Aug 21, 2010

mahu cakap lagi..

bismilLahirRahmanirRahim

tak lama lepas aku post pasal "am I..", aku rasa aku tak patut post itu semua sebab bertentangan dengan prinsip dan kaedah seruan yang betul.

Tapi lepas difikir-fikir, tak perlulah didelete atau disimpan dalam kotak besi, sebab itu hanyalah menurut pendapat aku, bukannya nak cakap mengeluh itu elok or what, cuma sekadar membuka sedikit minda kita mengenai kerjaya sebagai seorang doktor. As a doctor we've to be able to act as a good motivator, psychiologist, adviser, dll yang bersangkutan dengan mendidik dan memberi semangat kepada pasien. Selain itu perlu ada terapan ilmu bermanfaat. Mudahnya, gabungan semua sekali ilmu yang kita pelajari perlulah digandingkan dengan peran dan beban dakwah yang kita pikul. Gunakan ilmu komunikasi untuk komunikasi secara efektif sekali gus dapat mendidik insan2 yang datang meminta bantuan kita
---cakap memang mudah, tapi part nak buat itulah yang sukar dan susah---

So, sebagai meng"attack" balik post aku sebelum ini, buatlah seolah-olah my statements yang bunyi agak tak bermanfaat dan tak memotivasi etc2 macam tak pernah ditulis.

Besides, perlulah kita sedari, Allah tidak melihat kepada harta benda, kekayaan, dan indah tidak rupa hamba2-Nya, sebaliknya yang dilihat adalah amal dan niat. Amal hendaklah ikhlas kerana Allah azza wa jalla, kaedahnya benar dan untuk tujuan yang benar pula. Amal dan niat hendaklah seiring agar ia semuanya menjadi ibadah pabila dilaksanakan

Kesimpulannya, jangan pernah kita rasa puas dengan apa yang kita ada, dan teruslah berusaha ke arah lebih baik selagi ajal tidak datang menjemput kita, sebab, bila ajal sudah datang dan roh sudah terpisah dari jasad secara literally (bukannya tidur dan bermimpi), dan kita sudah dikuburkan maka dari 3 hal yang mengikuti ke kubur, dua darinya pulang manakala satu lagi tetap menemani kita di alam barzakh hingga bertemu Allah di padang mahsyar, itulah amalan2 kita yang kita lakukan dengan niat kerana Allah azza wa jalla.

Dengan ini, harap jadi peringatan buat kita bersama insyaAllah, sebagai seorang muslim tidak boleh kita merasa lemah dalam menyampaikan risalah dan tidak boleh merasa lemah dalam usaha memenuhi usaha dakwah termasuklah belajar, kerana semuanya akan menjadi teman dan bekal kita kelak insyaAllah. Teringat teguran moderator (kalau tak silap us. Hisham) kepada salah seorang pelajar Imam Muda, beliau mengingatkan bahwa walau sepenat mana sekalipun, sebagai seorang da'ie kita tidak boleh menunjukkan kita seorang yang lemah dan mudah mengalah, dalam hal apapun, kerana itu akan beri kesan buruk terhadap usaha kita dan lebih parah lagi, mengundang keraguan mad'u dan publik terhadap kita. Ingatlah, Allah lebih suka mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah

Oleh itu, wahai manusia bernama Yusran, janganlah kamu mengalah ya..Teruskan berusaha sebab Allah bersama orang2 yang sabar dan sentiasa mengejar redha-Nya. So usahalah(dengah cara, niat dan kaedah yang betul dan benar di sisi Allah) dan berdoalah (disertai sabar dan solat) kemudian berserahlah(bermula dari sebelum berusaha lagi).
Akhir sekali, jangan dilupa khauf (takut kepada Allah yang menjauhkan maksiat) dan raja' (harapan kepada rahmat dan maghfirah-Nya hingga mengundang taubat dan taat)

Mohon ditegur jika ada salah silap
Wa Allahu a'lam