Aug 21, 2010

mahu cakap lagi..

bismilLahirRahmanirRahim

tak lama lepas aku post pasal "am I..", aku rasa aku tak patut post itu semua sebab bertentangan dengan prinsip dan kaedah seruan yang betul.

Tapi lepas difikir-fikir, tak perlulah didelete atau disimpan dalam kotak besi, sebab itu hanyalah menurut pendapat aku, bukannya nak cakap mengeluh itu elok or what, cuma sekadar membuka sedikit minda kita mengenai kerjaya sebagai seorang doktor. As a doctor we've to be able to act as a good motivator, psychiologist, adviser, dll yang bersangkutan dengan mendidik dan memberi semangat kepada pasien. Selain itu perlu ada terapan ilmu bermanfaat. Mudahnya, gabungan semua sekali ilmu yang kita pelajari perlulah digandingkan dengan peran dan beban dakwah yang kita pikul. Gunakan ilmu komunikasi untuk komunikasi secara efektif sekali gus dapat mendidik insan2 yang datang meminta bantuan kita
---cakap memang mudah, tapi part nak buat itulah yang sukar dan susah---

So, sebagai meng"attack" balik post aku sebelum ini, buatlah seolah-olah my statements yang bunyi agak tak bermanfaat dan tak memotivasi etc2 macam tak pernah ditulis.

Besides, perlulah kita sedari, Allah tidak melihat kepada harta benda, kekayaan, dan indah tidak rupa hamba2-Nya, sebaliknya yang dilihat adalah amal dan niat. Amal hendaklah ikhlas kerana Allah azza wa jalla, kaedahnya benar dan untuk tujuan yang benar pula. Amal dan niat hendaklah seiring agar ia semuanya menjadi ibadah pabila dilaksanakan

Kesimpulannya, jangan pernah kita rasa puas dengan apa yang kita ada, dan teruslah berusaha ke arah lebih baik selagi ajal tidak datang menjemput kita, sebab, bila ajal sudah datang dan roh sudah terpisah dari jasad secara literally (bukannya tidur dan bermimpi), dan kita sudah dikuburkan maka dari 3 hal yang mengikuti ke kubur, dua darinya pulang manakala satu lagi tetap menemani kita di alam barzakh hingga bertemu Allah di padang mahsyar, itulah amalan2 kita yang kita lakukan dengan niat kerana Allah azza wa jalla.

Dengan ini, harap jadi peringatan buat kita bersama insyaAllah, sebagai seorang muslim tidak boleh kita merasa lemah dalam menyampaikan risalah dan tidak boleh merasa lemah dalam usaha memenuhi usaha dakwah termasuklah belajar, kerana semuanya akan menjadi teman dan bekal kita kelak insyaAllah. Teringat teguran moderator (kalau tak silap us. Hisham) kepada salah seorang pelajar Imam Muda, beliau mengingatkan bahwa walau sepenat mana sekalipun, sebagai seorang da'ie kita tidak boleh menunjukkan kita seorang yang lemah dan mudah mengalah, dalam hal apapun, kerana itu akan beri kesan buruk terhadap usaha kita dan lebih parah lagi, mengundang keraguan mad'u dan publik terhadap kita. Ingatlah, Allah lebih suka mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah

Oleh itu, wahai manusia bernama Yusran, janganlah kamu mengalah ya..Teruskan berusaha sebab Allah bersama orang2 yang sabar dan sentiasa mengejar redha-Nya. So usahalah(dengah cara, niat dan kaedah yang betul dan benar di sisi Allah) dan berdoalah (disertai sabar dan solat) kemudian berserahlah(bermula dari sebelum berusaha lagi).
Akhir sekali, jangan dilupa khauf (takut kepada Allah yang menjauhkan maksiat) dan raja' (harapan kepada rahmat dan maghfirah-Nya hingga mengundang taubat dan taat)

Mohon ditegur jika ada salah silap
Wa Allahu a'lam

Aug 20, 2010

Am I really capable of being a..?

bismilLahirRahmanirRahim

tyme terbaca artikel2 mengenai calon doktor, or doktor about their purpose and their life as a doctor, aku fikir, "mampukah aku"?

dari segi pengorbanan waktu dan tenaga medis insyaAllah tiada masalah dan insyaAllah mampu

namun persoalan timbul bila..what kind of doctor you want to be?
1)doktor yang bergerak atas jalan dakwahkah?
2)doktor yang menjadikan profesi doktor itu hanya sebagai satu profesikah?
3)doktor yang ingin cari makan melalui profesi doktorkah?
atau 4)doktor yang ingin membantu orang lain?

bagi aku, pilihan 2-4 itu sudah berat namun pilihan 1 itulah yang paling berat, namun itulah yang wajib. Kenapa? kerana segala usaha dan hidup perlu dan wajib demi Allah semata dan itu telah kita ikrarkan di hadapan Allah azza wa jalla saat kita melafazkan kalimah syahadatain buat pertama kali dan saat kita melafazkan ikrar di dalam solat buat pertama kali. Dan sewajarnyalah, bila kita berfikir untuk menjadi seorang doktor yang baik, maka menjadi muslim yang baik adalah sudah tentu lebih utama. Dan sebaik-baik muslim adalah yang menjalankan usaha dakwah, yang menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Jika digabungkan keduanya, maka keperluan dakwah dalam profesi tidak boleh diabaikan dan ini perlukan strategi dan ilmu.

Namun ia ternyata tidak semudah disangka. Because, for me, to be an ideal doctor, perlu tahu segala hal terkait kedoktoran. I mean, dari segi jiwa, mental dan fizikal juga kaedah terbaik yang selamat dari hal2 tertentu. Bagi aku seseorang doktor tidak hanya perlu mampu mengubati zahir penyakit semata-mata, sebaliknya lebih perlu dan wajar mengubati batin. Melatih setiap pasien yang datang untuk lebih mengenal dirinya, mengenal Khaliq-nya, mendakwahkan Islam kepada yang bukan Islam dan mendakwahkan keIslahan bagi yang sudah Islam. MasyaAllah, tugasnya berat kerana, sebelum kita hendak menyampaikan, kita perlulah belajar dahulu, dan ilmu yang tidak diamalkan kelak hanya menjadi beban kepada kita. Kedua, ilmu yang kita sampaikan hendaklah kita sendiri yang mendahuluinya (dengan amal) kerana sangat besarlah kebencian Allah terhadap orang2 yang tidak beramal dengan dakwahnya!!

Kalau dulu, aku fikir, mahu jadi doktor itu susah kerana belajarnya susah tapi sekarang aku rasa, ia semakin sukar dan berat!!
Untuk membudayakan dan menyampaikan kita perlu terlebih dulu berilmu. Untuk meminta orang lain berbuat begini (even kata "pak cik tak boleh buat begini, kena makan banyak sayur, tak boleh merokok, itu ini dll" tapi kalau kita sendiri tak buat? mana dampaknya kata2 kita sendiri terhadap diri kita? )
Besides, untuk nasihat pasien kena lihat situasi dll, makanya kena belajar ilmu anamnesa dan komunikasi yang benar (ini amat berat buat orang yang suka cakap tapi tak memiliki kemahiran mendengar macam aku!!)

sebenarnya, banyak lagi aku nak tulis, tapi biarkan dulu..
wa Allahu a'lam

Aug 19, 2010

Aina Shabab?

Dipetik dari http://dakwah.info/bedah-buku/tanggungjawab-pemuda-islam-hari-ini/ 
Kerana ini hanyalah sebagian dari keseluruhan isi, so untuk info dan bedah buku secara penuh, silalah ke website yang ditunjukkan di atas..

ANTARA KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM
1. Benar-benar menjadi muslim dari segi ilmu,fikiran,hati dan perasaan, supaya mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..

2. Segera memperbetulkan budi pekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga terlihat semua perkara secara praktikal bagi Islam.
Sesungguhnya seseorang yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan besar terhadap dakwahnya.
Firman Allah,Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )

3. Jangan merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang kita mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada kita untuk berdakwah. Sama ada dengan tulisan atau dengan ucapan.
Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja kita dan makin betul dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup.
Akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah.Tapi,harus diingat termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup dan sistematik.

4. Gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan.

5. Kerja keras menyebar dakwah di kalangan orang-orang awam hingga tersingkap kabus kejahilan agar mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.
Memperbaiki budi pekerti mereka,meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam.Ini adalah penting kerana :
-Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,
-Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orang-orang fasik.

6. Jangan cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.

Perlu bersabar dalam masalah ini, kerana matlamat kita besar, mengembalikan mereka kepada Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama.
Ia memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.
Jangan  terlalu cepat menghayun langkah baru sebelum mengulangi hasil langkahan serta menganalisa natijahnya.

P/S: actually, dah lama nak postkan yang ini, tapi atas sebab2 tertentu aku tangguhkan dan akhirnya aku lupa langsung.

Aug 18, 2010

malas belajar punya pasal

bismilLahirRahmanirRahim

apa nak jadi? buku bukan main banyak dan berlambak lagi dalam almari tak habis2 lagi
study untuk SP IKK pun tidak (baca tak sampai sekerat!!adoiyai)
oh, sekarang aku baru mula benda baru yaitu baca penjelasan dan perkongsian a jews professor
---bout jews---

oh, lupa sebenarnya nak sharing satu benda (aku nak ingatkan diri sendiri sebenarnya!!)
benda ini sudah lapok cuma mahu diulang kembali

1)semua manusia selain anbiya' wal mursalin adalah tidak maksum so janganlah kita me"maksum"kan mereka
2)semua manusia ada kelebihan dan kekurangan so janganlah kita terlalu merendahkan atau terlalu meninggikan seseorg (atau hina atau taksub)
3)mukmin adalah cermin kepada mukmin lain, so tiliklah diri dan akhlaq kita menggunakan cermin itu
4)semua orang pernah buat silap namun janganlah kerana satu dua kesilapan yang dia buat itu membuatkan kita menidakkan semua perbuatan atau kata2nya
5)perbezaaan pandangan dalam masalah furu' itu pasti ada so janganlah kerana kejahilan kita, kita mengatakan kita sahaja yang benar dan orang lain salah kecuali ternyata dia salah
6)tiada yang dapat membuktikan pandangan sejarawan mana yang paling tepat so janganlah tertutup terhadap perbezaan pandangan sejarawan dan pengikut pandangan mereka (hal ini juga boleh dikaitkan dengan teori2 konspirasi)--remember, history never tell us lies but orang yang sampaikan itulah yang buatkan kita fikir sejarah itu begini dan begitu sebab mungkin dia ada kepentingan or itu hanya menurut pandangannya--
7)nobody's perfect, dan Allah Maha Pengampun, namun janganlah jadikan ia alasan untuk terus buat salah or act negatively pulak!! muslim yang ideal adalah yang selalu berusaha membaiki dirinya ke arah yang lebih baik
8) jika ada banyak pihak yang sampaikan berita maka tapislah baik2 dan cubalah untuk berlaku adil. Dan utamakanlah pandangan dari kaum kerabat dan professional muslim (yang adil) dalam menilai hal tersebut.

wa Allahu a'lam

Aug 16, 2010

berkongsi cerita

bismilLahirRahmanirRahim

hari ni dah masuk hari ke-6 berpuasa, dan insyaAllah akan terus berpuasa hingga tamatnya bulan Ramadhan (moga2 sihat2 sahaja sepanjang ramadhan ini)

kali ni nak berkongsi sikit tentang pemikiran simple aku setelah baca pasal hujatan2 kafirun terhadap Islam dan jawapan2 yang diberikan oleh rakan2 muslim terhadap mereka (aku edit sendiri jawapan2 tu,hehe)

1) umat Islam sembah ka'bah, so disimpulkan sembah ka'bah = sembah berhala? dan sembah ka'bah = sembah Allah?
*siapa sembah ka'bah? Tanya kanak2 yang baru belajar solat pun dia akan jawab sembah Allah
*Dalam hadis sahih menjelaskan Bilal b Rabah telah memanjat ka'bah dan berdiri di atasnya untuk melaungkan azan, takkanlah seorang hamba diizinkan memijak atau berada atas dari tuhannya?
*Allah memerintahkan nabi Muhammad dan umatnya menjadikan baitulLah sebagai "kiblat/arah menghadap bukan sembahan". Banyak hal yang boleh prove benda ni, antaranya, baitulLah bukanlah kiblat pertama sebaliknya baitul maqdis.
*dalam agama apapun, mereka ada arah menghadap tersendiri bila melakukan ritual agama masing2, hindu menghadap patung dewa, buddha menghadap gambar ancestors, kristian ke arah timur dan di depan siap ada patung jesus lagi dalam church (adakah ini dikira sembah patung??), jews ke arah baitulmaqdis so logisnya tak pelik pun bila dalam Islam ada arah menghadap tersendiri untuk solat

2) Kenapa perlu ka'bah bukan benda lain? Jews tanya, kenapa bukan baitulmaqdis (padahal diaorg awalnya begitu bongkak mengatakan Muhammad itu dan ini ketika Muhammad masih menghadap baitulmaqdis)
*Itu adalah perintah Allah. Seperti mana mereka, mereka mengatakan tuhan mereka menyuruh berbuat begini dan begitu, so logisnya persoalkan dahulu perintah tuhan kalian. (kaedah usul fiqh: tiada agama bagi yang tidak mahu percaya!!)

Kenapa aku sharing? sebab nak berkongsi lerr, da name pn sharing..Kalo ade kesempatan aku tambah lagi,eheh..dan kalo ader kesilapan sile2lah tego,hehe..
Lihatlah video ini dan nilailah sendiri..(sebagai perbandingan simple utk embriology sila ke link ini)
-Tergelak part dia compare trinity dengan 99 nama Allah, haha, sebab? trinity jelas2 sebut Isa putra Allah dan Mary adalah ibu Isa, sedangkan 99 nama Allah tak menunjukkan tuhan ada 99 sebaliknya menyebutkan sebagian dari sifat2 Allah seperti tercatat dalam al-Qur'an dan bukanlah meletakkan status ar-Rahman adik ke apa kepada ar-Rahim etc2!! adoiyai, orang yang upload video ni pun satu..

 Jika anda bisa menjawabnya, baguslah, jika tidak, bagaimana jika kita dikemukakan secara direct oleh mereka dan kita tidak dapat menjawab?
P/S: sama2lah kita mempelajari dan memahami ajaran Islam dan memohon perlindungan Allah terhadap fitnah2 , agar dengan itu terpelihara kita dari fitnah akhir zaman

Wa Allahu a'lam

Aug 15, 2010

Lupekah kita?-edited-

 bismilLahirRahmanirRahim
aku letak sedikit tambahan yang dirasakan perlu
Terkedu sebentar bila terbaca ayat 94 surah al-Maidah
Ayat itu jelas dan terang mengungkapkan ujian Allah
Sesungguhnya ingatan Allah begitu terang bersuluh
Sesiapa yang masih langgar akan diazab dengan pedih!!

Maksud ayat,
"Wahai orang-orang yang beriman! Allah pasti akan menguji kamu dengan haiwan buruan yang dengan mudah kamu peroleh dengan tangan dan tombakmu agar Allah mengetahui siapa yang takut kepada-Nya meskipun dia tidak melihat-Nya. Barangsiapa melampaui batas setelah itu, maka dia akan mendapat azab yang pedih
[untuk tafsir ayat 94, sila klik source 1, dan source 2 (and the next one) serta source 3 (page 249-252) atau download jilid 7 dan ke m/s 63-65-ikut paging pdf-]

p/s: FYI, ayat 94 ini digandingkan dengan ayat 95 kerana konteks yang sama yaitu larangan2 ketika ihram. Lihat tafsir ayat 95 utk penjelasan mengenai haiwan2 darat yang dibenarkan dibunuh (source 3 pg 252-258 dan jilid 7 m/s 65-83)

Dalam surah yang sama (ayat 92) Allah perintahkan untuk taat kepada-Nya dan rasul-Nya serta berhati-hati terhadap pelanggaran hukum dan perintah Allah dan rasul-Nya, masyaAllah, sungguh jelas ingatan dan ujian Allah.

Moga dapatlah kita sama2 mengingatkan sesama kita dengan ancaman Allah bagi yang ingkar dan rahmat serta ampunan-Nya bagi yang taat agar dengan itu lahir khauf dan raja' sepertimana dalam ayat 98 surah yang sama
"Ketahuilah, bahwa Allah sangat keras seksaan-Nya dan bahwa Allah Maha Pengampun Maha Penyayang", dan ayat ini digandingkan dengan ayat seterusnya (ayat 99)
"Kewajiban Rasul tidak lain hanyalah menyampaikan, dan Allah mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."
Dapat dilihat ancaman dan ampunan sekaligus dalam satu ayat. Ancaman melahirkan khauf manakala ampunan melahirkan raja'. Sungguh Allah azza wa jalla itu Maha Adil.

Wa Allahu a'lam

Aug 13, 2010

Fitrah

bismilLahirRahmanirRahim..

Tadi berjalan keliling saifulislam, youtube
Ditemukan keajaiban Islam yang sejak dari dulu diketahui umum
Kenapa? kerana Islam itu syumul dan sesuai fitrah insani
Justru tiada yang bisa menghalang Islam dari berkembang

Islam adalah agama fitrah, ia sesuai dengan fitrah insani
Buktinya? Lihatlah isi kandungan al-Qur'an, penciptaan langit dan bumi serta isinya
Bentuk2 perintah dan larangan Allah terhadap hamba2NYA
Semuanya membuktikan dan menunjukkan Islam dari awal sempurna

5 tiang seri yaitu syahadah, solat, puasa, zakat, dan haji
6 rukun iman yang mana tidak beragama orang yang tidak beriman dengannya
99 nama Allah yang tercatat dalam al-Qur'an
dan pensifatannya logik pada akal dan tidak terkeluar darinya

4 sifat wajib bagi rasul
4 sifat mustahili bagi rasul
20 sifat wajib bagi Allah
20 sifat mustahil bagi Allah

Hukum dan larangan tiada yang boleh menentangnya
Kerana tiada satupun yang mustahil pada akal
Sebaliknya jika diperhatikan perintah2nya dan larangan2nya
Kemudian dilihat pada kebaikan dan keburukan serta kesannya
MasyaALLAH sesungguhnya akan terkesan di jiwa bahwa DIA-lah ALLAH RABB yang tiada lain selain-NYA yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui

p/s: baru pulang dari Bandung, hepi mudik ke sana-sini walau berpuasa

Aug 7, 2010

Puasa 3-end-

BismilLahirRahmanirRahim..
Ok, jom ke bagian akhir yaitu kenapa puasa tidak berkesan?

Pada bab solat, al-Mawdudi menggunakan analogi jam yaitu jam tidak akan berfungsi jika hanya diletak bateri tanpa sambungan wayar yang betul (bagi aku, bateri pun kena perhatikan masih elok atau tidak). Dan analogi ini disentuh sedikit dalam bab puasa. Namun analogi utama yang beliau gunakan dalam bab puasa adalah makan. Lebih awal beliau menjelaskan ada dua faktor pelaksanaan pekerjaan yaitu tujuan dan cara. Dianalogikan dengan makan, tujuannya adalah untuk menghlangkan lapar dan caranya ada banyak salah satunya makan nasi. Begitu juga ibadah, tujuannya untuk mendekatkan diri kepada Allah dan salah satu caranya adalah puasa

Makan seperti yang kita ketahui adalah satu proses memasukkan makanan ke dalam mulut, dikunyah kemudian ditelan. Namun bagaimana jika kita makan benda yang tidak sepatutnya dimakan? Makan sesuatu yang tidak membawa manfaat untuk tubuh. Atau jika setelah kita telan, kita mengorek2 jari ke dalam mulut untuk memuntahkannya kembali (macam orang yang kena penyakit psikologi bulimia). Adakah zat2 akan terserap oleh tubuh? tentu tidak.

Begitu jugalah puasa. Jika kita hanya menahan diri tanpa memahami bagaimana puasa sebagai satu ibadat. Bahkan tidak memahami apa itu ibadat!! Maka bagaimana mungkin puasa kita akan berkesan terhadap diri kita dan bagaimana kita akan jadi insan bertaqwa? Perlu difahami bahwa ibadah adalah satu bentuk penghambaan di mana kita melakukan apa yang diredhai Allah dengan melihat perbuatan zahir dan batin. Puasa sebagai satu ibadat bukan sekadar memenuhi peraturan umum puasa (menahan diri dari makan dan minum serta hal2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga tenggelam matahari) yaitu melihat kepada zahirnya sebaliknya perlu dilihat juga batinnya agar dengan itu zat2 dapat terserap dan menghasilkan manfaat.

Seperti orang yang memuntahkan kembali makanannya, begitulah orang yang berpuasa kemudian melakukan hal yang keji dan menghilangkan pahalanya. Dia tidak mendapat faedah dari puasanya.
RasululLah bersabda, "Ramai orang yang berpuasa namun tidak mendapat apa2 darinya kecuali lapar dan dahaga dan ramai orang yang bangun di malam hari tetapi tidak memperolehi apa2 selain berjaga malam sahaja".
Tiada apa pada ibadahnya, kosong. Puasanya, ibadahnya tiada ruh. Kerana itulah Allah memerintahkan puasa mudah2an bertaqwa(bukan dengan puasa pasti bertaqwa). Dapat dilihat di sini beza orang yang berpuasa dengan memahami puasa yang sebenar dan melaksanakannya dengan orang yang tidak memahami konsep puasa dan ibadat yang sebenarnya.

Kesimpulannya, perlulah difahami konsep puasa dan amalkanlah agar dengan itu insyaAllah kita menjadi insan yang bertaqwa, amin. Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan dengan penuh persediaan dan insyaAllah dengan persediaan yang lebih baik berbanding sebelumnya. (puasa adalah latihan berterusan-setiap tahun-)

P/S: Pada ketiga-tiga part ini, aku ada buat tambahan peribadi, justru jika ada salah silap sepanjang penulisan silalah habaq mai, ghoyak, kkabo, bagitau, segala bagai yang memaksudkan kepada nasihat dan membetulkan kesilapan
Wa Allah A'lam

Puasa 2

BismilLahirRahmanirRahim..
InsyaAllah kali ini dikongsi mengenai hal kedua yaitu tujuan puasa. Ada beberapa tujuan puasa menurut al-Mawdudi, yaitu:
  1. Mencegah diri dari dusta. RasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Barangsiapa yang tidak meninggalakan perbuatan yang keji(dusta) dan melakukan kejahatan(kepalsuan), Allah tidak akan menerima puasanya sekalipun ia telah meninggalkan makan dan minum" (HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
  2. Iman dan penilaian diri. RasululLah bersabda, "Barangsiapa berpuasa dengan penuh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampuni semua dosa yang telah lalu". Kenapa? Kerana iman adalah percaya manakala ihtisab pula adalah perlakuan dan pelaksanaan. Hal ini sama dengan orang yang bertaubat, berubah dari jahat kepada baik dan baik kepada lebih baik. Dan taubat menghapuskan dosa2 yang telah lalu.
  3. Perisai dari dosa. Ada sebuah hadis menyatakan, "Puasa adalah bagaikan perisai (dari syaitan). Kerana ini orang yang berpuasa hendaklah (menggunakan perisainya dan) mencegah diri dari hal2 yang tidak patut. Apabila ada seorang mengejek atau mengajak bertengkar dengannya, maka hendaklah ia berkata : Aku sedang berpuasa (dan janganlah libatkan aku dalam perbuatanmu)".
  4. Rangsangan untuk berbuat kebaikan kerana lebih memahami kesusahan dan sebagainya yang dialami oleh orang lain seperti fakir miskin. Lagipula RasululLah bersabda, "Setiap perbuatan manusia memperoleh pahala dari Allah. Satu perbuatan baik, diberi pahala 10-700 kali ganda. Tetapi (untuk puasa) Allah mengatakan : Puasa itu khusus bagi-KU dan AKU memberinya pahala sebanyak yang AKU kehendaki". (Hadis ini digunakan al-Mawdudi untuk menjelaskan mengenai kekolektifan ibadah puasa dan persekitaran yang membantu(jamaah) yang mana kerana itu kebaikan terus bercambah tak habis2
  5. Pahala memberi makanan unutk berbuka. RasululLah bersabda, "Barangsiapa memberi makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka hal itu akan menjadi ampunan dan keselamatan baginya dari api neraka, dan dia akan memperoleh pahala sebanyak pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikitpun"
Moga Ramadha kali ini bermanfaat dan menjadikan kita insan bertaqwa sebagai hasil madrasah Ramadhan (al-Baqarah: 183)
InsyaAllah akan diteruskan bagian akhir. Wa Allah A'lam

Puasa 1

BismilLahirRahmanirRahim..

Post ini seperti tajuknya dan menggunakan buku "Dasar-dasar Islam" karangan Sayyid Abu Al-Ala Al-Mawdudi sebagai sumber. Untuk sumber lengkap boleh rujuk sendiri http://www.scribd.com/doc/29892313/Dasar-dasar-Islam-Sayyid-Abu-Al-Ala-Al-Mawdudi pada mukasurat 104-113. Di sini aku hanya memberi points yang aku anggap penting seperti antara sebab diwajibkan berpuasa, analoginya dan tujuan puasa.

Baiklah, berdasarkan ayat 183-188 surah al-Baqarah Allah menjelaskan kepada kita hal2 berkaitan puasa seperti pelaksanaan, rukhsah, qadha', fidyah, tujuan dll. Dalam buku ini bagi hints mengenai
1)Kenapa wajib puasa?
2)Apa tujuan puasa?
3)Kenapa puasa tidak berkesan?(diterangkan secara analogi makan dan jam(jam-analogi beliau untuk bab solat)

Untuk post kali ini aku akan share mengenai nombor 1. Dijelaskan dalam buku tersebut ada 7sebab yaitu

(1)Tujuan penghambaan seumur hidup kepada Allah-kerana puasa adalah untuk melahirkan insan bertaqwa ;
 (2)Latihan penghambaan-latih kita untuk taat dan lebih takut kepada Allah ; 
(3)Latih iman(ibadat yang tersembunyi)-yakin bahwa Allah Maha Mengetahui ; 
(4)Tanda kekuatan iman (yakin kewujudan Allah dan yakin akan hari pembalasan) ;
(5)Latihan berterusan selama sebulan ;
(6)Latihan kepatuhan yang lama-sahur, tahan diri, tarawih (pagi-petang-malam) ; 
(7)Persekitaran yang menunjang-ditetapkan semua wajib berpuasa selama sebulan penuh pada bulan Ramadhan so kehidupan berjamaah amat membantu kerana kalau kita seorang yang puasa pasti berat dan dengan jemaah itu jugalah latihan dilakukan bersama umpama satu pasukan tentera, dan dari itulah lahir kebaikan yang berterusan yang dilakukan secara bersama dan kolektif.

jika ada koreksi sila bagitau..
InsyaAllah akan dipost mengenai nombor 2 pula--no 1-3 dah lama taip tapi save as draft jer dulu-
Wa Allah A'lam

Aug 3, 2010

kesimpulan

bismilLahirRahmanirRahim

temui satu video menarik yang mudah difahami secara ringkas berkaitan mazhab2 dalam ahlussunnah wal jamaah (ASWJ) yang sebelum ini
disebabkan ada yang ini maka aku tutup kes,hehe
kalau ada part2 yang kurang berkenan, tapisilah dengan bertanya kepada orang 'alim 



dapatkan ceramah Haji Hadi kat sini: ceramah
mahukan lebih lanjut, dapatkanlah sendiri
insyaALLAH DIA memudahkan jalan ke arah kebenaran

wa Allahu a'lam

Aug 1, 2010

hajat kepulangan

bismilLahirRahmanirRahim..

tarikh untuk pulang ke Malaysia makin hampir,
dan insan2 tersayang kuharap Allah kurniakan kesihatan buat kalian
kematian adalah sesuatu yang pasti
kejutan menerima berita senior meninggal masih terasa

Ya Allah, kumohon agar ibuku dipanjangkan umurnya
agar sempat daku berbakti layaknya seorang anak
dan agar sempat ku berbudi layaknya seorang anak
dan agar sempat ku penuhi hajatnya layaknya seorang anak
kerana, kerana dialah yang telah bersusah payah melahirkan
 video ini first aku tgk masa kem bio kat SASER dulu
kem khusus untuk yang lemah biologi macam aku ni!!

tidak lupa juga famili
bros n sis,balik ni mau pulun byk2--hope kali ni ader lerr diaorg savekan budget utk bj raya aku,hehe--
dan harap nanti balik diaorg free so bolehla jumpa diaorg kat KL before balik qlate to see my ma n fam there
--pdhal cuti raya semua ada,haha--
anak2 sedara yg ramai tak terhitung, harap kalian tak berkecil hati kalau tak dapat apape, ni kan raya so pakcik makcik yg lain for sure bg duit raya, so pakcik yg ni boleh save duit utk enjoy,hehe

dan tak lupa buat ashab smua
jom kita plankan jalan2 nnti ana balik,hehe
ana ingat nak jumpa dan makan2 tapi kalau tak sempat
jumpa bulan puasa pun ok jugak,hehe
harap antum semua sihat wal afiat so that tak jadik masalah nak berjumpa
kalau sakit pun, sama2lah kita melawat,ye dak?

that's all sahaja..tak hilang ingatan nak jumpa bonda tercinta, famili tersayang, dan ashab yg dikasihi!!