Jul 28, 2010

antara dua dunia..

bismilLahirRahmanirRahim..
rajin2lah mendengar ya..
kalo takmo tumpu bebyk pn, fokus kat 40minit terakhir pn ok lerr,hehe..
fikir2kanlah, mereka convert setelah menemui kebenaran, kita?
jika dari segi aqidah sudah berbeza, jika beza manhaj mampu menyebabkan orang mengatakan, "kamu salah, kamu sesat" dan sebagainya, maka bagaimana orang2 bukan Islam akan melihat Islam sebagai satu agama yang menekankan perpaduan dan kesatuan?
Usaha perbaikan itu bagus dan baik namun janganlah perbaikan itu kelak hanya merosakkan Islam dari dalam Tanpa kita sedari benih2 kebencian terhadap Islam makin tumbuh
Sedangkan orang2 yang tidak mahukan Islam bangun kembali bersorak gembira    








p/s: aku rasa aku kene korek dan cari balik buku2 aqidah Islam dan cungkil balik perbezaan aliran pemikiran seperti mu'tazilah, syiah dll kemudian cari balik kunci pertembungan dan perbezaan. Bukan sebab apa, penceramah Singapura yg kini dok kat Johor peningkan aku, apa yg dia cakap (difahami aku) berbeza dengan buku2 aqidah yang aku pernah baca sebelum ini seperti aqidah Muslim dan faridatul faraidh!! paling dominan bout maturidi dan asy'ari. Nak tahu? silalah ke sini http://www.youtube.com/watch?v=BVOBas6LXAc&feature=related Aku fikir, adakah semua pegangan mu'tazilah, khawarij dll itu tiada langsung yang betul? Bukankah itu seolah menyatakan mereka sudah kafir,syirk dll. Bukan apa, apa yg aku baca dari faridatul faraidh fi 'ilmul aqaid, dalam buku itu menyatakan bagian mana mu'tazilah dll salah dan bagian mana mereka tidak salah.
p/s/s: aku tak ambil kisah pun dengan ceramah dia sebelum ini, tetapi yang ini sebab libatkan soal aqidah maka nak tak nak, kena ambil tahu

Wa Allahu a'lam , Ya ALLAH tunjukkanlah kami semua ke jalan yang benar walau begitu banyak fitnah yang datang menyerang Islam, amin

5 comments:

Naem said...

Ameenn...~

imamuslim said...

ustaz itu, best je dengar ceramah2 dia. mungkin agak keras sebab uslub dakwah yg berbeza. takpelah, apa yang benar itu tetap benar. ambil yg baik, buang buruk.

wallahualam

-semoga kita berada atas jalan yg lurus itu-

'abduH said...

amin

uslub dakwah no komen..

yup,betul,ambil yg benar dan yg salah dijadikan sempadan..

sumtimes aku rase aku jnis yg agak *-=# cket..

farid ramli said...

Salam,

Aku tak tengok lagi video tu. Malas nak tekan. Haha. Tapi aku rasa dari Ustaz Rasul Dahrikan?

Yup, dalam "aliran sunnah", Ustaz Rasul Dahri agak keras dan cenderung untuk terus menyesatkan dan menggolongkan kelompok2 tertentu. Berbeda dengan Dr Maza yang uslub dakwahnya lebih baik dan tersusun. Sebab tu, jangan terkejut kalau kat forum fikrah.net dll akan timbul dua golongan, satu lagi pro Dr. Maza, satu lagi pro Ust Rasul Dahri. Takpe lah, itu antara orang 'alim yang mereka lebih arif dari kita.

Dan tentang mazhab. Adakah syiah 'mazhab' aqidah ataupun 'mazhab' fiqh? Hehe. Sama la jugak khawarij semua-semua tu. Kena check balik

Wallahu 'alam

'abduH said...

hmm,btol2,antara org 'alim yg lebih arif dari kita..masalahnya ble si alim peningkan org awam mcm aku ni,eheh

yup,kne check balik,back to basic

tp aku agak terkedu satu,disbbkan dia seorg yg keras,knapa msti dia ambil part satu golongan saja yg betul?logiknya dia pakai yg lebih baik yaitu hadis yg terhenti sampai terpecah kpd 73 golongan shaja -sekadar berpendapat-

wa Allahu a'lam