Apr 16, 2010

Ilmu

bismilLahirRahmanirRahim..

moga diberi taufiq wal hidayah oleh-Nya agar selamat dan bahagia hidup di dunia dan akhirat, amin

Kebelakangan ini amat terasa krisis kekurangan dan ketiadaan ilmu sehingga aku merasakan alangkah bagusnya jika aku mengenali dan rapat dengan mana2 ulama' besar yang terpercaya, atau jika aku fasih berbahasa arab terus boleh berbicara langsung dengan ulama'2 terkemuka seperti Syeikh Yusuf al-Qardhawi yang memang dikenal dan diketahui tsiqahnya, tanggungjawabnya dalam beragama dan ilmu atau syeikhul Azhar atau ulama' yang agak sering aku baca namanya dari website saifulIslam.com (Syeikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi).

Krisis ilmu ini buat aku terkedu apabila tidak dapat menjawab persoalan yang bermain di minda. Biasanya bila muncul persoalan, akan ada sumber untuk dirujuk tapi sejak kebelakangan ini seolah sudah kehilangan sumber kerana jiwa memberontak untuk tidak terus menerima kerana bimbangkan fitnah yang melanda. Ini aku perhatikan sendiri berdasarkan perbezaan yang amat jelas antara pandangan si A dan si B. Perbezaan2 besar sebegini buat aku tak dapat mencari jawapan terbaik. (nasib baiklah masih aku dapat luangkan masa untuk study sebagai prep exam).

Persoalan ini muncul secara mendadak dan baru satu persoalan terjawab, dan jawapan itu aku dapatkan dari SaifulIslam.com(post berkaitan salaf dan khalaf serta wahhabiyah seperti ini) dan dari sini(klik). Persoalan lain masih belum terjawab. Dan untuk semua persoalan ini aku rasa aku perlu mencari seseorang untuk memandu aku. Serius, semakin banyak persoalan muncul akhir2 ini. Ya Allah kurniakanlah aku kekuatan.

Ya Allah limpahkanlah rahmat dan hidayah-Mu kepadaku agar terlerai segala persoalan yang mengusutkan pemikiran ini. Dan tunjukilah daku jalan kebenaran dan kurniakanlah daku kekuatan untuk mengikutinya, serta tunjukilah jalan kebatilan dan kurniakanlah daku kekuatan untuk menjauhinya, amin.

No comments: