Apr 11, 2010

asep daai tv

ni aku nonton kat daai tv petang tadi (ep last:10)..sebuah kisah keluarga yang amat menyayat dan menyentuh hati..
kalau tidak kerana malu tidak bertempat, aku dah biar tears dropping dah..lau nak tau kisah dia try2 google "asep daaitv" or "parikin", insyaAllah jumpa..

kisah tu touching sebab aku pernah alami pengalaman hampir sama dan aku pasti sesiapa pun pasti pernah alami..yaitu pengalaman dijaga penuh kasih sayang oleh parents saat kita sakit, sedih dan lain-lain..

bila tengok cerita tu, buat aku teringat macam mana my parents dengan penuh kasih dan sayangnya menjaga dan memelihara segala kebajikan..jika masa sihat, mereka dah jaga dengan penuh kasih sayang tapi masa kita sakit, penjagaan mereka lebih kuat dan rasa kasih itu lebih terasa..logiklah kenapa Islam amat menggesa umatnya untuk taat parents dan sayangi mereka serta jaga mereka lebih2 lagi di usia tua mereka..

doakanlah mereka sentiasa dan jagalah mereka sebaiknya seperti mana dianjurkan dalam al-Qur'an surah al-Isra'..selama mereka hidup janganlah sakiti mereka dan setelah mereka atau salah satu dari keduanya meninggal maka jagalah yang masih hidup dan banyakkanlah bersedekah kepada yg telah meninggal kerana salah satu peninggalan orang yang telah meninggal yang bermanfaat kepadanya adalah doa anak yang soleh..

jadikanlah tiap hari yang dilalui sebagai hari yang kita tidak lupa akan pengorbanan mereka hingga kita dapat mencapai apa yang hari ini kita capai, siapalah kita tanpa mereka, tanpa pengorbanan dan jerih payah mereka, tanpa kasih dan sayang mereka dan lain-lain..akhir kata: kasih sayang tidak boleh dibeli oleh uang ringgit..dan berjuanglah (mujahadah) demi kasih sayang dan cinta yang kekal abadi (cinta Allah)..

Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani daku sejak daku kecil dan tempatkanlah rohnya di tempat yang mulia bersama para solehin, amin

No comments: