Dec 5, 2010

jangan tipu hati sendiri

bismilLahirRahmanirRahim
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
kerana suara hati,
kita tergerak untuk bertindak
tapi, walau selalu rasa mahu itu dan ini
tapi tak berani suarakan
selalu fikir bagaimana jika buat begini dan begitu
tapi tak pernah buat
walau rasa benda itu baik
tapi still, datang fikiran, bolehkah atau tidak?
kalaupun yakin boleh, "malu" tak bertempat itu yang mendahului
padahal "malu" itu mungkin tipu daya syaitan

namun,asalnya, hati kita tak pernah menipu
suara hati kecil itulah biasanya yang betul
saat kita mahu buat salah, hati kecil kita tahu itu salah, begitu juga dengan niat,keihklasan dll, hati kita tahu
cuma kita sahaja yang sombong meneruskan sst yang
hati kecil kita menolak, dan tahu salah
kita zalim, kita telah seksa batin kita sendiri hingga akhirnya kita terbiasa
hingga hati menjadi gelap dan suram
hinggakan keburukan dan maksiat dipandang baik
dan yang baik dipandang jelek

hati itu, dia mahukan kebaikan dan kebenaran
setiap kali melihat musibah ia menyeru untuk sama2 membantu
bila ada hal2 kebaikan ia mendorong untuk turut serta
bila wujud keazaman yang baik ia memaksa2 untuk dilaksanakan
bila tampak kebenaran ia memaksa untuk sama2 tegakkan
namun akhirnya kita tinggalkan semua suara hati itu
kemahuan kita tidak jelas dan lemah
hingga akhirnya tewas kepada nafsu..

akhir kata..
hati2lah menjaga hati
walau ia tersembunyi namun Allah Maha Mengetahui
apa yang terdapat dalam hati kita
kalau kita sembunyikan pun macam tipu diri sendiri jerr
tapi kalau luah pun mungkin jadik masalah juga..!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


p/s: tanpa perancangan, kemahuan dan tekad serta ikhlas, memang susah nak jaga hati (dan anggota)!! bahkan mungkin tidak akan berjaya sampai bila2, so ayo Yusran, teruskan mujahadah!!

No comments: