Jun 29, 2010

Bersama TPM

bismilLahirRahmanirRahim..

macam biasa, nak jadi Ajib AAS sekejap. Last night telah attend satu event penting-meraikan kedatangan TPM ke Jakarta dalam rangka lawatan kerja beliau-. TPM telah berbesar hati untuk bersama-sama sejumlah pelajar Malaysia di Jakarta, berkongsi beberapa hal dan makan semeja dengan siapa ntah. Aku duduk semeja dengan malaysian student dan 2 orang dari kedutaan. Hanya seorang aku kenal yaitu en. Sulaiman (not Sudirman ok) dari bagian pengurusan ekonomi. Lagi sorang tak kenal.
Dan sebenarnya tanpa aku perasan, ada sorang Datuk di meja sebelah, haa, itulah dia Datuk Mukhriz (bukan Datuk kpd Mukhriz ok)? Apa yang aku perasan, Datuk ni gler peramah, datang2 sebelum masuk hall/ballroom itu, dia lepak ngan kitaorang kat luar, siap boleh bergambar lagi-ramai2 lerr- Well, aku ni kalau nampak orang jenis down to Earth memang tak boleh tolong r -mind set?- Dengan TPM dapat salam ajolah. Tapi bagi aku, dengan pemimpin2 ni, dapat salam pun dah cukup-sebagai menghormati kedudukan dia sebagai pemimpin negara-

Dah lari topik nampaknya, aku sebenarnya nak share what I got from the cerem(big one). Paling penting adalah menjaga hubungan kedua negara. Selain itu isu visa dua tahun juga menjadi perhatian-isu ini bahkan dibincangkan di peringkat tertinggi iaitu antara PM dan Presiden-. Besides that, isu TKI atau pembantu rumah juga disentuh-katanya sekarang government tunggu pihak Indo setkan lowest salary sebelum meneruskan discussion on that particular topic-. Pada waktu yang sama, hal mengenai pelaburan luar Malaysia di Indonesia juga disentuh (perdagangan di Jakarta esp), juga perdagangan antara dua negara (join venture). Selain itu ada juga isu berkaitan penginovasian pengurusan perladangan dan tawaran dari pihak kerajaan Malaysia kepada ITB(institut tech Bandung) agar membuka branch di Malaysia-TPM harap buka di Johor?!-. Kemudian diteruskan dengan isu dalam negara.

Antara isu dalam negara yang disentuh adalah berkaitan cabaran untuk menganjakkan level Malaysia ke level lebih tinggi yang mana menjadi salah satu tujuan diperkenalkan KPI (key performance indicator) dan juga NKRA (national key reserved area). Menurut TPM, walaupun pelbagai usaha termasuk pengenalan dan pelaksanaan NKRI dan KPI, namun itu hanyalah membantu menaikkan dan mempertahankan nama, tapi tidak memperluaskan Malaysia sendiri. Hal ini berbeza dengan pendekatan Bilik Gerakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dahulu yang mana pendekatannya dapat memperluaskan Malaysia malah Korea selatan mengguna pakai kaedah sama yang dimodifikasi mengikut citra pemimpin mereka dan kini mereka bahkan lebih jauh ke hadapan berbanding Malaysia (walau dulu terkebelakang berbanding Malaysia). Justru dalam meneladani kemampuan Korea Selatan, Malaysia perlu ada dan laksanakan pendekatan tepat agar dapat lebih maju dan makmur. Antaranya adalah dengan duduk semeja dengan pihak swasta, brainstorming untuk meningkatkan hasil ekonomi negara dan seterusnya per kapita.
Tidak lupa juga isu competitveness. Isu penting bagi melihat bagaimana dan seberapa tinggi kemampuan Malaysia untuk bersaing. Untuk itu diterapkan nilai Malaysia Maju 2020, pembangunan modal insan -asset penting-, peningkatan produktiviti melalui pelbagai program seperti latihan kemahiran dll. Namun mudahnya, perlu melihat kembali kepada isi RMK-10. Selain itu, diusulkan juga penggabungan tenaga sektor awam dan swasta. Jika kini mostly sektor awam yang menjana kerajaan, maka isu ini dibincangkan agar sektor awam dan swasta dapat bekerjasama lebih baik. Namun bagi aku, paling penting adalah poin terakhir yaitu perpaduan nasional. TPM meyakinkan bahwa sebarang anasir atau apa saja hal yang mampu menggugat perpaduan nasional tidak akan ditolakansur dan berdiam diri. Amat mengharap keadilan dan permuafakatan dapat terjalin.

Seterusnya sesi terakhir pentas yaitu Q&A. Ada beberapa soalan namun mostly berkaitan penerapan nilai 1Malaysia dan kesannya serta isu competitiveness dan modal insan (asas kepada pembangunan mantap). jawapan TPM kepada soalan penanya pertama (Farid), Penerapan nilai 1Malaysia tidak hanya di Malaysia tapi buat seluruh rakyat Malaysia di mana sahaja. Manakala, berkait isu peluang kerja dan "penyamaan hak",  TPM menjelaskan kerajaan sedang berusaha ke arah itu dan salah satu caranya adalah dengan memberi nilai tambah melalui pelatihan tambahan dll. Namun murninya, tiada batas atau beza antara kelompok pemegang ijazah (semuanya sama, bukanlah medical students lebih superior kepada students pengajian Islam or what).
Penanya kedua(orang KUJ) berkaitan merapatkan hubungan rakyat kedua negara, any budget? Jawapan TPM mudah, "Ya" namun katanya masih banyak cara lain seperti peranan media, education (mcm students xchange program dan peranan pelajar spt kami).
Penanya ketiga(bro Nabieh) bertanya isu competitiveness kerana ramai Malaysian yang keluar negara untuk bekerja di sana, isu permulaan awal persekolahn -baik as we can grad and help the country earlier-, isu related ekonomi Islam dan isu badan swasta serta isu biotech dan nuc tech. Menurut TPM, mungkin yang kerja di luar dapat offer lebih baik namun gov akan usahakan tarik mereka balik ke Malaysia. Untuk permulaan persekolahan seawal 6tahun (awalkan setahun), kini ok cuma masalah tempat. Bagi hal berkaitan ekonomi Islam, hub halal etc, hal itu akan diimprovekan (sori, lupa jawapan tepat). TPM tidak menjawab isu swasta. Bgi tech nuklear, hal itu masih baru dan masih dibincangkan kerana kita masih ada sumber lain seperti hidro dll. Bagi isu patriotism, TPM tidak setuju dengan statement Nabieh bhwa rakyat Malaysia kurang patriotik cuma kata beliau kurang nampak kerana tiada isu besar terkait negara.
Penanya keempat(unknown-Malaysian worker di branch company Malaysia di Jakarta) bertanya isu perpaduan iaitu bagaimana UMNO dan 1Malaysia akan mengembalikan racial integration seperti dahulu? (katanya kini lebih kepada racial polarization/smgt kaum). TPM jujur mengatakan dia tidak setuju bahwa politik yang mencetuskan hal begit sebaliknya hal lain spt blog dll. Kerajaan akan menerapkan prinsip 1Malaysia sebagai asas membentuk perpaduan.

Majlis yang bermula dengan bacaan doa oleh atase agama ini kemudiannya diakhiri dengan ramah mesra TPM dengan Malaysian. Aku yang masa itu dah di luar secara tak sengaja beratur sekali unutk menyalami beliau sebab dah tak tahu nak ke mana,haha!! (tak tahu pun orang beratur untuk tunggu  TPM kluar). Majlis yang diisi dengan persemabahan kumpulan Omega, jamuan dan ucapan TPM ini jam 9++ (TPM balik nonton bola!!eheh)

No comments: