Oct 13, 2010

Zaman purba

salam sejahtera..

agak terkejut terbaca rentang waktu antara zaman nabi Adam 'alaihissalam hingga 1masehi adelah 4168 tahun(rasa macam pendek jerr) (klik link dan kanzunQALAM-pendapat lain-). Maksudnya manusia purba zaman paleolitk (50,000-100,000 tahun SM) adalah begitu jauh beza keupayaan mereka secara logiknya. Namun bezanya adalah Adam 'alaihissalam adalah manusia pertama yang dihantar ke muka bumi lengkap dengan agama dan keupayaan2 lain layaknya seorang manusia atau dengan kata lain, memenuhi kriteria bertamadun menurut kaca mata sejarawan Islam seperti Ibn Khaldun.

Begitu juga dengan banjir besar zaman nabi Nuh 'alaihissalam, adakah benar ia menenggelamkan seluruh dunia? Jika benar, maka pasti seluruh dunia dipenuhi satu kelompok manusia sahaja atau beberapa kelompok yang tidak jauh beza. (lihat sini). Setelah baca dan fikir, aku secara mudah buka otak tengok dalam ketuk2, ubah sikit saraf2 kat tepi letak kat tengah sikit, join2kan banyak sikit then conclude yang maybe banjir zaman nabi Nuh bukanlah menghancur dan membinasakan seluruh isi bumi sekaligus..

Cukup dulu, dah penat baca..Masih ada banyak artikel or source yang aku tak larat nak baca!! Belum lagi hal lain yang aku nak confirmkan juga, dan biasanya semangat untuk baca benda2 macam ni datang mendadak sebelum exam dan hilang perlahan-lahan after exam before it comes again when exam come around the corner, again..

any misinformation harap dibetulkan coz aku pun baru belajar..
walLahu a'lam

No comments: