Dec 18, 2010

buat salah?

bismilLahirRahmanirRahim..

siapakah kita? manusia yaitu orang2 yang pelupa. Bumi mana tidak ditimpa hujan?
Semua orang pernah buat salah, bezanya bagaimana kita react dengan kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan

Sebaik-baik yang berbuat salah adalah yang bertaubat. Berkenaan hal ini sila baca artikel dr MAZA, artikel beliau dengan terang dan jelas menjelaskan mengenai taubat dan dosa berulang.

Kita sebagai manusia perlu tahu, walau sebaik mana orang itu, pasti pernah buat silap. Bagi orang2 yang takut kepada Allah, hal2 kecil dan sepele walau tidak membawa kepada dosa pun begitu diperhatikan. Contoh terlepas solat sunat qabliyyah, mereka merasa amat rugi kerana tertinggal hal yang amat dituntut. Lantaran rasa bersalah itu mereka mendenda diri sendiri dengan menggandakan amal ibadah!! MasyaAllah!!

Kita tidaklah sampai ke tahap itu, namun bagaimana kita bereaksi dengan kesilapan kita? Baik kesilapan itu dosa kecil, dosa besar, kesalahan melibatkan hablumminalLah atau hablumminannas. Adakah kita hanya membiarkan sahaja dan tidak melakukan apa2? Atau adakah kita memohon maaf, bertaubat kemudian mengganti hal buruk atau kesalahan yang kita lakukan dengan kebaikan2 dan kebajikan? Jika kita yang memandang ringan terhadap silap dan dosa sendiri, bagaimana mungkin kita mengharapkan Allah mengangkat darjat kita di sisi-Nya? sedangkan kita memandang ringan terhadap perintah dan larangan-Nya serta adab2 terhadap-Nya..Padahal kita hamba Dia Tuan!!

Sebaik-baik orang bertaubat adalah yang tahu dirinya bertaubat dan berusaha bersungguh-sungguh bagi menyelamatkan diri dari terjatuh dalam lubang yang sama, itulah ciri mukmin sejati..
hmm, bagaimana diri kita? fikir2kanlah, adakah kita termasuk golongan yang rasa bersalah lantas bertaubat atau tahu salah tapi sombong??
Tapi ingatlah, syurga tidak dapat dimasuki oleh orang2 yang sombong..apa makna sombong? carilah sendiri..

salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam