifaq

p/s: celoteh dari hamba yang berulang kali melakukan dosa yang sama..ingatlah dosa kecil jika dilakukan berterusan akan jadi dosa besar..dan pelaku dosa besar adalah dikategorikan fasiq-apa penjelasan mengenai orang fasiq berdasarkan al-Qur'an dan hadis?-
---opps, ni blog den, so suka hati ambolah nak post dalam bentuk macam mana pun---
akhirul kalam
salah silap betulkan
walLahu a'lam

Nov 18, 2010

nikmat raya

bismilLahirRahmanirRahim

kita dikurnia pelbagai nikmat..
saat aku tengok orang berebut-rebut ambil daging aku terfikir, alangkah banyaknya nikmat dalam hidup aku yang ramai lagi orang lain tak dapat kecapi..tapi kita tak sedar, malah kita lalai dan kufur

dan nikmat itu turut melimpah dalam bentuk ramainya keluarga. Sebelum raya haji telah bertambah lagi anak buah baru, dan keduanya laki2. Seorang bernama Aqif Ikhwan dan seorang lagi Naqib Akhyar. Tapi paling utama, nikmatain terpenting iaitu iman dan Islam, moga tetap terpelihara sampai bila2..

suasana raya qurban ini sungguh bermakna bagi aku walau tak dapat bersama famili tapi alhamdulilLah, penglibatan dalam pengurusan pembagian daging qurban membuka mata aku mengenai kepayahan hidup orang lain.

maka, syukurilah segala nikmat dan kurniaan-Nya dan janganlah kita termasuk golongan yang sombong lagi lalai terhadap perintah dan larangan-Nya (ingatan buat diri sendiri dan kita semua..)

dan jadilah kita pandai berpada-pada, sebab nanti cabaran akan kita lalui, saat kehidupan klinikal, yang bak kata senior adalah kehidupan orang serba salah-koas. Life koas (klinikal) bagi aku sure2 akan jadik something mencabar mental dan fizikal. Moga life time koas kelak, insyaAllah dimudahkan-Nya. Hanya kepada Allah azza wa jalla  kita bertawakkal.

moga raya tahun ini akan lebih mendekatkan kita pada-Nya
dan moga puasa sunat Arafah (bagi yang berpuasa), diterima Allah azza wa jalla
serta moga haji (bagi yang menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu), mendapatkan haji mabrur.
--hehe,kne mntak maaf kat ma aku ni, beliau suh aku daftar haji balik cuti ai tu tapi tak daftar, ntah bila la gamaknya baru boleh daftar dgn TH..??--

aksi2 mereka
 di pagi raya lepas solat 'eid

 taklimat khusus sebelum ibadah qurban (masjid nurul hikmah)

 haiwan qurban (3 ekor sapi dan 29 ekor kambing-masjid nurul Hikmah)..
dari-Mu dan untuk-Mu ya Allah, nilaiannya bukan pada haiwan tapi pada taqwa dan ikhlas..

 salah satu tugas panitia di masjid nurul Hikmah-urus pembagian daging qurban

 aktiviti melapah..

sungguh ceria di pagi raya (sebelum pembagian daging korban)

 semua panitia sedang menunggu habuan masing2 (makan siang) dan bagian daging

 my housemates potong tembikai/semangka untuk riang ria 'idul adha..potong jgn tak potong!!

 bagian pemotongan dan penimbangan daging untuk distribusi kepada fuqara'..timbang dan isi lagi!!

 siapkan air sirap selasih untuk riang ria 'idul adha

 bermulanya majlis..

 antara hadirin-saking ramainya sampai tak muat masjid nurul Hikmah/masjid anak Malaysia(bak kata sorg senior)

 hadirin Q untuk ambil makanan -nasi ayam

makan jangan tak makan..!!-emi,jgn marah aku pulak,hehe-

perkongsian dengan senior koas..

banyak lagi nak taruk gambar, tapi tak penting so tak jadik upload..kehadiran majlis riang ria amat baik, ramai gila orang di masjid..cuma harap jika ada aktiviti dilaksanakan di masjid, hope semua dapat jaga adab2 di masjid..tempat yang tak sewajarnya diisi dengan hal2 lagha seperti gelak ketawa berlebihan (aku turut gelak besar!!adoi), borak hal sia2 dll..

dan tahniah juga kepada semua yang dapat habuan malam tadi, baik lucky draw maupun augerah cemerlang..tahniah buat saudara Abdul Rauf bin Zakaria..

akhir sekali, terima kasih atas kerjasama dalam menjayakan riang ria ini yang dimulakan oleh bro Akmal('05) dan dijayakan oleh kita semua, para pelajar UKRIDA anak Malaysia dari batch 2005-2010
...dan alhamdulilLah, syukur kerana semuanya berjalan lancar

Nov 14, 2010

sebab takder keje

salam..
gara2 ditag,plus orang laen dah ader yang buat, so aku pk tak masalahnya nk buat!! 25??(glerr byk!!)
trimas kepada debb kerana telah mentag aku..

25. aku rasa benda paling best kat jakarta ni adelah blogging. dan baca blog orang. naseb ada blog!!
24. woish, kalau takder housemates,aku boleh mati keboringan sebab taktau nk cakap ngan sape!!
23. sangat suka dengar lagu, tapi based on situation la jugak..
22. gler phone sony-e (bentuknya menarek!!)
21. sangat suka kucing tapi lepas kucing aku mati dulu, aku dah kurang rapat dengan semua kucing!!(hmm,boleh k?)
20. sdg usaha ubah minat tgk cter korean kepada citer2 yg lebih berfaedah (??!!ye ke??)
19. lauk kegemaran?apa2 daging(ayam,kambing,lembu) sup plus sdkt masam
18. zero pasal hal masak memasak!!haha..(but always hope can cook sth for all ppl i love esp my ma!!)
17. ske rakam peristiwa hge smpai skrg takleh lpe "peristiwa" itu!!
16. amat tak ske makan ubat!!
15. lagi ske nombor ganjil dari nombor genap (tp 14-siblings- dan 2-not lonely- pn ok)
14. langit adalah sth yang pasti aku tgk stiap hari walau ia jauh tak tergapai (harap ada bintang byk2)
13. lg ske call dari msg..
12. tdo adelah nikmat yang tak mungkin aku lpaskan,haha..
11. pegi kuliah boleh jadik dua, best smpai tak tdo atau "kurg" best smpai trtdo
10. aku suka baca buku tapi sampai sekarang satu buku pn tak habis baca lagi!..
9. love sunset and sunrise so much
8. tanpa laptop sgtlah susah nk survive sbg future doc-to-be
7. paling ske warna hijau epal tapi warna laen pn ok as long as tak ingtkan aku pd bnde2 yg aku taknak ingt..
6. hope one day bole dapat lamborghini free sebijik!!haha 
5. amat tak ske org kacau privacy aku (really hate spammers, hackers dan seumpamanya!!)
4. skekan budak2 (sampai aku sndiri jadik macm budak2!!adoiyai)
3. hope one day boleh keliling dunia melawat tmpat2 bersejarah dan sgle tmpat yg ader "ter+kata sifat"!!
2. mahu tambah berat badan!!haha
1. really,really wanna learn arabic and korean!! 

debb, terseksa jugak otak aku nk pk 25 bnde nie!! dan dlm 25 bnde nie,byk jerr bnde2 yg berulang2(btol tak??)!!haha,lantaklah ader yg bace abes ke tak..!!

Nov 13, 2010

hubungan

bismilLahirRahmanirRahim

fikiran mengenai hal ini telah lama menjelma dalam kepala tapi
baru dapat idea nak tulis apa
Telah banyak insan2 tersayang meninggal namun apa pengajarannya kepada kita? Nol? kita masih sama..seolah kita hidup kekal..

ingatlah, kita sebagai anak..jika anak laki2 maka selamanya kita akan berada dibawah takluk insan bergelar ibu..
dan jika anak perempuan maka mereka awalnya menjadi amanah buat insan bergelar bapa sebelum menjadi amanah kepada insan bergelar suami..
namun, sama sahaja, semuanya punya peranan sebagai individu baik sebagai anak laki2, suami, bapa, anak perempuan, isteri atau ibu..
janganlah egois dengan menarik orang lain untuk turut mengikuti kita ke neraka..
maka, sebagai hamba-Nya jadilah hamba yang taat
sebagai anak soleh, ibu dan bapa mithali, suami dan isteri soleh dan solehah..


lirik di sini: lirik dot my

p/s: ingatlah, anak yang soleh adalah aset penting buat kedua orang tua
dan moral serta keutuhan suatu bangsa dapat dinilai dari peranan para wanita, pemuda dan pemudi
-soklan cepumas, siapa yang bertanggungjawab lahirkan pemuda pemudi harapan bangsa itu??-


alhamdulilLah, dua2 anak buah aku dapat 5A, dan lagi syukur bila dapat tau operation akak aku end successfully-even terpaksa raya kat ward, but ok la as long as smue slamat..- (thanx to all teachers and doctors involved, hanya Allah dapat balas jasa, usaha dan pengorbanan kalian!!)


salah silap sila betulkan
walLahu a'lam

Nov 12, 2010

Syukur-edited-

bismilLahirRahmanirRahim

Pernahkah kita merenung diri dan berfikir, mengapa aku melakukan taat? Kenapa aku solat? Kenapa perlu aku tambahkan ibadah2 sunat?

Allah telah ciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Kita diberikan segala kemudahan. RasululLah bila ditanya, kenapa baginda melakukan solat malam hingga bengkak kaki baginda, maka jawapan baginda begitu ringkas dan sederhana yaitu salahkah untuk baginda menjadi hamba yang bersyukur!

Kita dicipta dengan sebaik-baiknya, diberi peluang merasa kehidupan yang fana ini dengan serba-serbi kecukupan, bahkan jauh lebih baik dibandingkan teman2 dan saudara2 seaqidah di tempat lain.
Allah kurniakan kita akal yang sehat, peluang menuntut ilmu dll.

Namun manusia, pada masa susah baru ingat nak kembali kepada-Nya. Tapi setelah lepas dari kesusahan, kenapa kita tidak fikir, "mungkinkah kesusahan itu adalah ujian dari-Nya untuk menguji imanku?" atau, "ini mungkin bala dari-Nya sebagai peringatan kepadaku". Jika dapat berfikir begitu, insyaAllah kita akan redha dengan segala situasi, dan syukur atas segala kurnia-Nya baik di saat senang mahupun susah.

Mungkin ada yang berfikir, kan taqdir Allah tetap pada setiap hamba-Nya, malahan doa kita juga dalam pengetahuan-Nya!! Maka jika kita fikir secara mudah, jika kita tidak tahu nasib kita kelak, it's worthy to try!!* (ingat, nilaian baik dan buruk dalam Islam adalah menurut nilaian yang Allah tetapkan!!).
Lagipun, jika benar kita yakin bahwa hanya Dialah yang Maha Berkuasa, maka kita tidak akan lari dari tanggungjawab. Kerana itulah tanda syukur kita atas taqdir-Nya kepada kita. Atas nikmat iman dan Islam yang masih dikurniakan kepada kita. Maka jagalah kedua nikmat ini. Janganlah kita lalaikan dua nikmat ini dan dua nikmat lain iaitu sihat dan masa. Ingat, segala yang dilihat sebagai nikmat itu bisa jadi ujian, dan pada saat lain bisa jadi bala. Maka kuatkanlah jiwa.

Syukur, satu ungkapan mudah namun makna dan pengertian amat luas. Diambil secara mudah, jika kita berterima kasih kepada orang yang telah berbudi kepada kita, maka kita akan tetap rasa terhutang budi dan segan untuk mengkhianati atau melakukan kejahatan padanya, namun dengan Allah, walau begitu banyak Dia memberi tapi kita masih tetap begitu, tiada rasa bersalah bermaksiat kepada-Nya bahkan makin banyak maksiat kita lakukan, makin banyak larangan-Nya kita lakukan!! Dan bahkan makin banyak perintah-Nya kita pandang ringan malah kita tinggalkan!! Mana adab dan tanda terima kasih kita?

*kelak manusia akan menyesal kerana tidak mengikuti ajaran rasul malah mendustakan, dan ini bersesuaian dengan satu statement terkait masalah psikologi (aku tulis berdasarkan apa yang aku faham), "manusia selalu menyesali dan menyalahkan diri bila tidak lakukan sesuatu (kebaikan) di saat dia mampu lakukan sesuatu (membantu ke arah kebaikan itu), akhirnya itu berpengaruh terhadap jiwanya" walau dulu sebenarnya dia tidak lakukan "sesuatu" itu setelah berfikir (mungkin kerana dipengaruhi emosi, ego, nafsu dan syaitan?) -ingat, nilaian baik buruk, dosa pahala adalah hak Allah, justru perlu kita tahu mana baik mana buruk pada pandangan-Nya, bukan pandangan manusia-
(mencuba melakukan kebaikan walau tidak berjaya adalah lebih bernilai dari menyesal kerana tidak mencuba)

Fikir2kanlah
coretan dari insan yang sering lalai dan alpa dari mensyukuri nikmat kurniaan-Nya, astaghfirulLah
walLahu a'lam

p/s: ini adalah draft 2nd last aku..ada lagi satu draft tapi sebab aku tak begitu pasti dengan apa yang aku dengar dan baca ditambah pengetahuan aku tentang politik amat sedikit (aku pun dah tak tahu nak sokong siapa dalam politik Malaysia sekarang??) so maybe tak akan dipost kot..