Dec 15, 2010

tersasul?-addition rx-

bismilLahirRahmanirRahim

pada zaman RasululLah sallalLahu 'alaihi wa sallam, ada seorang pemuda yang kerana terlalu gembira hingga dia tersasul mengatakan "Allah adalah hambaku", tapi dia tidak disalahkan kerana dia tersilap gara2 terlalu gembira. Bagaimana pula jika kita lihat hari hujan lantas terkeluar, "Kenapa la hujan, susah nak keluar" or seumpamanya..padahal hujan itu adalah nikmat Allah..dan banyak lagilah kurniaan-Nya yang kerana tidak sesuai dengan keinginan kita maka kita lupa untuk bersyukur malah kufur, astaghfirulLah..ingatlah, Allah bagi apa yang kita perlu dan tidak selalunya apa yang kita perlu sama dengan apa yang kita mahu..!!

Ya Allah janganlah Engkau hukum kami kerana kami tersilap atau tersalah..

Banyak ucapan harian kita yang jika dicheck balik, pasti ditemui kesilapan2 pertuturan yang menampakkan kita seorang yang tidak tahu bersyukur, sama ada kata2 itu dikeluarkan secara sengaja maupun hanya terkeluar secara tak sengaja..Padahal siapalah kita dibandingkan nabi Ayyub yang menderita berat (38:41-44) namun masih sabar dan Nabi Sulaiman yang memiliki kerajaan yang begitu luas namun tetap bersyukur (27:40) 
aku sendiri pun kadang2 tersasul maka bagi yang sedar kesilapan itu silalah tegur, mungkin aku tak sedar saat itu..(bersangka baik itu amat indah tapi bersangka buruk itu tampak lagi meriah dek kerana syaitan-ramai2 mengata etc2 sampai yang buruk nampak lebih menarik untuk diperbesarkan!! astaghfirulLah)

Dan selain tersasul, kita juga mungkin ada satu kebiasaan mengeluarkan kata2 yg kurang sesuai yang mana amatlah tidak sesuai untuk dijadikan kebiasaan. Kedengaran di telinga pun sudah tidak enak, apatah lagi jika ia masuk ke hati..?? Bukan apa, sometimes hanya dengan kata2 orang dapat menilai kita. Janganlah hanya kerana kebiasaan kata2 kita menjadikan impression orang negatif terhadap kita..selain itu, orang kata "lisan menggambarkan hati", fikir2kanlah..

Akhir kata, jika anda seorang yang melatah, latihlah diri anda untuk terlatah kata2 yang baik..usahalah..

p/s: banyak kisah2 menarik (tapi bacalah dengan nalar sebab mungkin ada yang secara tak sengaja bercampur dengan kisah2 Israiliyyat..), antaranya
1)kisah para Nabi
2)kisah para rasul
3)kisah2 menarik
4)kisah2 para Nabi dan Rasul

p/s/s: tak pernah puas baca artikel mengenai Jesus menurut Islam dan Kristian - contoh artikel: Nabi Isa -

salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

No comments: