Oct 13, 2010

Zaman purba

salam sejahtera..

agak terkejut terbaca rentang waktu antara zaman nabi Adam 'alaihissalam hingga 1masehi adelah 4168 tahun(rasa macam pendek jerr) (klik link dan kanzunQALAM-pendapat lain-). Maksudnya manusia purba zaman paleolitk (50,000-100,000 tahun SM) adalah begitu jauh beza keupayaan mereka secara logiknya. Namun bezanya adalah Adam 'alaihissalam adalah manusia pertama yang dihantar ke muka bumi lengkap dengan agama dan keupayaan2 lain layaknya seorang manusia atau dengan kata lain, memenuhi kriteria bertamadun menurut kaca mata sejarawan Islam seperti Ibn Khaldun.

Begitu juga dengan banjir besar zaman nabi Nuh 'alaihissalam, adakah benar ia menenggelamkan seluruh dunia? Jika benar, maka pasti seluruh dunia dipenuhi satu kelompok manusia sahaja atau beberapa kelompok yang tidak jauh beza. (lihat sini). Setelah baca dan fikir, aku secara mudah buka otak tengok dalam ketuk2, ubah sikit saraf2 kat tepi letak kat tengah sikit, join2kan banyak sikit then conclude yang maybe banjir zaman nabi Nuh bukanlah menghancur dan membinasakan seluruh isi bumi sekaligus..

Cukup dulu, dah penat baca..Masih ada banyak artikel or source yang aku tak larat nak baca!! Belum lagi hal lain yang aku nak confirmkan juga, dan biasanya semangat untuk baca benda2 macam ni datang mendadak sebelum exam dan hilang perlahan-lahan after exam before it comes again when exam come around the corner, again..

any misinformation harap dibetulkan coz aku pun baru belajar..
walLahu a'lam

Manusia

salam sejahtera..

Sebagai makhluq yang punya akal, kita pasti terfikir mengenai asal usul kita. Dari mana kita datang? Kenapa jadi orang Melayu, lahir di bumi Malaysia? Benda2 camni buat aku curious nak tahu in more details about our ancestors. But for sure tidak akan dipakai teori kita berevolusi dari beruk because if we are, then siapakah nabi Adam? Tapi untuk kemungkinan adanya makhluq lain yang menyerupai manusia dari segi bentuk dan posture tubuh itu bagi aku ada (sila klik). Besides, pernah belajar mengenai jenis or spesis manusia yang pelbagai. Jika kita menganggap Adam 'alaihissalam sebagai manusia pertama di muka bumi, maka bagaimanakah proses perkembangan manusia hingga melahirkan ribuan budaya, bahasa, adat, dan cara hidup masyarakat yang pelbagai. Bagaimana manusia2 ini berkembang (genetic pool) dan mengembangkan aspek kehidupan mereka? Setelah tenggelamnya umat rasul Allah Nuh 'alaihissalam, dan terselamatnya baginda dan para pengikut baginda, mereka mula hidup seperti biasa.

Selain melihat dari atas ke bawah, aku tergerak jugak untuk see things from the bottom. Contoh mudah, cari asal muassal bangsa yang dikatakan bangsa Melayu ini. Dikatakan bermula di Palembang,Sumatera namun orang di Palembang itu sendiri dari mana? Adakah migran seperti pendapat yang menyatakan orang Afrika berpindah ke kawasan kepulauan Melayu sekitar 40ribu tahun dahulu (lihat sini) ataukah memang menetap di situ sejak sekian lama? (link

Last sekali, about pembelajaran sejarah di sekolah mengenai zaman paleolitk, neolitik, mesolitik dan zaman batu/logam. Diperkatakan pada awalnya mereka adalah bangsa tidak bertamaddun. Kemudian mereka berjaya membina peradaban mereka sendiri. Jika ia benar, adakah mereka sahaja yang dirujuk sebagai manusia sebelum Adam? (Aku tak pasti selang masa dari zaman nabi Adam 'alaihissalam hingga sekarang)

Kesimpulannya, kajian mengenai manusia sungguh menarik. Mula dari bawah, belajar mengenai tubuh manusia normal kemudian abnormal, macam mana manusia bertindak dan kenapa melakukannya, macam mana bermasyarakat, bernegara dan bagaimana manusia berkembang biak.

p/s: belajar mengenai manusia sungguh menarik, hope aku tidak salah memilih bidang medic untuk mengkaji manusia dan penyakit2nya. Mungkin lepas medik boleh consider sosiologi? arkeologi? ethnomology? social science? history studies?

salah silap sila betulkan sebab aku sendiri masih bertatih
WalLahu a'lam