Jul 15, 2010

Puasa sunat Sya'ban-edited-

BismilLahirRahmanirRahim..
Rejab berlalu, sya'ban menjelma. Sya'ban,bulan di mana RasululLah paling kerap berpuasa. Bulan di mana diangkatnya amalan2. Bulan di mana diperintahkan selawat. Bulan di mana berlakunya pertukaran qiblat.
Pada mulanya tak mahu sentuh isu melibatkan khilaf ulama lebih2 lagi bab hadis sebab tiada keahlian namun selepas meneliti beberapa laman, dan setiapnya tidak bertentangan antara satu sama lain maka aku yakin bahwa tiada unsur menjatuhkan dll maka boleh diterima. Besides, aku pun tak tahu mengapa, tapi dorongan dalam diri (entah dari mana) memaksa aku berkongsi. Jika malas baca panjang2, baca jer kesimpulan nun di bawah sana..

Telah sabit dengan satu hadis sahih Bukhari bahwa RasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam gemar membanyakkan puasa pada bulan sya'ban kerana bulan ini sering dilupakan manusia dan bulan ini adalah bulan diangkatnya amalan justru baginda senang sekali jika amalannya diangkat saat baginda sedang berpuasa. Mengenai bilakah diangkatnya amalan, tiada pendapat yang muktamad kerana hadis mengenainya adalah dhaif. Begitu juga hadis mengenai berpuasa selepas 15 Ramadhan. Puasa selepas 15 Ramadhan menjadi isu kerana ada dua hadis bertentangan yang keduanya diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Bezanya, satu hadis disahihkan oleh majoriti ulama mutaqaddimun termasuk Bukhari Muslim, manakala satu lagi hadis disahihkan oleh seorang sahaja muqaddimun iaitu at-Tirmidzi dan majortiti muakkhirin seperti al-Hakim dan al-Albani. Dalam menanggapi hadis sebegini, lebih elok dilihat kepada mutakharrij atau ahli hadis yang meriwayatkannya.

Pertama, hadis larangan berpuasa selepas 15 sya'ban, hadis ini hanya ada satu wajah iaitu dari al-A'laa dari ayahnya. Walaupun imam Muslim dan Imam Ahmad mensiqahkan beliau namun tidak menerima hadis ini. Imam Muslim dan Imam Ahmad banyak meriwayatkan hadis dari beliau namun tidak untuk hadis ini dan seumpamanya (hadis yang diriwayatkan melalui hanya satu jalur iaitu al-A'laa dan tiada pada jalur lain/tafarrud). Imam Tirmidzi, seperti yang ramai berkata tentangnya, amat mudah mensahihkan hadis (rujuk pengenalan "Terjemahan Riyadhus Sholihin" yang direvisi). Tidaklah kita menolak semua hadis yang ditashihkan Imam Tirmidzi namun dalam hal ini, hadis yang membenarkan adalah lebih rajih/kuat.

Kedua, hadis mengizinkan berpuasa kecuali 1-2hari sebelum Ramadhan bagi mengelakkan syak. Dalam hadis ini disebutkan bahwa baginda melarang berpuasa 1-2 hari sebelum Ramadhan namun tidak untuk 3hari (dan seterusnya) sebelum Ramadhan. Hadis ini disahihkan oleh ramai ulama muqaddimun sperti imam Bukhari dan Muslim, Imam Ahmad dll. Hadis ini dianggap lebih rajih/kuat kerana lebih ramai ulama' hadis yang lebih senior dan lebih hebat yang meriwayatkannya.

Namun, ada juga pendapat pertengahan antara keduanya, seperti yang dikemukakan imam Syafi'e dan ulama Syafieyah serta syeikh ibn Baz. Mengikut ulama syafi'e (di Wataniah dulu, ustaz ajar yang ini), izin puasa selepas nisfu sya'ban hanya kepada yang pernah berpuasa pada separuh pertama dan pada separuh kedua hendaklah berturut-turut, jika berhenti maka tidak boleh meneruskannya. Contoh, puasa pada 4 sya'ban kemudian puasa lagi pada 16,17 dan 18 sya'ban tapi tidak pada 19 sya'ban, maka tidak boleh meneruskan puasa pada 20 sya'ban. Ibn Baz pula mengambil jalan tengah iaitu, bagi yang biasa berpuasa sejak awal Sya'ban atau pada hari2 tertentu seperti Isnin dan Khamis maka teruskan dan bagi yang jarang-jarang puasa maka ditegah. Mungkin JAKIM berpandangan sama dengan Syeikh ibn Baz dalam hal ini (mungkin sebab penjelasan dalam hadith harian JAKIM seolah menegah puasa selepasa 15sya'ban)

Walau bagaimanapun, sepanjang pembacaan aku, semua ulama' mengizinkan puasa setelah 15 sya'ban bagi yang biasa berpuasa pada hari2 tertentu seperti Isnin dan Khamis termasuk pada 1-2 hari sebelum Ramadhan (sabit hadis yang disahihkan oleh Bukhari Muslim dll tadi).

Kesimpulan : Pertama, ulama terbagi 3 dalam hal ini, ada yang memakruhkan (mazhab Syafi'e), ada yang mengharamkan (yang mengikut HR dari al-A'laa) dan ada yang mengharuskan (yang mengikut HR Bukhari Muslim). Namun yang paling rajih adalah dibolehkan berpuasa selepas 15 sya'ban regardless pernah berpuasa pada separuh pertama atau tidak. Kedua, larangan puasa tidak melibatkan puasa lazim seperti kebiasaan Isnin dan Khamis(hanya bagi yang melazimkan diri puasa sunat hari tertentu spt Isnin Khamis) dan puasa2 tertentu seperti qadha' dan nazar. Akhir sekali, puasa pada 1-2hari sebelum Ramadhan tanpa alasan adalah ditegah kerana Islam membataskan antara amalan fardhu dan amalan sunat (contoh, solat fardhu dan solat sunat mesti diselangi sekurang-kurangnya oleh zikir atau wirid tertentu).
p/s: sebab di SMKA dulu ustaz ajarkan based on mazhab syafi'e so sekarang aku masih cenderung kepada yang itu namun dalam masalah khilaf tiada siapa boleh katakan dia paling benar dan tuduh yang lain salah.

Sila betulkan kalau ada salah silap..Wa Allahu a'lam

No comments: