Jun 2, 2010

Isu

Setelah berlalu beberapa isu, hadir beberapa isu baru..dan..kini..hangat isu Flotilla..serangan Israel si celaka itu ke atas yang tidak bersalah..dan mesir, baru hari ini sedar lalu membuka sempadan Rafah..

Aku mulakan dengan satu soalan, apakah perasaan kita saat pertama kita tahu Israel menyerang Falestin? Eh, silap patut soalan ini dahulu, bilakah pertama kali kita ambil kisah dengan perang antara Israel dan Falestin? Aku tidak tahu bila pertama kali aku ambil tahu tapi pertama kali aku didedahkan adalah semasa di form4. Saat itu Israel masih mahu meluaskan sempadan negaranya. Sunnguhpun negaranya adalah negara haram namun tanpa segan silu mahu meluaskan lagi, heran. Namun yang lagi herannya, PBB hanya membiarkan malah membenarkan dan rakyat Falestin pula tidak dapat berbuat apa2, lagi menambah duka, bantuan dari sekutu2 Liga Arab tiada!! Malah bantuan dari sesama rakan Muslim juga tiada? Negara haram Israel yang sudah bermula sejak 1938 bertambah besar dan meluas dan kini Falestin yang makin terjepit dan terhimpit.

Teman2, adakah perasaan kita cukup untuk menunjukkan betapa sayangnya kita sesama umt Islam? Adakah kita dapat merasakan kesakitan yang saudara2 kita alami? Adakah doa kita adalah doa yang sama kita pinta jika kita dalam keadaan terdesak dan tiada jalan lain? Benar, kekuatan perang muslimin bukanlah pada senjatanya semata-mata, kerana apa? Lihatlah sejarah, apa yang sejarah buktikan? Siapakah yang dibawa ke medan perang? Apakah persiapan yang disertakan di medan perang? Bantuan Allah adalah lebih utama.

Hati ini, walau pernah membara suatu saat dahulu kerana bengang terhadap satu pihak, namun juga merasa malu. Kerana apa? tidak perlulah aku ungkapkan kerana seolah membuka pekung di dada.

Namun aku masih berharap, akan ada antara kita yang imannya sekuat benteng Salahuddin al-Ayyubi dan seteguh Sultan Mehmed al-Fatih yang akan menggegarkan arasy Allah yang Agung dengan rintihan dan doanya yang murni kerana Allah. Aku, bukanlah seorang dari hamba-Nya yang makbul doanya namun tidaklah bermakna tidak perlu berusaha. Usulan pemuda PAS agar umat Islam membaca qunut nazilah setiap solat amatlah baik, namun di sini muncul persoalan, tahukah kita apakah itu qunut nazilah? hehe, aku pun dah lupa bacaannya..ayuh, kita hafalkan dan baca.

p/s tidaklah perlu faham kenapa aku menulis, ia sekadar luahan rasa hati yang sedang berkecamuk dan hilang arah dan perlu kepada bimbingan-Nya.
p/s/s bagi yang yakin dengan janji Allah, pasti mereka sedang bergembira, kerana apa?fikir2kanlah..

3 comments:

imamuslim said...

salam..

"Namun aku masih berharap, akan ada antara kita yang imannya sekuat benteng Salahuddin al-Ayyubi dan seteguh Sultan Mehmed al-Fatih yang akan menggegarkan arasy Allah yang Agung dengan rintihan dan doanya yang murni kerana Allah"

yeap, im hoping too. tapi tak bolehlah berharap je kan. kita kena berusaha juga.walau tidak sehebat mereka.tapi ketahuilah,

dalam diri setiap insan ada mutiara yang bernilai harganya.maka, jom2 bermuhajadah!^^

'abduH said...

amat berharap akan menemui mutiara tersebut..dan untuk itu,yup,ayuh mujahadah..

'abduH said...

apa yg penting?-->kerjasama!!