Aug 18, 2010

malas belajar punya pasal

bismilLahirRahmanirRahim

apa nak jadi? buku bukan main banyak dan berlambak lagi dalam almari tak habis2 lagi
study untuk SP IKK pun tidak (baca tak sampai sekerat!!adoiyai)
oh, sekarang aku baru mula benda baru yaitu baca penjelasan dan perkongsian a jews professor
---bout jews---

oh, lupa sebenarnya nak sharing satu benda (aku nak ingatkan diri sendiri sebenarnya!!)
benda ini sudah lapok cuma mahu diulang kembali

1)semua manusia selain anbiya' wal mursalin adalah tidak maksum so janganlah kita me"maksum"kan mereka
2)semua manusia ada kelebihan dan kekurangan so janganlah kita terlalu merendahkan atau terlalu meninggikan seseorg (atau hina atau taksub)
3)mukmin adalah cermin kepada mukmin lain, so tiliklah diri dan akhlaq kita menggunakan cermin itu
4)semua orang pernah buat silap namun janganlah kerana satu dua kesilapan yang dia buat itu membuatkan kita menidakkan semua perbuatan atau kata2nya
5)perbezaaan pandangan dalam masalah furu' itu pasti ada so janganlah kerana kejahilan kita, kita mengatakan kita sahaja yang benar dan orang lain salah kecuali ternyata dia salah
6)tiada yang dapat membuktikan pandangan sejarawan mana yang paling tepat so janganlah tertutup terhadap perbezaan pandangan sejarawan dan pengikut pandangan mereka (hal ini juga boleh dikaitkan dengan teori2 konspirasi)--remember, history never tell us lies but orang yang sampaikan itulah yang buatkan kita fikir sejarah itu begini dan begitu sebab mungkin dia ada kepentingan or itu hanya menurut pandangannya--
7)nobody's perfect, dan Allah Maha Pengampun, namun janganlah jadikan ia alasan untuk terus buat salah or act negatively pulak!! muslim yang ideal adalah yang selalu berusaha membaiki dirinya ke arah yang lebih baik
8) jika ada banyak pihak yang sampaikan berita maka tapislah baik2 dan cubalah untuk berlaku adil. Dan utamakanlah pandangan dari kaum kerabat dan professional muslim (yang adil) dalam menilai hal tersebut.

wa Allahu a'lam