Apr 17, 2010

Jamaah

BismilLahirRahmanirRahim..

kumulai dengan firman Allah
Sesungguhnya orang-orang yang menyeksa dan memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat) [Al-Burooj : 10]
 (petikan ayat ini aku ambil dari Mimbar Jumaat Yang Dikhianati )

Alangkah segarnya ummah jika dipimpin insan seperti Imam Hassan al-Banna atau Salahuddin al-Ayyubi yang menggesa pembentukan jamaah tanpa melupakan perbezaan pandangan dan pendapat dalam kalangan ummah. Namun segala perbezaaan dapat diatasi dengan kebijaksanaan.

Musuh2 Islam amat tidak gemar melihat Islam kuat dengan jamaah. Sepengetahuan aku Islam ini diperkuat dengan hujjah dan jamaah. Tanpa hujjah pasti serong dan tanpa jamaah pasti tempang. Sesungguhnya sesama muslim itu bersaudara namun di manakah persaudaraan itu pada hari ini? Teringat pernah mendengar ceramah yang menganjurkan ukhuwwah, panel mengatakan bahwa ketakuatan golongan kuffar terhadap kebangkitan Islam antara faktor yang mewujudkan istilah Islam terroris dan Islamophobia (diubah dari kata2 Us Zahazan). Dan sedarkah kita term2 itu telah menimbulkan fitnah terhadap Islam? Padahal pada zaman kegemilngan Islam, Islam dihormati oleh golongan bukan Islam, namun hari ini hal sebaliknya berlaku, kesan dari timbulnya firqah dan fitnah dalam agama.

Pada waktu yang sama, perpecahan makin menjadi-jadi kerana ketidakfahaman mengenai teks dan dalil, yang mana boleh mewujudkan golongan yang sama ada "bertuhan tanpa agama" atau "beragama tanpa tuhan" (diubah dari Beragama Tanpa Tuhan). Termasuk aku sendiri, adalah golongan yang beramal atau melakukan sesuatu tanpa hujjah dan dalil untuk menyokong padahal hal itu amat mendasar dalam merungkai permasalahn perbezaaan pendapat. Kenapa? Kerana jika si A lakukan cara 1 kerana hujjahnya begini manakala si B lakukan cara 2 tanpa hujjah maka tentu si A akan kata si B begitu dan begini namun hal itu tidak akan terjadi jika keduanya ada sumber yang sahih. Namun pada akhirnya akan jatuh pada soal menerima atau menolak pandangan lain. Namun Islam tidak mengajar kita supaya berfikiran tertutup, sebaliknya Islam mengajar kita untuk berfikiran terbuka. Jika tidak usaha dakwah pasti sukar kerana hendak lakukan ini tidak boleh dan itu tidak boleh hingga akhirnya dikatakan Islam ini terlalu konservatif, lapuk dan sebagainya.

Akhir sekali, bersikap saling menghoramtilah dan bersikap adillah dalam semua hal, baik dalam pembacaan, pemikiran, penilaian, tindakan dan lain2. Juga jadilah orang yang ikhlas dalam beragama, ingat!Kita adalah HAMBA ALLAH bukan hamba manusia, nafsu, syaitan, teknologi, kemajuan dan lain2. Dan janganlah menjadi seorang yang sok benar dan narsis.

p/s: kenalilah potensi diri anda dan berusahalah memanfaatkan potensi tersebut untuk kegunaan dakwah dan Islam.kerana ramai hari ini yang mengatakan ummat Islam mundur (hal yang juga bawa fitnah kepada Islam)
-post ini sebenarnya ingatan untuk diri sendiri namun untuk berkongsi rasanya tak salah, "sharing is caring"-

No comments: