Jun 21, 2010

Emak Ingin Naik Haji

BismilLahirRahmanirRahim..

harap ini perkongsian yang bermanfaat. Tajuk post ini merujuk kepada tajuk sebuah movie yang aku terbaca dari ruang shoutbox blog en Zabidi. Sebelum ini, aku dah tonton dulu movie "Mengaku Rasul" yang tidak kurang menariknya namun tak sehebat "Emak Ingin naik Haji" dari segi efeknya terhadap jiwa penonton macam aku. Mungkin ada yang telah menontonnya dan mungkin ada yang belum.

Sebuah movie yang amat menarik dan dapat dicungkil banyak pengajaran. Movie ini memaparkan 3 jenis manusia yang ingin menunaikan haji. Orang kaya, politician dan orang tua. Si Kaya ke Mekah bukan setakat kerana haji malah ada urusan perniagaan, politician pula kerana mahukan posisinya makin kukuh manakala si ibu tua pula ikhlas kerana Allah dan juga kerana rindu dan cintanya terhadap BaitulLah dan seruan haji.


Dijadikan cerita, si ibu tua dan anaknya menghadapi pelbagai onak sebelum akhirnya berjaya mencapai impiannya atas biayaan keluarga si kaya. Si ibu ini amat baik dan tulus hatinya. Sebuah cerita yang amat menyentuh hati. Jom kita dengar apa kata mereka: