Dec 12, 2010

kerja

bismilLahirRahmanirRahim
dah 2hari aku tulis tapi tak post2 sebab taktau nak post ke tak, finally aku post..

mulakan harimu dengan senyum manis, fikiran yang positif dan optimis, azam dan tekad yang baik, rasa mampu dan tidak sabar untuk berbuat baik dan majukan diri, ikhlas kerana Allah..dan tutupi harimu(tidur) dengan memaafkan diri sendiri dan orang lain..

setiap sesuatu yang tidak dimulakan dengan basmalah, tidak diterima..doa tanpa dimulakan dengan selawat akan terhijab. Maka selain dari niat dan tekad, perlulah dimulakan dengan basmalah dan selawat serta doa.

Jadikan fikiran positif, maafkan orang lain, yakin kemampuan diri dan tawakkal sebagai ubat usaha.

oh,dan jangan lupa, jika nak tegur someone mulakan dengan salam (pada yang dibolehkan) kerana salam itu adalah doa yang terbaik untuk mulakan bicara (doakan kesejahteraan orang) (kenapa berat sangat lidah nak bagi salam??)entahlah..

agar hari sentiasa ceria, kontrol ego anda dan katakan tidak tahu pada hal2 yang anda belum pasti kebenarannya. Jika tidak tahu jangan buat2 tahu kerana yang salah anda juga. Akuilah kelemahan diri kerana tidak semua orang sempurna.

Alangkah mudah kalau dapat syukur dan redha dengan kelemahan diri, namun pada masa sama tak jadikan ia titik noktah kehidupan dan tidak juga menyebabkan kita rendah diri, dan indahnya hidup kalau syukur dengan apa yang ada dan nikmat itu membuatkan kita rendah hati. Alangkah baik kalau dapat akui kesilapan diri lantas berusaha membetulkan yang silap dan tidak membiarkan kesilapan itu berlaku berulang-ulang kali..kerana kita semua tidak sempurna, maka janganlah nampak hanya kekurangan dan kesilapan orang lain sebaliknya lihatlah diri sendiri dahulu..

oh last but not least, elakkan diri dari hal2 buruk itu bagus tapi sometimes ada situasi yang mengecualikan ia macam darurat..fikir2kanlah..

Akhir kata usahalah seoptimal mungkin..
 renungi diri tak sudah2, namun hasilnya masih tak berubah..
p/s: besok pleno camno ni??

dari insan serba lemah dan penuh rasa serba bersalah (belum lagi koass)
salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

3 comments:

Zaim Van Java said...

camno pleno??

lagu tu la...hak2...

'abduH said...

tu la pasal..hope bukan A2 kne,haha..

Zaim Van Java said...

iA...hahahhaa