Apr 10, 2010

Fitnah

bismilLahirRahmanirRahim

(warning: post ini panjang!!)
sumber ilmu adalah guru
guru menjambatani buku
buku mengaduk ilmu
ilmu memacu maju

tadi, aku menghabiskan masa hampir 2jam membaca bahan2 dari internet (bukan bahan related kuliah). mungkin akan ada yang fikir belajar tanpa guru itu boleh lead kepada salah faham dan lain-lain, namun bagi aku itu tidak menjadi masalah besar saat ini (mungkin aku salah faham tapi malu bertanya sesat jalan)

habis baca bahan2 itu semua aku kemudian terfikir, adakah aku layak bercakap dan menulis? adakah ucapan dan tulisan aku tidak membawa fitnah? jika ia membawa fitnah maka bagaimanakah kesudahannya? adakah ia membawa kepada salah faham dan perpecahan atau sekadar diambil tahu secara sambil lalu oleh orang yang mendengar dan membaca? makin banyak persoalan timbul dalam benak makin buat aku terfikir this blog may cause fitnah dan my words my cause damage (kalaulah mulut ada lock mode..) [lidah lebih tajam dari pedang dan kata2 bisa membunuh]

aku tahu bahwa banyak cakap banyak salah, banyak salah banyak dosa dan banyak dosa maka tempat yang lebih layak adalah neraka namun aku masih terus bercakap atas alasan mahu menyumbang dan berasa ucapan itu tidak salah, namun tidak lama selepas itu datang fikiran, "mungkinkah kata2ku akan disalah anggap?", "adakah kata2 aku itu tepat seperti yang Islam anjurkan atau aku didorong nafsu dan syaitan yang membutakan aku terhadap kesilapan aku?", "adakah kata2 itu patut diucapkan?" dan macam2 yang seangkatan..

pemikiran begini tidak selalu menjengah tapi sekali menjengah, buat aku takut untuk bercakap dan berkata, speechless..rasa diri seolah tiada apa yang layak untuk diucapkan..rasa diri ini begitu kerdil, tiada ilmu yang layak dikongsi, tiada pendapat yang layak dikemukakan..contoh, jika aku nak kata ini salah dan itu seharusnya begini, datang ke fikiran aku, apakah yang betul dan kenapa aku mengatakan itu salah. Dan jika aku mengatakan itu betul apakah sumber dan dalilnya, apakah yang menjadi asas kata2ku?.

juga dalam soal ilmu, aku selalu terfikir adakah apa yang aku cakap itu betul? padahal aku baru merujuk satu sumber dan tidak melihat sumber lain. tanpa melihat sumber lain, sisi pandangan lain dan pendapat lain, aku terus mengatakan ini begini dan itu begitu padahal ilmu di dada amatlah cetek dan pengetahuan tidaklah seberapa..seharusnya aku sedar bahwa jika aku teruskan kata2, itu mungkin menghidupkan sumbu fitnah baik kepada agama, individu, masyarakat atau ilmu tersebut..

juga, mungkin ada situasi di mana si A mengatakan si B begini dan begitu, seharusnya aku meneliti dahulu kebenaran tuduhan itu, namun kerana kepercayaan aku kepada si A, aku biasa tergesa-gesa dalam membuat penilaian hingga akhirnya membuahkan fitnah yang merosakkan..padahal aku tidak tahu situasi sebenarnya bagaimana..dan lebih2 lagi aku tahu tergesa-gesa adalah amalan syaitan namun keinginan untuk bersuara merosakkan segala ilmu..

juga situasi sama, mungkin si A benar namun kerana impression aku terhadap si A buruk ditambah merasa pandangan aku betul or lebih tepat so aku menolak kata2nya sungguhpun betul (nampak keegoan dan kesombongan di situ) 

juga, jika aku mengetahui ilmu itu sekalipun adakah aku benar2 memahaminya? adakah pemikiranku dan penulis atau penyampai sama (penting untuk faham aliran pemikiran supaya sampai apa yang penulis atau penyampai cuba utarakan), dan dalam hal ini, guru amat penting untuk menuntun kita ke arah aliran pemikiran yang betul dan tepat (kalau ikut suka sendiri, mungkin ilmunya kita dapat tapi sebab dan lain hal bersangkutan kita tidak akan faham)..tanpa pemahaman yang jelas maka kita tidak dapat memperluaskan pemikiran tersebut (tanpa pemahaman mendalam begini tak mungkin ilmu usul fiqh, tafsir dan apa2 ilmu sahaja di dunia ini dapat berkembang)..contoh 1, kita tahu bahwa sedekah itu baik tapi tidak tahu kaedah usul fiqh matlamat tidak menghalalkan cara dan tidak tahu dasar penentuan halal haram dilihat pada tujuan dan cara, bukannya tujuan semata-mata, maka kita akan bersedekah (amal baik) tapi kita tidak memerhatikan kaedah sedekah, punca sedekah dan lain-lain (mungkin itulah sebab ramai yang "telan orang" dengan alasan tolong orang -macam robin hood-)..contoh 2, si X menulis tentang teori sosiologi berdasarkan pemerhatian pada zamannya, si Y sebagai pembaca hasil karangan si Y tidaklah boleh mengambil bulat2 kata2 si X sebaliknya perlu diambil kira hal seperti zaman yang berlainan, perbezaan masyarakat dan lain-lain..

dalam dunia penuh tipu daya ini, amat susah untuk aku melihat yang mana benar dan mana salah

akhir kata: tuntutlah ilmu dan berpeganglah pada tali Allah (Islam) serta janganlah mencari untuk mencaci sebaliknya carilah untuk menjadi..Islam itu kuat dengan adanya jamaah dan ukhuwwah serta hujjah ilmiah dan dalil..

Ya Allah tuntunlah aku ke jalan-Mu yang diredhai. Aku memohon pada-Mu keupayaan dan kekuatan akal, kemurnian akidah, kesejahteraan tubuh, pemeliharaan anggota zahir, penyucian jiwa dan batin dan kurnialah kekuatan untukku memelihara pandangan mata, pendengaran telinga, ucapan lidah, hayunan tangan, langkahan kaki, kesucian dari maksiat dan yang haram. Ya Allah hanya pada-Mu aku mengadu..

No comments: