Jun 29, 2010

PEDULI GAZA

For further information please visit blog pkpmi jakarta at http://pkpmijakarta.blogspot.com/2010/06/peduli-palestin-kami-bersamamu.html

Bersama kita peduli dengan mereka
-Tidak sempurna iman seseorang dari kamu hingga dia menyayangi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri
-Umat Islam umpama satu tubuh

Bersama TPM

bismilLahirRahmanirRahim..

macam biasa, nak jadi Ajib AAS sekejap. Last night telah attend satu event penting-meraikan kedatangan TPM ke Jakarta dalam rangka lawatan kerja beliau-. TPM telah berbesar hati untuk bersama-sama sejumlah pelajar Malaysia di Jakarta, berkongsi beberapa hal dan makan semeja dengan siapa ntah. Aku duduk semeja dengan malaysian student dan 2 orang dari kedutaan. Hanya seorang aku kenal yaitu en. Sulaiman (not Sudirman ok) dari bagian pengurusan ekonomi. Lagi sorang tak kenal.
Dan sebenarnya tanpa aku perasan, ada sorang Datuk di meja sebelah, haa, itulah dia Datuk Mukhriz (bukan Datuk kpd Mukhriz ok)? Apa yang aku perasan, Datuk ni gler peramah, datang2 sebelum masuk hall/ballroom itu, dia lepak ngan kitaorang kat luar, siap boleh bergambar lagi-ramai2 lerr- Well, aku ni kalau nampak orang jenis down to Earth memang tak boleh tolong r -mind set?- Dengan TPM dapat salam ajolah. Tapi bagi aku, dengan pemimpin2 ni, dapat salam pun dah cukup-sebagai menghormati kedudukan dia sebagai pemimpin negara-

Dah lari topik nampaknya, aku sebenarnya nak share what I got from the cerem(big one). Paling penting adalah menjaga hubungan kedua negara. Selain itu isu visa dua tahun juga menjadi perhatian-isu ini bahkan dibincangkan di peringkat tertinggi iaitu antara PM dan Presiden-. Besides that, isu TKI atau pembantu rumah juga disentuh-katanya sekarang government tunggu pihak Indo setkan lowest salary sebelum meneruskan discussion on that particular topic-. Pada waktu yang sama, hal mengenai pelaburan luar Malaysia di Indonesia juga disentuh (perdagangan di Jakarta esp), juga perdagangan antara dua negara (join venture). Selain itu ada juga isu berkaitan penginovasian pengurusan perladangan dan tawaran dari pihak kerajaan Malaysia kepada ITB(institut tech Bandung) agar membuka branch di Malaysia-TPM harap buka di Johor?!-. Kemudian diteruskan dengan isu dalam negara.

Antara isu dalam negara yang disentuh adalah berkaitan cabaran untuk menganjakkan level Malaysia ke level lebih tinggi yang mana menjadi salah satu tujuan diperkenalkan KPI (key performance indicator) dan juga NKRA (national key reserved area). Menurut TPM, walaupun pelbagai usaha termasuk pengenalan dan pelaksanaan NKRI dan KPI, namun itu hanyalah membantu menaikkan dan mempertahankan nama, tapi tidak memperluaskan Malaysia sendiri. Hal ini berbeza dengan pendekatan Bilik Gerakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dahulu yang mana pendekatannya dapat memperluaskan Malaysia malah Korea selatan mengguna pakai kaedah sama yang dimodifikasi mengikut citra pemimpin mereka dan kini mereka bahkan lebih jauh ke hadapan berbanding Malaysia (walau dulu terkebelakang berbanding Malaysia). Justru dalam meneladani kemampuan Korea Selatan, Malaysia perlu ada dan laksanakan pendekatan tepat agar dapat lebih maju dan makmur. Antaranya adalah dengan duduk semeja dengan pihak swasta, brainstorming untuk meningkatkan hasil ekonomi negara dan seterusnya per kapita.
Tidak lupa juga isu competitveness. Isu penting bagi melihat bagaimana dan seberapa tinggi kemampuan Malaysia untuk bersaing. Untuk itu diterapkan nilai Malaysia Maju 2020, pembangunan modal insan -asset penting-, peningkatan produktiviti melalui pelbagai program seperti latihan kemahiran dll. Namun mudahnya, perlu melihat kembali kepada isi RMK-10. Selain itu, diusulkan juga penggabungan tenaga sektor awam dan swasta. Jika kini mostly sektor awam yang menjana kerajaan, maka isu ini dibincangkan agar sektor awam dan swasta dapat bekerjasama lebih baik. Namun bagi aku, paling penting adalah poin terakhir yaitu perpaduan nasional. TPM meyakinkan bahwa sebarang anasir atau apa saja hal yang mampu menggugat perpaduan nasional tidak akan ditolakansur dan berdiam diri. Amat mengharap keadilan dan permuafakatan dapat terjalin.

Seterusnya sesi terakhir pentas yaitu Q&A. Ada beberapa soalan namun mostly berkaitan penerapan nilai 1Malaysia dan kesannya serta isu competitiveness dan modal insan (asas kepada pembangunan mantap). jawapan TPM kepada soalan penanya pertama (Farid), Penerapan nilai 1Malaysia tidak hanya di Malaysia tapi buat seluruh rakyat Malaysia di mana sahaja. Manakala, berkait isu peluang kerja dan "penyamaan hak",  TPM menjelaskan kerajaan sedang berusaha ke arah itu dan salah satu caranya adalah dengan memberi nilai tambah melalui pelatihan tambahan dll. Namun murninya, tiada batas atau beza antara kelompok pemegang ijazah (semuanya sama, bukanlah medical students lebih superior kepada students pengajian Islam or what).
Penanya kedua(orang KUJ) berkaitan merapatkan hubungan rakyat kedua negara, any budget? Jawapan TPM mudah, "Ya" namun katanya masih banyak cara lain seperti peranan media, education (mcm students xchange program dan peranan pelajar spt kami).
Penanya ketiga(bro Nabieh) bertanya isu competitiveness kerana ramai Malaysian yang keluar negara untuk bekerja di sana, isu permulaan awal persekolahn -baik as we can grad and help the country earlier-, isu related ekonomi Islam dan isu badan swasta serta isu biotech dan nuc tech. Menurut TPM, mungkin yang kerja di luar dapat offer lebih baik namun gov akan usahakan tarik mereka balik ke Malaysia. Untuk permulaan persekolahan seawal 6tahun (awalkan setahun), kini ok cuma masalah tempat. Bagi hal berkaitan ekonomi Islam, hub halal etc, hal itu akan diimprovekan (sori, lupa jawapan tepat). TPM tidak menjawab isu swasta. Bgi tech nuklear, hal itu masih baru dan masih dibincangkan kerana kita masih ada sumber lain seperti hidro dll. Bagi isu patriotism, TPM tidak setuju dengan statement Nabieh bhwa rakyat Malaysia kurang patriotik cuma kata beliau kurang nampak kerana tiada isu besar terkait negara.
Penanya keempat(unknown-Malaysian worker di branch company Malaysia di Jakarta) bertanya isu perpaduan iaitu bagaimana UMNO dan 1Malaysia akan mengembalikan racial integration seperti dahulu? (katanya kini lebih kepada racial polarization/smgt kaum). TPM jujur mengatakan dia tidak setuju bahwa politik yang mencetuskan hal begit sebaliknya hal lain spt blog dll. Kerajaan akan menerapkan prinsip 1Malaysia sebagai asas membentuk perpaduan.

Majlis yang bermula dengan bacaan doa oleh atase agama ini kemudiannya diakhiri dengan ramah mesra TPM dengan Malaysian. Aku yang masa itu dah di luar secara tak sengaja beratur sekali unutk menyalami beliau sebab dah tak tahu nak ke mana,haha!! (tak tahu pun orang beratur untuk tunggu  TPM kluar). Majlis yang diisi dengan persemabahan kumpulan Omega, jamuan dan ucapan TPM ini jam 9++ (TPM balik nonton bola!!eheh)

Jun 21, 2010

Emak Ingin Naik Haji

BismilLahirRahmanirRahim..

harap ini perkongsian yang bermanfaat. Tajuk post ini merujuk kepada tajuk sebuah movie yang aku terbaca dari ruang shoutbox blog en Zabidi. Sebelum ini, aku dah tonton dulu movie "Mengaku Rasul" yang tidak kurang menariknya namun tak sehebat "Emak Ingin naik Haji" dari segi efeknya terhadap jiwa penonton macam aku. Mungkin ada yang telah menontonnya dan mungkin ada yang belum.

Sebuah movie yang amat menarik dan dapat dicungkil banyak pengajaran. Movie ini memaparkan 3 jenis manusia yang ingin menunaikan haji. Orang kaya, politician dan orang tua. Si Kaya ke Mekah bukan setakat kerana haji malah ada urusan perniagaan, politician pula kerana mahukan posisinya makin kukuh manakala si ibu tua pula ikhlas kerana Allah dan juga kerana rindu dan cintanya terhadap BaitulLah dan seruan haji.


Dijadikan cerita, si ibu tua dan anaknya menghadapi pelbagai onak sebelum akhirnya berjaya mencapai impiannya atas biayaan keluarga si kaya. Si ibu ini amat baik dan tulus hatinya. Sebuah cerita yang amat menyentuh hati. Jom kita dengar apa kata mereka:

Jun 19, 2010

Kejatuhan Uthmaniyah

Tengah aku syok2 layan video kat youtube, secara tak sengaja tengok2 dekat next videos ada satu video bertajuk "Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniyah P1/4". Awalnya aku macam kurang terasa nak buka atas sebab2 tertentu. Tapi bila fikir2 balik, finally aku buka dan inilah hasilnya!! Besides ada juga video saifulislam.com fasal meneladani kejatuhan turki Uthmaniyyah. Agak sedih melihat nasib saudara sendiri namun marah dan geram pada musuh dalam selimut!! 




Moga ada manfaatnya buat kita semua, amin.

Jun 11, 2010

Ilmu dan fitnah

BismilLahirRahmanirRahim

 Di sini aku mahu berkongsi something yang mungkin bagi sesetengah orang penting dan mungkin ada yang menganggapnya tidak penting. Ini adalah berkaitan pembohongan dan fitnah terhadap agama Islam yang suci ini. Dan moga kita semua dipelihara oleh Allah azza wa jalla dari segala fitnah yang mana makin lama makin berat dan menjadi2 dan paling utama mohonlah perlindungan-Nya dari fitnah Dajjal la'natulLah sebagaimana dianjurkan oleh RasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam.

Allah azza wa jalla telah mengingatkan kita mengenai fitnah dan keperluan untuk menyelidiki kebenaran suatu berita yang disampaikan oleh orang2 fasiq seperti firman-Nya dalam surah al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud,
"Wahai orang2 yang beriman! Jika seorang yang fasiq datang kepadamu membawa suatu berita , maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu"


 Untuk mengetahui mengenai kebohongan tersebut, sila2lah ke laman di bwah ini:
http://www.themodernreligion.com/misc/hoax/convert_boy5.htm
http://www.themodernreligion.com/misc/hoax/quran_dna.htm

Dan yang ini, walau tidak secara langsung terkait dengan agama Islam namun fitnahnya amat berbahaya kerana dia sampai mengaku sebagai tuhan!! SUBHANALLAH!!
http://exposedsaibaba.blogspot.com/

selain itu, satu usaha oleh sekumpulan pakar IT Pakistan telah dilakukan bagi recounter facebook yang terlibat dalam mempromosikan event "Everybody Draw Mohammed Day" yang mana merupakan satu fitnah yang besar terhadap Islam walau apapun alasannya. Nak tahu lebih lanjut, sila2lah ke wiki:
http://en.wikipedia.org/wiki/MillatFacebook
http://en.wikipedia.org/wiki/Everybody_Draw_Mohammed_Day
p/s:aku hanya mampu terdiam bila tengok list yang ada dalam laman ini http://dunia.vivanews.com/news/read/129180-swedia negara termaju di_bidang teknologi
p/s/s: hopefully apa yang telah, sedang dan akan kukongsikan bukanlah suatu fitnah!! Kalau tak, maka tergolonglah aku dalam golongan yang zalim dan yang dijanjikan neraka, nauzubilLah min zalik. Dan untuk itu aku harap ssp yang ada maklumat yang berbeza dari apa yang aku bagitahu sila2lah share untuk sama2 kita mencari yang mana adalah kebenaran dan mana kebohongan dan fitnah.

Jun 10, 2010

lidah

post ini pendek sahaja..
bismilLahirRahmanirRahim

hai lidah, kenapalah susah sangat nak menjaga kamu ini?
ayat2 yang keluar macam tak bertapis
yang bertapis keluar dengan malu2
yang mulia tak keluar langsung!!

apa yang keluar?
segala yang tak bermanfaat
yang bermanfaat tersimpan sahaja
kata2 pujian kepada Ilahi lagilah tiada!! walau tahu hanya kepada Dialah patut bersyukur, berzikir, memuji dan memuja dll

so,macam mana?
kalau kerana lidah badan binasa
kerana lidah perahu tak boleh diundur
kerana lidah habis segala amal

kalau mulut boleh dizip?
sanggupkah orang zip mulut sendiri
or lipat lidah kasi tak dapat cakap
agar tiadalah kata2 yang pelik keluar,kan?

that's all..thanx blog kerana sedia menjadi tempat/medium aku menulis..
p/s: ini hanya apa yang tiba2 keluar dari minda selepas aku terbuat satu kesilapan..

Jun 6, 2010

suara hati itu

terbaca blog naem, oh,damn dia curhat lerr pulak!!
so kenapa kalau dia curhat? haa,aku nak mencurhat dalam blogku ini (apa nak jadi, post GS belum bersambung!!)

bismilLahirRahmanirRahim..
beberapa hari ini ada satu hal yang aku sedari. Even ia berlaku banyak kali tapi tetap mahu berkongsi apa yang aku rasa. Semuanya soal iman.

Aku tak mahu komen banyak, cukuplah sekadar aku cakap aku stress dan aku lakukan hal2 pelik dan jarang2 aku lakukan bagi menghilangkan rasa stress dalam diri. Aku ada juga fikir nak buat hal2 terlarang namun alhamdulilLah suara iman menghalang aku.

Iman, walau ia hanya senipis kulit bawang atau senipis kuku namun peliharalah ia jangan biar ia..dan nafsu walau sekuat mana ia dan setebal serta seteguh sebuah gunung namun kawallah ia dan gunalah kekuatan iman yang senipis bawang itu agar tidak makin mengganas dan membuas.

Dan, sungguh semalam aku berbasikal seorang diri dari jam 10.30-12.00p.m just untuk mencari ketenangan di malam hari. Sudah lama aku merancang untuk buat begitu namun aku tahankan atas sebab2 tertentu namun semalam aku dah tak tahan lantas aku capai mobile phone dan wallet lalu keluar.

Apa yang aku dapat? Tiada apa2 pun, bintang pun tidak mahu meriangkan aku, rembulan pula tidak kelihatan. Masa aku keluar, terdengar bunyi nyanyian ala dangdut dekat kepala sapi, aku biarkan kerana fikir mungkin ada orang kahwin??!! Lalu aku berbasikallah keliling sini sana dan sampai di Tomang kedengaran bunyi lagu. Aku pun telusuri sampai ke sumber bunyinya dan ternyata ia dari dekat area kepala sapi. Masa itu aku terfikir, "oh tak mungkin orang kawen, apa kejadah ganggu waktu tidur orang tengah2 malam ni" so dengan hati penuh tanda soal aku menghampiri tempat itu lalu terlihat penyanyi di pentas. MasyaAllah, tidak pernah terlintas di fikiran bahwa akan ada konsert sebegini di dekat rumah aku memalam buta begini. AlhamdulilLah suara iman berkata, "bagaimana kalau aku mati di sini saat melihat maksiat ini?". So, dengan rasa berat hati aku meninggalkan tempat itu. Aku bersyukur kerana masih ada suara iman yang mengetuk dan berkata jujur kepadaku saat aku sudah hampir turut sama melayan perkara itu. Sungguh malam itu aku mendapat sesuatu yang baru, pengalaman bagaimana jiwa yang sedang sakit ini dan perasaan yang sedang tidak tentu ini masih disayangi-Nya. Terima kasih Ya Allah. Walau aku seringkali melupakan-Mu namun rahmat-Mu amat luas.

Buat teman2 sekalian di luar sana, aku mahu cakap cuma satu, kita bermula dalam keadaan lemah dan berakhir dalam keadaan lemah, terkulai layu. Sungguhpun iman kita selemah itu-saat kita lahir dan pergi- namun janganlah kita lupa bahwa rahmat Allah itu luas dan Dia sentiasa ada bersama kita, jadi janganlah berputus asa dari rahmat-Nya. Usahalah dan mohonlah agar Dia sentiasa memelihara diri dan iman kita, jangnlah kita lekakan iman itu lalu tanpa segan silu menuruti nafsu itu. Dan aku berharap kita semua pergi dalam keadaan iman yang sejahtera, bukannya dalam keadaan iman yang hampir mati. Biarlah jasad tidak sejahtera namun hati ini perlulah sejahtera agar bahgia bersama dengan-Nya walau di dunia kelihatan menderita dan terseksa.

Mungkin ada yang tidak setuju dan mungkin ada yang tidak faham namun tidak mengapa, hal ini tidak perlu dimengerti kerana ia adalah pengalamnku justru maaf jika ada sesiapa terbaca dan rasa annoy dengan tulisan ini.

Jun 2, 2010

Isu

Setelah berlalu beberapa isu, hadir beberapa isu baru..dan..kini..hangat isu Flotilla..serangan Israel si celaka itu ke atas yang tidak bersalah..dan mesir, baru hari ini sedar lalu membuka sempadan Rafah..

Aku mulakan dengan satu soalan, apakah perasaan kita saat pertama kita tahu Israel menyerang Falestin? Eh, silap patut soalan ini dahulu, bilakah pertama kali kita ambil kisah dengan perang antara Israel dan Falestin? Aku tidak tahu bila pertama kali aku ambil tahu tapi pertama kali aku didedahkan adalah semasa di form4. Saat itu Israel masih mahu meluaskan sempadan negaranya. Sunnguhpun negaranya adalah negara haram namun tanpa segan silu mahu meluaskan lagi, heran. Namun yang lagi herannya, PBB hanya membiarkan malah membenarkan dan rakyat Falestin pula tidak dapat berbuat apa2, lagi menambah duka, bantuan dari sekutu2 Liga Arab tiada!! Malah bantuan dari sesama rakan Muslim juga tiada? Negara haram Israel yang sudah bermula sejak 1938 bertambah besar dan meluas dan kini Falestin yang makin terjepit dan terhimpit.

Teman2, adakah perasaan kita cukup untuk menunjukkan betapa sayangnya kita sesama umt Islam? Adakah kita dapat merasakan kesakitan yang saudara2 kita alami? Adakah doa kita adalah doa yang sama kita pinta jika kita dalam keadaan terdesak dan tiada jalan lain? Benar, kekuatan perang muslimin bukanlah pada senjatanya semata-mata, kerana apa? Lihatlah sejarah, apa yang sejarah buktikan? Siapakah yang dibawa ke medan perang? Apakah persiapan yang disertakan di medan perang? Bantuan Allah adalah lebih utama.

Hati ini, walau pernah membara suatu saat dahulu kerana bengang terhadap satu pihak, namun juga merasa malu. Kerana apa? tidak perlulah aku ungkapkan kerana seolah membuka pekung di dada.

Namun aku masih berharap, akan ada antara kita yang imannya sekuat benteng Salahuddin al-Ayyubi dan seteguh Sultan Mehmed al-Fatih yang akan menggegarkan arasy Allah yang Agung dengan rintihan dan doanya yang murni kerana Allah. Aku, bukanlah seorang dari hamba-Nya yang makbul doanya namun tidaklah bermakna tidak perlu berusaha. Usulan pemuda PAS agar umat Islam membaca qunut nazilah setiap solat amatlah baik, namun di sini muncul persoalan, tahukah kita apakah itu qunut nazilah? hehe, aku pun dah lupa bacaannya..ayuh, kita hafalkan dan baca.

p/s tidaklah perlu faham kenapa aku menulis, ia sekadar luahan rasa hati yang sedang berkecamuk dan hilang arah dan perlu kepada bimbingan-Nya.
p/s/s bagi yang yakin dengan janji Allah, pasti mereka sedang bergembira, kerana apa?fikir2kanlah..

M.O.O.D.Y.....!!

bismilLahirRahmanirRahim..

saat menulis ni, sebenarnya aku sedang ketiadaan mood sejak beberapa hari..aku pn tak pasti kenapa tapi aku rasa seolah dunia ini kosong, nothing..aku fikir2kan sebabnya,tak ketemu..aku betul2 rasakan dunia ini tak ada apa2 yang menarik and interesting..tengok nasi tak rasa nak makan, bila lapar masih tiada rasa nak makan, sampailah perut betul2 lapar, itu pun aku paksa makan..

si Rauf tanya, tengok perempuan? entahla, tak berapa rasa pelik pun..Ya Allah, kenapa aku begitu tiada mood beberapa hari ini? adakah ini hanya ujian-Mu? atau? entahlah, aku malas fikirkannya..tapi, yang pasti aku tiada mood..tengok ini tak kena, tengok itu tak rasa apa2, tiada tarikan..ada orang tanya, blogging? sama, tak rasa apa2 yang menarik pada blogging..baca dan menulis sekadar lalu, seolah tiada apa2 yang aku baca atau tulis..

si Rauf pulak cakap, "aku tak taula apa jadik ngan ko,bagi aku makanan adalah nikmat dan pompuan tu fitnah terbesar bagi lelaki, tapi tu pun tak effect?"..bagi aku tak perlu pun orang atau aku sendiri tahu apa yang jadi, cuma apa yang perlu adalah bagaimana untuk back to normal? aku langsung tiada mood..tahu esok ada exam dan lusa ada remed tapi still tiada semangat.. buka internet tiada apa yang menarik, main game tak rasa best pun..Amirul aka Yoll cakap aku "homesick", mungkinkah? mungkin..tapi tiada yang pasti..dengar lagu, watching korean? haha, tiada satu pun yang berjaya tarik minat aku..really2 got nothing to do..nak study?baca sepatah tido..dua patah, keluar balik..

aku rasa aku rindu family and the warmth, juga masakan ma aku..tapi sekali lagi, itu hanya mungkin tapi tiada yang pasti..semalam aku mmpi aku balik malaysia, makan masakan ma aku dan bermain dengan family members yang lain..oh tidak,aku pun boleh terkena homesick kah? tak mungkin2..aku pasti aku tak homesick, tapi hanya hati ini yang mengada2 nak hilang mood..hopefully lepas ni aku kembali ada mood..

and now, aku masih di depan laptop sedang menaip, sambil memaniskan telinga dengan harapan semangatku hadir kembali..bukan untuk study, bukan untuk ada nafsu makan etc2 namun cukuplah sekadar aku dapat merancang hidup ini biar ia menjadi menarik dan tidak hambar-aku suka merancang hidup aku,namun sekarang kesukaan itupun hilang??-..adakah aku terlupa sst yang penting? adakah aku lalaikan sst yang penting? atau kenapa?..maaf kerana anda terbaca post yang tiada mood ini..