Aug 7, 2010

Puasa 1

BismilLahirRahmanirRahim..

Post ini seperti tajuknya dan menggunakan buku "Dasar-dasar Islam" karangan Sayyid Abu Al-Ala Al-Mawdudi sebagai sumber. Untuk sumber lengkap boleh rujuk sendiri http://www.scribd.com/doc/29892313/Dasar-dasar-Islam-Sayyid-Abu-Al-Ala-Al-Mawdudi pada mukasurat 104-113. Di sini aku hanya memberi points yang aku anggap penting seperti antara sebab diwajibkan berpuasa, analoginya dan tujuan puasa.

Baiklah, berdasarkan ayat 183-188 surah al-Baqarah Allah menjelaskan kepada kita hal2 berkaitan puasa seperti pelaksanaan, rukhsah, qadha', fidyah, tujuan dll. Dalam buku ini bagi hints mengenai
1)Kenapa wajib puasa?
2)Apa tujuan puasa?
3)Kenapa puasa tidak berkesan?(diterangkan secara analogi makan dan jam(jam-analogi beliau untuk bab solat)

Untuk post kali ini aku akan share mengenai nombor 1. Dijelaskan dalam buku tersebut ada 7sebab yaitu

(1)Tujuan penghambaan seumur hidup kepada Allah-kerana puasa adalah untuk melahirkan insan bertaqwa ;
 (2)Latihan penghambaan-latih kita untuk taat dan lebih takut kepada Allah ; 
(3)Latih iman(ibadat yang tersembunyi)-yakin bahwa Allah Maha Mengetahui ; 
(4)Tanda kekuatan iman (yakin kewujudan Allah dan yakin akan hari pembalasan) ;
(5)Latihan berterusan selama sebulan ;
(6)Latihan kepatuhan yang lama-sahur, tahan diri, tarawih (pagi-petang-malam) ; 
(7)Persekitaran yang menunjang-ditetapkan semua wajib berpuasa selama sebulan penuh pada bulan Ramadhan so kehidupan berjamaah amat membantu kerana kalau kita seorang yang puasa pasti berat dan dengan jemaah itu jugalah latihan dilakukan bersama umpama satu pasukan tentera, dan dari itulah lahir kebaikan yang berterusan yang dilakukan secara bersama dan kolektif.

jika ada koreksi sila bagitau..
InsyaAllah akan dipost mengenai nombor 2 pula--no 1-3 dah lama taip tapi save as draft jer dulu-
Wa Allah A'lam

No comments: