Oct 28, 2010

Muda Lagi

salam sejahtera

pada bagian hidup mana tiada keadilan? jawabnya bagian yang manusia bersikap zalim dengannya

sudah jadi kebiasaan, esp bila dah berganjak ke usia 20 tahun above, berhimpun ramai2 dengan kengkawan cakap fasal kahwin, awek, tunang, dota, kuliah dll yang seangkatan dengannya, sampai aku pun dah naik muak dengar dan layan..tapi still layan sebab aku pun takder apa nak buat or senang cerita boring,haha..
dalam2 melayan maka bersambung jadi segala macam cerita lain, then akan secara tiba2 kedengaran suara2 seperti,
"bising r otai", "banyak cakap r otai", "gedik r otai", "kau memang", "haha,takder sape nak backup", "aku backup, aku backup", "hey, kau ni kan otai..", "aku memang dah tau dah.." dll..haha,buat aku tersenyum sendiri bila teringat, mungkin inilah yang akan jadi kenangan di hari tua kelak (kalau usia panjang)
tu kalau dah start berborak, kalau di permulaan biasa, "keluar2 bilik jer..", "eh,asal hepi semacam jer ni??" (part ni mesti aku jawab, "haha,aku hari2 hepi kot!!")
dan kalau dekat hujung2 pulak, "eh, jom keluar makan", "lapar doe", "ada movie/bola/cerita best tak?" dll

dan bila benda2 agak sensitif disentuh maka semua mula cari gang, dapatkan backup (walau secara tak sengaja or bergabung atas sebab2 tertentu membentuk pasukan bersekutu,huhu), dan mulalah aksi "fire" mem"fire" berlaku sampai salah satu pihak surrender or dua2 seri or takpun dah tertukar topik secara sengaja (my tactic,haha)..well bila isu tertentu macam kapel, kawen dimulakan maka ayat hampir sama keluar dari mulut aku sebab takder idea nak cakap apa,haha..
sebab: aku sebolehnya nak elakkan berbohong even dalam bergurau so takleh buat ape daa..even sometimes secara sengaja or tak sengaja berbohong..

dan pada akhirnya, yang aku pasti, benda yang diborakkan dan punca gelak sama jerr hari2..dan mungkin inilah yang akan jadi kenangan bila semua kelak terpisah dan hidup dengan hidup masing2..n I'll always remember it as a sweet memories..

no matter where we're,friendship is always like that--sweet like sugar, help each other like ants, senang cerita, it's something really sweet, even sweetier than the sweetest sweets in the world of sweets!!and really hopes this happiness will last forever..

p/s:hope ni post terakhir before exam integrasi!! (dah2 lerr berblogging yusran, ke patut aku delete jer blog ini?hmm..sedang diconsider..)

Oct 27, 2010

Ada Bezanya

salam sejahtera

Kita mungkin biasa dengar words "like", "love" dan "sympathy". Biasanya ketiga perkataan ini dapat dibezakan dengan mudah tapi bila masuk bab hubungan laki2 dan wanita ajnabi, ketiga perkataan ini orang akan campur adukkan sampai last2 dia sendiri tak tahu adakah dia cinta, suka atau hanya bersimpati or berempati dengan orang itu. And sometimes, sebab yang jadikan ketiganya sama adalah fitnah or just mainan kata.

Setahu aku, hubungan dua orang insan yang berada atas jalan Allah dan bersama kerana-Nya biasanya dirujuk sebagai cinta, dan word ini terpakai untuk sama ada sesama lelaki atau dengan wanita. Mungkin pernah dengar orang menyebutkan, "cintailah sesama mukmin" tapi tak pernah (tak tahulah kalau2 ada) orang "sukalah sesama mukmin", begitu juga terhadap orang tua (ortu), kita menyayangi dan mencintai mereka bukan menyukai mereka.Mudahnya, suka tak sedalam cinta. But, still, kalau masuk bab hubungan laki2 dan wanita ajnabi orang kadang2 terkonfius beza keduanya. Dan cinta itu sebenarnya suci (lihat sini-pandai2 tapis ok-)

Besides, dalam situasi sama, orang mungkin nampak empati, simpati dan cinta sebagai sama. Kita hanya bersimpati tapi dianggap orang kita mencintai. Padahal jelas2 cinta itu levelnya lebih tinggi dari simpati dan juga empati kerana cinta merangkumi aspek yang lebih luas berbanding simpati dan empati. Namun still, orang kadang2 terkonfius antara ketiga tersebut.

Nak tahu lebih? Sila2lah ke link2 di bawah or boleh juga kalau nak googling,yahooing,asking dll sendiri
love vs like 1
love vs like 2
love vs sympathy 1
love vs sympathy 2

Last but not least, nak setuju or tidak dengan any part of this post, itu terserah. Setiap orang ada pendapat masing2 so kalau orang berbeza pendapat jangan cepat2 melenting ok. And aku admit, aku pun ada tak setuju dengan beberapa statements dalam link2 yang aku bagi tu (eg: "Remember that jealousy is not a result of love. It is more likely to be a result of infatuation, insecurity or fear of being alone".-interpretasi cemburu seorang suami terhadap isteri dalam Islam tidak seperti yang digambarkan oleh statement itu-), so it's ok to be different..unless berbeza pada benda2 yang tak boleh berbeza macam terhadap kewajipan solat fardhu or hal2 terkait aqidah. Mudahnya, sabar adalah lebih baik dari marah, tapi tak salah untuk marah kerana Allah.


Sebarang kesilapan sila betulkan saya
WalLahu a'lam

Oct 25, 2010

pulau tidung

salam sejahtera

ingat nak letak gambar tapi byk sangat nak upload so aku biarkan dulu, kalau rajin aku upload

kami ke pulau tidung pada hari Sabtu dan pulang semula pada hari Ahad (23-24/10/2010) dan disertai seramai 31 orang terdiri dari pelajar2 UKRIDA dan Trisakti. Pelajar yang terlibat terdiri dari angkatan 2010,2009,2008, dan 2006
angkatan 2010: Kumar, Luqman, Zul, Zaki, Hilmi, Yazid, Syafi'i, Azuan, Fahmi, Afiq, Hanif, Imrul, Anuar
angkatan 2009: Yusran, Asydad, Rauf, Naim, Hasif, W.M Amirul, Fikri
angkatan 2008: Fauzan (Trisakti), Fahmi, Lokman, Farid, Badiuzzaman, Azrin
angkatan 2006: Zulfadhli, Muhaimin (Trisakti), Zailani (Trisakti), Hamdi (Trisakti), Aiman (Trisakti)

Kami berangkat dari jeti Angke kira2 jam 7.30 pagi dan dijangka sampai jam 10 pagi, tapi kerana ada masalah dalam perjalanan maka akhirnya kami tiba kira2 jam 11.30 di jeti pulau tidung

Setelah tiba, kami dipisahkan kepada dua kelompok yang terdiri dari 18 dan 13 orang. Kedua kelompok menuju rumah masing2, dan aku masuk kelompok besar!!

Lepas rehat, solat jama' taqdim dan qasar serta lunch, kami berangkat untuk snorkelling. Tiba di tempat snorkel kira2 jam 1.30 tengahari, dan kami berada di situ (sambil snorkel lerr) sampai jam 4, then kami gerak ke jeti berhampiran untuk makan2, rehat dan jalan2 tepi pantai.

After that, kitaorang gerak ke jambatan cinta, tempat istimewa untuk lakukan terjunan. Ramai yang terjun ke laut dari jambatan ini dan aku terkecuali untuk round ni sebab dah tukar seluar,haha..So aku dengan Hasif, Fikri dan Rauf just jalan2 sepanjang jambatan itu sambil bergambar,haha..dan juga tengok sunset.

Lepas itu, dah maghrib kitaorang beramai-ramai berangkat balik ke rumah dan serahkan alatan snorkel yang kitaorang pinjam dari penyelia package penginapan tu..Lepas tu, kitaorang balik mandi and solat jama' ta'khir dan qasar. Kitaorang berta'ruf secara ringkas sebelum ke tempat bbq untuk MAKAN sebab bbq ada dalam package. Setelah makan, kitaorang beramai-ramai dibagikan kepada 4 kelompok lebih kecil untuk mengadakan diskusi dan berbicara lebih dekat antara satu sama lain, dan aku dikelompokkan dengan Azrin (sebagai mentor) dan mentee adalah Zaki, Syafi'i, Yazid dan Azuan.

Setelah selesai, kami pulang ke rumah untuk rest. Sebab penat maka sampai2 jer aku terus terbaring tak sedarkan diri.
Esoknya, patut ada qiam tapi semua tak bangun, haha!! (Ada yang bangun tapi sendiri2 lerr)
Aku sedar2 jer, jam dah tunjuk pukul 4.30. Layan ngantuk plus ada orang di bilik air, last2 aku solat subuh hujung waktu dan terlepas tengok sunrise sebab jarak jambatan cinta dari rumah agak jauh dan kitaorang berbasikal.

Di jambatan cinta, kali ni aku terjun!!haha. Aku dan Rauf terjun, aku terjun sekali, dia terjun dua kali (taknak kalah jugak,haha!!)
Then kitaorang breakfast lepas tu ingat nak main beach volleyball tapi sebab cuaca macam tak sesuai so aku balik dengan yang lain2 even ada yang stay main volleyball kejap.

Ok, selesailah prog. So kitaorang balik rest sebelum berangkat ke jeti. Tiba di tempat serah basikal, tahu2 boat lambat lagi, so kitaorang pun jama' taqdim dan qasarlah dulu serta sempat buat kesimpulan majlis dan menyatakan objektif yang ingin dicapai antaranya menyedari potensi diri, merapatkan ukhuwwah, saling berkenal, berjalan melihat ciptaan Allah, pedoman kepada ISK, dll.Setelah selesai sesi kesimpulan (oleh Mad Min) dan penyampaian kata2 terakhir oleh wakil batch (Lokman utk 2008, Naim utk 2010) maka secara rasminya program ini berakhir.

Di jeti, waktu bertolak harusnya lebih awal, tapi kapal sampai lambat so kitaorang bertolak lambat. Kitaorang gerak kira2 jam 2.15 dan sampai di jeti Angke kira2 jam 5. Tidak seperti masa bertolak datang ke pulau tidung, keadaan laut kali ini lebih bergelora dan kami semua hanya mampu berdoa dan bertawakkal agar tiada apa2 terjadi. Sebab, masa tu memang waktu air pasang (kata salah seorang awak2 kapal).

AlhamdulilLah akhirnya kitaorang selamat sampai di rumah masing2 di kota Jakarta di tg. Duren ini.

Dan akhirnya, tadi aku pergi main badminton dengan Mawi, Dabell dan Emi, sebabkan hujan dan banjir so akhirnya terpaksalah kitaorang redah hujan dan banjir untuk balik rumah lepas berbadminton,haha!!

Itulah suka duka hidup dari hari Sabtu sampai hari ini Isnin dan utk kepertama kalinya aku tak tidur kelas dr. Mirza, haha..

sekian..untuk gambar or video, kalau rajin aku upload,haha..(plus, ramai teman2 yg join yg ada fb dah letak gambar dan video kat fb so aku tak letak pun takper..)

Oct 23, 2010

who's really cares?

salam sejahtera

hmm, hari tu aku call ma aku, aku cerita segala benda yang aku anggap adalah satu beban buat aku. Terpaksalah ma aku jadik pusat curahan jiwa aku. Ingat dulu2 time sekolah rendah or menengah yang rendah, bila ada masalah jerr mesti cari ma aku, dengan harapan tak disuruh buat apa2 kerja and just tengok ma aku buat kerja sampai siap, haha..lepas tu terfikir, takkan nak tengok jerr?? so aku pun tukar fikiran, pergi dekat2, jalan2 dekat dia then terdengar satu bunyi, "tolong ...", terdetik rasa hepi (untuk tolong) bercampur malas (untuk buat kerja). Dah selesai segala benda, aku follow ma aku pergi ruang tamu, tunggu dia duduk then aku ambik peluang cerita segala benda, penting ke tak penting ke, aku cakap jerr. Then, dia akan usap kepala aku, belai rambut sambil mendengar dan kadang2 mencelah or mereply apa yang aku cakap. Oh, I really miss that time!! Sekarang dah besar, even rasa macam nak buat macam tu lagi, tapi sudah rasa segan. Sekarang paling2 pun aku just duduk depan dia dan cerita, beza dengan kecik2 dulu, baring atas pangkuan seorang yang telah dengan susah payah mengandungkan dan melahirkan. Then bila dia lenguh2, aku ngan adik aku akan urut2 kaki dia sama2 (somehow ma aku lagi suka anak laki2 and perempuan bongsunya urut, well hv to admit aku tak pandai bab2 urut2 ni)

Naluri seorang ibu walau dia hanya diam, tapi dengan mendengar suara sahaja dah cukup untuk dia mengetahui apakah anak2nya ada masalah atau sakit dll, walau seramai mana anak2nya. Walau ma aku kadang2 tertukar susunan anak2 or tersilap panggil nama, tapi itu hanya biasa, sebab sekilas dia melihat anak2 pasti jiwa seorang ibu akan tahu adakah anaknya ada masalah atau tidak, walau betapa pandai kita cuba menyembunyikan masalah kita. That's why aku rasa, insan yang aku panggil ma, itulah insan yang paling aku ingat bila ada masalah.


lirik kat sini-->link

Walau dunia hari ini terlihat kejam dengan sang ibu sanggup membunuh or membiarkan anak2nya namun itu bukanlah dari jiwa seorang ibu. Fitrah seorang ibu amat menyayangi anak2nya namun pabila fitrah tersebut dilawan (dengan kata lain, bisikan syaitan dan nafsu ammarah jahat dituruti), itulah yang terjadi. Namun secara umumnya, setiap insan bergelar ibu amat menyayangi anak2nya.

Seorang ibu lebih dekat kepada anak2nya kerana sifat keibuannya dan curahan kasih sayang yang dilimpahkan tanpa sorok2, tidak seperti insan bergelar ayah yang mempunyai cara berbeza dalam mengekspresikan kasih sayang. Itulah sebabnya, sepanjang apa yang aku lihat, walau segarang mana seorang ibu dan walau setidakgarang mana seorang ayah, yang lebih hampir dengan anak2 dan anak2 lebih selesa dengan, biasanya adalah dengan si ibu.

Akhir kata, ingatlah firman Allah dalam surah al-Isra' dan surah Luqman agar tidak melupakan jasa ibu bapa dan agar berbakti kepada keduanya dan janganlah sekali-kali menyakiti mereka.

Kenapa aku post benda ini? aku pun tak tahu kenapa..

Oct 21, 2010

Wasiat pemerintah kepada puteranya 1


Osman Gazi (1300 – 1326) menyampaikan wasiat akhirnya kepada pewaris takhta yakni Orhan (1326 – 1362) sebagaimana yang dicatatkan oleh Aşık Çelebi:

Wahai anakku, janganlah sekali-kali kamu menyibukkan diri melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Allah Tuhan semesta alam. Jika kamu menghadapi sebarang kesulitan di dalam pemerintahan, maka bermesyuaratlah kamu dengan pada Ulama' untuk mencari jalan penyelesaian"

"Wahai anakku, rendahkanlah dirimu dengan kemuliaan kepada orang-orang yang mentaatimu serta peliharalah kebajikan tenteramu. Janganlah sekali-kali kamu diperdayakan oleh Syaitan dengan (kekuatan) tentera dan hartamu. Dan janganlah kamu sekali-kali menjauhkan diri daripada Ahli Syariah..."

"Wahai anakku, sesungguhnya kamu mengetahui bahawa matlamat kita adalah keredhaan Allah Tuhan semesta alam. Sesungguhnya jihad itu menyebarkan cahaya sinaran agama kita ke segenap penjuru. Dengan demikian itulah terhasilnya Mardhatillah Jalla Jalaaluh..."

"Wahai anakku, kita bukanlah dari kalangan mereka yang berperang kerana syahwat mahukan kuasa atau menawan manusia. Sesungguhnya kita ini hidup dengan Islam dan dengan Islam jualah kita mati. Dan hakikat inilah wahai anakku, kamu itu adalah ahlinya!"

Oct 20, 2010

janganlah memandai

salam sejahtera

salah satu surah yang wajib dihafal oleh pelajar sekolah agama adalah surah ar-Rahman. Dalam surah itu ada ayat Allah yang jika direnung maka kita akan terdiam berfikir. Apakah ayat itu? Itulah ayat 7-9. Terjemahan ayatnya:
"Dan langit telah ditinggikan-Nya dan Dia ciptakan keseimbangan. Agar kamu jangan merosakkan keseimbangan itu, dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu".
Ayat yang mana penjelasannya amat luas. Seluas langit dan bumi. Allah memerintahkan kita agar berlaku adil dan jangan sesekali kita menggunakan akal untuk merosak keseimbangan yang telah Allah tetapkan, itulah sunnatulLah. Dalam muamalat, diaplikasikan maka terhasillah insan2 yang bekerja dengan sifat adil, tidak menambahkan sukatan atau mengurangkan timbangan, tidak menaikkan harga dan tidak pula menyorokkan barangan dengan tujuan yang tidak halal.

Allah menciptakan keseimbangan dalam alam ini, dan Dia telah meletakkan kita, manusia sebagai khalifah di muka bumi agar kita menjalankan perintah-Nya dengan adil dan taat. Agar segala keseimbangan alam tetap terpelihara. Allah memerintahkan agar kita melihat alam ciptaan-Nya adakah padanya sebarang futur atau kekurangan dalam ciptaan-Nya? Kemudian Allah melarang kita melakukan kerosakan baik kerosakan itu dari segi amal2 lahiryah atau kerosakan dalam menjalankan tugas sebagai khalifah. Allah turut memerintahkan agar ada sebagian dari kita menjalankan tugas amar ma'ruf dan nahi munkar.



Sungguh Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Dengan keadilan-Nya semua manusia diberi peluang dan dengan keadilan-Nya Dia memberikan peluang untuk kembali kepada-Nya kerana Dia tahu manusia selalu lalai dan lengah. Kerana Dia Maha Mengetahui, Dia mengutuskan seorang rasul khatamul anbia yang membawa ajaran-Nya yang lengkap, meyeluruh lagi melengkapi segala ajaran lain dan syariat lain yang telah diturunkan-Nya melalui lidah para rasul.

Namun akhirnya, kita tetap ingkar dan mahu menyalahkan-Nya? Allah telah beri kita peluang dan manualnya serba lengkap diajarkan dalam al-Qur'an.Jika kita teliti, tiada hak kita untuk menyalahkan-Nya kerana Dia telah mengurniakan kita panduan terbaik yakni al-Qur'an, juga teladan terbaik yaitu para mursalin, dan para sahabat mursalin tersebut. Di samping itu, Dia juga menyediakan ruang dan peluang untuk kita terus bermohon kepada-Nya dan kembali kepada-Nya tanpa perlu kita menggunakan orang tengah, bukankah itu sudah cukup menunjukkan kepada kita akan pemurah dan penyayangnya Allah terhadap hamba2Nya? Walau kita sering melupakan-Nya bahkan melanggar perintah-Nya, Dia tetap memberi peluang untuk kita merasa nikmat hidup di muka bumi, tidak dihancurkan kita sebagaimana umat2 terdahulu dihancurkan!!

p/s:renungilah ayat2 Allah insyaAllah kita akan sedar bahwa indahnya ayat2Nya dan insyaAllah akan kita sedar bagaimana diri kita dihadapan-Nya..
Wallahu a'lam, salah silap sila betulkan

Oct 18, 2010

kemanusiaan

salam sejahtera

manusia, insan adalah makhluk yang diciptakan paling sempurna dengan dikurniakan kemampuan akal untuk menilai segala baik dan buruk.

Allah ciptakan manusia dengan segala hal yang lengkap. Untuk manusia itu kemudiannya diuji, apa yang dilakukan sesuai kehendak-Nya atau tidak? Dan jika sesuai, bagaimanakah dia melaksanakannya?

Ramai manusia melakukan sesukanya, tidak melihat percaturan Allah, langsung tidak memandang bahwa hanya kepada Allah sahaja harus dia berserah.

Apabila ditimpa sesuatu bencana, dia mengatakan, ini adalah silapku.Bilamana dikurniakan keberhasilan dia mengatakan, ini hasil usahaku. Tiada di fikirannya bahwa itu adalah ujian Allah dan ini juga mungkin ujian Allah. Akhirnya, tidak akan pernah dia mensyukuri nikmat Allah kepadanya.

Namun pada saat sama, kita mengharapkan, moga perjuangan ini diredhai Allah, dan moga perjuangan ini dirahmati Allah dan dipermudah urusan oleh-Nya. Namun pada saat sama tidak lihat akan percaturan Allah untuknya. Dia memandang bahwa segala sesuatu yang dilakukannya adalah ketentuan Allah atasnya tanpa dia mengetahui bahwa sebenarnya hanya Allah saja Maha Megetahui dan hanya kepada-Nya perlu diserahkan segala urusan dalam berusaha dan setelah berusaha. Dia mengatakan, usahaku ini adalah kerana Allah namun tidak memandang bagaimana dia melaksanakan. Tidak dihiraukan lagi apakah usahanya itu halal? Apakah jalan yang ditempuhnya itu halal? Sungguh begitu ramai manusia ditipu oleh nafsu. Segala yang buruk kita rasakan baik. Akhirnya kita terjatuh dalam perangkap kesamaran Jabariah dan Qadariah, tidak dapat membezakan di mana takluk usaha dan yang mana dikatakan takluk taqdir.

Ingatlah, nak tengok amal atau perbuatan yang benar adalah dengan kita melakukannya, membuatkan kita ada satu rasa di mana rasa itu menambah tenang akan jiwa kita dan membuatkan kita terasa lebih hampir dan dekat denganNya. Jika amal atau kerja kita itu hanya lebih menggusarkan dan menambah risau, maka ingatlah, mungkin perbuatan itu adalah tipu daya syaitan yang menjadikan indah segala yang tidak hak! Bahkan kadang kala hal baik pun hanya mejauhkan kita dari-Nya seperti melakukan sesuatu kerana makhluk, bukan kerana redha sang Khaliq.

Jadilah hamba-Nya yang bersyukur. Ingatlah, segala yang kita lakukan tidak langsung memberi bekas kepada-Nya namun teruslah mendekat kepada-Nya sebagai bukti cinta kita kepada-Nya dan tanda syukur kita atas segala kurnia-Nya yang tidak memerlukan walau sebesar zarrah pembalasan dari kita!Bahkan Dialah yang memberi rezeki dalam pelbagai bentuk kepada kita dan Dialah yang mengabulkan segala doa orang yang meminta kepada-Nya dan Dialah yang memperkenankan dan membuka jalan kemudahan buat hamba2Nya, maka mengapa harus kita mengingkarinya?

Akhir kata, janganlah kita persoalkan di mana keadilan Allah sebaliknya sedarlah bahwa kita hanyalah makhluk.Dan ingatlah, banyak tanya dalam hal remeh hanya akan membuatkan kita makin jauh dariNya.

Oct 16, 2010

genetic pool

bismilLahirRahmanirRahim

sambil menulis sambil layan "A Little Too Not Over You" and "We Remain Unknown" rasa sedaplah pulak lagu ni..

Manusia dicipta serba serbi lengkap, dua tangan, dua kaki dll. Dan kita dilahirkan mewarisi genetik dari mak ayah dan mereka warisi dari parents mereka dan begitulah seterusnya. Setiap ovum dan sperm bawa maklumat genetik tersendiri. Namun bagaimana dengan manusia pertama? sebagai contoh jika dikatakan nabi Adam 'alaihissalam adalah manusia pertama sebagai khalifah di muka bumi dan manusia pertama yang bersyariat dan mentauhidkan Allah maka bagaimana dengan asal muassal genetiknya? dan juga isterinya Hawa? Adakah Allah ciptakan mereka buat pertama kalinya dengan kepelbagaian genetik yang mana menjadikan kemungkinan bagaimana kita sekarang punya pelbagai beza dari segi wajah, warna kulit, golongan darah, rhesus factor dan pelbagai perbezaan lagi yang dimulai dengan perbezaan genetik.

Atau perbezaan kita hasil dari interbreed antara keturunan "adam2 sebelum adam" dengan keturunan adam 'alaihissalam? Jika begitu adakah ayat al-Qur'an mengenai manusia adalah makhluq terbaik dan kata bani adam dalam al-Qur'an merujuk kepada manusia2 hasil dari interbreed ini dan adam yang dimaksudkan adalah semua adam yang pernah dicipta? Kerana jika dilihat, kebudayaan lain telah wujud sebelum nabi adam diturunkan ke bumi. Telah ada manusia purba Homo Erectus soloetus sejak sejuta tahun dulu, dan manusia2 lain sekitan 200 ribu tahun dulu. Bagaimana pula dengan proto-neanderthal yang menurut en. wiki dianggarkan hidup sekitar 600ribu-350ribu tahun dulu? adakah tiada interbreed dengan genus homo yang lain?

Mungkinkah manusia sekarang pelbagai bukan kerana nabi adam dicipta dengan kepelbagaian genetik tapi kerana interbreed antara genus homo yang pelbagai atau mungkin sub-species yang pelbagai?

Dan, jika hendak dikatakan semua manusia hilang lenyap kecuali yang naik kapal nabi Nuh 'alaihissalam pun tidak boleh kerana pada saat sama, ada tamadun lain yang telah bermula sebelum peristiwa banjir besar itu dan masih berterusan setelah peristiwa banjir besar. Namun pada masa sama, fakta bahwa bumi telah berkali-kali ditimpa bencana banjir besar tidak dapat disangkal. Justru mungkin ada banjir lain yang memusnahkan tamadun tertentu.

Hmm, bagaimana pula dengan orang Melayu atau suku bangsa Melayu? Suatu suku bangsa yang dikenal dengan sopan santunnya dan pelbagai pekerti mulia. Bagaimana kita behave sekarang? Orang Melayu adalah satu bangsa unik. Bermula dengan awalnya dipengaruhi Hindu-Buddha (sejak zaman Sriwijaya dll) dan menerima Islam(kerajaan Islam Demak, Kesultanan Melayu Melaka dll). Kesannya dapat dilihat sekarang dalam budaya orang Melayu, masih ada adat2 tertentu yang mengikuti adat Hindu-Buddha walau telah lama menjadi muslim, namun mungkin kerana tidak mengenal mana ritual, mana adat, dan mana agama maka semuannya bercampur baur. Islam tidak difaham menurut lunas dan bagian ilmunya secara komprehensif tapi dikenal sebagai satu ibadah semata. Kehidupan beragama lebih dinisbahkan kepada golongan seperti imam, ustaz,syeikh, tok guru dan bukannya kepada semua penganutnya. Selain itu, timbul kecelaruan seperti yang terjadi dalam agama Sikh apabila sesuatu hal ibadah dijadikan ritual kosong semata, tidak dengan pemahaman konsep ibadah tersebut. Maka lihatlah apa terjadi sekarang, malam tujuh likur, jaga kubur tujuh malam dll masih banyak diamalkan, ia tidaklah seratus peratus salah tapi tidak difahami kenapa ia dilakukan dulu. Menurut orang2 tua, jaga kubur tujuh malam untuk elakkan kafan dicuri orang, tapi jika masih mahu jaga kubur terserah tapi jangan dianggap itu ibadah atau sunnah, begitu juga malam tujuh likur, yassin malam jumaat, tahlil dan lain2, ia bukan sunnah tapi adat namun selagi ada kebaikan darinya maka insyaAllah itulah yang kita ambil. Silapnya kita hari ini kerana tidak memahami kenapa ulama dulu melakukan itu dan ini, maka terjadilah sekarang isu, "ulama dulu takkan tak tahu bila buat macam ni?", padahal mungkin itu hanyalah satu pendekatan dakwah yang dilakukan ulama dahulu?

WalLAhu a'lam

Oct 15, 2010

tiada yang simple

bismilLahirRahmanirRahim
salam sejahtera..

aku rasa pernah cakap pasal benda ni - pernah bertemu orang, dia menyapa, "assalamualaikum ustaz!!", aku terkedu lantas dengan pantas membalas, "maaf, pak cik salah orang kot?", dia merenung seraya menghulurkan tangan untuk bersalam, dan menyapa dengan panggilan sama, dan untuk kali kedua aku cakap benda sama, "maaf, saya bukan ustaz, saya hanya seorang pelajar, mungkin pak cik salah orang". Tidak lama kemudian, laki2 berusia lingkungan 40-an itu pergi sambil tersenyum. Aku pulak teruskan jalan2 dengan penuh tanda tanya, siapa pakcik ni? kenapa dia tak cakap dia salah orang or anything yang macam logik untuk diutarakan, ni tak, pergi begitu sahaja (or dia malu sebab salah orang?)

hal sama terjadi pada seorang sahabat aku, orang kata padanya, "syeikh, silakan jadi kepala tahlil malam ni!". Walau berkali sahabat sorang itu cakap tak boleh, tak mampu dll lagi, tapi akhirnya tetap kena, dan dia terpaksa akur, syukurlah kerana di sekolah dulu dia memang jenis suka hafal2, so bacaan tahlil beserta doa2nya dah dalam kepala dia.

dan pernah satu ketika, disapa dengan, "barakalLah", aku awal anggap biasa saja kerana mungkin dia ikhlas mendoakan kebaikan, tapi kemudian terdiam sambil terfikir, "eh, bukankah tu doa untuk ...?". Tapi aku diamkan saja. Entah, orang macam2.

Tapi, semua itu yakni kepelbagaian karakter manusia buat aku lagi eager nak tahu apa yang induce mereka untuk  bersikap begitu, kadang2 baik dan kadang2 kelihatan seperti orang yang begitu bermasalah. Jika hanya dilihat pada diri sendiri mungkin cukup mungkin tidak tapi bagi aku masih belum cukup. Sebab kita hidup sebagai makhluk sosial yang perlu saling memahami untuk saling berinteraksi, jika tidak interaksi efektif sukar terbentuk.

Mungkin ini salah satu faktor yang buatkan aku eager untuk lebih mengenal kepelbagaian karakter manusia dan bagaimana karakter2 itu berkembang sesuai perkembangan zaman. Jika pada masa dulu, mungkin manusia punya emosi dan karakter tidak sekompleks sekarang, tapi sekarang dengan banyak dan pelbagainya percampuran budaya, pengaruh luar dll menjadikan manusia makin kompleks dan makin sukar difahami. Jika hendak kata manusia yang bersikap begini dan berpakaian begini sebagai Melayu mungkin tidak tepat, maka keluar word baru "melayu murtad" kerana dia lebih banyak dipengaruhi karakter seorang bukan Melayu. Jika dulu, kanak2 bersikap sesuai seorang kanak2, kini kanak2 begitu advance, mereka tahu macam2 hal hanya dengan adanya teknologi internet, television dan lain2.

kesimpulannya, orang2 yang mengkaji manusia dan persekitaran yang membentuk mereka, bagi aku adalah orang2 yang layak dikategorikan "doktor yang sesungguhnya" kerana mereka mengenal manusia bukan hanya pada lahirnya tapi termasuk hal dalaman dan yang membentuk dirinya maka lebih mudah untuk mereka mencari penawar bagi masalah mereka dan penawar ini bagi aku, tiada seorang doktor berijazah pun dapat bagi kecuali jika mereka lakukan hal sama yaitu memahami polisosek dan kehidupan seseorang itu.
akhir kata: manusia mudahnya adalah makhluq yang kompleks sifatnya, dan perkembangannya. Dan aku harap dapat mengenal kepelbagaian manusia lebih baik dengan meneliti perkembangan manusia dari zaman dulu hingga sekarang.(untuk itu, kena sambung baca pasal asal usul orang Nusantara, perkembangan orang2 pra-sejarah, perkembangan umat bertamadun sejak zaman nabi Adam 'alaihissalam dll)

Oct 13, 2010

Zaman purba

salam sejahtera..

agak terkejut terbaca rentang waktu antara zaman nabi Adam 'alaihissalam hingga 1masehi adelah 4168 tahun(rasa macam pendek jerr) (klik link dan kanzunQALAM-pendapat lain-). Maksudnya manusia purba zaman paleolitk (50,000-100,000 tahun SM) adalah begitu jauh beza keupayaan mereka secara logiknya. Namun bezanya adalah Adam 'alaihissalam adalah manusia pertama yang dihantar ke muka bumi lengkap dengan agama dan keupayaan2 lain layaknya seorang manusia atau dengan kata lain, memenuhi kriteria bertamadun menurut kaca mata sejarawan Islam seperti Ibn Khaldun.

Begitu juga dengan banjir besar zaman nabi Nuh 'alaihissalam, adakah benar ia menenggelamkan seluruh dunia? Jika benar, maka pasti seluruh dunia dipenuhi satu kelompok manusia sahaja atau beberapa kelompok yang tidak jauh beza. (lihat sini). Setelah baca dan fikir, aku secara mudah buka otak tengok dalam ketuk2, ubah sikit saraf2 kat tepi letak kat tengah sikit, join2kan banyak sikit then conclude yang maybe banjir zaman nabi Nuh bukanlah menghancur dan membinasakan seluruh isi bumi sekaligus..

Cukup dulu, dah penat baca..Masih ada banyak artikel or source yang aku tak larat nak baca!! Belum lagi hal lain yang aku nak confirmkan juga, dan biasanya semangat untuk baca benda2 macam ni datang mendadak sebelum exam dan hilang perlahan-lahan after exam before it comes again when exam come around the corner, again..

any misinformation harap dibetulkan coz aku pun baru belajar..
walLahu a'lam

Manusia

salam sejahtera..

Sebagai makhluq yang punya akal, kita pasti terfikir mengenai asal usul kita. Dari mana kita datang? Kenapa jadi orang Melayu, lahir di bumi Malaysia? Benda2 camni buat aku curious nak tahu in more details about our ancestors. But for sure tidak akan dipakai teori kita berevolusi dari beruk because if we are, then siapakah nabi Adam? Tapi untuk kemungkinan adanya makhluq lain yang menyerupai manusia dari segi bentuk dan posture tubuh itu bagi aku ada (sila klik). Besides, pernah belajar mengenai jenis or spesis manusia yang pelbagai. Jika kita menganggap Adam 'alaihissalam sebagai manusia pertama di muka bumi, maka bagaimanakah proses perkembangan manusia hingga melahirkan ribuan budaya, bahasa, adat, dan cara hidup masyarakat yang pelbagai. Bagaimana manusia2 ini berkembang (genetic pool) dan mengembangkan aspek kehidupan mereka? Setelah tenggelamnya umat rasul Allah Nuh 'alaihissalam, dan terselamatnya baginda dan para pengikut baginda, mereka mula hidup seperti biasa.

Selain melihat dari atas ke bawah, aku tergerak jugak untuk see things from the bottom. Contoh mudah, cari asal muassal bangsa yang dikatakan bangsa Melayu ini. Dikatakan bermula di Palembang,Sumatera namun orang di Palembang itu sendiri dari mana? Adakah migran seperti pendapat yang menyatakan orang Afrika berpindah ke kawasan kepulauan Melayu sekitar 40ribu tahun dahulu (lihat sini) ataukah memang menetap di situ sejak sekian lama? (link

Last sekali, about pembelajaran sejarah di sekolah mengenai zaman paleolitk, neolitik, mesolitik dan zaman batu/logam. Diperkatakan pada awalnya mereka adalah bangsa tidak bertamaddun. Kemudian mereka berjaya membina peradaban mereka sendiri. Jika ia benar, adakah mereka sahaja yang dirujuk sebagai manusia sebelum Adam? (Aku tak pasti selang masa dari zaman nabi Adam 'alaihissalam hingga sekarang)

Kesimpulannya, kajian mengenai manusia sungguh menarik. Mula dari bawah, belajar mengenai tubuh manusia normal kemudian abnormal, macam mana manusia bertindak dan kenapa melakukannya, macam mana bermasyarakat, bernegara dan bagaimana manusia berkembang biak.

p/s: belajar mengenai manusia sungguh menarik, hope aku tidak salah memilih bidang medic untuk mengkaji manusia dan penyakit2nya. Mungkin lepas medik boleh consider sosiologi? arkeologi? ethnomology? social science? history studies?

salah silap sila betulkan sebab aku sendiri masih bertatih
WalLahu a'lam

Oct 7, 2010

sebelum waktunya-updated-

salam sejahtera

hari ini hari yang agak menyakitkan tapi tak apa, itu sikit jer..

bagaimana nak implementkan word "semangat" sebagai satu undang2 tubuh? sampai hari ini tak dapat2..
begitu juga dengan disiplin..
hmm, need to find a soln..
kalau di DR perlukan sokongan 2/3 baru boleh naik ke DN dan seterusnya, namun jika dinisbahkan kepada undang2 tubuh, keputusan oleh 1/3 adalah lebih utama diimplementasikan. Kenapa, kerana jika DR dinisbahkan kepada perintah Allah, hasutan syaitan dan godaan nafsu maka jika diambil mudah memang syaitan dan nafsu yang membentuk 2/3 tapi perlu ingat, akal yang berfungsi sebagai pengadil perlu bijak memikirkan kesan2nya. Kerana apa? Sebabnya, perintah Allah dan redha Allah tidak tertakluk kepada suara majoriti.
FIKIR2KANLAH
--susah betul nak implementkan hal2 baik dalam diri esp akhlaq (tabiat/reaksi tanpa fikir) yang terpuji..--cakap senang gila!!tapi nak buat, sekejap ok sekejap tak..

hmm, tadi aku terfikir untuk mem"fire" orang, tapi then aku terfikir, "apa gunanya? aku jamin tiada perubahan or jika ada mungkin akan lebih parah". Kenapa? Sebab sepanjang aku "fire" dan di"fire" aku perasan satu sindrom, iaitu "kalaupun awalnya tiada apa2, jika berterusan di"fire" biasanya akan berakibat sebaliknya", pemikiran itu buat aku terpaksa hold dan tanam balik perasaan nak fire orang.
Contoh: si A suka buat camni, then si B "fire" si A dengan harapan si A sedar then ubah sikap itu tapi si A tidak faham or saja2 buat tak faham or maybe nak sakitkan hati? akhirnya si A makin teruk dan si B pun dah tak boleh buat apa2 lagi dah..!!macam mana??
dan tambah sesal, baru tadi aku fire balik orang!! memang kalau dah lidah laser and suka fire tu agak susah mahu ubah..(yusran2, apa nak jadi nie??)
Kenapa boleh jadi macam tu aku tak tahu. Dulu aku fikir, jika sering di"fire" ada kemungkinan untuk orang tu rasa malu dan tinggalkan benda tu, tapi setelah aku lihat realitinya (including myself), mostly tak macam tu.
Makanya, kalau nak "fire" tu, lihat jugaklah keadaannya, jika hanya memburukkan baik hold dan tak perlu teruskan, tapi jika kesan sama jer or lebih baik hasilnya, aku tak tahulah boleh ke tak. Mungkin boleh kot sebab pernah terdengar kisah dua kanak2 dan seorang pemuda dalam hal wudhu'. 
Pemuda tu tak betul wudhu'nya, dan dilihat oleh dua kanak2. Dua kanak2 tu tak berani nak tegur langsung, maka oleh dua kanak2 itu dilakukan akting, seorang mengajar temannya berwudhu'. Maka tahulah pemuda itu yang wudhu'nya ada silap namun pemuda itu tidak marah kerana menganggap kanak2 tu betul2 belajar wudhu' or kalaupun untuk menasihatinya itu juga bagus.
P/s: adekah aku salah konteks utk kisah ini?
P/s/s: "fire" dlm maksud post ini means memperli/buat sth bukan dgn tujuan menyakitkan hati sebaliknya cara tak langsung utk menegur/saja2 bergurau

Wa Allahu a'lam