Oct 16, 2010

genetic pool

bismilLahirRahmanirRahim

sambil menulis sambil layan "A Little Too Not Over You" and "We Remain Unknown" rasa sedaplah pulak lagu ni..

Manusia dicipta serba serbi lengkap, dua tangan, dua kaki dll. Dan kita dilahirkan mewarisi genetik dari mak ayah dan mereka warisi dari parents mereka dan begitulah seterusnya. Setiap ovum dan sperm bawa maklumat genetik tersendiri. Namun bagaimana dengan manusia pertama? sebagai contoh jika dikatakan nabi Adam 'alaihissalam adalah manusia pertama sebagai khalifah di muka bumi dan manusia pertama yang bersyariat dan mentauhidkan Allah maka bagaimana dengan asal muassal genetiknya? dan juga isterinya Hawa? Adakah Allah ciptakan mereka buat pertama kalinya dengan kepelbagaian genetik yang mana menjadikan kemungkinan bagaimana kita sekarang punya pelbagai beza dari segi wajah, warna kulit, golongan darah, rhesus factor dan pelbagai perbezaan lagi yang dimulai dengan perbezaan genetik.

Atau perbezaan kita hasil dari interbreed antara keturunan "adam2 sebelum adam" dengan keturunan adam 'alaihissalam? Jika begitu adakah ayat al-Qur'an mengenai manusia adalah makhluq terbaik dan kata bani adam dalam al-Qur'an merujuk kepada manusia2 hasil dari interbreed ini dan adam yang dimaksudkan adalah semua adam yang pernah dicipta? Kerana jika dilihat, kebudayaan lain telah wujud sebelum nabi adam diturunkan ke bumi. Telah ada manusia purba Homo Erectus soloetus sejak sejuta tahun dulu, dan manusia2 lain sekitan 200 ribu tahun dulu. Bagaimana pula dengan proto-neanderthal yang menurut en. wiki dianggarkan hidup sekitar 600ribu-350ribu tahun dulu? adakah tiada interbreed dengan genus homo yang lain?

Mungkinkah manusia sekarang pelbagai bukan kerana nabi adam dicipta dengan kepelbagaian genetik tapi kerana interbreed antara genus homo yang pelbagai atau mungkin sub-species yang pelbagai?

Dan, jika hendak dikatakan semua manusia hilang lenyap kecuali yang naik kapal nabi Nuh 'alaihissalam pun tidak boleh kerana pada saat sama, ada tamadun lain yang telah bermula sebelum peristiwa banjir besar itu dan masih berterusan setelah peristiwa banjir besar. Namun pada masa sama, fakta bahwa bumi telah berkali-kali ditimpa bencana banjir besar tidak dapat disangkal. Justru mungkin ada banjir lain yang memusnahkan tamadun tertentu.

Hmm, bagaimana pula dengan orang Melayu atau suku bangsa Melayu? Suatu suku bangsa yang dikenal dengan sopan santunnya dan pelbagai pekerti mulia. Bagaimana kita behave sekarang? Orang Melayu adalah satu bangsa unik. Bermula dengan awalnya dipengaruhi Hindu-Buddha (sejak zaman Sriwijaya dll) dan menerima Islam(kerajaan Islam Demak, Kesultanan Melayu Melaka dll). Kesannya dapat dilihat sekarang dalam budaya orang Melayu, masih ada adat2 tertentu yang mengikuti adat Hindu-Buddha walau telah lama menjadi muslim, namun mungkin kerana tidak mengenal mana ritual, mana adat, dan mana agama maka semuannya bercampur baur. Islam tidak difaham menurut lunas dan bagian ilmunya secara komprehensif tapi dikenal sebagai satu ibadah semata. Kehidupan beragama lebih dinisbahkan kepada golongan seperti imam, ustaz,syeikh, tok guru dan bukannya kepada semua penganutnya. Selain itu, timbul kecelaruan seperti yang terjadi dalam agama Sikh apabila sesuatu hal ibadah dijadikan ritual kosong semata, tidak dengan pemahaman konsep ibadah tersebut. Maka lihatlah apa terjadi sekarang, malam tujuh likur, jaga kubur tujuh malam dll masih banyak diamalkan, ia tidaklah seratus peratus salah tapi tidak difahami kenapa ia dilakukan dulu. Menurut orang2 tua, jaga kubur tujuh malam untuk elakkan kafan dicuri orang, tapi jika masih mahu jaga kubur terserah tapi jangan dianggap itu ibadah atau sunnah, begitu juga malam tujuh likur, yassin malam jumaat, tahlil dan lain2, ia bukan sunnah tapi adat namun selagi ada kebaikan darinya maka insyaAllah itulah yang kita ambil. Silapnya kita hari ini kerana tidak memahami kenapa ulama dulu melakukan itu dan ini, maka terjadilah sekarang isu, "ulama dulu takkan tak tahu bila buat macam ni?", padahal mungkin itu hanyalah satu pendekatan dakwah yang dilakukan ulama dahulu?

WalLAhu a'lam