Aug 20, 2010

Am I really capable of being a..?

bismilLahirRahmanirRahim

tyme terbaca artikel2 mengenai calon doktor, or doktor about their purpose and their life as a doctor, aku fikir, "mampukah aku"?

dari segi pengorbanan waktu dan tenaga medis insyaAllah tiada masalah dan insyaAllah mampu

namun persoalan timbul bila..what kind of doctor you want to be?
1)doktor yang bergerak atas jalan dakwahkah?
2)doktor yang menjadikan profesi doktor itu hanya sebagai satu profesikah?
3)doktor yang ingin cari makan melalui profesi doktorkah?
atau 4)doktor yang ingin membantu orang lain?

bagi aku, pilihan 2-4 itu sudah berat namun pilihan 1 itulah yang paling berat, namun itulah yang wajib. Kenapa? kerana segala usaha dan hidup perlu dan wajib demi Allah semata dan itu telah kita ikrarkan di hadapan Allah azza wa jalla saat kita melafazkan kalimah syahadatain buat pertama kali dan saat kita melafazkan ikrar di dalam solat buat pertama kali. Dan sewajarnyalah, bila kita berfikir untuk menjadi seorang doktor yang baik, maka menjadi muslim yang baik adalah sudah tentu lebih utama. Dan sebaik-baik muslim adalah yang menjalankan usaha dakwah, yang menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Jika digabungkan keduanya, maka keperluan dakwah dalam profesi tidak boleh diabaikan dan ini perlukan strategi dan ilmu.

Namun ia ternyata tidak semudah disangka. Because, for me, to be an ideal doctor, perlu tahu segala hal terkait kedoktoran. I mean, dari segi jiwa, mental dan fizikal juga kaedah terbaik yang selamat dari hal2 tertentu. Bagi aku seseorang doktor tidak hanya perlu mampu mengubati zahir penyakit semata-mata, sebaliknya lebih perlu dan wajar mengubati batin. Melatih setiap pasien yang datang untuk lebih mengenal dirinya, mengenal Khaliq-nya, mendakwahkan Islam kepada yang bukan Islam dan mendakwahkan keIslahan bagi yang sudah Islam. MasyaAllah, tugasnya berat kerana, sebelum kita hendak menyampaikan, kita perlulah belajar dahulu, dan ilmu yang tidak diamalkan kelak hanya menjadi beban kepada kita. Kedua, ilmu yang kita sampaikan hendaklah kita sendiri yang mendahuluinya (dengan amal) kerana sangat besarlah kebencian Allah terhadap orang2 yang tidak beramal dengan dakwahnya!!

Kalau dulu, aku fikir, mahu jadi doktor itu susah kerana belajarnya susah tapi sekarang aku rasa, ia semakin sukar dan berat!!
Untuk membudayakan dan menyampaikan kita perlu terlebih dulu berilmu. Untuk meminta orang lain berbuat begini (even kata "pak cik tak boleh buat begini, kena makan banyak sayur, tak boleh merokok, itu ini dll" tapi kalau kita sendiri tak buat? mana dampaknya kata2 kita sendiri terhadap diri kita? )
Besides, untuk nasihat pasien kena lihat situasi dll, makanya kena belajar ilmu anamnesa dan komunikasi yang benar (ini amat berat buat orang yang suka cakap tapi tak memiliki kemahiran mendengar macam aku!!)

sebenarnya, banyak lagi aku nak tulis, tapi biarkan dulu..
wa Allahu a'lam

No comments: