Oct 25, 2010

pulau tidung

salam sejahtera

ingat nak letak gambar tapi byk sangat nak upload so aku biarkan dulu, kalau rajin aku upload

kami ke pulau tidung pada hari Sabtu dan pulang semula pada hari Ahad (23-24/10/2010) dan disertai seramai 31 orang terdiri dari pelajar2 UKRIDA dan Trisakti. Pelajar yang terlibat terdiri dari angkatan 2010,2009,2008, dan 2006
angkatan 2010: Kumar, Luqman, Zul, Zaki, Hilmi, Yazid, Syafi'i, Azuan, Fahmi, Afiq, Hanif, Imrul, Anuar
angkatan 2009: Yusran, Asydad, Rauf, Naim, Hasif, W.M Amirul, Fikri
angkatan 2008: Fauzan (Trisakti), Fahmi, Lokman, Farid, Badiuzzaman, Azrin
angkatan 2006: Zulfadhli, Muhaimin (Trisakti), Zailani (Trisakti), Hamdi (Trisakti), Aiman (Trisakti)

Kami berangkat dari jeti Angke kira2 jam 7.30 pagi dan dijangka sampai jam 10 pagi, tapi kerana ada masalah dalam perjalanan maka akhirnya kami tiba kira2 jam 11.30 di jeti pulau tidung

Setelah tiba, kami dipisahkan kepada dua kelompok yang terdiri dari 18 dan 13 orang. Kedua kelompok menuju rumah masing2, dan aku masuk kelompok besar!!

Lepas rehat, solat jama' taqdim dan qasar serta lunch, kami berangkat untuk snorkelling. Tiba di tempat snorkel kira2 jam 1.30 tengahari, dan kami berada di situ (sambil snorkel lerr) sampai jam 4, then kami gerak ke jeti berhampiran untuk makan2, rehat dan jalan2 tepi pantai.

After that, kitaorang gerak ke jambatan cinta, tempat istimewa untuk lakukan terjunan. Ramai yang terjun ke laut dari jambatan ini dan aku terkecuali untuk round ni sebab dah tukar seluar,haha..So aku dengan Hasif, Fikri dan Rauf just jalan2 sepanjang jambatan itu sambil bergambar,haha..dan juga tengok sunset.

Lepas itu, dah maghrib kitaorang beramai-ramai berangkat balik ke rumah dan serahkan alatan snorkel yang kitaorang pinjam dari penyelia package penginapan tu..Lepas tu, kitaorang balik mandi and solat jama' ta'khir dan qasar. Kitaorang berta'ruf secara ringkas sebelum ke tempat bbq untuk MAKAN sebab bbq ada dalam package. Setelah makan, kitaorang beramai-ramai dibagikan kepada 4 kelompok lebih kecil untuk mengadakan diskusi dan berbicara lebih dekat antara satu sama lain, dan aku dikelompokkan dengan Azrin (sebagai mentor) dan mentee adalah Zaki, Syafi'i, Yazid dan Azuan.

Setelah selesai, kami pulang ke rumah untuk rest. Sebab penat maka sampai2 jer aku terus terbaring tak sedarkan diri.
Esoknya, patut ada qiam tapi semua tak bangun, haha!! (Ada yang bangun tapi sendiri2 lerr)
Aku sedar2 jer, jam dah tunjuk pukul 4.30. Layan ngantuk plus ada orang di bilik air, last2 aku solat subuh hujung waktu dan terlepas tengok sunrise sebab jarak jambatan cinta dari rumah agak jauh dan kitaorang berbasikal.

Di jambatan cinta, kali ni aku terjun!!haha. Aku dan Rauf terjun, aku terjun sekali, dia terjun dua kali (taknak kalah jugak,haha!!)
Then kitaorang breakfast lepas tu ingat nak main beach volleyball tapi sebab cuaca macam tak sesuai so aku balik dengan yang lain2 even ada yang stay main volleyball kejap.

Ok, selesailah prog. So kitaorang balik rest sebelum berangkat ke jeti. Tiba di tempat serah basikal, tahu2 boat lambat lagi, so kitaorang pun jama' taqdim dan qasarlah dulu serta sempat buat kesimpulan majlis dan menyatakan objektif yang ingin dicapai antaranya menyedari potensi diri, merapatkan ukhuwwah, saling berkenal, berjalan melihat ciptaan Allah, pedoman kepada ISK, dll.Setelah selesai sesi kesimpulan (oleh Mad Min) dan penyampaian kata2 terakhir oleh wakil batch (Lokman utk 2008, Naim utk 2010) maka secara rasminya program ini berakhir.

Di jeti, waktu bertolak harusnya lebih awal, tapi kapal sampai lambat so kitaorang bertolak lambat. Kitaorang gerak kira2 jam 2.15 dan sampai di jeti Angke kira2 jam 5. Tidak seperti masa bertolak datang ke pulau tidung, keadaan laut kali ini lebih bergelora dan kami semua hanya mampu berdoa dan bertawakkal agar tiada apa2 terjadi. Sebab, masa tu memang waktu air pasang (kata salah seorang awak2 kapal).

AlhamdulilLah akhirnya kitaorang selamat sampai di rumah masing2 di kota Jakarta di tg. Duren ini.

Dan akhirnya, tadi aku pergi main badminton dengan Mawi, Dabell dan Emi, sebabkan hujan dan banjir so akhirnya terpaksalah kitaorang redah hujan dan banjir untuk balik rumah lepas berbadminton,haha!!

Itulah suka duka hidup dari hari Sabtu sampai hari ini Isnin dan utk kepertama kalinya aku tak tidur kelas dr. Mirza, haha..

sekian..untuk gambar or video, kalau rajin aku upload,haha..(plus, ramai teman2 yg join yg ada fb dah letak gambar dan video kat fb so aku tak letak pun takper..)