Oct 7, 2010

sebelum waktunya-updated-

salam sejahtera

hari ini hari yang agak menyakitkan tapi tak apa, itu sikit jer..

bagaimana nak implementkan word "semangat" sebagai satu undang2 tubuh? sampai hari ini tak dapat2..
begitu juga dengan disiplin..
hmm, need to find a soln..
kalau di DR perlukan sokongan 2/3 baru boleh naik ke DN dan seterusnya, namun jika dinisbahkan kepada undang2 tubuh, keputusan oleh 1/3 adalah lebih utama diimplementasikan. Kenapa, kerana jika DR dinisbahkan kepada perintah Allah, hasutan syaitan dan godaan nafsu maka jika diambil mudah memang syaitan dan nafsu yang membentuk 2/3 tapi perlu ingat, akal yang berfungsi sebagai pengadil perlu bijak memikirkan kesan2nya. Kerana apa? Sebabnya, perintah Allah dan redha Allah tidak tertakluk kepada suara majoriti.
FIKIR2KANLAH
--susah betul nak implementkan hal2 baik dalam diri esp akhlaq (tabiat/reaksi tanpa fikir) yang terpuji..--cakap senang gila!!tapi nak buat, sekejap ok sekejap tak..

hmm, tadi aku terfikir untuk mem"fire" orang, tapi then aku terfikir, "apa gunanya? aku jamin tiada perubahan or jika ada mungkin akan lebih parah". Kenapa? Sebab sepanjang aku "fire" dan di"fire" aku perasan satu sindrom, iaitu "kalaupun awalnya tiada apa2, jika berterusan di"fire" biasanya akan berakibat sebaliknya", pemikiran itu buat aku terpaksa hold dan tanam balik perasaan nak fire orang.
Contoh: si A suka buat camni, then si B "fire" si A dengan harapan si A sedar then ubah sikap itu tapi si A tidak faham or saja2 buat tak faham or maybe nak sakitkan hati? akhirnya si A makin teruk dan si B pun dah tak boleh buat apa2 lagi dah..!!macam mana??
dan tambah sesal, baru tadi aku fire balik orang!! memang kalau dah lidah laser and suka fire tu agak susah mahu ubah..(yusran2, apa nak jadi nie??)
Kenapa boleh jadi macam tu aku tak tahu. Dulu aku fikir, jika sering di"fire" ada kemungkinan untuk orang tu rasa malu dan tinggalkan benda tu, tapi setelah aku lihat realitinya (including myself), mostly tak macam tu.
Makanya, kalau nak "fire" tu, lihat jugaklah keadaannya, jika hanya memburukkan baik hold dan tak perlu teruskan, tapi jika kesan sama jer or lebih baik hasilnya, aku tak tahulah boleh ke tak. Mungkin boleh kot sebab pernah terdengar kisah dua kanak2 dan seorang pemuda dalam hal wudhu'. 
Pemuda tu tak betul wudhu'nya, dan dilihat oleh dua kanak2. Dua kanak2 tu tak berani nak tegur langsung, maka oleh dua kanak2 itu dilakukan akting, seorang mengajar temannya berwudhu'. Maka tahulah pemuda itu yang wudhu'nya ada silap namun pemuda itu tidak marah kerana menganggap kanak2 tu betul2 belajar wudhu' or kalaupun untuk menasihatinya itu juga bagus.
P/s: adekah aku salah konteks utk kisah ini?
P/s/s: "fire" dlm maksud post ini means memperli/buat sth bukan dgn tujuan menyakitkan hati sebaliknya cara tak langsung utk menegur/saja2 bergurau

Wa Allahu a'lam