Dec 1, 2010

rumah itu

bismilLahirRahmanirRahim..

lama jugak aku puasa dari posting new post..tapi sama jerr, tulis juga cuma draftkan dulu..
akhirnya, masuk jugak bulan baru..(15 posts/month ok..) so bolehlah aku post..

jika kita lihat kepada segala hukum yang Allah tetapkan kemudian berfikir secara logik
dengan melihat dan mengkaji hal2 bersangkutan
insyaAllah kita akan nampak bahwa hukum Allah adalah sebaik-baik hukum
baik dari segi munakahat, muamalat, siasah, ekonomi, dll

contohnya dalam hal memakai hijab (refer 24:30-31, 33:59) , tujuannya memelihara wanita dan menjaga kesucian kedua belah pihak laki2 dan wanita (setiap anggota itu ada bagian zinanya, dan zina mata adalah melihat maksiat)
bagaimana? dengan berhijab menurut panduan Islam tentunya dan laki2 serta wanita masing2 menjaga pandangan
cara? kembali kepada asasnya, memelihara kehormatan wanita, mudah dikenali (muslimah) dan supaya tidak diganggu
jika masih tetap tidak terpelihara dan diganggu maka ada kurang dimana2 mungkin atau mungkin ujian dari-Nya?
ada tambahan? yaitu perlu pelihara hubungan dengan Allah
kenapa? Islam adalah umpama satu rumah yang lengkap (Islam agama yang syumul)
jika buat satu tinggal satu maka rumah itu umpama ada atap tak ada dinding (cacat atau tidak sempurna)
maka wajarlah Allah memerintahkan kita agar "masuklah Islam secara kaffah" dan
wajarlah larangan menyerupai (tasyabbuh) kaum / adat budaya yang bertentangan dengan Islam
kerana kita akan hanya rosakkan rumah kita sendiri, yang dah cantik sempurna
seolah kita tukar tiang besar dengan tiang kecil yang tak mampu support rumah
maka habislah rumah kita, walau kita tukar hanya sekejap..


videos about hijab
part 1

part 2

part 3

dan ingat, perintah cover the head, wearing veil bukan hanya terhadap individu muslimah tetapi kepada wanita ahli kitab juga (lihat video youtube ni-youtube)

p/s: people always talk about hijab, dan ia adalah sebagian dari pakaian..laki2 dan wanita ada pakaian mereka [ diharamkan atas laki2 emas dan sutera; diharamkan atas wanita hiasan yang tersembunyi dan wangi2an serta berhias (ada pengecualian) dll; diharamkan berpakaian yang menampakkan bentuk tubuh, , kerana sombong dll] dan juga ada batas aurat masing2 [laki2 dalam semua kondisi kecuali dengan isteri-dari pusat hingga lutut (sebagian ulama kecualikan lutut jika sesama laki2); wanita dengan mahram-dari pusat hingga lutut(Islam utamakan adab juga); wanita dengan ajnabi-seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan (mazhab Hanafi turut kecualikan kaki) ; wanita jika kecantikannya menjadi fitnah-seluruh tubuhnya termasuk wajah]..namun, sebaik2 pakaian adalah taqwa (7:26)
more about hijab here: UZAR  dan uzar 

ingatan buat diri sendiri yang serba serbi lemah
salah silap saya sila betulkan..
walLahu a'lam