Apr 5, 2010

Manfaat solat

bismilLahirRahmanirRahim..
apakah manfaat atau hikmah solat yang kita laksanakan setiap hari? di sini aku nak kongsi apa yang aku dapat setelah baca dari sini dalam bab solat. Isinya tidaklah sama persis (contoh2 tu aku buat sendiri)

Manfaat2nya adalah:
1) menyedarkan kita bahwa kita ini hanyalah budak atau hamba-Nya
2) mewujudkan rasa berkewajipan terhadap perintah-Nya
3) menimbulkan rasa takut kepada Allah azza wa jalla
4) menyedarkan kita akan hukum Allah (contoh: ke masjid untuk berjamaah, si alim memberitahu si jahil dan si jahil mendapatkan mutiara ilmu dari si alim)
5) mempraktikkan kebersamaan atau jamaah (solat jamaah baik yang 5 waktu, jumaat atau solat 'id)

Manakala solat jamaah pula membentuk dan mempererat ikatan ukhwah Islamiyyah dan ummat Islam menjadi golongan yang saling menguatkan satu sama lain

Sebenarnya, melalui solat jemaah dapat kita peroleh beberapa pengajaran berpersatuan berdasarkan syarat dan aturan imamah, yaitu:
1) imam mestilah seorang yang bijak dan soleh dalam urusan agama (yang lebih tua diutamakan jika tahap ilmu sama) --> ketua mestilah dari kalangan yang ahli
2) imam mestilah mewakili majoriti (disukai majoriti) --> ketua dipilih dari kalangan yang disenangi (kerana kebaikannya bukan kerana takutkan kejahatannya!)
3) imam mestilah bersimpati kepada pengikut (tidak memberatkan solat) --> ketua mesti miliki sifat simpati
4) imam mestilah berani untuk mundur jika tidak mampu lagi untuk memimpin (sakit, batal wudhu' etc2) --> jika tidak mampu maka mesti beri laluan kepada yang lebih berkemampuan (tidak boleh ego dan sombong)
5) ma'mum mestilah mematuhi imam --> sebagai pengikut mestilah patuh kepada sarana perintah pemimpin
6) ma'mum harus bertindak membetulkan imam jika imam tersalah --> pengikut perlu mengetahui tindakan pemimpinnya itu betul atau salah dan jika salah perlu membetulkannya
7) tidak boleh mematuhi imam dalam hal yang membatalkan solat seperti kesalahan tajwid besar semasa membaca al-Fatihah (mufaraqah) --> jika seseorang pemimpin melanggar hukum Allah atau menyuruh melakukan hal yang bertentangan dengan hukum Allah maka janganlah dipatuhi dan berlepas dirilah

pesan dari ta'lim Bapak Muchlis dulu, tegakkan solat ialah melaksanakan solat dan kemudian menghidupkan solat di luar solat, dan bukan sekadar menunaikan solat.

No comments: