Jul 28, 2010

Baru Secebis

bismilLahirRahmanirRahim

Aku bukanlah orang yang tahu banyak benda tapi aku tahu satu hal, sebagai umat Islam kita mestilah berada dalam jamaah. Aku tidaklah bermasalah dalam memilih jamaah (ada sebab2nya). Namun seperti biasa, aku concern dengan kisah di sebaliknya, contoh sejarah penubuhan sesebuah jemaah atau gerakan Islam (Harakah Islamiah). Memang kita dituntut untuk taat dan menyertakan diri ke dalam sesebuah jamaah namun perpecahan yang terhasil dari perbezaan kecil pemikiran pimpinan amat menghampakan.

Setelah membaca beberapa kerat dari post2 dan link2 yang ada pada link2 di bawah ini
ia menambahkan kegusaran kalau2 akan tumbuh lebih banyak harakah Islam lain, tidak kiralah di Malaysia atau di mana sahaja. Aku tahu, semuanya mengharapkan pembentukan khilafah. Tapi, itulah, perbezaan kaedah dan beberapa hal furu' sahaja sudah cukup untuk memecahbelahkan sesebuah kesatuan mereka, seolah begitu rapuhnya perpaduan yang terbina. Sungguhpun aku lebih suka mengikuti kaedah "sertai jemaah yang pertama ditubuhkan yang menjadikan al-Qur'an dan Sunnah sebagai tunjang dan bermatlamat ke arah Daulah islamiyyah. Sekiranya pada jemaah ni terdapat kekurangan, maka kamu masuk dan betulkan kekurangan, tampunglah ia bukan dengan menubuhkan jemaah yang baru"-klik sini dan lihat komen no.14- namun aku tidak merasakan ia kaedah terbaik pada saat ini. Walau apapun terserahlah. Aku bukanlah hendak menabur fitnah namun ingin sekali aku nyatakan: 
BIAR APA PUN YANG KITA LAKUKAN DAN PILIH, BIARLAH ADA SEBAB MUSABBAB DAN SANDARANNYA PADA SUMBER2 TERPERCAYA DENGAN MELETAKKAN AL-QUR'AN DAN HADIS SEBAGAI SUMBER UTAMA..(moga aku tidaklah jadi orang yang hanya bercakap sebaliknya turut bergerak kalau tidak..!!)


Wa Allahu a'lam

antara dua dunia..

bismilLahirRahmanirRahim..
rajin2lah mendengar ya..
kalo takmo tumpu bebyk pn, fokus kat 40minit terakhir pn ok lerr,hehe..
fikir2kanlah, mereka convert setelah menemui kebenaran, kita?
jika dari segi aqidah sudah berbeza, jika beza manhaj mampu menyebabkan orang mengatakan, "kamu salah, kamu sesat" dan sebagainya, maka bagaimana orang2 bukan Islam akan melihat Islam sebagai satu agama yang menekankan perpaduan dan kesatuan?
Usaha perbaikan itu bagus dan baik namun janganlah perbaikan itu kelak hanya merosakkan Islam dari dalam Tanpa kita sedari benih2 kebencian terhadap Islam makin tumbuh
Sedangkan orang2 yang tidak mahukan Islam bangun kembali bersorak gembira    








p/s: aku rasa aku kene korek dan cari balik buku2 aqidah Islam dan cungkil balik perbezaan aliran pemikiran seperti mu'tazilah, syiah dll kemudian cari balik kunci pertembungan dan perbezaan. Bukan sebab apa, penceramah Singapura yg kini dok kat Johor peningkan aku, apa yg dia cakap (difahami aku) berbeza dengan buku2 aqidah yang aku pernah baca sebelum ini seperti aqidah Muslim dan faridatul faraidh!! paling dominan bout maturidi dan asy'ari. Nak tahu? silalah ke sini http://www.youtube.com/watch?v=BVOBas6LXAc&feature=related Aku fikir, adakah semua pegangan mu'tazilah, khawarij dll itu tiada langsung yang betul? Bukankah itu seolah menyatakan mereka sudah kafir,syirk dll. Bukan apa, apa yg aku baca dari faridatul faraidh fi 'ilmul aqaid, dalam buku itu menyatakan bagian mana mu'tazilah dll salah dan bagian mana mereka tidak salah.
p/s/s: aku tak ambil kisah pun dengan ceramah dia sebelum ini, tetapi yang ini sebab libatkan soal aqidah maka nak tak nak, kena ambil tahu

Wa Allahu a'lam , Ya ALLAH tunjukkanlah kami semua ke jalan yang benar walau begitu banyak fitnah yang datang menyerang Islam, amin

Jul 18, 2010

Sucikan hatimu sebelum hadirnya bulan suci

bismilLahirRahmanirRahim..

teringat satu hal, kata2 yang selalu digunakan orang untuk menjadikan satu panduan keluarga bahagia, "Jangan harapkan isteri sehebat Fatimah az-Zahra jika dirimu tidak semulia Saidina Ali KarramalLah wajhah". Then aku cuba relatekan dengan kata2 seorang ustaz, "sucikan hatimu sebelum hadirnya bulan suci Ramadhan"..Mungkin ada yang nampak persamaannya, mungkin ada yang tidak

Bagi aku, hal ini boleh difahami sebagai, kalau kita nakkan kebaikan dan inginkan keindahan maka seharusnya kita dahulu memperbaiki dan mengindahkan diri sendiri. Mudahnya, jika kita mahukan keberkatan bulan suci Ramadhan dan mengharapkan Ramadhan mernjadi madrasah untuk kita menjadi lebih baik maka dari sekarang kita telah cuba membaikkan diri sendiri. Dan hal ini seiring dengan kaedah dakwah iaitu usaha perbaikan diri, barulah kemudian perbaikan keluarga, masyarakat, dan negara; maksud aku, ada peringkat2nya, bukanlah kerana masa2nya. Tidaklah kita tunggu bulan Ramadhan untuk baiki diri, tidaklah kita tunggu ilmu agama banyak menggunung baru menyampaikan sebaliknya sampaikanlah walau satu ayat ila akhirihi ila akhirihi..

Jul 15, 2010

Puasa sunat Sya'ban-edited-

BismilLahirRahmanirRahim..
Rejab berlalu, sya'ban menjelma. Sya'ban,bulan di mana RasululLah paling kerap berpuasa. Bulan di mana diangkatnya amalan2. Bulan di mana diperintahkan selawat. Bulan di mana berlakunya pertukaran qiblat.
Pada mulanya tak mahu sentuh isu melibatkan khilaf ulama lebih2 lagi bab hadis sebab tiada keahlian namun selepas meneliti beberapa laman, dan setiapnya tidak bertentangan antara satu sama lain maka aku yakin bahwa tiada unsur menjatuhkan dll maka boleh diterima. Besides, aku pun tak tahu mengapa, tapi dorongan dalam diri (entah dari mana) memaksa aku berkongsi. Jika malas baca panjang2, baca jer kesimpulan nun di bawah sana..

Telah sabit dengan satu hadis sahih Bukhari bahwa RasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam gemar membanyakkan puasa pada bulan sya'ban kerana bulan ini sering dilupakan manusia dan bulan ini adalah bulan diangkatnya amalan justru baginda senang sekali jika amalannya diangkat saat baginda sedang berpuasa. Mengenai bilakah diangkatnya amalan, tiada pendapat yang muktamad kerana hadis mengenainya adalah dhaif. Begitu juga hadis mengenai berpuasa selepas 15 Ramadhan. Puasa selepas 15 Ramadhan menjadi isu kerana ada dua hadis bertentangan yang keduanya diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Bezanya, satu hadis disahihkan oleh majoriti ulama mutaqaddimun termasuk Bukhari Muslim, manakala satu lagi hadis disahihkan oleh seorang sahaja muqaddimun iaitu at-Tirmidzi dan majortiti muakkhirin seperti al-Hakim dan al-Albani. Dalam menanggapi hadis sebegini, lebih elok dilihat kepada mutakharrij atau ahli hadis yang meriwayatkannya.

Pertama, hadis larangan berpuasa selepas 15 sya'ban, hadis ini hanya ada satu wajah iaitu dari al-A'laa dari ayahnya. Walaupun imam Muslim dan Imam Ahmad mensiqahkan beliau namun tidak menerima hadis ini. Imam Muslim dan Imam Ahmad banyak meriwayatkan hadis dari beliau namun tidak untuk hadis ini dan seumpamanya (hadis yang diriwayatkan melalui hanya satu jalur iaitu al-A'laa dan tiada pada jalur lain/tafarrud). Imam Tirmidzi, seperti yang ramai berkata tentangnya, amat mudah mensahihkan hadis (rujuk pengenalan "Terjemahan Riyadhus Sholihin" yang direvisi). Tidaklah kita menolak semua hadis yang ditashihkan Imam Tirmidzi namun dalam hal ini, hadis yang membenarkan adalah lebih rajih/kuat.

Kedua, hadis mengizinkan berpuasa kecuali 1-2hari sebelum Ramadhan bagi mengelakkan syak. Dalam hadis ini disebutkan bahwa baginda melarang berpuasa 1-2 hari sebelum Ramadhan namun tidak untuk 3hari (dan seterusnya) sebelum Ramadhan. Hadis ini disahihkan oleh ramai ulama muqaddimun sperti imam Bukhari dan Muslim, Imam Ahmad dll. Hadis ini dianggap lebih rajih/kuat kerana lebih ramai ulama' hadis yang lebih senior dan lebih hebat yang meriwayatkannya.

Namun, ada juga pendapat pertengahan antara keduanya, seperti yang dikemukakan imam Syafi'e dan ulama Syafieyah serta syeikh ibn Baz. Mengikut ulama syafi'e (di Wataniah dulu, ustaz ajar yang ini), izin puasa selepas nisfu sya'ban hanya kepada yang pernah berpuasa pada separuh pertama dan pada separuh kedua hendaklah berturut-turut, jika berhenti maka tidak boleh meneruskannya. Contoh, puasa pada 4 sya'ban kemudian puasa lagi pada 16,17 dan 18 sya'ban tapi tidak pada 19 sya'ban, maka tidak boleh meneruskan puasa pada 20 sya'ban. Ibn Baz pula mengambil jalan tengah iaitu, bagi yang biasa berpuasa sejak awal Sya'ban atau pada hari2 tertentu seperti Isnin dan Khamis maka teruskan dan bagi yang jarang-jarang puasa maka ditegah. Mungkin JAKIM berpandangan sama dengan Syeikh ibn Baz dalam hal ini (mungkin sebab penjelasan dalam hadith harian JAKIM seolah menegah puasa selepasa 15sya'ban)

Walau bagaimanapun, sepanjang pembacaan aku, semua ulama' mengizinkan puasa setelah 15 sya'ban bagi yang biasa berpuasa pada hari2 tertentu seperti Isnin dan Khamis termasuk pada 1-2 hari sebelum Ramadhan (sabit hadis yang disahihkan oleh Bukhari Muslim dll tadi).

Kesimpulan : Pertama, ulama terbagi 3 dalam hal ini, ada yang memakruhkan (mazhab Syafi'e), ada yang mengharamkan (yang mengikut HR dari al-A'laa) dan ada yang mengharuskan (yang mengikut HR Bukhari Muslim). Namun yang paling rajih adalah dibolehkan berpuasa selepas 15 sya'ban regardless pernah berpuasa pada separuh pertama atau tidak. Kedua, larangan puasa tidak melibatkan puasa lazim seperti kebiasaan Isnin dan Khamis(hanya bagi yang melazimkan diri puasa sunat hari tertentu spt Isnin Khamis) dan puasa2 tertentu seperti qadha' dan nazar. Akhir sekali, puasa pada 1-2hari sebelum Ramadhan tanpa alasan adalah ditegah kerana Islam membataskan antara amalan fardhu dan amalan sunat (contoh, solat fardhu dan solat sunat mesti diselangi sekurang-kurangnya oleh zikir atau wirid tertentu).
p/s: sebab di SMKA dulu ustaz ajarkan based on mazhab syafi'e so sekarang aku masih cenderung kepada yang itu namun dalam masalah khilaf tiada siapa boleh katakan dia paling benar dan tuduh yang lain salah.

Sila betulkan kalau ada salah silap..Wa Allahu a'lam

Jul 10, 2010

jiwa yang tewas-part akhir-

bismilLahirRahmanirRahim..
setelah lama bertangguh dari menyambung post sebelum ini yaitu post 1 dan 2,alhamdulilLah akhirnya sempat menyelesaikan juga..dan seperti biasa sumbernya masih sama yaitu buku Maza Ya'ni oleh Fathi Yakan..


baiklah, setelah secara ringkas menjelaskan mengenai peranan akal dan hati, maka pada kali ini insyaAllah kita pergi kepada melihat bagaiman hasil kombinasi akal dan hati yang tidak berjaya? yaitu melahirkan jiwa yang tewas. Jiwa yang tewas ini ada tanda2nya, yang mana tidaklah dapat dibicarakan secara menyeluruh dan lengkap tapi sekadar memberi view itu insyaAllah boleh.

Secara mudahnya, jiwa yang telah tewas ini dapat dilihat dari zahirnya lagi kerana hati dan akalnya sudah tidak dapat lagi membawanya ke arah yang benar. Akal sudah dikaburi maksiat dan hati sudah dipenuhi noda, maka cahaya Ilahi tidak dapat menapak baik sebagai petunjuk akal mahupun sebagai cahaya hati. Pada saat ini, mudahlah bagi syaitan untuk menggoda dan "take opportunity" (syaitan ni jenis oppurtunist) sebagaimana firman Allah dalam surah al-Mujadilah ayat 19, "Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengngati Allah". Ini adalah usaha iblis yang telah dicop sesat oleh Allah (lihat surah al-A'raf ayat 16-17).

Tanda utama yang dominan adalah bila lahirnya dalam jiwa manusia itu, ragu dan was-was. Kita dianjurkan agar beramal dengan surah an-Nas dan ambil pengajaran dari surah tersebut yang secara terang menjelaskan mengenai usaha syaitan untuk membisikkan bisikan yang menimbulkan was-was. Dan ingatlah Allah setiap kali ditimpa was-was dan renunglah diri (al-A'raf : 201). Dalam sebuah hadis yang agak panjang disebutkan bahwa bagi Allahlah individu2 yang walau dibisikkan keraguan ke dalam hatinya namun hatinya masih yakin dan percaya serta ikhlas kepada Allah azza wa jalla. Bayangkan bagaimana jiwa manusia yang ragu dan jiwa yang yakin berbeda? Bezanya lebih luas dari langit dan bumi!! Jiwa yang yakin pasti tetap tenang dan pasrah hanya kepada Allah namun sebaliknya bagi yang tidak benar2 yakin dan percaya.

Akhirnya, mahu saya kongsikan kata2 solihin yang merumuskan pintu masuk syaitan ke dalam jiwa manusia (rujuk "Apa Ertinya saya Menganut (intima-i) Islam"? pada bab "Saya Mestilah dapat Menguasai Diri"). Pintu masuk syaitan itu ada 10
  1. Tamak dan jahat sangka (VS percaya dan berpada setelah berusaha)
  2. Cintakan hidup dan panjang angan2 (VS rasa takut terhadap maut yang datang tiba2)
  3. Cintakan kerehatan dan nikmat (VS keyakinan bahwa nikmat akan hilang dan balasan buruk)
  4. Ujub (VS syukur atas segala nikmat dan takutkan balasan seksa)
  5. Underestimate dan tak hormati orang lain (VS mencari tahu hak2 dan kehormatan mereka)
  6. Hasad (VS Qanaah dan redha)
  7. Riya' dan sukakak pujian (VS ikhlas)
  8. Bakhil (VS yakin bahawa semuanya tidak kekal kecuali apa yang ada pada Allah)
  9. Takabbur (VS Tawaddhu')
  10. Tamak (VS yakin dengan ketentuan Allah dan tidak mengharapkan hak manusia lain)
Sebagai penutup, Ingatlah bahwa kunci kemenangan dan kelebihan jiwa mu'min berbanding jiwa yang lain adalah keyakinan dan ingatannya terhadap Allah. Hati dan lisan yang sentiasa zikrulLah itulah yang selamat. Selain itu peliharalah diri dari bermewah-mewah dan berlebih-lebihan walau dalam perkara halal (al-A'raf : 31). Akhir kata berhati2lah terhadap bisikan dan godaan syaitan dan ketahuilah "Terburu-buru itu dari syaitan dan hati-hati itu dari Allah"

Wa Allahu a'lam..Moga kita semua ditunjuki oleh-NYA ke jalan yang benar,amin.