Dec 17, 2010

bertolak ansur

bismilLahirRahmanirRahim..

ansuran secara mudahnya means secara sikit2 (eg: bayaran ansuran), dan bertolak means mulakan langkah / perjalanan (bertolak ke X or bertitik tolak dari), namun bila digabung kedua perkataan ini apa jadi? ia akan jadi satu kata dengan maksud baru yaitu kurang lebih berlapang dada dan boleh dibawak berkira or still boleh runding..Bertolak ansur adalah unsur penting dakwah Islam, lihatlah bagaimana sifat rasululLah ketika mengutus surat kepada pemerintah Parsi dll, juga bagaimana baginda berurusan semasa perjanjian Hudaibiah..RasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam amat bertolak ansur dalam hal tertentu, namun pada saat lain amat tegas. Apakah yang membuatkan baginda tegas? Itulah hal2 yang menyangkut aqidah, syariat Islam dan perintah serta larangan Allah Azza wa Jalla

Tapi kita kini dah makin lemah, futur dan tidak nampak atau tidak tahu bagaimana hendak meletakkan sifat bertolak ansur itu secara benar, membuatkan diri kita dihantui satu perasaan, bolehkah atau tidak aku lakukan begini? atau apakah ada tolak ansur dalam hal ini?

Bagaimana kita melihat dunia begitulah kita, jika kita melihat dunia sebagai tempat persinggahan maka kita akan mengalah dan bertolak ansur kerana kita tahu kita hanyalah penumpang di dunia, means jika kita tidak puas hati atau rasa sakit ke apa, kita sepatutnya sedar di mana kita. Rumah kita bukan di sini, tapi di syurga (semoga dijauhkan dari api neraka) Jika kita sedar, maka sewajarnya kita ikuti the do's and the dont's yang telah ditetapkan. Jika kita menganggap dunia sebagai matlamat untuk kita dapatkan maka itulah kita, manusia yang menjadikan dunia sebagai syurga. Teringat hadis pertama dalam hadis 40 karya Imam Nawawi berkaitan niat, "Jika ia berniat kerana dunia yang dikejarnya atau wanita yang ingin dinikahinya, maka niatnya itu menuju kepada apa yang ia niatkan". Itulah hati orang mengejar dunia, yang menganggap dunia adalah segala-galanya. Hilang dari dirinya sifat bertolak ansur dan timbullah sifat tamak dan rakus!! Na'uzubilLah min zalik wa nauzubilLah min zalik..

APA KHABAR IMAN KITA?

lirik di sini: justsomelyrics

Hanya orang beriman yang mampu bertolak ansur terhadap dunia ini.Kenapa? sebab mereka tidak memandang dunia sebagaimana orang2 tidak beriman memandangnya. Jika orang tidak beriman fokusnya hanya terhadap dunia hingga lupa akhirat, orang beriman adalah sebaliknya, fokusnya adalah akhirat hingga ia melupakan isi dunia yang berlebihan untuk dirinya. Dunia baginya adalah fitnah dan penjara. Tempat yang sewajarnya tidak diidamkan dalam hati. Dan mengambilnya sekadar memenuhi keperluannya, yang lainnya diberikan kepada orang lain. Merekalah khalifah sebenar di muka bumi kerana apa? Kerana mereka tidak akan merosakkan amanah!! Kenapa? sebab mereka tahu apa itu amanah dan apa itu kejujuran, hati mereka terpaut pada pemberi amanah, mereka mentaati-Nya dan menyanjung-Nya satu2nya sebagai pemilik dunia ini dan berkuasa atas diri mereka.

Nah, lihatlah apa terjadi kepada dunia saat insan2 yang melemparkan amanah mengambil alih. Dunia menjadi kacau bilau, huru hara, sini sana terjadi kemungkaran. Kenapa? Kerana mereka hilang rasa hormat, dan tidak sedar bahwa mereka hanyalah penumpang. Mereka mencemar amanah itu, mereka mahu merampas sesuatu yang bukan milik mereka, maka terjadilah kekacauan. Bagi mereka, merekalah yang benar namun mereka lupa, dunia bukanlah segala-galanya. Walau mereka pernah tersedar, tapi bila dalam hati sudah niat dan tekad mahukan dunia maka kesedaran itu tidak bermakna. Kesedaran itu tidak sekali-kali merubah paradigma dan sikap, sebaliknya hanya kesedaran kosong. Ayat2 mereka dicipta indah untuk mengelabui mata orang lain, hingga semua orang percaya dan termakan tanpa menyedari bahwa itulah lidah ular yang ingin menelan mereka hidup2..

Tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang melalaikan..Kembalilah kepada dirimu yang asli, yang berkata, "Bahkan kami menyaksikannya" yakni menyaksikan bahwa hanya Allah rabb yang wajib disembah dan dituruti, bukannya nafsu dan dunia. Hindarkan dari dosa2 walau yang kecil kerana yang kecil itu bila ia meresap ke jiwa ia akan mematikan iman sedikit demi sedikit sehingga akhirnya kamu menganggap yang besar itu kecil dan yang kecil itu bagai tiada nilai. Begitulah juga bagaimana bermulanya pecah amanah dan sebagainya. Namun bila dosa kecil itu dianggap besar dan dijauhi maka hati itu akan menjadi magnet yang menarik segala kebaikan insyaAllah..

p/s: susahkah untuk berterima kasih sebagai penghargaan bila ada yang mengusulkan sesuatu/menegur?
-terima kasih atas semua teguran buat yang pernah menegur diri ini..diri ini sering mahukan perubahan namun sering pula terjatuh, jadi maafkan diri ini dan janganlah pernah berhenti dari menasihati diri ini-
p/s/s: terasa benar diri ini lemah kerana masih gagal istiqamah untuk berubah, sekejap menuju kebaikan kemudian kembali ke jalan berliku..moga diri kita semua ditunjukkan jalan menuju-Nya, amin

Pesanan buat diri yang serba lemah
salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

No comments: