Jun 6, 2010

suara hati itu

terbaca blog naem, oh,damn dia curhat lerr pulak!!
so kenapa kalau dia curhat? haa,aku nak mencurhat dalam blogku ini (apa nak jadi, post GS belum bersambung!!)

bismilLahirRahmanirRahim..
beberapa hari ini ada satu hal yang aku sedari. Even ia berlaku banyak kali tapi tetap mahu berkongsi apa yang aku rasa. Semuanya soal iman.

Aku tak mahu komen banyak, cukuplah sekadar aku cakap aku stress dan aku lakukan hal2 pelik dan jarang2 aku lakukan bagi menghilangkan rasa stress dalam diri. Aku ada juga fikir nak buat hal2 terlarang namun alhamdulilLah suara iman menghalang aku.

Iman, walau ia hanya senipis kulit bawang atau senipis kuku namun peliharalah ia jangan biar ia..dan nafsu walau sekuat mana ia dan setebal serta seteguh sebuah gunung namun kawallah ia dan gunalah kekuatan iman yang senipis bawang itu agar tidak makin mengganas dan membuas.

Dan, sungguh semalam aku berbasikal seorang diri dari jam 10.30-12.00p.m just untuk mencari ketenangan di malam hari. Sudah lama aku merancang untuk buat begitu namun aku tahankan atas sebab2 tertentu namun semalam aku dah tak tahan lantas aku capai mobile phone dan wallet lalu keluar.

Apa yang aku dapat? Tiada apa2 pun, bintang pun tidak mahu meriangkan aku, rembulan pula tidak kelihatan. Masa aku keluar, terdengar bunyi nyanyian ala dangdut dekat kepala sapi, aku biarkan kerana fikir mungkin ada orang kahwin??!! Lalu aku berbasikallah keliling sini sana dan sampai di Tomang kedengaran bunyi lagu. Aku pun telusuri sampai ke sumber bunyinya dan ternyata ia dari dekat area kepala sapi. Masa itu aku terfikir, "oh tak mungkin orang kawen, apa kejadah ganggu waktu tidur orang tengah2 malam ni" so dengan hati penuh tanda soal aku menghampiri tempat itu lalu terlihat penyanyi di pentas. MasyaAllah, tidak pernah terlintas di fikiran bahwa akan ada konsert sebegini di dekat rumah aku memalam buta begini. AlhamdulilLah suara iman berkata, "bagaimana kalau aku mati di sini saat melihat maksiat ini?". So, dengan rasa berat hati aku meninggalkan tempat itu. Aku bersyukur kerana masih ada suara iman yang mengetuk dan berkata jujur kepadaku saat aku sudah hampir turut sama melayan perkara itu. Sungguh malam itu aku mendapat sesuatu yang baru, pengalaman bagaimana jiwa yang sedang sakit ini dan perasaan yang sedang tidak tentu ini masih disayangi-Nya. Terima kasih Ya Allah. Walau aku seringkali melupakan-Mu namun rahmat-Mu amat luas.

Buat teman2 sekalian di luar sana, aku mahu cakap cuma satu, kita bermula dalam keadaan lemah dan berakhir dalam keadaan lemah, terkulai layu. Sungguhpun iman kita selemah itu-saat kita lahir dan pergi- namun janganlah kita lupa bahwa rahmat Allah itu luas dan Dia sentiasa ada bersama kita, jadi janganlah berputus asa dari rahmat-Nya. Usahalah dan mohonlah agar Dia sentiasa memelihara diri dan iman kita, jangnlah kita lekakan iman itu lalu tanpa segan silu menuruti nafsu itu. Dan aku berharap kita semua pergi dalam keadaan iman yang sejahtera, bukannya dalam keadaan iman yang hampir mati. Biarlah jasad tidak sejahtera namun hati ini perlulah sejahtera agar bahgia bersama dengan-Nya walau di dunia kelihatan menderita dan terseksa.

Mungkin ada yang tidak setuju dan mungkin ada yang tidak faham namun tidak mengapa, hal ini tidak perlu dimengerti kerana ia adalah pengalamnku justru maaf jika ada sesiapa terbaca dan rasa annoy dengan tulisan ini.