Nov 19, 2010

pilihan

Dalam hidup ini hanya ada dua jalan
Jalan bahagia menuju Ilahi dan jalan sesat syaitan dan nafsu
jika tidak berada pada jalan Ilahi
tidak menjadi hamba kepada al-Khaliq
maka pastilah kita berada di jalan syaitan dan nafsu
menjadi "hamba" kepada syaitan dan nafsu

Dan pada setiap langkahan, hanya ada dua pilihan
ikhlas atau kufur
berbahagialah bagi yang ikhlas
dan sengsaralah bagi yang kufur
berbahagialah bagi yang taat
dan sengsaralah bagi yang ingkar

Dan jalan itu hanya mengarah kepada dua tujuan
maka berbahagialah yang menuju ke syurga
dan sengsaralah yang menuju ke neraka
berbahagialah orang2 yang mengetahui akan jalan syurga itu
dan merugilah orang2 yang tertipu oleh syaitan dan nafsu
yang menghiasi jalan2 ke neraka dengan indah

sungguh Allah telah berjanji akan memberi balasan syurga
bagi orang2 yang ikhlas menuju-Nya, berbuat taat, dan ikhlas
dan akan menghumbankan ke neraka
orang2 yang kufur, ingkar dan mengikuti ajakan syaitan dan nafsu


Kerana dengan keikhlasan itulah insyaAllah
akan kita dapatkan (dengan rahmat-Nya) nikmat teragung
yakni iman dan Islam
suatu nikmat yang tak tertandingkan
walau dengan dunia dan seluruh isinya
walau dengan syurga dan seluruh kenikmatannya

dan jagalah kedua nikmat itu, dan peliharalah hati itu
janganlah dikotorinya dengan noda dan dosa
kerana jika ia telah hitam, akan pudarlah kedua nikmat teragung itu
sentiasalah bersihkan ia dengan sabun taat dan berus ikhlas
kemudian rendamlah ia di dalam air taubat dan pelembut zikrulLah
moga dengan itu hati tetap bersih dan nikmat teragung itu terpelihara

Ya Allah
kupohon, janganlah hati ini
dipenuhi dengan sifat2 mazmumah
dan janganlah lahirku 
dipenuhi sifat2 nifaq

p/s: celoteh dari hamba yang berulang kali melakukan dosa yang sama..ingatlah dosa kecil jika dilakukan berterusan akan jadi dosa besar..dan pelaku dosa besar adalah dikategorikan fasiq-apa penjelasan mengenai orang fasiq berdasarkan al-Qur'an dan hadis?-
---opps, ni blog den, so suka hati ambolah nak post dalam bentuk macam mana pun---
akhirul kalam
salah silap betulkan
walLahu a'lam

Nov 18, 2010

nikmat raya

bismilLahirRahmanirRahim

kita dikurnia pelbagai nikmat..
saat aku tengok orang berebut-rebut ambil daging aku terfikir, alangkah banyaknya nikmat dalam hidup aku yang ramai lagi orang lain tak dapat kecapi..tapi kita tak sedar, malah kita lalai dan kufur

dan nikmat itu turut melimpah dalam bentuk ramainya keluarga. Sebelum raya haji telah bertambah lagi anak buah baru, dan keduanya laki2. Seorang bernama Aqif Ikhwan dan seorang lagi Naqib Akhyar. Tapi paling utama, nikmatain terpenting iaitu iman dan Islam, moga tetap terpelihara sampai bila2..

suasana raya qurban ini sungguh bermakna bagi aku walau tak dapat bersama famili tapi alhamdulilLah, penglibatan dalam pengurusan pembagian daging qurban membuka mata aku mengenai kepayahan hidup orang lain.

maka, syukurilah segala nikmat dan kurniaan-Nya dan janganlah kita termasuk golongan yang sombong lagi lalai terhadap perintah dan larangan-Nya (ingatan buat diri sendiri dan kita semua..)

dan jadilah kita pandai berpada-pada, sebab nanti cabaran akan kita lalui, saat kehidupan klinikal, yang bak kata senior adalah kehidupan orang serba salah-koas. Life koas (klinikal) bagi aku sure2 akan jadik something mencabar mental dan fizikal. Moga life time koas kelak, insyaAllah dimudahkan-Nya. Hanya kepada Allah azza wa jalla  kita bertawakkal.

moga raya tahun ini akan lebih mendekatkan kita pada-Nya
dan moga puasa sunat Arafah (bagi yang berpuasa), diterima Allah azza wa jalla
serta moga haji (bagi yang menunaikan ibadah rukun Islam kelima itu), mendapatkan haji mabrur.
--hehe,kne mntak maaf kat ma aku ni, beliau suh aku daftar haji balik cuti ai tu tapi tak daftar, ntah bila la gamaknya baru boleh daftar dgn TH..??--

aksi2 mereka
 di pagi raya lepas solat 'eid

 taklimat khusus sebelum ibadah qurban (masjid nurul hikmah)

 haiwan qurban (3 ekor sapi dan 29 ekor kambing-masjid nurul Hikmah)..
dari-Mu dan untuk-Mu ya Allah, nilaiannya bukan pada haiwan tapi pada taqwa dan ikhlas..

 salah satu tugas panitia di masjid nurul Hikmah-urus pembagian daging qurban

 aktiviti melapah..

sungguh ceria di pagi raya (sebelum pembagian daging korban)

 semua panitia sedang menunggu habuan masing2 (makan siang) dan bagian daging

 my housemates potong tembikai/semangka untuk riang ria 'idul adha..potong jgn tak potong!!

 bagian pemotongan dan penimbangan daging untuk distribusi kepada fuqara'..timbang dan isi lagi!!

 siapkan air sirap selasih untuk riang ria 'idul adha

 bermulanya majlis..

 antara hadirin-saking ramainya sampai tak muat masjid nurul Hikmah/masjid anak Malaysia(bak kata sorg senior)

 hadirin Q untuk ambil makanan -nasi ayam

makan jangan tak makan..!!-emi,jgn marah aku pulak,hehe-

perkongsian dengan senior koas..

banyak lagi nak taruk gambar, tapi tak penting so tak jadik upload..kehadiran majlis riang ria amat baik, ramai gila orang di masjid..cuma harap jika ada aktiviti dilaksanakan di masjid, hope semua dapat jaga adab2 di masjid..tempat yang tak sewajarnya diisi dengan hal2 lagha seperti gelak ketawa berlebihan (aku turut gelak besar!!adoi), borak hal sia2 dll..

dan tahniah juga kepada semua yang dapat habuan malam tadi, baik lucky draw maupun augerah cemerlang..tahniah buat saudara Abdul Rauf bin Zakaria..

akhir sekali, terima kasih atas kerjasama dalam menjayakan riang ria ini yang dimulakan oleh bro Akmal('05) dan dijayakan oleh kita semua, para pelajar UKRIDA anak Malaysia dari batch 2005-2010
...dan alhamdulilLah, syukur kerana semuanya berjalan lancar

Nov 14, 2010

sebab takder keje

salam..
gara2 ditag,plus orang laen dah ader yang buat, so aku pk tak masalahnya nk buat!! 25??(glerr byk!!)
trimas kepada debb kerana telah mentag aku..

25. aku rasa benda paling best kat jakarta ni adelah blogging. dan baca blog orang. naseb ada blog!!
24. woish, kalau takder housemates,aku boleh mati keboringan sebab taktau nk cakap ngan sape!!
23. sangat suka dengar lagu, tapi based on situation la jugak..
22. gler phone sony-e (bentuknya menarek!!)
21. sangat suka kucing tapi lepas kucing aku mati dulu, aku dah kurang rapat dengan semua kucing!!(hmm,boleh k?)
20. sdg usaha ubah minat tgk cter korean kepada citer2 yg lebih berfaedah (??!!ye ke??)
19. lauk kegemaran?apa2 daging(ayam,kambing,lembu) sup plus sdkt masam
18. zero pasal hal masak memasak!!haha..(but always hope can cook sth for all ppl i love esp my ma!!)
17. ske rakam peristiwa hge smpai skrg takleh lpe "peristiwa" itu!!
16. amat tak ske makan ubat!!
15. lagi ske nombor ganjil dari nombor genap (tp 14-siblings- dan 2-not lonely- pn ok)
14. langit adalah sth yang pasti aku tgk stiap hari walau ia jauh tak tergapai (harap ada bintang byk2)
13. lg ske call dari msg..
12. tdo adelah nikmat yang tak mungkin aku lpaskan,haha..
11. pegi kuliah boleh jadik dua, best smpai tak tdo atau "kurg" best smpai trtdo
10. aku suka baca buku tapi sampai sekarang satu buku pn tak habis baca lagi!..
9. love sunset and sunrise so much
8. tanpa laptop sgtlah susah nk survive sbg future doc-to-be
7. paling ske warna hijau epal tapi warna laen pn ok as long as tak ingtkan aku pd bnde2 yg aku taknak ingt..
6. hope one day bole dapat lamborghini free sebijik!!haha 
5. amat tak ske org kacau privacy aku (really hate spammers, hackers dan seumpamanya!!)
4. skekan budak2 (sampai aku sndiri jadik macm budak2!!adoiyai)
3. hope one day boleh keliling dunia melawat tmpat2 bersejarah dan sgle tmpat yg ader "ter+kata sifat"!!
2. mahu tambah berat badan!!haha
1. really,really wanna learn arabic and korean!! 

debb, terseksa jugak otak aku nk pk 25 bnde nie!! dan dlm 25 bnde nie,byk jerr bnde2 yg berulang2(btol tak??)!!haha,lantaklah ader yg bace abes ke tak..!!

Nov 13, 2010

hubungan

bismilLahirRahmanirRahim

fikiran mengenai hal ini telah lama menjelma dalam kepala tapi
baru dapat idea nak tulis apa
Telah banyak insan2 tersayang meninggal namun apa pengajarannya kepada kita? Nol? kita masih sama..seolah kita hidup kekal..

ingatlah, kita sebagai anak..jika anak laki2 maka selamanya kita akan berada dibawah takluk insan bergelar ibu..
dan jika anak perempuan maka mereka awalnya menjadi amanah buat insan bergelar bapa sebelum menjadi amanah kepada insan bergelar suami..
namun, sama sahaja, semuanya punya peranan sebagai individu baik sebagai anak laki2, suami, bapa, anak perempuan, isteri atau ibu..
janganlah egois dengan menarik orang lain untuk turut mengikuti kita ke neraka..
maka, sebagai hamba-Nya jadilah hamba yang taat
sebagai anak soleh, ibu dan bapa mithali, suami dan isteri soleh dan solehah..


lirik di sini: lirik dot my

p/s: ingatlah, anak yang soleh adalah aset penting buat kedua orang tua
dan moral serta keutuhan suatu bangsa dapat dinilai dari peranan para wanita, pemuda dan pemudi
-soklan cepumas, siapa yang bertanggungjawab lahirkan pemuda pemudi harapan bangsa itu??-


alhamdulilLah, dua2 anak buah aku dapat 5A, dan lagi syukur bila dapat tau operation akak aku end successfully-even terpaksa raya kat ward, but ok la as long as smue slamat..- (thanx to all teachers and doctors involved, hanya Allah dapat balas jasa, usaha dan pengorbanan kalian!!)


salah silap sila betulkan
walLahu a'lam

Nov 12, 2010

Syukur-edited-

bismilLahirRahmanirRahim

Pernahkah kita merenung diri dan berfikir, mengapa aku melakukan taat? Kenapa aku solat? Kenapa perlu aku tambahkan ibadah2 sunat?

Allah telah ciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Kita diberikan segala kemudahan. RasululLah bila ditanya, kenapa baginda melakukan solat malam hingga bengkak kaki baginda, maka jawapan baginda begitu ringkas dan sederhana yaitu salahkah untuk baginda menjadi hamba yang bersyukur!

Kita dicipta dengan sebaik-baiknya, diberi peluang merasa kehidupan yang fana ini dengan serba-serbi kecukupan, bahkan jauh lebih baik dibandingkan teman2 dan saudara2 seaqidah di tempat lain.
Allah kurniakan kita akal yang sehat, peluang menuntut ilmu dll.

Namun manusia, pada masa susah baru ingat nak kembali kepada-Nya. Tapi setelah lepas dari kesusahan, kenapa kita tidak fikir, "mungkinkah kesusahan itu adalah ujian dari-Nya untuk menguji imanku?" atau, "ini mungkin bala dari-Nya sebagai peringatan kepadaku". Jika dapat berfikir begitu, insyaAllah kita akan redha dengan segala situasi, dan syukur atas segala kurnia-Nya baik di saat senang mahupun susah.

Mungkin ada yang berfikir, kan taqdir Allah tetap pada setiap hamba-Nya, malahan doa kita juga dalam pengetahuan-Nya!! Maka jika kita fikir secara mudah, jika kita tidak tahu nasib kita kelak, it's worthy to try!!* (ingat, nilaian baik dan buruk dalam Islam adalah menurut nilaian yang Allah tetapkan!!).
Lagipun, jika benar kita yakin bahwa hanya Dialah yang Maha Berkuasa, maka kita tidak akan lari dari tanggungjawab. Kerana itulah tanda syukur kita atas taqdir-Nya kepada kita. Atas nikmat iman dan Islam yang masih dikurniakan kepada kita. Maka jagalah kedua nikmat ini. Janganlah kita lalaikan dua nikmat ini dan dua nikmat lain iaitu sihat dan masa. Ingat, segala yang dilihat sebagai nikmat itu bisa jadi ujian, dan pada saat lain bisa jadi bala. Maka kuatkanlah jiwa.

Syukur, satu ungkapan mudah namun makna dan pengertian amat luas. Diambil secara mudah, jika kita berterima kasih kepada orang yang telah berbudi kepada kita, maka kita akan tetap rasa terhutang budi dan segan untuk mengkhianati atau melakukan kejahatan padanya, namun dengan Allah, walau begitu banyak Dia memberi tapi kita masih tetap begitu, tiada rasa bersalah bermaksiat kepada-Nya bahkan makin banyak maksiat kita lakukan, makin banyak larangan-Nya kita lakukan!! Dan bahkan makin banyak perintah-Nya kita pandang ringan malah kita tinggalkan!! Mana adab dan tanda terima kasih kita?

*kelak manusia akan menyesal kerana tidak mengikuti ajaran rasul malah mendustakan, dan ini bersesuaian dengan satu statement terkait masalah psikologi (aku tulis berdasarkan apa yang aku faham), "manusia selalu menyesali dan menyalahkan diri bila tidak lakukan sesuatu (kebaikan) di saat dia mampu lakukan sesuatu (membantu ke arah kebaikan itu), akhirnya itu berpengaruh terhadap jiwanya" walau dulu sebenarnya dia tidak lakukan "sesuatu" itu setelah berfikir (mungkin kerana dipengaruhi emosi, ego, nafsu dan syaitan?) -ingat, nilaian baik buruk, dosa pahala adalah hak Allah, justru perlu kita tahu mana baik mana buruk pada pandangan-Nya, bukan pandangan manusia-
(mencuba melakukan kebaikan walau tidak berjaya adalah lebih bernilai dari menyesal kerana tidak mencuba)

Fikir2kanlah
coretan dari insan yang sering lalai dan alpa dari mensyukuri nikmat kurniaan-Nya, astaghfirulLah
walLahu a'lam

p/s: ini adalah draft 2nd last aku..ada lagi satu draft tapi sebab aku tak begitu pasti dengan apa yang aku dengar dan baca ditambah pengetahuan aku tentang politik amat sedikit (aku pun dah tak tahu nak sokong siapa dalam politik Malaysia sekarang??) so maybe tak akan dipost kot..

Nov 11, 2010

ada ke patut?

bismilLahirRahmanirRahim
banyak yang ingin dicoretkan mengingat beragamnya jenis manusia di muka bumi ini..
ada yang tahu tapi tidak faham (lahirlah kenifaqan, maksiat dll)
ada yang tahu dan faham tapi tidak amalkan (lahirlah kefasiqan, dan kemaksiatan)
ada yang amalkan tapi tidak tahu apa2 (lahirlah amalan2 bid'ah, sesat dll)

masalah datang dan pergi
untuk solve masalah, kita diajar untuk cari puncanya dahulu
tapi sometimes, punca itu sukar diubah
maka jadilah masalah itu masalah berterusan
walau sudah ada yang berjaya diselesaikan
namun ia tak menyeluruh

saranan banyak pihak agar sistem pendidikan dikaji semula
aku amat gembira kerana
agama Islam bukanlah sekadar diajar
tapi insan2 perlu dididik dengan nilai2 Islami
bayangkan kadang2 pengajar tidak berfungsi sebagai pembimbing dan pendidik
maka jadilah insan2 yang belajar hanya dapat ilmu
sedangkan nilai dan kefahaman terpinggir
akhirnya penerapan kosong
dan anak2 itu pabila membesar jadi ibu ayah yang tidak kenal Islam
maka bagaimana nak ajarkan apa itu Islam kepada anak2?

selain itu, subjek sejarah turut perlu dikaji semula
jadikanlah subjek sejarah sebagai subjek yang memberi pengajaran
bukan hanya bergantung pada fakta tanpa pengajaran
kerana sejarah harusnya dapat mengajar kita erti kehidupan
orang selalu cakap, belajar dari sejarah dan
sejarah adalah guru dan pengalaman terbaik
tapi dalam sistem persekolahan sekarang
pengajaran sejarah aku lihat tidak lebih sekadar untuk dapatkan nilai lulus dalam sijil
akhirnya bertambahlah insan2 yang tidak mengenal sejarahnya sendiri
baik sejarah bangsanya mahupun sejarah agamanya
hingga akhirnya mereka tidak dapat diharap menjadi human capital yang diingini
mereka mungkin berjaya academically, tapi dari segi nilai murni dll
kita dapat lihat secara jelas lemahnya umat Islam kini
gara2 tidak tahu atau tidak diajar untuk tahu?

akhir sekali, ingatlah Allah menganjurkan kita ambil pelajaran dari tanda2 kekuasaan-Nya
baik itu tanda yang dapat dirasai sekarang atau hanya dapat dilihat
mudahnya, Allah mendidik kita menjadi hamba yang menggunakan akal dan hati
dalam melihat sesuatu hal, bukan emosi dan ego semata
berjalan lihat kesan2 tinggalan umat terdahulu, jika dilihat hanya dengan mata kasar
tidak teresap ke jiwa, melainkan dilihat dengan mata hati (dan ini belajar dari sejarah!!)
lihat kebesaran Allah seperti alam yang tidak terjangkau dek akal akan luasnya
dilihat dengan mata kasar, maka hanya nampak indahnya ciptaan
tapi jika dilihat dengan akal dan mata hati, lahir rasa rendah hati, syukur, dll sifat terpuji
kerana kita tahu, bahwa ini adalah tanda kebesaran Allah!!
yang mana tanda2 kebesaran-Nya sebenarnya juga terdapat pada diri setiap anak Adam!!
maka peliharalah diri kita, sebagai tanda kita syukur atas segala kurnia-Nya
perintah-Nya janganlah dilengahkan
larangan-Nya janganlah tidak diendahkan

ingatlah, tiada hak kepemilikan bagi makhluk, semuanya hanya pinjaman
maka janganlah kita menganggap semuanya milik kita
ingatlah semuanya milik-Nya
diamanahkan-Nya untuk kita jaga dan gunakan menuju-Nya
maka ingatlah, mata, telinga, hidung, lisan, tangan, kaki, hati, jantung, kemaluan, dll
semua menunjuk kebesaran-Nya, juga amanah-Nya
untuk kita pelihara, kerana Dia Maha Melihat, Maha Mengetahui lagi Maha Teliti
Dialah yang Zahir (yakni tanda2 kebesaran-Nya)
dan Dialah yang batin (yakni tidak terlihat zat-Nya oleh makhluk)
maka ayuh kita nilai kembali diri kita
adakah kita dalam jalan-Nya atau tergelincir?
benar, soal hidayah adalah hak-Nya
soal taqdir adalah hak-Nya
namun Allah memerintahkan kita berusaha dan berdoa
maka galilah dan dapatkanlah hidayah-Nya
kerana Dia Maha Penyayang dan Maha Lemah Lembut
terhadap hamba2-Nya
dan janganlah rasa jauh dari-Nya
kerana sebenarnya pengetahuan dan kekuasaan-Nya
meliputi segala sesuatu
dan Dia mengabulkan doa para peminta
dan Dia memberikan kepada yang berusaha
segalanya dalam pengetahuan-Nya

kesimpulannya, dalam kita melakukan sesuatu
berpedomanlah kepada hukum dan perintah agama
dan dalam menilai sesuatu, jadikanlah syariat dan sejarah masa lalu sebagai pedoman
agar dengan itu kita tidak tersilap dalam membuat keputusan
walau kita pastinya tersilap kerana kita manusia biasa tapi minimalkanlah
dan agar dengan itu, murka-Nya tidak menimpa kita
sebaliknya kasih sayang dan redha-Nya kita dapatkan, insyaAllah
kerana Dia Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Melihat
maka sewajarnya kita menilai baik buruk setiap perbuatan
berdasarkan nilaian yang ditetapkan-Nya
bukan nilaian yang ditetapkan manusia
kerana Allah yang ciptakan segalanya
sedang kita manusia adalah makhluk yang punya banyak kelemahan

coretan kerana bimbangkan diri sendiri..
salah silap sila betulkan
walLahu a'lam

Nov 10, 2010

Tamadun Lama

bismilLahirRahmanirRahim
oh,aku baru tambahkan draft baru semalam (8/11/2010)!!so that means masih ada dua draft yang blom direlease sebab blom lengkap,haha.. tapi sebab belum lgkp so takleh post dulu..
ini post berkaitan tamadun manusia. Mungkin kita masih ingat dengan kisah bahtera nabi Nuh 'alaihissalam. Menurut catatan sejarah, banjir besar berlaku semasa tamadun Babylon, dan tamadun Babylon tidak terserang banjir, menunjukkan bahwa banjir itu tidaklah melanda seluruh dunia..!! (maaf, lupa sumber, tapi mungkin ada sumber dan pendapat berbeza dalam hal ini)

Antara tamadun2 lama adalah Mesopotamia, Mesir Purba, Indus, China.

Tamadun Mesopotamia dikaitkan dengan para nabi seperti nabi Ishak dan Yaakub yang dikatakan diperintahkan mencari isteri dari kalangan Aram-Mesopotamia. Ada lapan bangsa yang pernah bermukim di Mesopotamia diantaranya yaitu, bangsa Sumeria, Akkadia, Assyria- Babylonia, Chaldea-Babylonia baru, Persia, Guti, Karssita dan Medes.
Ada tiga karya sastera tamadun ini yag terkenal iaitu Enuma Elish (dari abad 17SM), epik Gilgamesh (dari abad 20SM), dan Athrahasis (dari abad 18-17SM), semuanya terkenal dan ditemui dalam beberapa versi seperti versi Akkadia, Sumeria, Hittit, dan Asyur. Yang menakjubkan, ada kemiripan antara karya2 sastera ini dengan teks2 alkitab. Mungkin kisah ini berpengaruh terhadap kisah2 alkitab dalam kitab Kejadian setelah kemasukan kisah2 ini ke Palestin pada abad 19SM.
Selain itu, tampak ada kesejajaran antara kod hukum Hammumurabi dan kandungan hukum dalam kitab Keluaran 21-23.

Tamadun Indus bermula pada tahun 2500 SM dan berakhir pada tahun 500 SM.

Tamadun Mesir Kuno telah bermula sejak 3150SM dan berakhir pada abad 31SM kerana ditakluki kekaisaran Romawi. Suku2 kecil telah terbentuk oleh masyarakat2 sekitar sejak 5500SM. Sejak tahun 4000SM, bagian2 kecil dihubungkan membentuk kerajaan Mesir Hilir dan Hulu. Kemudian pada 3400SM, oleh Menes, digabungkan kedua kerajaan ini membentuk satu kerajaan Mesir yang besar. Sejak 3400SM, kerajaan Mesir diperintah oleh 30dinasti yang dapat dibagi kepada tiga yaitu Mesir Tua (dimulai oleh Menes; 2660-2180SM; jatuh akibat kekacauan; telah mula dibina piramid2), Kerajaan Tengah(Sesotris III-satukan dan bangunkan semula Mesir; 1640-1570SM) dan Mesir Baru (Ahmosis I berjaya halau bangsa Hyksos setelah dikuasai Bangsa Hyksos sejak 1800SM; 1570-1075SM; kegemilangan semasa Ramses II-firaun zaman nabi Musa).
Zaman Mesir Baru paling berjaya dimulai Ahmosis I, kemudian Thutmosis I (kuasai Mesopotamia), Thutmosis III (memerintah bersama isteri iaitu Hatshepsut), Imhotep IV, Ramses II. Setelah Ramses II, kerajaan Mesir mengalami kemunduran. Mesir ditaklukkan Assyria pada tahun 670 SM dan pada tahun 525 SM Mesir menjadi bagian imperial Persia. Setelah Persia, Mesir dikuasai oleh Iskandar Zulkarnain (ke Alexander the Great??-entahlah-) dan para penggantinya dari Yunani dengan dinasti terakhir Ptolemeus. Salah satu keturunan dinasti Ptolemeus adalah ratu Cleopatra dan sejak tahun 27 SM Mesir menjadi wilayah romawi. Untuk lebih lanjut boleh baca artikel ini. 

p/s: manusia paleolitik pernah berkumpul di sg. Nil kerana berlaku kekeringan. Itu pada hujung atau pada paleolitik akhir (paleolitk: 50,000-10,000SM; bermula kira2 100,000-50,000SM). Pada awal 50,000SM telah muncul orang Neanderthal di Eropah, Afrika dan Asia. Dan orang Cro-Magnon telah muncul 20,000SM.

nak tahu lagi pasal tamadun2 lama dan bahasa2? boleh tgk dan baca dekat sukosenseitam
tapi aku tak rujuk sini untuk tulis pasal tamadun, bahasa dll. Dan aku rasa, pemilik blog tu adalah pengguna blogspot paling hebat, tak percaya? pergi kat dia pnyer "view my complete profile" then tgk brape byk blogspot dia ada!!

salah silap sila betulkan
walLahu a'lam

Nov 9, 2010

rumpun bahasa

bismilLahirRahmanirRahim
ini draft keempat yang aku post..masih berkaitan bahasa tapi ini tidaklah cakap fasal bahasa atau grammarnya, tapi berkaitan pembagian kategori bahasa berdasarkan rumpun bahasa tersebut.

ada pelbagai rumpun bahasa, mulakan dari awal

proto-indo-eropa
terletak di bawahnya indo-eropa dan indo-iran
serta subrumpun italik
dan pelbagai bahasa antaranya roman, latin, sanskrit, yunani

afro-asiatik
terletak di bawahnya rumpun semit
dan pelbagai bahasa antaranya arab, ibrani, aram, suryani

--bahasa italik memiliki dua cabang iaitu: bahasa sabellik, dan bahasa latino-faliscan
bahasa sabellik termasuklah bahasa osca, bahasa picene selatan, dan kelompok umbria. Dalam kelompok umbria terdapat bahasa umbria, volscia, bahasa aequia dan marsia.
bahasa latino-faliscan termasuklah bahasa bahasa faliscan dan bahasa latin (termasuklah roman).

Penutur bahasa Italik tidaklah penduduk asal Itali. Adat budaya datang dari luar antaranya kremasi dari budaya orang zaman besi yang dibawa masuk sekitar 1100 SM.

Zaman besi: salah satu dari tahapan prasejarah. Secara klasik, zaman besi dianggap bermula pada zaman kegelapan yunani pada abad 12 SM, abad 11 SM di India, dan antara abad 8-6 SM di Eropah. Zaman Besi dianggap berakhir dengan kebangkitan kebudayaan Hellenisme dan Kekaisaran romawi, atau Zaman Pertengahan Awal untuk kasus Eropa Utara.
refer:link 

salah silap sila betulkan
walLahu a'lam

Nov 8, 2010

bahasa

bismilLahirRahmanirRahim..
post ini pun dah lama dalam draft..post berkaitan bahasa pertuturan manusia, means bahasa2 lama yang digunakan sejak dulu2 untuk communicate.

rumpun bahasa afro-asia merupakan rumpun bahasa tertua di dunia

antara bahasa dalam rumpun ini adalah rumpun semitik seperti bahasa ibrani, bahasa arab, dan bahasa aram serta bahasa akkadia.
ketiga bahasa tersebut merupakan bahasa penting dalam hal keagamaan. bahasa aram merupakan bahasa ibu jesus (maryam), dan bahasa asal jesus serta merupakan bahasa asal kitab perjanjiian lama. bahasa ibrani adalah bahasa orang yahudi dan arab adalah bahasa al-Qur'an dan bahasa nabi Muhammad sallalLahu 'alaihi wa sallam. selain itu, bahasa arab menjadi panduan kosakata pelbagai bahasa moden hari ini termasuk bahasa eropah, melayu, urdu, swahili, turki dll.. bahasa akkadia juga tidak kurang pentingnya kerana merupakan bahasa mesopotamia kuno khususnya bangsa asyur dan babilon.

bahasa Ibrani telah digunakan sejak 2500 tahun dulu. bahasa ini boleh dikatakan dari bahasa kanaan yang telah mengalami perubahan. Dialek lain kanaan adalah moabit, dan fenisia. Sepanjang sejarahnya, bahasa ini mengalami lima tahap perkembangan yaitu ibrani kuno (>500SM), ibrani kitab suci (500-200SM; eg kitab ezra), ibrani Mishnah (200SM-600M; eg gulungan naskah Qumran), ibrani para rabi (600-1800M), ibrani modern (1800M-sekarang)

bahasa Akkad merupakan bahasa semit tertua yang sebenarnya diambil dari bahasa Sumeria. Bahasa ini digunakan di zaman mesopotamia kuno. Salah satu epik terkenalnya adalah epik gilgamesh. Perkembangan bahasa ini mengikut tempat dan masa adalah, akkadia kuno (2500-1950SM), babilonia kuno/asyur kuno (1950-1530SM), Babilon pertengahan (1530-1000SM), bahasa neo-babilon (1000-600SM), dan bahasa babilonia akhir (600SM-100M).
Manakala bahasa Sumeria yang merupakan asas kepada bahasa Akkad dapat disimpulkan sebagai: bahasa sumeria kuno (3100-2600/2500SM), bahasa sumeria klasik (2600/2500-2300/2200SM), bahasa sumeria baru (2300/2200-2000SM), bahasa sumeria akhir (2000-1800/1700SM), bahasa pasca-sumeria (1800/1700-1000SM)

Bahasa Aram yang amat mirip bahasa Ibrani merupakan bahasa dengan sejarah lebih 3000 tahun. Merupakan bahasa asal Jesus dan dikatakan bahasa sebagian besar kitab Ezra dan Daniel dalam kitab suci. Bahasa ini merupakan awalnya lingua franca di timur tengah namun kemudian digantikan bahasa Arab sejak abad ke-7.Bahasa Aram kini telah terpecah-pecah mengikut penggunanya, ada yang dipanggil bahasa suryani (penutur: orang kristian atau aram timur), aksara Aram dikenal sebagai aksara ibrani kerana digunakan bangsa yahudi.
Pembagian perkembangan bahasa Aram dapat dibagi kepada 3 yaitu Aram kuno (1100SM-200; terdiri dari aram awal, aram purba, dan aram imperial), aram pertengahan(200-1200), aram moden (1200-sekarang).

salah silap sila betulkan
walLahu a'lam

Nov 7, 2010

teori konspirasi

bismilLahirRahmanirRahim..

jalan2 di blog, tiba2 terjumpa benda ini.
Ia adalah pengakuan dari pembuat video mengenai kelemahannya terhadap teori konspirasi
Video mana? video yang pernah aku post dekat post hari tu, "jom sama2 fikir"

di sini aku sertakan link yang ada menceritakan sedikit sebanyak mengenai teori konspirasi and how do we react with all the theories
leokid
salafussholih 1
salafussholih 2
salafussholih 3

sila baca kalau anda dah tertengok video dalam "dunia akhir zaman" itu.
dan, maaf kerana sebarkan tanpa selidik lanjut

salah silap sila betulkan
walLahu a'lam

bahasa jiwa bangsa

 salam sejahtera
ni aku post lagi apa yang ada dalam draft.
oh, post "terfikir nak menulis" sebelum ini dah lama aku nak post tapi tak post. Post tu mostly related dengan apa yang aku baca baik dari blog langitIlahi, blog dr maza, blog abu saif, utusan online, harakah daily dll. Ada juga certain parts yang aku baru tambah tapi itu tak signifikan.
mengenai post ini pulak, lagi lama dalam draft, tapi sebab malas post so tak post. Tapi sebab aku tak suka word draft tu banyak sangat untuk hilangkan aku pun post jugaklah..post ini mostly related dengan kegilaan aku nak tahu pasal asal muassal manusia dan bahasa pertuturan mereka (tulisan2 macam hieroglif,paku etc2 aku tak berminat sangat nak tahu lanjut)

Kelompok rumpun bahasa Indo-Eropa: bahasa Sanskrit,bahasa Yunani, bahasa Parsi, bahasa Latin. Rumpun bahasa ini ada pelbagai bahasa dan merupakan rumpun bahasa kedua tertua selepas rumpun afroasia (eg: bahasa Aram)

Bahasa Sanskrit adalah antara bahasa terawal dituturkan. Bahasa Sanskrit Weda telah digunakan sejak 1700 SM hingga kira2 500SM yaitu pabila Bahasa Sanskrit klasik diperkenalkan. Bahasa Sanskrit Weda digunakan dalam penulisan kitab Rgweda, salah satu karya sastera Hindu yang berisi puisi.
Bahasa Sanskrit berasal dari India dan merupakan bahasa terpelajar, berada di samping Bahasa Prakerta yang merupakan bahasa orang awam (bahasa Prakerta kemudian berkembang jadi bahasa hindi, urdu, benggali dll). Bahasa ini merupakan lingua franca jauh sebelum bahasa Melayu dijadikan lingua franca. Setelah bahasa Melayu dijadikan lingua franca di kepulauan Melayu, barulah bahasa ini makin hilang dan tidak dipertuturkan masyarakat setempat. Namun tidak dinafikan, bahasa sanskrit merupakan bahasa penting dalam perkembangan agama Hindu, Buddhisme dan Jainisme.
Antara bahasa yang dikaitkan atau ada kaitan dengan bahasa Sanskret adalah bahasa Avesta (bahasa agama Zoroaster), bahasa Parsi, keluarga bahasa Dravida(eg: bahasa Tamil dan Kannada) dan bahasa Prakerta.

Bahasa Yunani Kuno,seperti bahasa Sanskrit, merupakan bahasa dari rumpun Indo-Eropa. Bahasa ini merupakan bahasa penting bagi penutur bahasa Inggeris sekarang kerana banyak words bahasa Inggeris sekarang diambil dari bahasa Yunani kuno. Selain itu bahasa Yunani kuno merupakan antara bahasa tertua, dan digunakan sejak abad 9 SM hingga abad 4 SM. Bahasa yunani kuno inilah yang telah menaikkan zaman yunani di saat gemilangnya, dipanggil zaman Hellenistik.
Di samping itu, bahasa Yunani direkodkan sejak 3500 tahun yang lampau (dan aku tak tahu, apa beza yunani dan yunani kuno)

Bahasa Parsi merupakan antara bahasa tertua dan lebih tua dari bahasa sanskret. Dipertuturkan dalam kerajaan Parsi, dan ada antara words-nya diambil dari bahasa aram (aramaic)

Bahasa Latin merupakan bahasa yang digunakan dalam zaman kekaisaran Romawi. Kekaisaran Romawi turut menggunakan bahasa Yunani kuno dan Yunani Koine (yunani hellenistik). Bahasa Latin berasal dari latium atau lazio sekarang.

p/s: draft2 lain maybe aku postkan kemudian pulak, masih ada empat draft lagi!!mungkin besok, aku post tiga3 sekaligus..!!(lagi satu tu, aku belum ada idea nak tambah or kurangkan apa, tapi yang ini dan tiga lagi tu, aku tak edit sangat, main post jerr..)

salah silap sila betulkan
walLahu a'lam

Terfikir nak menulis

bismilLahirRahmanirRahim
masih banyak draft yang belum dapat disempurnakan, insyaAllah akan aku post kemudian. Ini termasuk salah satu draft yang aku baru post.

nikah- aku gembira setiap kali dengat berita orang bertunang or kahwin sebab itu dapat menutup pintu fitnah baik bagi laki2 atau perempuan tersebut, memelihara mereka berdua, cuma tinggal mereka jaga diri dan bertaqwa kerana salah satu tujuan pernikahan adalah untuk saling membantu dalam menggapai cinta Allah. Namun, perlu ingat, nikah bukan hal mudah, so betulkan niat, setkan visi dan misi, then silalah menuju gerbang pernikahan jika merasakan diri sudah layak. InsyaAllah, Allah pelihara kedua mempelai. Tapi ingat, rumahtangga rasululLah lagikan teruji, inikan kita umatnya, maka siap sedialah hadapi ujian rumah tangga.

ujian- manusia diuji dengan berbagai cubaan dan dugaan termasuklah ujian berupa fitnah,mehnah dan umpatan atau celaan orang, yang bezakan kita adalah bagaimana kita hadapi setiap ujian itu. Ujian dapat dalam berbagai bentuk seperti kelaparan,kekayaan,ketakutan,kekuatan dll. Mudahnya, jika kita tidak bersyukur dan memanfaatkan kurniaan Allah dengan sebaiknya, dll yang merujuk kepada kita makin jauh dari-Nya setelah diuji maka itu tanda gagal ujian. Hadapilah ujian Allah dengan sabar (mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat), dan banyakkanlah muhasabah dan kembali kepada yang Maha Kuasa. Sebab, kita hanyalah hamba yang lemah, segala usaha tak jalan melainkan dengan izin Allah, maka perlu dan sangat perlu untuk banyakkan doa dan dekatkan diri kepada-Nya. Agar dengan itu, dada lebih lapang dan ditunjuki Allah jalan keluar, insyaAllah

fitnah dan umpat- siapa kita untuk rendahkan orang lain? tapi juga siapa kita untuk tutup mulut orang dari bercakap? Allah ciptakan kita semua dari saripati yang hina (mani), jadikan berpuak agar dapat saling mengenal dan berkasih sayang, bukan saling bergaduh. Bergaduh tak masalah jika demi menegakkan yang haq dan menumbangkan yang bathil, tapi untuk itu pun masih ada kaedah2nya. Plus, di sisi Allah, yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa, dan orang bertaqwa takkan sewenangnya bertindak tanpa memikirkan pandangan Allah, adakah halal, haram, makruh, harus, wajib, sunat, afdhal, redha, murka dll.

silaturrahim- kita digalakkan menyambung silaturrahim. justeru, jika kahwin sekalipun, silaturrahim antara keluarga perlu terjaga, bukan hanya hubungan pasangan baru yang terjaga. Atas dasar itu, pernah Ma aku minta kami anak2 cari pasangan yang tak jauh rumahnya dari rumah kami (read: terjangkau oleh ma aku) agar mudah untuk dia melawat dan berziarah jika berkelapangan. Sebagai anak, aku pandang itu baik walau mungkin akan ada yang cakap tak terbuka etc2, tapi aku perlu fikir, Ma aku dah usia hampir lanjut, keupayaan dan kemampuannya tidak seperti dulu, so demi meraikan beliau dan adik-beradik lain, aku rasa hal sebegini tak perlu dijadikan alasan untuk attack berkenaan semangat kenegerian etc2.

Akhir sekali, perubahan, ini perlukan mujahadah, dan sering muhasabah. Moga dimudahkan jalan oleh Allah. Sungguh, Allah bukakan jalan bagi hamba2Nya yang ikhlas mendekati-Nya, namun perlu ingat, Allah telah ingatkan agar tidak mengaku beriman selagi mana belum diuji dan sebelum kita berjaya melepasi ujian itu. Ujian itu dapat dalam berbagai bentuk (refer atas). Para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in, ulama2 dan solehin semua pernah diuji, maka kita juga diuji. Contohilah mereka2 dalam menghadapi ujian Allah.

p/s: sudah sifat manusia sukakan kasih sayang dan perhatian, cuma jaga2lah, janganlah tenggelam dan terlena kerana perhatian dan cinta utama yang perlu didapatkan adalah redha dan cinta Allah. Janganlah mengharap cinta manusia jika hanya menjauhkan dari cinta kepada-Nya, tapi jika cinta itu dapat menghampirkan diri kepada Allah, maka teruskanlah (nurani manusia tidak pernah menipu, keegoan dan nafsulah yang mengelabuinya)
p/s/s: jika boleh, elakkanlah prasangka kerana sebagian besar prasangka itu salah dan membawa lebih banyak kemudaratan. Tapi jika berprasangka untuk berjaga-jaga dari kemudaratan, itu lain kerana kaedah usul fiqh antara lain membentangkan*:
-tidak ada bahaya dan tidak boleh membahayakan ;
-matlamat tidak menghalalkan cara ;
-bila bertemu dua yang haram maka tidak boleh ambil jalan tengah antara keduanya ;
-menolak kerosakan harus didahulukan dari mengambil manfaat ;
-kerosakan yang kecil diampuni untuk memperoleh kemaslahatan yang lebih besar ;
-kerosakan yang bersifat sementara diampuni demi kemaslahatan yang bersifat berkesinambungan ; -bahaya yang lebih ringan boleh dilakukan untuk menolak bahaya yang lebih besar ;
-bahaya khusus boleh dilakukan untuk menolak bahaya umum

*sumber: ceramah2, buku fiqh prioritas/awlawiyyat dalam bab hubungannya dengan fiqh pertimbangan/muwazzanah (fiqh awlawiyyat terbitan Robbani press)

salah silap sila betulkan
WalLahu a'lam

Nov 5, 2010

jom sama2 fikir!!

salam sejahtera,

aku tak tahu kesahihan video yang akan ditunjukkan nanti (dari youtube), tapi agak menarik untuk kita sama2 fikirkan dan renungkan, adakah benar atau tidak.

bagi yang takmau ambil kisah pun tak apa, tapi kita diwajibkan pelihara diri sendiri dan hati2 terhadap fitnah dan tipu daya (dalam Islam, setahu aku, haram sengaja dedahkan diri kepada fitnah)

tapi still aku nak share sebab rasa berbaloi untuk dishare.
sebarang rasa tak puas hati or sesiapa rasa video ini patut diremove (kemukakan sebab, jika logik aku delete post) sila beritahu..

part 1

part 2



 tringat satu link dari blog sorang kawan yaitu link ke sishopaholic, aku takder idea nak komen apa. Nak kata dia nak malukan umat Islam, dia dah terlebih dahulu malukan diri sendiri. Nak kata dia nak rendahkan umat Islam, dia yang terlebih dahulu rendahkan dirinya!! Maka, apa tinggal pada dia?. Nak kata dia nak hina umat Islam dan tempat suci serta masjid paling utama umat Islam, dia dah terlebih dahulu menghinakan dirinya terhadap seluruh dunia!! Jika pembuat dan model itu dapat hidayah, aku rasa perkara utama yang akan jadi penghalang diaorg untuk jadi lebih baik adalah hal2 sebegini sebab secara psychology, kita takut akan kata2 orang bila kita ubah pendirian kita 180 degree!! Even dia insaf dan convert to Islam, pasti akan sentiasa ada pendapat dan pandangan2, "dulu, dialah yang paling .." etc2, so secara tak sengaja dia dah timbulkan satu ujian buat diri sendiri untuk berubah!!?? Teringat satu kata2, "rasa marah akan satu kejahatan hanya sekejap, bila teringat akan balasan yang akan diterima di akhirat, maka akan timbul rasa kasihan"(kurang lebih macam itulah).

walLahu a'lam..

Nov 4, 2010

post saja2

bismilLahirRahmanirRahim..

aku nak tido, tapi laptop ini akhirnya berjaya menunda niat aku
it's ok, lepas post aku tidur..

aku terfikir mengenai orang yang meletakkan jiwanya hanya untuk akhirat, dengan mengambil sedikit saja bagian dari dunia
aku rasa mereka ini terbagi kepada dua
satu: berusaha untuk majukan umat Islam physically namun dunia bukanlah tujuannya
dua: berusaha majukan rohani umat Islam dan dunia tidaklah diendah sangat

mana akan lebih dipilih? kalau yakin mampu layari dunia penuh fitnah, maka jadilah yang pertama. Jika rasa tidak mampu maka dapatkanlah pembimbing dan kemudian masukilah yang pertama atau kedua, terserah.

Islam agama yang hebat. Pembinaan tamadun Islam ambil masa lama kerana tamadun Islam mengutamakan pembinaan rohani terlebih dahulu, barulah kemajuan lahiriah. Setelah itu, ia dijalankan seiring. Namun dengan berlalunya waktu, tenaga rohani berkurang walau tenaga jasmani masih kuat. Lemah rohani menyebabkan mentaliti dan fikrah bukan lagi mentaliti dan fikrah mukmin, maka kejatuhan makin tampak, dan kelemahan itu makin kelihatan oleh musuh2 Islam, lantas peluang itu digunakan untuk merobohkan dinding kukuh umat Islam yang saat itu sememangnya sudah usang kerana dinding itu sudah lama. Walau pada awalnya kuat namun sejalannya waktu, dinding itu makin tua dan usang, dan
BBOOMM,
roboh jua akhirnya..
itulah jiwa umat Islam kini secara kasar pada pandangan mata kasat aku, termasuklah terhadap diri sendiri.


lirik di sini-->lirik.com
Namun, aku harap, jiwa mukmin itu akan kembali hadir, dan kembali mengukuh, insyaAllah
dan untuk itu
AYUH, sama2 kita berpesan-pesan dan saling membantu atas jalan kebenaran, dengan kesabaran ke arah kebaikan dan taqwa serta saling mengingatkan antara satu sama lain bahwa janganlah terperosok dalam lubang sama sebanyak dua kali.

p/s: untuk berubah tidak mudah, namun ingatlah perubahan itu indah..dan janganlah perubahan yang pada awalnya diuarkan kerana Allah dan ingin jadi baik dikelabui oleh nafsu dan syaitan.Oleh itu, tuntutlah ilmu agama agar dapat dibezakan mana yang haq dan mana yang bathil, dan yang mana bisikan halus tipu daya syaitan dan nafsu dan mana seruan kebaikan dari jiwa murni??(kalau rajin, bacalah minhajul abidin, aku pun tak habis baca lagi!!)
so Yusran, kerana itu diri anda maka perubahan itu bermula dari diri anda dan bukan dari orang lain yang bergerak mengubah anda..hargailah diri sendiri selayaknya, insyaAllah akan tampak tingginya nilai ciptaan Allah..jangan mengalah..(aku dari dulu lagi cakap sal berubah tapi tak pernah pun aku berubah!!aiyok, yusran2,ape nk jadik nie??!!)
plus, orang sekarang nak berubah pun susah gara2 cakap orang, yang akhirnya timbulkan fitnah, so be careful..mungkin itu mentaliti kita??
!!susah jugak nak ubah diri esp part procrastination!!

p/s/s: buat teman2 yang sedang, akan dan telah exam, insyaAllah usaha kita semua diredhai Allah. so, ayuh!! (hope my lil bro yang akan seat for SPM boleh jawab dengan relax dan tenang!!)

salah silap sila betulkan
walLahu a'lam

Nov 1, 2010

Amat susah untuk jadi pemaaf..

bismilLahirRahmanirRahim

Allah memerintahkan agar dua orang mukminin didamaikan
RasululLah mengatakan dua orang mukminin tidak boleh saling membenci dan mesti saling memaafkan
Namun dalam saat yang sama, kita diizinkan untuk marah kerana Allah

Allah Maha Pemaaf dan Pengampun terhadap hamba2Nya, maka apa hak kita untuk tidak memaafkan?
Namun jika situasinya adalah kita marah kerana Allah marah, itu lain.

Jika marah kita bukan kerana Allah maka istighfar dan ingatlah, itu semua adalah usaha syaitan untuk merosakkan hubungan sesama manusia

Dalam menjalani kehidupan, kita sering khilaf dan kita diseru memohon ampun kepada Allah.
Dengan rahmat-Nya kita diampunkan. Kerana Dia tahu bahwa kita manusia memang sering lalai dan lengah dari-Nya.

Akhir kata, sanggupkah kita jadi pemaaf yang ikhlas?
Hanya diri sendiri yang mampu menjawab.

WalLahu a'lam