Dec 2, 2010

sekadar berkata

bismilLahirRahmanirRahim

percintaan sebelum nikah, semua rasakan nikmatnya
kerana apa? syaitan dok pujuk rayu
maka bersoraklah pasukan syaitan..(yeaay 1-0!!)
apatah lagi kalau yang sampai berzina sebelum nikah!!
maka bersoraklah pasukan syaitan..(yeaay 2-0!!)
kemudian mungkin ada yang bunuh anak itu
maka bersoraklah pasukan syaitan..(yeaay 3-0!!)
saat kahwin, majlis melanggar syariat, atau ada yang kecewa hingga bunuh diri!!
maka bersoraklah pasukan syaitan..(yeaay 4-0!!)
selepas kahwin?
syaitan dok laga2kan
akhirnya? suami entah kemana isteri ke mana2
kadar perceraian meningkat mendadak, tiada pujuk, tiada rujuk
walau kita tahu, talak adalah perkara halal yang paling Allah benci
(padahal dah bagi tempoh berfikir: ketika isteri dalam iddah)
walaupun perancangan sebelum nikah begitu baik
semua dirancang rapi
namun akhirnya bercerai jua, (dan mungkin ada yang kecewa hingga bunuh diri??)
maka bersoraklah pasukan syaitan..(yeaay 5-0!!)entahlah di mana silapnya
ada yang melihat dominasi wanita
ada pula yang melihat keegoan lelaki
apa2 pun perlu ingat, nikah bukan hanya untuk berseronok kerana
sungguh besar tanggungjawab baik bagi suami maupun isteri
kerana dari kalianlah bakal muncul
ummah yang bakal menjadi khalifah di dunia
dan dari keluargalah dapat dibina asas masyarakat harmoni

bukan itu sahaja
pada aku, mereka yang berkapel terlalu lama ni
sedikit demi sedikit mungkin akan hilang rasa hormat terhadap pasangannya
jika dia benar menghormati pasangannya maka dia akan memelihara
apa yang Allah perintahkan untuk dipelihara, dan tiadalah kapel2 before nikah
pabila rasa hormat itu makin pudar, ia memakan diri
kerana tindakan masing2 seolah tidak menghormati satu sama lain
dan pabila keegoan tercabar maka mudahlah segala sesuatu berlaku

selain itu, mungkin mereka rasakan sudah saling mengenal
hingga merasakan tindakannya betul dalam menghadapi situasi itu
ditambah pasangan pun mengharapkan hal sama
so, bila hal yang tidak diharapkan dilakukan, mulalah..!!
dulu, sebelum nikah semua tak apa
tapi lepas nikah, yang diharapkan adalah perfection kerana masing2 menganggap pasangannya sudah mengenalnya..
padahal tiada yang perfect di muka bumi ini..!!
akibatnya, masalah kecil menjadi besar
pergaduhan yang boleh diselesaikan menjadi kian berserabut
sudah tiada gurau mesra, pujuk rayu, pandangan yang mendamaikan, senyuman sayang,dan
tiada lagi peluang untuk berbicara dari hati ke hati
dan tiada lagi ruang untuk lebih mengenali..

ditambah hilang manisnya pernikahan kerana sudah amat mengenali
tiada rahsia dan cerita indah dapat dikongsi lagi
ini sudah tahu itu sudah tahu, akhirnya
pernikahan itu tampak hambar dari senyum manis, gurauan manja
awalnya mungkin masih hangat
namun untuk berapa lama? kerana sudah biasa bergurau begitu sejak dulu2
kehangatan itu kurang dirasakan

aku rasa itulah salah satu hikmah mengapa jarak masa antara pertunangan dan pernikahan perlu pendek..(selain menjaga kesucian dan kehormatan kedua belah pihak)

itulah kesan dari mengikut nafsu
pernikahan dijalankan tanpa melihat fungsi pernikahan itu
dan kita lupa memohon petunjuk-Nya dalam memilih pasangan
walau kita tahu, hanya Dia yang Maha Mengetahui yang terbaik buat kita
akhirnya, yang jadi mangsa siapa?
anak2lah..jika tak terbiar pun
mungkin kasih sayang yang diperoleh tidak seperti yang sepatutnya
ibu bapa asyik bergaduh menjadi contoh buat anak
ibu bapa berpisah menjadi contoh buat anak2
kesannya, pembentukan peribadi anak2 gagal dijalankan oleh ibu bapa
akhirnya satu demi satu manusia yang ingin dijadikan modal insan tumbang
hanyut dibawa arus gelora dunia fatamorgana yang menipu daya

maka bersoraklah pasukan syaitan..(yeaay 5-0!!)



p/s: tak semua yang kapel b4 nikah itu bercerai, dan tak semua pasangan yang menikah tanpa berkapel terlbih dahulu itu berkekalan pernikahannya, cuma nak cakap, kapel and bahgia b4 nikah bukan jaminan bahwa pernikahan itu akan berkekalan dan bahgia hingga ke akhir hayat..

usha2 gambar google pictures, terjumpa link ini: echagusip
doa istikharah here: youtube

perkahwinan bukan hanya penyatuan dua insan tapi lebih besar, yaitu antara dua buah keluarga, dan mungkin melibatkan penyatuan lebih besar!! (politik RasululLah, nikah as a way rapatkan ukhwah dengan/antara ashab)
bila antara dua keluarga bergaduh..maka bersoraklah pasukan syaitan..(yeaay 7-0!!).
dan akhirnya gara2 stress dan tertekan maka ada yang nekad bunuh diri!! 
maka bersoraklah pasukan syaitan..(yeaay 8-0!!)
yakinlah, jodoh kita telah Allah tetapkan, usaha memang perlu tapi janganlah sampai menggadaikan syariat..
ingat, setiap anggota itu ada bagian zinanya, maka jagalah diri kita..
buat kita semua:  jaga diri dan anggota, serta pakailah pakaian taqwa dan malu..

wanna know more pasal nikah kahwin, jodoh? search for word kahwin/nikah kat saifulislam.com and zaharuddin.net,berlambak kat sana..pasal perceraian pun ada..buat pengajaran kita semua..kat sini pun ada
dan pendapat drmaza part kahwin campur bagus tapi perlu disediakan garis panduan khusus termasuklah dari segi perundangan (utk elak masalah kepada anak2 jika ibu/ayah asal agama lain kembali ke agama asal or bangsa berbeza timbul masalah "antara-bangsa" jika pasangan bergaduh)

p/s: tak sangka akan dapat undangan ke majlis pernikahan orang local-anak Bpk Wahyu-!! ayuh kita ramaikan sebab dia cakap ajak teman2-hmm,ke dia suh ajak housemates jer??ntahlah-..(gedung data tomang, 5/12/2010, 11am-2pm)..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





oh, yang dapat kad itu aku ngan naem (utk umah stroberi lerr, rumah laen aku taktau..)

(teringat satu ungkapan menarik: "kuharap mekar di hati, kan terus mantap, menjadi syafaat, terukir indah di pintu jannah", buat ashab dan teman2 moga pertemuan kita di dunia ini bukanlah pertemuan terakhir kita,insyaAllah,moga bertemu lagi di syurga nan abadi..)

ingatan buat diri alfaqir yang serba lemah
salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam