Nov 4, 2010

post saja2

bismilLahirRahmanirRahim..

aku nak tido, tapi laptop ini akhirnya berjaya menunda niat aku
it's ok, lepas post aku tidur..

aku terfikir mengenai orang yang meletakkan jiwanya hanya untuk akhirat, dengan mengambil sedikit saja bagian dari dunia
aku rasa mereka ini terbagi kepada dua
satu: berusaha untuk majukan umat Islam physically namun dunia bukanlah tujuannya
dua: berusaha majukan rohani umat Islam dan dunia tidaklah diendah sangat

mana akan lebih dipilih? kalau yakin mampu layari dunia penuh fitnah, maka jadilah yang pertama. Jika rasa tidak mampu maka dapatkanlah pembimbing dan kemudian masukilah yang pertama atau kedua, terserah.

Islam agama yang hebat. Pembinaan tamadun Islam ambil masa lama kerana tamadun Islam mengutamakan pembinaan rohani terlebih dahulu, barulah kemajuan lahiriah. Setelah itu, ia dijalankan seiring. Namun dengan berlalunya waktu, tenaga rohani berkurang walau tenaga jasmani masih kuat. Lemah rohani menyebabkan mentaliti dan fikrah bukan lagi mentaliti dan fikrah mukmin, maka kejatuhan makin tampak, dan kelemahan itu makin kelihatan oleh musuh2 Islam, lantas peluang itu digunakan untuk merobohkan dinding kukuh umat Islam yang saat itu sememangnya sudah usang kerana dinding itu sudah lama. Walau pada awalnya kuat namun sejalannya waktu, dinding itu makin tua dan usang, dan
BBOOMM,
roboh jua akhirnya..
itulah jiwa umat Islam kini secara kasar pada pandangan mata kasat aku, termasuklah terhadap diri sendiri.


lirik di sini-->lirik.com
Namun, aku harap, jiwa mukmin itu akan kembali hadir, dan kembali mengukuh, insyaAllah
dan untuk itu
AYUH, sama2 kita berpesan-pesan dan saling membantu atas jalan kebenaran, dengan kesabaran ke arah kebaikan dan taqwa serta saling mengingatkan antara satu sama lain bahwa janganlah terperosok dalam lubang sama sebanyak dua kali.

p/s: untuk berubah tidak mudah, namun ingatlah perubahan itu indah..dan janganlah perubahan yang pada awalnya diuarkan kerana Allah dan ingin jadi baik dikelabui oleh nafsu dan syaitan.Oleh itu, tuntutlah ilmu agama agar dapat dibezakan mana yang haq dan mana yang bathil, dan yang mana bisikan halus tipu daya syaitan dan nafsu dan mana seruan kebaikan dari jiwa murni??(kalau rajin, bacalah minhajul abidin, aku pun tak habis baca lagi!!)
so Yusran, kerana itu diri anda maka perubahan itu bermula dari diri anda dan bukan dari orang lain yang bergerak mengubah anda..hargailah diri sendiri selayaknya, insyaAllah akan tampak tingginya nilai ciptaan Allah..jangan mengalah..(aku dari dulu lagi cakap sal berubah tapi tak pernah pun aku berubah!!aiyok, yusran2,ape nk jadik nie??!!)
plus, orang sekarang nak berubah pun susah gara2 cakap orang, yang akhirnya timbulkan fitnah, so be careful..mungkin itu mentaliti kita??
!!susah jugak nak ubah diri esp part procrastination!!

p/s/s: buat teman2 yang sedang, akan dan telah exam, insyaAllah usaha kita semua diredhai Allah. so, ayuh!! (hope my lil bro yang akan seat for SPM boleh jawab dengan relax dan tenang!!)

salah silap sila betulkan
walLahu a'lam

4 comments:

Zaim Van Java said...

jika seorang teman betul2 mahu untuk berubah, teman yang lain harus beri sokongan n dorongan, bukannya memerli temannya itu...

aku pun cuba berubah ke lebih baik tetapi ia memang sesuatu yg mengambil masa....

'abduH said...

dan jgn jadikan masa sbg alasan utk bwat sth yg tak patot,ok??

insyaAllah,perli pn ader hikmahnya,just see it positively, sbg ujian utk berubah, Allah pn dah ingatkan, jangan mengaku beriman selagi mana belum lepas ujian dari-Nya,anggaplah itu juga sbg ujian
-cehwah,cakap org sedap jerr..-

papehal,let's we strive for a better future,here and there!!insyaAllah..

Anonymous said...

salam...
haha... sokongn dn dorongan? xpyh do, carik sndr sude...

-DC-

'abduH said...

DC,btol jugak,kte kne independent..haha..tp klo trll indie,kang laen pulak jadiknyer..jom jdk observer!!haha