Apr 23, 2010

Lumrah Hidup

bismilLahirRahmanirRahim..

sudah jadi lumrah hidup kita akan kembali pada-Nya jika hilang arah
sudah menjadi lumrah manusia bersyukur pada-Nya bila hilang nikmat itu
dan tidak dinafikan aku adalah termasuk golongan itu
golongan yang mana, nikmat Rabbnya hanya terasa pabila kehilangannya

apakah nikmat Ilahi yang hilang dari kita? dan apakah masalah yang melanda?
pastinya banyak, namun utamanya adalah waktu dan masa terluang
jika dulu kita amat mengharapkan diri disibukkan dengan hal2 bermanfaat
kini setelah kita diberi kesibukan adakah kita mampu menguruskan kesibukan itu?

sudah menjadi lumrah, kita akan mengingati-Nya pabila tidak berdaya
padahal sebelumnya kitalah yang paling angkuh dengan kemampuan sendiri
namun tiba saatnya kita akhirnya terkulai layu kerana tidak mampu
wahai manusia, ingatlah, lahaula wa laquwwata illa bilLah al-'Aliyyul 'Azhim

sudah biasa kita dengar orang berjanji
namun apakah nasihat dari Allah azza wa Jalla? 
adakah begini, "berjanjilah, pasti kuberi kekuatan melaksanakan"?
tidak! bahkan kita diingatkan untuk mengucapkan InsyaAllah..(18:23-24)

sudah menjadi lumrah, manusia bila diberi kelebihan akan merasa lberuntung
bila diberi kekurangan akan mulai insafi diri, merasa kekurangan
namun sedarkah kita bahwa siapa yang paling untung dan berjaya  (2:2-5, 23:1)
dan siapa yang paling rugi?(18:103-105)..

sudah menjadi lumrah hidup, manusia merasa dirinya adalah makhluk terbaik
namun sedarkah kita bahwa kita mungkin lebih hina dari binatang ternakan?(7:179)
di sisi manusia, tiadalah yang layak menentukan mulia dan hina
namun di sisi Ilahi, taqwa menjadi nilaian (49:13, 2:197)

justru, marilah sama2 kita melihat kembali diri kita, adakah kita tergolong golongan yang hanya mencari-Nya di saat susah, yang hanya kembali pada-Nya saat tiada kekuatan, yang kembali pada-Nya saat merasa diri kekurangan. Atau yang kembali pada-Nya tidak kira pada waktu senang atau susah, waktu kuat atau lemah dan waktu diberi kecukupan atau tidak..

Pengajaran kisah umat nabi Musa 'alaihissalam, "Kemudian apabila kebaikan (kemakmuran) datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini adalah kerana (usaha) kami." Dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka lemparkan sebab kesialan itu kepada Musa dan pengikutnya. Ketahuilah, sesungguhnya nasib mereka di tangan Allah, namun kebanyakan mereka tidak mengetahui. (Al-A'raf, 7: 131)

Apr 20, 2010

100th post!!

suda lame aku mengharap dapat publish post ke-100, dan..finali akhirnye berjaye..!!

akakuku sakajaka jerker sekebekenakanyeke nakkak hakabaqkaq yangkang blokkok ekenamkam ikiniki mekemangkang sukusahkah!!(kekelasakas terkertenkentuku jerker sekebekenakanyerker..) dikitamkambahkah dekengankan mekengankantokkok sekelakaluku dakalamkam kekelaskas takkak pakasalkal2..

hopekope lekepaskas niki akakuku takkak mukudahkah tikidoko dakalamkam kekelaskas lakagiki!!

kukulikiahkah, akadeke sokorangkang dokosenken uhkuh mekemangkang bukuatkat akakuku tikidoko, pakadakahalkal akakuku dahkah sakajeke piki dokkok dekepankan dekengankan hakarakapankan dakapatkat lekebihkih fokokuskus takapiki gakkak stillkill tikidoko..!!camkamneke nakkak bukuatkat niki??

Ya Allah, kurniakanlah daku hati yang lunak dan jiwa yang basah mengingati-Mu, dan diri yang sentiasa syukur dengan kurniaan-Mu. Kumohon pada-Mu agar dibukakan bagi kami hikmah dan dilimpahkan bagi kami rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang pengasih.

p/s: aku harap tak smue orang faham ape aku mengarut di sini, haha..sebab tak penting pun, hanye satu luahan perasaan berkaitan kuliah!!

Apr 18, 2010

Sebuah Perjalanan

bismilLahirRahmanirRahim..

semalam, dari jam 9.30pg-5.30ptg, aku dan kawan2 serta kawan baru (Hannan-xschoolmate Hani dan Debb-) telah berkunjung ke beberapa tempat dalam siri menemani teman baru mendapatkan buku tempahannya. Agak lumayan tempahannya kerana melibatkan hampir 80buah buku. Dan agak melelahkan buatnya yang mengangkut 70 persen dari buku2 tersebut.

Namun dalam perjalanan itu aku dapat sesuatu yang berguna, baik dari dia, dari teman yang sama2 menemani dan baik dari orang luar yang tidak kukenal background dan lifestyle mereka. Namun berdasarkan pandangan terhadap statement(??) dan gaya mereka (orang luar yang tidak kukenal) aku nampak sesuatu disana (lisan dan amal adalah cerminan hati)

Afiq, aku, Hannan dan Abdul Rauf

Perjalanan kami pertama ke kantor Intermedia, di situ kami semua dapatkan buku. Kemudian ke Robbani Press juga untuk dapatkan buku dan kami semua beli juga buku di sana. On the way ke Robbani Press, kami sempat singgah di kantor PKS untuk solat (Hannan ada link dengan PKS, kot).
 Pak Iswanto, Pak Supyonto(kalau tak silapla), Hannan, Abdul Rauf dan aku
-Afiq jadi photographer-

Lepas itu ke destinasi terakhir yaitu rumah Bapak Ariska kerana Hannan ada urusan bisnes dengan Bapak Ariska, jika ke kantor buku atas urusan bisnes buku agama, ini pula atas urusan bisnes jam. Memang kaki bisnes..Aku, Afiq dan Rauf yang memang tak pandai nak menilai nilai mekanikal, seni, sejarah dan lain2 berkaitan jam hanya mampu terlongo mendengar mereka berbual (bukanlah nak kata kami ini katak bawah tempurung tapi minat masing2)

Ada beberapa hal yang aku dapat daripada perjalanan semalam dan salah satunya adalah fikrah. Dan atas sebab itu jugalah aku beli buku berkaitan fikrah dan visi. Walau pernah membaca buku hasil karangan almarhum Fathi Yakan namun rasanya tidak cukup hanya satu kerana buku beliau sarat dengan didikan berguna untuk kita sebagai individu yang mahu bergerak menuju masyarakat baik sebagai ahli sosial atau sebagai pemimpin masyarakat atau sekadar menumpang dalam masyarakat tersebut.

Akhirul kalam, moga perjalanan kami ini diberkati dan ukhuwwah yang terjalin insyaAllah akan makin erat atas nama dakwah dan ukhwah fillah, amin. Juga moga kami mendapat manfaat dari insan2, situasi dan buku yang kami dapatkan, amin.

Apr 17, 2010

Jamaah

BismilLahirRahmanirRahim..

kumulai dengan firman Allah
Sesungguhnya orang-orang yang menyeksa dan memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat) [Al-Burooj : 10]
 (petikan ayat ini aku ambil dari Mimbar Jumaat Yang Dikhianati )

Alangkah segarnya ummah jika dipimpin insan seperti Imam Hassan al-Banna atau Salahuddin al-Ayyubi yang menggesa pembentukan jamaah tanpa melupakan perbezaan pandangan dan pendapat dalam kalangan ummah. Namun segala perbezaaan dapat diatasi dengan kebijaksanaan.

Musuh2 Islam amat tidak gemar melihat Islam kuat dengan jamaah. Sepengetahuan aku Islam ini diperkuat dengan hujjah dan jamaah. Tanpa hujjah pasti serong dan tanpa jamaah pasti tempang. Sesungguhnya sesama muslim itu bersaudara namun di manakah persaudaraan itu pada hari ini? Teringat pernah mendengar ceramah yang menganjurkan ukhuwwah, panel mengatakan bahwa ketakuatan golongan kuffar terhadap kebangkitan Islam antara faktor yang mewujudkan istilah Islam terroris dan Islamophobia (diubah dari kata2 Us Zahazan). Dan sedarkah kita term2 itu telah menimbulkan fitnah terhadap Islam? Padahal pada zaman kegemilngan Islam, Islam dihormati oleh golongan bukan Islam, namun hari ini hal sebaliknya berlaku, kesan dari timbulnya firqah dan fitnah dalam agama.

Pada waktu yang sama, perpecahan makin menjadi-jadi kerana ketidakfahaman mengenai teks dan dalil, yang mana boleh mewujudkan golongan yang sama ada "bertuhan tanpa agama" atau "beragama tanpa tuhan" (diubah dari Beragama Tanpa Tuhan). Termasuk aku sendiri, adalah golongan yang beramal atau melakukan sesuatu tanpa hujjah dan dalil untuk menyokong padahal hal itu amat mendasar dalam merungkai permasalahn perbezaaan pendapat. Kenapa? Kerana jika si A lakukan cara 1 kerana hujjahnya begini manakala si B lakukan cara 2 tanpa hujjah maka tentu si A akan kata si B begitu dan begini namun hal itu tidak akan terjadi jika keduanya ada sumber yang sahih. Namun pada akhirnya akan jatuh pada soal menerima atau menolak pandangan lain. Namun Islam tidak mengajar kita supaya berfikiran tertutup, sebaliknya Islam mengajar kita untuk berfikiran terbuka. Jika tidak usaha dakwah pasti sukar kerana hendak lakukan ini tidak boleh dan itu tidak boleh hingga akhirnya dikatakan Islam ini terlalu konservatif, lapuk dan sebagainya.

Akhir sekali, bersikap saling menghoramtilah dan bersikap adillah dalam semua hal, baik dalam pembacaan, pemikiran, penilaian, tindakan dan lain2. Juga jadilah orang yang ikhlas dalam beragama, ingat!Kita adalah HAMBA ALLAH bukan hamba manusia, nafsu, syaitan, teknologi, kemajuan dan lain2. Dan janganlah menjadi seorang yang sok benar dan narsis.

p/s: kenalilah potensi diri anda dan berusahalah memanfaatkan potensi tersebut untuk kegunaan dakwah dan Islam.kerana ramai hari ini yang mengatakan ummat Islam mundur (hal yang juga bawa fitnah kepada Islam)
-post ini sebenarnya ingatan untuk diri sendiri namun untuk berkongsi rasanya tak salah, "sharing is caring"-

Apr 16, 2010

Ilmu

bismilLahirRahmanirRahim..

moga diberi taufiq wal hidayah oleh-Nya agar selamat dan bahagia hidup di dunia dan akhirat, amin

Kebelakangan ini amat terasa krisis kekurangan dan ketiadaan ilmu sehingga aku merasakan alangkah bagusnya jika aku mengenali dan rapat dengan mana2 ulama' besar yang terpercaya, atau jika aku fasih berbahasa arab terus boleh berbicara langsung dengan ulama'2 terkemuka seperti Syeikh Yusuf al-Qardhawi yang memang dikenal dan diketahui tsiqahnya, tanggungjawabnya dalam beragama dan ilmu atau syeikhul Azhar atau ulama' yang agak sering aku baca namanya dari website saifulIslam.com (Syeikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi).

Krisis ilmu ini buat aku terkedu apabila tidak dapat menjawab persoalan yang bermain di minda. Biasanya bila muncul persoalan, akan ada sumber untuk dirujuk tapi sejak kebelakangan ini seolah sudah kehilangan sumber kerana jiwa memberontak untuk tidak terus menerima kerana bimbangkan fitnah yang melanda. Ini aku perhatikan sendiri berdasarkan perbezaan yang amat jelas antara pandangan si A dan si B. Perbezaan2 besar sebegini buat aku tak dapat mencari jawapan terbaik. (nasib baiklah masih aku dapat luangkan masa untuk study sebagai prep exam).

Persoalan ini muncul secara mendadak dan baru satu persoalan terjawab, dan jawapan itu aku dapatkan dari SaifulIslam.com(post berkaitan salaf dan khalaf serta wahhabiyah seperti ini) dan dari sini(klik). Persoalan lain masih belum terjawab. Dan untuk semua persoalan ini aku rasa aku perlu mencari seseorang untuk memandu aku. Serius, semakin banyak persoalan muncul akhir2 ini. Ya Allah kurniakanlah aku kekuatan.

Ya Allah limpahkanlah rahmat dan hidayah-Mu kepadaku agar terlerai segala persoalan yang mengusutkan pemikiran ini. Dan tunjukilah daku jalan kebenaran dan kurniakanlah daku kekuatan untuk mengikutinya, serta tunjukilah jalan kebatilan dan kurniakanlah daku kekuatan untuk menjauhinya, amin.

Apr 11, 2010

asep daai tv

ni aku nonton kat daai tv petang tadi (ep last:10)..sebuah kisah keluarga yang amat menyayat dan menyentuh hati..
kalau tidak kerana malu tidak bertempat, aku dah biar tears dropping dah..lau nak tau kisah dia try2 google "asep daaitv" or "parikin", insyaAllah jumpa..

kisah tu touching sebab aku pernah alami pengalaman hampir sama dan aku pasti sesiapa pun pasti pernah alami..yaitu pengalaman dijaga penuh kasih sayang oleh parents saat kita sakit, sedih dan lain-lain..

bila tengok cerita tu, buat aku teringat macam mana my parents dengan penuh kasih dan sayangnya menjaga dan memelihara segala kebajikan..jika masa sihat, mereka dah jaga dengan penuh kasih sayang tapi masa kita sakit, penjagaan mereka lebih kuat dan rasa kasih itu lebih terasa..logiklah kenapa Islam amat menggesa umatnya untuk taat parents dan sayangi mereka serta jaga mereka lebih2 lagi di usia tua mereka..

doakanlah mereka sentiasa dan jagalah mereka sebaiknya seperti mana dianjurkan dalam al-Qur'an surah al-Isra'..selama mereka hidup janganlah sakiti mereka dan setelah mereka atau salah satu dari keduanya meninggal maka jagalah yang masih hidup dan banyakkanlah bersedekah kepada yg telah meninggal kerana salah satu peninggalan orang yang telah meninggal yang bermanfaat kepadanya adalah doa anak yang soleh..

jadikanlah tiap hari yang dilalui sebagai hari yang kita tidak lupa akan pengorbanan mereka hingga kita dapat mencapai apa yang hari ini kita capai, siapalah kita tanpa mereka, tanpa pengorbanan dan jerih payah mereka, tanpa kasih dan sayang mereka dan lain-lain..akhir kata: kasih sayang tidak boleh dibeli oleh uang ringgit..dan berjuanglah (mujahadah) demi kasih sayang dan cinta yang kekal abadi (cinta Allah)..

Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani daku sejak daku kecil dan tempatkanlah rohnya di tempat yang mulia bersama para solehin, amin

Apr 10, 2010

Fitnah

bismilLahirRahmanirRahim

(warning: post ini panjang!!)
sumber ilmu adalah guru
guru menjambatani buku
buku mengaduk ilmu
ilmu memacu maju

tadi, aku menghabiskan masa hampir 2jam membaca bahan2 dari internet (bukan bahan related kuliah). mungkin akan ada yang fikir belajar tanpa guru itu boleh lead kepada salah faham dan lain-lain, namun bagi aku itu tidak menjadi masalah besar saat ini (mungkin aku salah faham tapi malu bertanya sesat jalan)

habis baca bahan2 itu semua aku kemudian terfikir, adakah aku layak bercakap dan menulis? adakah ucapan dan tulisan aku tidak membawa fitnah? jika ia membawa fitnah maka bagaimanakah kesudahannya? adakah ia membawa kepada salah faham dan perpecahan atau sekadar diambil tahu secara sambil lalu oleh orang yang mendengar dan membaca? makin banyak persoalan timbul dalam benak makin buat aku terfikir this blog may cause fitnah dan my words my cause damage (kalaulah mulut ada lock mode..) [lidah lebih tajam dari pedang dan kata2 bisa membunuh]

aku tahu bahwa banyak cakap banyak salah, banyak salah banyak dosa dan banyak dosa maka tempat yang lebih layak adalah neraka namun aku masih terus bercakap atas alasan mahu menyumbang dan berasa ucapan itu tidak salah, namun tidak lama selepas itu datang fikiran, "mungkinkah kata2ku akan disalah anggap?", "adakah kata2 aku itu tepat seperti yang Islam anjurkan atau aku didorong nafsu dan syaitan yang membutakan aku terhadap kesilapan aku?", "adakah kata2 itu patut diucapkan?" dan macam2 yang seangkatan..

pemikiran begini tidak selalu menjengah tapi sekali menjengah, buat aku takut untuk bercakap dan berkata, speechless..rasa diri seolah tiada apa yang layak untuk diucapkan..rasa diri ini begitu kerdil, tiada ilmu yang layak dikongsi, tiada pendapat yang layak dikemukakan..contoh, jika aku nak kata ini salah dan itu seharusnya begini, datang ke fikiran aku, apakah yang betul dan kenapa aku mengatakan itu salah. Dan jika aku mengatakan itu betul apakah sumber dan dalilnya, apakah yang menjadi asas kata2ku?.

juga dalam soal ilmu, aku selalu terfikir adakah apa yang aku cakap itu betul? padahal aku baru merujuk satu sumber dan tidak melihat sumber lain. tanpa melihat sumber lain, sisi pandangan lain dan pendapat lain, aku terus mengatakan ini begini dan itu begitu padahal ilmu di dada amatlah cetek dan pengetahuan tidaklah seberapa..seharusnya aku sedar bahwa jika aku teruskan kata2, itu mungkin menghidupkan sumbu fitnah baik kepada agama, individu, masyarakat atau ilmu tersebut..

juga, mungkin ada situasi di mana si A mengatakan si B begini dan begitu, seharusnya aku meneliti dahulu kebenaran tuduhan itu, namun kerana kepercayaan aku kepada si A, aku biasa tergesa-gesa dalam membuat penilaian hingga akhirnya membuahkan fitnah yang merosakkan..padahal aku tidak tahu situasi sebenarnya bagaimana..dan lebih2 lagi aku tahu tergesa-gesa adalah amalan syaitan namun keinginan untuk bersuara merosakkan segala ilmu..

juga situasi sama, mungkin si A benar namun kerana impression aku terhadap si A buruk ditambah merasa pandangan aku betul or lebih tepat so aku menolak kata2nya sungguhpun betul (nampak keegoan dan kesombongan di situ) 

juga, jika aku mengetahui ilmu itu sekalipun adakah aku benar2 memahaminya? adakah pemikiranku dan penulis atau penyampai sama (penting untuk faham aliran pemikiran supaya sampai apa yang penulis atau penyampai cuba utarakan), dan dalam hal ini, guru amat penting untuk menuntun kita ke arah aliran pemikiran yang betul dan tepat (kalau ikut suka sendiri, mungkin ilmunya kita dapat tapi sebab dan lain hal bersangkutan kita tidak akan faham)..tanpa pemahaman yang jelas maka kita tidak dapat memperluaskan pemikiran tersebut (tanpa pemahaman mendalam begini tak mungkin ilmu usul fiqh, tafsir dan apa2 ilmu sahaja di dunia ini dapat berkembang)..contoh 1, kita tahu bahwa sedekah itu baik tapi tidak tahu kaedah usul fiqh matlamat tidak menghalalkan cara dan tidak tahu dasar penentuan halal haram dilihat pada tujuan dan cara, bukannya tujuan semata-mata, maka kita akan bersedekah (amal baik) tapi kita tidak memerhatikan kaedah sedekah, punca sedekah dan lain-lain (mungkin itulah sebab ramai yang "telan orang" dengan alasan tolong orang -macam robin hood-)..contoh 2, si X menulis tentang teori sosiologi berdasarkan pemerhatian pada zamannya, si Y sebagai pembaca hasil karangan si Y tidaklah boleh mengambil bulat2 kata2 si X sebaliknya perlu diambil kira hal seperti zaman yang berlainan, perbezaan masyarakat dan lain-lain..

dalam dunia penuh tipu daya ini, amat susah untuk aku melihat yang mana benar dan mana salah

akhir kata: tuntutlah ilmu dan berpeganglah pada tali Allah (Islam) serta janganlah mencari untuk mencaci sebaliknya carilah untuk menjadi..Islam itu kuat dengan adanya jamaah dan ukhuwwah serta hujjah ilmiah dan dalil..

Ya Allah tuntunlah aku ke jalan-Mu yang diredhai. Aku memohon pada-Mu keupayaan dan kekuatan akal, kemurnian akidah, kesejahteraan tubuh, pemeliharaan anggota zahir, penyucian jiwa dan batin dan kurnialah kekuatan untukku memelihara pandangan mata, pendengaran telinga, ucapan lidah, hayunan tangan, langkahan kaki, kesucian dari maksiat dan yang haram. Ya Allah hanya pada-Mu aku mengadu..

Apr 5, 2010

Manfaat solat

bismilLahirRahmanirRahim..
apakah manfaat atau hikmah solat yang kita laksanakan setiap hari? di sini aku nak kongsi apa yang aku dapat setelah baca dari sini dalam bab solat. Isinya tidaklah sama persis (contoh2 tu aku buat sendiri)

Manfaat2nya adalah:
1) menyedarkan kita bahwa kita ini hanyalah budak atau hamba-Nya
2) mewujudkan rasa berkewajipan terhadap perintah-Nya
3) menimbulkan rasa takut kepada Allah azza wa jalla
4) menyedarkan kita akan hukum Allah (contoh: ke masjid untuk berjamaah, si alim memberitahu si jahil dan si jahil mendapatkan mutiara ilmu dari si alim)
5) mempraktikkan kebersamaan atau jamaah (solat jamaah baik yang 5 waktu, jumaat atau solat 'id)

Manakala solat jamaah pula membentuk dan mempererat ikatan ukhwah Islamiyyah dan ummat Islam menjadi golongan yang saling menguatkan satu sama lain

Sebenarnya, melalui solat jemaah dapat kita peroleh beberapa pengajaran berpersatuan berdasarkan syarat dan aturan imamah, yaitu:
1) imam mestilah seorang yang bijak dan soleh dalam urusan agama (yang lebih tua diutamakan jika tahap ilmu sama) --> ketua mestilah dari kalangan yang ahli
2) imam mestilah mewakili majoriti (disukai majoriti) --> ketua dipilih dari kalangan yang disenangi (kerana kebaikannya bukan kerana takutkan kejahatannya!)
3) imam mestilah bersimpati kepada pengikut (tidak memberatkan solat) --> ketua mesti miliki sifat simpati
4) imam mestilah berani untuk mundur jika tidak mampu lagi untuk memimpin (sakit, batal wudhu' etc2) --> jika tidak mampu maka mesti beri laluan kepada yang lebih berkemampuan (tidak boleh ego dan sombong)
5) ma'mum mestilah mematuhi imam --> sebagai pengikut mestilah patuh kepada sarana perintah pemimpin
6) ma'mum harus bertindak membetulkan imam jika imam tersalah --> pengikut perlu mengetahui tindakan pemimpinnya itu betul atau salah dan jika salah perlu membetulkannya
7) tidak boleh mematuhi imam dalam hal yang membatalkan solat seperti kesalahan tajwid besar semasa membaca al-Fatihah (mufaraqah) --> jika seseorang pemimpin melanggar hukum Allah atau menyuruh melakukan hal yang bertentangan dengan hukum Allah maka janganlah dipatuhi dan berlepas dirilah

pesan dari ta'lim Bapak Muchlis dulu, tegakkan solat ialah melaksanakan solat dan kemudian menghidupkan solat di luar solat, dan bukan sekadar menunaikan solat.

Apr 1, 2010

rest lebanon

alhamdulilLah masih diberi kekuatan utk menulis dan masih diberi kesempatan utk merasa nikmat iman dan Islam..Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati2 kami atas din-Mu dan ketaatan kepada-Mu..

bismilLahirRahmanirRahim

malam semalam (31/3/10) aku dkk ke rest arab lebanon..awalnyer plan nk gi same2 boys jer tp akhirnyer ader jugak girlz yg join..hmm,awalnyer lpas tau ader girlz join, ak da pk tanak pegi tp sbb kepingin nk try tempat tu (dgr cter org cam gempq jer!!)..besides, plan makan2 jer..

Tapi bukan itu aku nk cter tp rase syukur aku pada Ilahi rabbi yg dgn scre tak langsung tlah mnjawab satu soklan yg agak mnggnggu fikiran aku bbrpe lame..aku awal tak prsan pn soklan aku tu da trjawab tp lpas agak lame, ak trpk dan aku sdar soklan aku dl trjawab dan rase bodohnyer diri ini sbb fikir benda yg tak perlu sdgkan aku sndiri tahu bhwe Allah adelah khairurRaziqin (al-Jumu'ah : 11)..dan sungguhpun aku da pk takmau tp akhirnyer memg ditentukan yg sedikit itulah bagianku yg pasti mnjadi bagianku, dan sungguhpun ader yg tak pergi dan mrke pn pasti tak terpk pn akan dapat tp rezki Allah di mane2 dan tiada disangke2..masyaAllah..

namun satu hal laen yg mengganguku adelah, kate2 "sharing is caring"..adekah brdose jke aku tidak caring ssme muslim? (pasti!!)..walhal Rasulullah ingatkan umatnya bhwe tidak sempurna iman ssorg yg dia tidur dlm kekenyagan sdgkan jirannya dlm kelaparan, dan hadis lain, bhwe bukan dari golongannya orang yang tidak ambil peduli keadaan umat Islam yg laen..so persoalannya, di manekah caring itu??dan even aku sharing, adekah aku sharing pd org yg betol? walhal ak tatau pn cmne keadaan muslim laen ketimbang teman2ku..ditambah pulak dgn mimpi tidak lame tadi, mimpi ader sorg balita yg meminta sedkt mknn dariku yg sdg enak makan, utk mengisi perutnya yg sedg kelaparan, balita itu kemudian memukulku krne tragak-agak dan seolah tidak mau berbagi mknn dgnnyer -smbgn mimpi ini tak perlu diceritakan-..lpas bgn dan agak lame, ak trpikir, smlm ak makan mknn yg mahal harganyer namun bgmn pulak dgn org laen yg tidak mampu dptkan sst utk mengisi perutnya? astaghfirulLah..bwat ak tersedar, apelah nilainya makanan itu jke tidak diredhai oleh-Nya?

Dan satu lagi hal yg bwatkan aku jadik nk pergi slaen nk cuba tmpat baru adelah, uji diri sndiri dan alhamdulilLah aku dpt lalui dgn baek(takdelah baek manepun, byk gak gelak2 dll), insyaAllah kelak hasilnya lbey baek..smntre menunggu saat itu muncul aku perlu terus brusaha baiki diri dan mohon pertlongan-Nya dgn sabar dan solat..(Allah Maha Tahu yg terbaek bwat hamba2-Nya)

Kesimpulannya, walau apepun yg trjadi, ingatlah Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya sebaliknya lihatlah diri sendiri adekah kte prnah melanggar janji dgn-Nya (ikrar stp kali solat yaitu solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya semata2 utk Allah rabbul 'alamin)