Jun 2, 2010

Isu

Setelah berlalu beberapa isu, hadir beberapa isu baru..dan..kini..hangat isu Flotilla..serangan Israel si celaka itu ke atas yang tidak bersalah..dan mesir, baru hari ini sedar lalu membuka sempadan Rafah..

Aku mulakan dengan satu soalan, apakah perasaan kita saat pertama kita tahu Israel menyerang Falestin? Eh, silap patut soalan ini dahulu, bilakah pertama kali kita ambil kisah dengan perang antara Israel dan Falestin? Aku tidak tahu bila pertama kali aku ambil tahu tapi pertama kali aku didedahkan adalah semasa di form4. Saat itu Israel masih mahu meluaskan sempadan negaranya. Sunnguhpun negaranya adalah negara haram namun tanpa segan silu mahu meluaskan lagi, heran. Namun yang lagi herannya, PBB hanya membiarkan malah membenarkan dan rakyat Falestin pula tidak dapat berbuat apa2, lagi menambah duka, bantuan dari sekutu2 Liga Arab tiada!! Malah bantuan dari sesama rakan Muslim juga tiada? Negara haram Israel yang sudah bermula sejak 1938 bertambah besar dan meluas dan kini Falestin yang makin terjepit dan terhimpit.

Teman2, adakah perasaan kita cukup untuk menunjukkan betapa sayangnya kita sesama umt Islam? Adakah kita dapat merasakan kesakitan yang saudara2 kita alami? Adakah doa kita adalah doa yang sama kita pinta jika kita dalam keadaan terdesak dan tiada jalan lain? Benar, kekuatan perang muslimin bukanlah pada senjatanya semata-mata, kerana apa? Lihatlah sejarah, apa yang sejarah buktikan? Siapakah yang dibawa ke medan perang? Apakah persiapan yang disertakan di medan perang? Bantuan Allah adalah lebih utama.

Hati ini, walau pernah membara suatu saat dahulu kerana bengang terhadap satu pihak, namun juga merasa malu. Kerana apa? tidak perlulah aku ungkapkan kerana seolah membuka pekung di dada.

Namun aku masih berharap, akan ada antara kita yang imannya sekuat benteng Salahuddin al-Ayyubi dan seteguh Sultan Mehmed al-Fatih yang akan menggegarkan arasy Allah yang Agung dengan rintihan dan doanya yang murni kerana Allah. Aku, bukanlah seorang dari hamba-Nya yang makbul doanya namun tidaklah bermakna tidak perlu berusaha. Usulan pemuda PAS agar umat Islam membaca qunut nazilah setiap solat amatlah baik, namun di sini muncul persoalan, tahukah kita apakah itu qunut nazilah? hehe, aku pun dah lupa bacaannya..ayuh, kita hafalkan dan baca.

p/s tidaklah perlu faham kenapa aku menulis, ia sekadar luahan rasa hati yang sedang berkecamuk dan hilang arah dan perlu kepada bimbingan-Nya.
p/s/s bagi yang yakin dengan janji Allah, pasti mereka sedang bergembira, kerana apa?fikir2kanlah..

M.O.O.D.Y.....!!

bismilLahirRahmanirRahim..

saat menulis ni, sebenarnya aku sedang ketiadaan mood sejak beberapa hari..aku pn tak pasti kenapa tapi aku rasa seolah dunia ini kosong, nothing..aku fikir2kan sebabnya,tak ketemu..aku betul2 rasakan dunia ini tak ada apa2 yang menarik and interesting..tengok nasi tak rasa nak makan, bila lapar masih tiada rasa nak makan, sampailah perut betul2 lapar, itu pun aku paksa makan..

si Rauf tanya, tengok perempuan? entahla, tak berapa rasa pelik pun..Ya Allah, kenapa aku begitu tiada mood beberapa hari ini? adakah ini hanya ujian-Mu? atau? entahlah, aku malas fikirkannya..tapi, yang pasti aku tiada mood..tengok ini tak kena, tengok itu tak rasa apa2, tiada tarikan..ada orang tanya, blogging? sama, tak rasa apa2 yang menarik pada blogging..baca dan menulis sekadar lalu, seolah tiada apa2 yang aku baca atau tulis..

si Rauf pulak cakap, "aku tak taula apa jadik ngan ko,bagi aku makanan adalah nikmat dan pompuan tu fitnah terbesar bagi lelaki, tapi tu pun tak effect?"..bagi aku tak perlu pun orang atau aku sendiri tahu apa yang jadi, cuma apa yang perlu adalah bagaimana untuk back to normal? aku langsung tiada mood..tahu esok ada exam dan lusa ada remed tapi still tiada semangat.. buka internet tiada apa yang menarik, main game tak rasa best pun..Amirul aka Yoll cakap aku "homesick", mungkinkah? mungkin..tapi tiada yang pasti..dengar lagu, watching korean? haha, tiada satu pun yang berjaya tarik minat aku..really2 got nothing to do..nak study?baca sepatah tido..dua patah, keluar balik..

aku rasa aku rindu family and the warmth, juga masakan ma aku..tapi sekali lagi, itu hanya mungkin tapi tiada yang pasti..semalam aku mmpi aku balik malaysia, makan masakan ma aku dan bermain dengan family members yang lain..oh tidak,aku pun boleh terkena homesick kah? tak mungkin2..aku pasti aku tak homesick, tapi hanya hati ini yang mengada2 nak hilang mood..hopefully lepas ni aku kembali ada mood..

and now, aku masih di depan laptop sedang menaip, sambil memaniskan telinga dengan harapan semangatku hadir kembali..bukan untuk study, bukan untuk ada nafsu makan etc2 namun cukuplah sekadar aku dapat merancang hidup ini biar ia menjadi menarik dan tidak hambar-aku suka merancang hidup aku,namun sekarang kesukaan itupun hilang??-..adakah aku terlupa sst yang penting? adakah aku lalaikan sst yang penting? atau kenapa?..maaf kerana anda terbaca post yang tiada mood ini..