Dec 9, 2010

masalah

 BismilLahirRahmanirRahim..
kali ini 3 in 1, aku rangkumkan beberapa hal yang muncul dalam kepala aku hari ini..

1) Gagal merancang (haa,ni dari dulu lagi aku tak berjaya buat, gagal merancang secara terancang)
Ada satu ungkapan menarik, "manusia yang hadapi kegagalan tidak merancang untuk gagal tapi gagal untuk merancang!!"
gagal sebab gagal merancang!!mungkin kita rasa kita dah rancang dengan baik, tapi planning sebenarnya perlu lebih dari sekadar perancangan gitu2. Perlu ada planning jangka pendek. Perlu ada perancangan harian, bulanan selain perancangan jangka panjang. Setelah itu barulah mula digerakkan perancangan itu.
Contoh, hari ini nak habiskan topik apa, besok apa etc2. Kemudian, by this month nak cover sampai mana etc2. Begitu juga dari segi lain seperti kewangan, recite al-Qur'an dll. Mostly orang tidak berjaya bukan sebab malas or tidak merancang, tapi sebab gagal merancang secara terancang!! Dan mungkin sebab itu jugalah kot ada yang walau jatuh sekali, dua kali bahkan beribu kali still mampu bangkit, sebab plan dia jelas!! Dia tahu kalau tak berjaya cara A maka cara B, tak boleh jugak, dia akan cari cara C dan seterusnya sampai dapat. Mudahnya, planning disertai tak berputus asa dan optimis terhadap apa yang diusahakan.


gambar2 dari sini: google images-semangat

Namun perlu ingat sebaik-baik perancang adalah Allah, so jika taqdir tidak seperti atau tidak selari dengan perancangan atau apa yang kita mahu, mungkin ada hikmah di sebaliknya yang perlu difikirkan. Namun janganlah pula kita meletakkan alasan taqdir atas kegagalan kita hingga kita menjadi malas berusaha dengan alasan kalau Allah taqdirkan gagal, maka gagal (jatuh dalam perangkap fahaman qadariyyah)!! Itu konsep yang salah kerana pada tiap manusia ada bahagian yang dia usahakan dan tiap2 manusia Allah beri kekuatan akal dan jasmani untuk berusaha. Maka jika dia gagal setelah berusaha maka yang Allah kira adalah usaha itu bukan kegagalan itu. 
Namun sebagai makhluq, kita perlu akui kelemahan kita dengan tawakkal dan doa dalam setiap yang kita lakukan, so that barulah kita tak jadi manusia sombong. Bila berjaya ingat, ini dengan izin Allah, bila gagal, oh mungkin Allah ada perancangan lebih baik untuk aku. Maka setiap saat kita redha dan syukur tapi tidak sekali-kali kita berhenti berusaha sebab kita tahu segala sesuatu itu bergerak dengan izin Allah dan Allah Maha Adil. Ingat, Allah tidak pernah jemu untuk memberi ganjaran hinggalah kita yang jemu untuk berbakti!!
p/s: mungkin kedengaran sedikit memeningkan tapi cubalah faham ye..eheh..

2) Satu tempat kerja (terfikir lepas tengok cuplikan drama laki bini gaduh di tempat kerja)
Mungkin ada yang rasa hubungan suami isteri akan lebih baik or something sweet jika mereka bekerja di satu tempat kerja yang sama dan satu department yang sama bahkan mungkin skop kerja juga sama. Namun masalah mungkin timbul dan tanpa toleransi masalah itu mungkin menjadi punca pergaduhan yang membawa kepada perpisahan bahkan perceraian!! Kenapa? Biasa pergaduhan besar dimulai dengan tikam lidah, kemudian saling menuduh setelah itu saling bercakaran satu sama lain dan seterusnya dan seterusnya. Bayangkan jika di satu tempat kerja yang sama, si suami atau si isteri lakukan kesilapan kecil yang membuatkan pasangan marah, yang mana sebenarnya jika orang lain buat pun si suami / isteri itu pasti marah juga, namun impaknya berbeza bila yang marah adalah suami / isteri sendiri ditambah di depan orang lain. Bagi lelaki, pasti merasakan egonya tercabar kerana dimarahi isteri depan orang ramai (ditegur pun sudah rasa tercabar, apatah lagi naik suara??!!). Bagi isteri pula aku tak tahulah apa perasaan yang mungkin dirasakan, mungkin tak kesah, mungkin malu lebih, mungkin tak puas hati?? Namun, yang pasti, jika kedua pihak gagal meletakkan garis pembeza yang jelas antara tanggungjawab tempat kerja dengan tanggungjawab sebagai suami isteri dan tiada toleransi, maka hal di tempat kerja tadi akan menjadi barah yang akan menjadi malignant di rumah. (atau jika bukan marah sebab kerja pun, maybe marah sebab jealousy? yelah dah nampak pasangan "rapat" dengan orang lain, kalau tak banyak pun sikit, kalau sikit pun kalau dah hari2??!!)
Namun, jika tempat kerja berasingan sekalipun, jika perasaan / emosi di tempat kerja dibawa pulang ke rumah, jika emosi yang baik alhamdulilLah, namun jika stress, emosi atau perasaan tak puas hati dan marah dibawa pulang maka akibatnya fatal!! Ditambah pasangan juga hadapi masalah tempat kerja, lagilah tambah parah.
Dan janganlah pula caj negatif yang kita bawa pulang dilepaskan kepada anak2 untuk dineutralkan kerana anak2 bukanlah penebat atau earth pole sebaliknya neutral, yang mana jika ditambah caj positif akan jadi positif, jika ditambah yang negatif maka negatiflah jadinya
p/s mungkin sedikit memeningkan tapi boleh faham kot..??

3) Boring dan rasa malas (mary stayed out all night, salah satu drama korea yang boring gilerr, lepas beberapa lama tahan rasa boring tu, di ep. 7 aku mengalah dan stop, tak tengok dah,haha..and ni bukan first k-drama yang aku tengok separuh jalan,ni cuma salah satu jerr..)
Ada satu ungkapan, "Hal baik jangan ditangguhkan, yang buruk tangguh2kan"
Boring dan rasa malas boleh jadi sesuatu yang baik dan juga buruk. Jika kita boring buat salah dan rasa malas untuk buat hal2 tidak berfaedah, maka itu adalah sesuatu yang menguntungkan. Contohnya hati teringin nak pergi disko tapi rasa malas nak keluar, bukankah itu sesuatu yang bagus? Namun amat rugi jika disalahguna pada hal yang baik2 dan bermanfaat. Contoh, boring belajar dan malas ke kelas.
Namun juga ada ungkapan lain, "buat baik berpada-pada, buat jahat sekali-kali jangan". Janganlah kerana ghairah nak buat baik kita mengabaikan efek kebaikan yang kita ingin semai itu seperti ungkapan ini, "too many cooks spoil the soup". Memanglah "many hands make light work" tapi too many pun masalah juga. Islam ajarkan kita bersederhana, maka pilihlah yang sederhana itu. So jika rasa malas hadir, tengoklah balik punca malas itu, jika malas itu menjauhkan kita dari hal2 tidak bermafaat, alhamdulilLah. Tapi untuk itu perlulah tepuk dada tanya iman (jangan tanya nafsu/selera pulak), lihatlah pada dasar hati terdalam, apa yang ia kata dan ia yakini, dan adakah selari dengan agama??
p/s: faham tak? buat2 faham je lah ye..



english proverbs from here: english proverbs

salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

2 comments:

Anonymous said...

salam...
oOOooOOOoooOOOOoOOOOOoo
ni keje kau la buffer crite korea,
wat internet slow... ish3.. sbb kau
tai, tenet slow bnyk mende yg aku da rancang ngn baek xdpt dilaksane... so, rase elok kau tmbh point 4, jgn kaco kelajuan internet dgn care jgn men"buffer" crite korea yg kau tgk half je....

-DC-

'abduH said...

pjg beno oOo nyer..
oit,pndai jerr..bukan ak daa yg bikin tenet slow smpai masok ym pn tak lpas!!
hehe,point 4?so kalo tgk full ok lerr??haha,ok2,ak ingt those words..