Aug 19, 2010

Aina Shabab?

Dipetik dari http://dakwah.info/bedah-buku/tanggungjawab-pemuda-islam-hari-ini/ 
Kerana ini hanyalah sebagian dari keseluruhan isi, so untuk info dan bedah buku secara penuh, silalah ke website yang ditunjukkan di atas..

ANTARA KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM
1. Benar-benar menjadi muslim dari segi ilmu,fikiran,hati dan perasaan, supaya mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..

2. Segera memperbetulkan budi pekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga terlihat semua perkara secara praktikal bagi Islam.
Sesungguhnya seseorang yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan besar terhadap dakwahnya.
Firman Allah,Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )

3. Jangan merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang kita mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada kita untuk berdakwah. Sama ada dengan tulisan atau dengan ucapan.
Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja kita dan makin betul dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup.
Akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah.Tapi,harus diingat termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup dan sistematik.

4. Gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan.

5. Kerja keras menyebar dakwah di kalangan orang-orang awam hingga tersingkap kabus kejahilan agar mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.
Memperbaiki budi pekerti mereka,meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam.Ini adalah penting kerana :
-Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,
-Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orang-orang fasik.

6. Jangan cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.

Perlu bersabar dalam masalah ini, kerana matlamat kita besar, mengembalikan mereka kepada Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama.
Ia memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.
Jangan  terlalu cepat menghayun langkah baru sebelum mengulangi hasil langkahan serta menganalisa natijahnya.

P/S: actually, dah lama nak postkan yang ini, tapi atas sebab2 tertentu aku tangguhkan dan akhirnya aku lupa langsung.

No comments: