May 17, 2010

soal hati

bismilLahirRahmanirRahim

bicara soal hati, memang tidak dapat lari dari membincangkan penyakit2 yang melanda hati dan bagi aku, aku adalah orang yang paling banyak masalah berkait hati. why?? itu tandanya diri aku amat jauh dari Dia, tanda bahwa hati ini berpenyakit dan perlu dirawat. Dan tahap penyakit hati aku ini adalah tahap di mana buat aku terfikir bahwa jika ada sesiapa sahaja pun yang mengetahui betapa beratnya masalah hati aku ini maka kemungkinan untuk dia menjauhi aku adalah tinggi. Hingga aku terfikir jika ada insan seperti saidina Ali, saidina Usman atau Hudzaifah al-Yamani radhialLahu 'anhum (amin), pastilah mereka menjauhi aku.
Dan bagi aku, antara masalah hati yang sukar untuk diubati adalah sombong, ego, riak, ujub, takabbur dll manakala sifat hati terpuji yang sukar dijelmakan adalah ikhlas, syukur, redha dan qanaah. Amat mudah perkataan2 tersebut meniti di bibir namun tidak semudah itu untuk menyemainya.

Dan sungguh, demi membersihkan hati itu bukanlah satu hal yang mudah, ia memerlukan kepada latihan pembersihan jiwa yang berterusan dan mujahadah yang mantap. Dan latihan serta bimbingan ke arah pembersihan jiwa itu bukanlah dapat dilakukan oleh calang2 manusia. bimbingan perlu kepada seorang atau lebih guru yang mursyid yaitu seseorang yang ikhlas dalam membantu kita dengan syarat bahwa dia adalah seorang yang adil dan sentiasa dapat menunjuki kita kepada jalan yang benar bila mana kita berada pada persimpangan yang memerlukan kita membuat keputusan antara dua atau lebih.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar bugar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada-Mu. Ya Allah kami memohon kepada-Mu kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk dan ilmu yang berguna serta keyakinan yang ampuh. Amin