Oct 23, 2010

who's really cares?

salam sejahtera

hmm, hari tu aku call ma aku, aku cerita segala benda yang aku anggap adalah satu beban buat aku. Terpaksalah ma aku jadik pusat curahan jiwa aku. Ingat dulu2 time sekolah rendah or menengah yang rendah, bila ada masalah jerr mesti cari ma aku, dengan harapan tak disuruh buat apa2 kerja and just tengok ma aku buat kerja sampai siap, haha..lepas tu terfikir, takkan nak tengok jerr?? so aku pun tukar fikiran, pergi dekat2, jalan2 dekat dia then terdengar satu bunyi, "tolong ...", terdetik rasa hepi (untuk tolong) bercampur malas (untuk buat kerja). Dah selesai segala benda, aku follow ma aku pergi ruang tamu, tunggu dia duduk then aku ambik peluang cerita segala benda, penting ke tak penting ke, aku cakap jerr. Then, dia akan usap kepala aku, belai rambut sambil mendengar dan kadang2 mencelah or mereply apa yang aku cakap. Oh, I really miss that time!! Sekarang dah besar, even rasa macam nak buat macam tu lagi, tapi sudah rasa segan. Sekarang paling2 pun aku just duduk depan dia dan cerita, beza dengan kecik2 dulu, baring atas pangkuan seorang yang telah dengan susah payah mengandungkan dan melahirkan. Then bila dia lenguh2, aku ngan adik aku akan urut2 kaki dia sama2 (somehow ma aku lagi suka anak laki2 and perempuan bongsunya urut, well hv to admit aku tak pandai bab2 urut2 ni)

Naluri seorang ibu walau dia hanya diam, tapi dengan mendengar suara sahaja dah cukup untuk dia mengetahui apakah anak2nya ada masalah atau sakit dll, walau seramai mana anak2nya. Walau ma aku kadang2 tertukar susunan anak2 or tersilap panggil nama, tapi itu hanya biasa, sebab sekilas dia melihat anak2 pasti jiwa seorang ibu akan tahu adakah anaknya ada masalah atau tidak, walau betapa pandai kita cuba menyembunyikan masalah kita. That's why aku rasa, insan yang aku panggil ma, itulah insan yang paling aku ingat bila ada masalah.


lirik kat sini-->link

Walau dunia hari ini terlihat kejam dengan sang ibu sanggup membunuh or membiarkan anak2nya namun itu bukanlah dari jiwa seorang ibu. Fitrah seorang ibu amat menyayangi anak2nya namun pabila fitrah tersebut dilawan (dengan kata lain, bisikan syaitan dan nafsu ammarah jahat dituruti), itulah yang terjadi. Namun secara umumnya, setiap insan bergelar ibu amat menyayangi anak2nya.

Seorang ibu lebih dekat kepada anak2nya kerana sifat keibuannya dan curahan kasih sayang yang dilimpahkan tanpa sorok2, tidak seperti insan bergelar ayah yang mempunyai cara berbeza dalam mengekspresikan kasih sayang. Itulah sebabnya, sepanjang apa yang aku lihat, walau segarang mana seorang ibu dan walau setidakgarang mana seorang ayah, yang lebih hampir dengan anak2 dan anak2 lebih selesa dengan, biasanya adalah dengan si ibu.

Akhir kata, ingatlah firman Allah dalam surah al-Isra' dan surah Luqman agar tidak melupakan jasa ibu bapa dan agar berbakti kepada keduanya dan janganlah sekali-kali menyakiti mereka.

Kenapa aku post benda ini? aku pun tak tahu kenapa..

No comments: