Sep 22, 2010

lafaz yang tersimpan dan terucap

bismilLahirRahmanirRahim

ikhlas lawannya riyak
syukur lawannya kufur
tawaddhu lawannya takabbur
optimis lawannya pessimis
adil lawannya zalim
marah/ghadab lawannya sabar
hasad lawannya maaf
amanah lawannya khianat
dan lain2 lagi
begitu mudah menyebutnya satu persatu namun begitu susah untuk mempraktikannya
terutamanya ikhlas dan syukur

imam ghazali sanggup merantau ke pelusuk baghdad demi mencari dan mendapatkan mutiara ikhlas
imam nawawi berusaha selama 40tahun sebelum menemui permata khusyuk dan ikhlas
lalu ke manakah kita? sudah ikhlaskah kita?
sudah terasa syukurkah dengan nikmat2 Nya dan
adakah kita merealisasikan rasa syukur dalam bentuk sebenarnya?

Mohonlah kepada-Nya agar dijadikan kita hamba2 yang ikhlas dan bersyukur
supaya dengan itu insyaAllah kita memperoleh redha-Nya
usahalah jauhi riyak dan kufur
supaya dengan itu insyaAllah jauh kita dari murka-Nya

ingatlah, kita mungkin mudah melafazkan alhamdulilLah namun di manakah manifestasi rasa syukur kita kepada Allah?
ingatlah, kita kerap melafazkan "inna solati.. liwajhilLahi rabb-il 3lamin" namun adakah lidah kita berkata benar?

sungguh, amat beruntung bagi sesiapa yang dapat temui mutiara ikhlas dan syukur
kerana tidak akan masuk syurga orang2 yang dalam hatinya terdapat takabbur atau riyak walau sebesar zarrah

kesimpulannya, yusran: janganlah asyik memandang lahir amal, lihatlah juga kepada batin amal. Jika benar amal itu di sisi-Nya maka insyaAllah akan lahir dan suburlah jiwa yang sabar terhadap ujian-Nya, taat dan patuh kepada-Nya serta jiwa yang syukur terhadap segala kurnia-Nya dan hati yang khusyuk kepada-Nya. Dan tidaklah dilakukan semua itu melainkan hanya kerana mengharapkan redha-Nya semata. 

---luahan hati yang masih tergapai mencari makna dan erti ikhlas kepada-Nya dan manifestasi syukur kepada-Nya---

Akhir kata: Ikhlaskanlah hatimu, dan syukurilah kurniaan-Nya

P/S: di sini ada sedikit info tambahan kepada post bertopik pernikahan sebelum ini:
1)gejala sosial

2)falsafah perkahwinan dalam Islam

3)rumahku syurgaku

4)40 kesilapan didik anak
5)maktabaty_us.azhar idrus : kuliah lain #165
pesanan : ambillah yang bermanfaat dan tinggallah yang mudharat

Wa Allahu A'lam (salah silap sila betulkan)

Sep 21, 2010

selepas sebulan without internet..

bismilLahirRahmanirRahim

layan blog ini sambil dengar Always Be There by Maher Zain agak best..
sedih jugak sebab tak dapat online sepanjang cuti, walau CC taklah jauh sangat tapi
ya iyalah, malaslah katakan (padahal sibuk layan anak2 buah sampai nak tengok TV pun tak sempat!!)
tahap malas amat tinggi, sampai ma aku suruh buat ini itu pun boleh jawab, "malaslah"..(tapi buat jugak;
word malas tu saja jer nak gurau ngan ma aku--hope lerr bonda tak terasa hati)

sebenarnya taknak menulis dahulu, ingat nak tunggu lelama sikit baru tulis, tapi rasa cam nak kongsi jer
kongsi pengalaman? tak jugek..cuma hasil pemerhatian terhadap diri sendiri dan sekeliling..

okeh, topiknya : perkahwinan dan keibubapaan
sepanjang aku cuti ni, biasalah, pakcik kepada lebih 30 keponakan, makanya jadilah aku kekeponakan juga..
tapi bukan fasal mereka aku nak cerita tapi pasal topik yang aku tulis tu..

1) kenapa orang kahwin?
2)apa persediaan sebelum kahwin?
3)apa tindakan selepas kahwin?
4)bagaimana merancang didikan terhadap anak2?
5)anak2 yang macam mana diidamkan?
6)bagaimana cara yang betul mendidik anak?
7)bagaimana sikap ibu bapa dengan anak2 dan apa yang mereka contohkan?

Setelah memerhati dan merenung, aku terfikir orang kahwin sebab
a)Nabi perintahkan umatnya kahwin
b)memelihara diri (mata, kemaluan, lisan, hati, kulit dll yang berkaitan)
c)memastikan kemandirian keturunan
d)suka sama suka
e)dipaksa mak ayah
f)membina baitul muslim
g) dan mungkin ada reason lain lagi namun itu terserah merekalah

Namun, walau apa pun reasonnya, setiap pernikahan mestilah dihadiri/dilaksanakan dengan adanya calon isteri, calon suami, wali, saksi, mahar. Itulah yang perlu disiapkan sebelum kahwin. Calon isteri perlu siapkan dirinya sebagai isteri, begitu juga suami, wali dan saksi.

Kemudian, setelah berlangsungnya akad, maka bermulalah kehidupan sebagai suami isteri. Setelah ini, barulah kehidupan berumahtangga dan sifat sebenar kedua-dua laki bini tadi diketahui. Justeru apa tindakan selepas pernikahan jika sifat yang ditonjolkan sebelum nikah dengan selepas nikah berbeza? Bagi aku, di sinilah pentingnya pengetahuan dan persefahaman serta saling percaya

Tahu bagaimana untuk berubah, cuba memahami situasi masing2 kemudian saling percaya akan kemampuan masing2 dengan syarat keduanya mampu bersifat jujur. Justeru itu Islam menggariskan syarat sekufu, bertunang dan bersilaturrahmi sebelum nikah. Moga dengan adanya persamaan, saling mengenal dan mengetahui asal usul keluarga maka lebih mudah untuk saling memahami dan saling percaya.

Setelah berasa situasi makin stabil maka bermulalah satu tugas yang lebih berat yaitu persoalan rezeki dalam bentuk keturunan. Kerana anak dan keturunan adalah sebagai kurniaan Allah dan juga sebagai ujian dari-Nya maka seharusnya kita tahu dan sedar bagaimana pengetahuan keibubapaan dan psikologi anak2 penting sebagai persediaan menjadi ibu bapa. Setelah itu, barulah dilaksanakan segala perancangan dan melatih berjiwa sabar, penyayang dll agar kelak sifat2 itu bakal dicontohi anak2. Janganlah pula sifat negatif tidak bertempat seperti zalim (tidak bersifat adil), pemarah, pendengki dll dicontohkan kepada anak2 (walau sebenarnya ia tidak disengajakan namun tabiat atau akhlaq adalah sesuatu yang perlu diperbaiki semua orang agar menjadi contoh tauladan kepada orang lain ; mukmin adalah cermin kepada mukmin yang lain)

Setelah lahirnya permata hati, maka bermulalah praktikal ilmu pengetahuan keibubapaan yang kita pelajari walau hanya sedikit. Dari sini, sifat sebenar suami isteri lebih jelas terlihat atau dengan mudahnya, sifat sebagai murabbi dan sebagai ibu bapa. Pelbagai gelagat ibubapa dapat dilihat sepanjang membesarkan anak2. Ada yang sikit2 marahkan anak, ada yang lepaskan geram dan marah pada anak2, ada yang terlebih manjakan anak2 dan macam2 lagi.

Anak2 dibesarkan dalam keadaan yang dirasakan mereka (pasangan yang sudah saling memahami itu) sebagai terbaik. Dalam hal ini,ibu bapa yang sehaluan adalah penting kerana kalau tidak,anak2 jadi pening sendiri. Bermula dari sini juga tujuan pernikahan teruji. Jika benar memenuhi tuntutan agama, membina baitul muslim dan memelihara diri, maka insyaAllah bahgia sejahtera keluarga. Jika kahwin kerana nafsu, sekadar mahu anak dll maka masalah akan timbul bila anak2 ingin dibesarkan. Kenapa? kerana kahwin tanpa sedia untuk ada anak, tup2 ada anak. Parenting education is important.

Banyak ibu bapa yang gagal, salah atau memandai dalam mendidik anak. Hasilnya, lahirlah manusia yang menjadi teman2 dan rakan2 kepada musuh Islam dan musuh setiap bani Adam (nauzubillah min zalik).
Berapa banyak kes2 hari ini, buang bayi, bunuh bayi, anak2 terlibat kes2 jenayah, dll. Siapa yang salah di sini? Anak itukah? Masyarakatkah? atau apa "kah" lagi? Terkilan dan sedih teringat kata2 saidina umar kepada salah seorang insan yang bergelar bapa,"Engkaulah yang terlebih dahulu menderhakai anakmu".

Akhir kata, pernikahan itu merupakan satu ujian besar bagi insan bergelar lelaki. Merekalah yang wajib mendidik isteri dan anak2 agar tidak menjadi bahan api neraka. Juga ujian buat isteri agar mentaati dan menasihati suami agar sama2 tidak terjerumus dalam api neraka. Dan ujian buat ibu bapa agar anak2 yang dilahrkan tidak menjadi beban di dunia mahupun di akhirat sebaliknya menjadi penyejuk mata di dunia dan pemberi syafaat di akhirat insyaAllah.

P/S: Sejak balik malaysia hari tu, aku makin sedar bahwa banyak manusia yang suka besarkan sesuatu kesilapan yang kecil manakala kebaikan yang besar (apatah lagi yang kecil) disoroknya. Buatkan aku sedar, tidak semua manusia perfect, dan janganlah mencari2 kesalahan orang lain dan jika ada ternampak pun, tutupilah (janganlah disebarkan baik sebagai fitnah atau sekadar bahan umpatan) dan betulkanlah dengan berhikmah ; Allah tutup aib mukmin yang pelihara aib, maruah dan hak mukmin lain

Ini semua adalah ingatan untuk diri sendiri sebenarnya cuma dikongsikan, especially part supaya berakhlaq itu.Hei Yusran, change your behavior, your akhlaq, be a better person, lebih bersemangat untuk terus berusaha dan untuk terus taat kepada-Nya ; RasululLah diutus untuk membaiki akhlaq manusia

Tamatlah perkongsian sepanjang cuti sem+cuti raya hari itu (aku cantum banyak topik dan conclude dalam satu topik yaitu topik keibubapaan!! kalau displitkan, boleh nampak topik akhlaq dan siasah juga,eheh)
Sebarang salah silap aku mohon maaf
Tegurlah jika aku silap, insyaAllah aku akan cuba bersifat terbuka
From a boy who wants to buy and read "Aku Terima Nikahnya" 1-3 tapi belum berkemampuan (masa)

Wa Allahu A'lam