Dec 6, 2010

exam2!!

bismilLahirRahmanirRahim

salam maal hijrah..tahun baru hijrah nak masuk tapi amal still sama, camne ni?? umur bertambah amal berkurang, macam tak balance jerr!! baki umur berkurang, maksiat bertambah, macam tak kena jerr!!

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini 

1)

hmm, aku selalu fikir kenapa kita selalu cakap, "ikut suka akulah, aku punya", "life aku, biarlah", dll yang seangkatan dengannya..
pada hal entah sejak bila kita memiliki semua itu secara mutlak? bahkan nyawa kita pun bukan milik kita!!
hidup tanpa tujuan akhirat..tanpa berpandukan aturan Allah yang dah tersemat dalam al-Qur'an dan hadis
maka hiduplah terumbang ambing, tidak kenal mana haq mana bathil, 
tidak tahu mana halal mana haram
jika tahu pun, tetap sombong!!
ingatlah, dengan kesombongan dapat menjadikan kita golongan tertolak (QS 7:146)
maka takarlah setiap sesuatu dengan hati nurani yang murni
yang baik kita laksanakan, yang buruk dan maksiat jangan pula kita layani
(namun tanpa ilmu, bagaimana dapat kita yakinkan diri pabila diragukan oleh syaitan dan nafsu?)
(mudahnya, kita tidak miliki apa2, so kenapa mahu sombong dengan menidakkan kebenaran??dan mengutamakan kebatilan??)

2)
oh, sekarang minggu exam..mujahadah untuk lebih kuat usaha..niat biar betul, hati yakin hanya kepada Allah, kuatkan tekad, anggota dijaga jangan banyak lagho2, mata tatap ilmu, tangan bukak buku (bukan buku medic jerr ok!!), lisan jaga, banyakkan doa mohon petunjuk dan perlindungan, akal dan amal bergerak seiring dengan apa yang dibaca, didengar dan ditutur, kaki melangkah menuntut ilmu..yuk,mujahadah melawan nafsu, jangan malas2!! (maksiat melemahkan akal..)
(oh,mujahadah bukan ikut masa ok!, tapi berterusan sebab nafsu dan syaitan tak pernah stop kerja mereka!!-hope "kerajinan" di minggu exam berterusan, untuk itu perlukan mujahadah!!oh, so easy to utter tapi nak buat punyalah berat dan susah, atau belum sedia dan belum kuat kemahuan??-)
Ma'a taufiq wannajah..moga apa yang dibaca mudah masuk dan lekat di kepala..
3)
teringat satu bait kata2 (dari sorg teman):
"Di mana sahaja 'dia' berada
pasti Islam kan agung semula
Bila sahaja 'dia' berbicara
pasti syaitan kan membencinya
Bagaimana sahaja 'dia' memimpin alam maya ini
tersenyumlah malaikat dengan bangga
Untuk tujuan apa sahaja 'dia' melangkahkan kakinya
nurnya takkan pernah sirna menerangi insan di sekelilingnya"

siapakah 'dia' itu? moga kita mampu menjadi 'dia' dalam bait itu..

ayuh mujahadah melawan diri sendiri, hapuskan keakuan,kemalasan dan segala yang tak sesuai ada pada diri seorang muslim..
more reading? here: mujahadah: jalan akhirat (jumpa secara tak sengaja masa usha2 google pictures)
4)
-sempena maalhijrah, ayuh kita hijrah-, hijrah dari makkah ke madinah telah lama berakhir, tapi hijrah dari buruk kepada baik, maksiat kepada taat, ingkar kepada patuh dan kufur kepada Islam tidak pernah berakhir..islah nafsik-

lirik kat sini: jabatan agama pulau pinang 

5)
p/s: alangkah mudah kalau dalam hal hukum, penyakit2 hati dan hal berkaitan agama kita
kita ada seorang yang boleh lead kita 
(amek kata2 rauf: "ada sorg ahli fiqh pun cukup r")
kan mudah..
soal ikhlas, riak, sombong, hukum zahir, masalah hadis, tafsir, khilaf dll semua boleh rujuk kat dia..
 (jika kita beriman dan bertaqwa serta ikhlas, kita tidak akan menjadi insan sombong walau kita dijamin syurga kerana kita sedar siapa kita, hanya makhluq yang tidak punya apa2 di hadapan Pencipta yang Maha Agung)


6)

sori, post bercampur-campur dan memeningkan sebab aku pun tengah pening pikir pasal exam plus dekorasi luar untuk MaFest,haha,adoi..(kesimpulan:kita perlu ilmu, muhasabah, hijrah, islah, konsisten, naqib/tutor dan tarbiyah serta tazkirah)


dari insan lemah
salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

No comments: