Dec 21, 2010

hati-hati dengan hati

bismilLahirRahmanirRahim..

Hati manusia itu ada yang bersinar dan suci, ada yang berkarat dan kotor
hati kotor dan berkarat itulah yang membahayakan diri dan persekitaran
jika dari hati itu terbit perasaan dengki yang tidak kena tempatnya, marah yang tidak kena tempatnya dll
maka ia pastinya akan mencalarkan maruah diri dan Islam itu sendiri
ini kerana jika sifat hati yang buruk ini mencambah dalam masyarakat, maka
akan timbul satu situasi fitnah dan percakaran dalam kesatuan ummah

Jika hati manusia lurus kepada Allah maka bagaimana mungkin akan timbul pergaduhan?
jika muslim dapat bertolak ansur dan bina kesefahaman atas jalur Islam maka bagaimana dapat timbul perbalahan?
memang tidak dinafikan, perbezaan pendapat pasti terjadi
namun itu bukanlah perkara atau isu besar yang perlu diperbesar hingga timbul perpecahan dan firqah2!!
Kecuali ia bertentangan dengan aqidah yang benar dan syariat yang benar secara qat'ie
maka perlu dan wajib dihalang ia dari berkembang dan merosakkan orang lain

ok, takmau panjang2, bagaimana nak tilik hati kita?
tadi aku terfikir, salah satu cara adalah dengan
lihatlah saat kita akan solat dan saat kita solat, bagaimana hati kita?
bagaimana hati kita saat solat, yakni saat di mana sepatutnya seluruh hal keduniaan dibuang dari jiwa
jika saat menghadap yang Maha Esa pun kita masih berani lalai dari-Nya padahal saat itu harusnya kita hadapkan diri hanya kepada-Nya kerana saat itulah kita berada paling dekat dengan-Nya
maka logiknya jika dalam solat pun hati macam2, maka luar solat apatah lagi!!
so bagi aku, salah satu punca kenapa hati kita bermasalah adalah kerana bermasalahnya solat kita
baik secara zahir (jamaah) mahupun batin (hati ketika solat)

lirik di sini: justsomelyrics
last but not least, kualiti adalah lebih diutamakan dari kuantiti
apa guna ramai kalau tidak dapat dimanfaatkan untuk Islam?
dan hati yang kuat tekad serta ikhlas adalah antara ciri mukmin yang berkualiti
janganlah kita terpedaya dengan ramainya orang melakukan hal salah
tapi ikutilah golongan sedikit yang thabat atas jalan yang lurus
insyaAllah dengan itu kita selamat

p/s: hmm, aku pergi masjid pun tak berhubung jugak dengan jemaah lain!!adoiyai..-camne nak mulakan borak dengan orang yang kita tak biasa/tak kenal??-; really2 kagum dan jealous dengan orang2 yang mudah mesra/masuk dengan orang tidak dikenal/tak sealiran sebab aku susah nak bergaul dengan orang tak dikenal unless mereka mula dulu..

p/s/s: amat mudah untuk berkata tapi amat sukar untuk laksanakan gara2 hati dan zahir tidak sejalan..dah decide, moga dipermudahkan dan dibuka jalan insyaAllah..hanya pada-Mu aku bermohon dan menyerahkan segala urusan..
bukanlah hilang semangat, hilang idea etc2, cuma bagi masa bagi diri sendiri untuk reflek diri insyaAllah..
salinglah mendoakan agar kita semua selamat mendayung sampan kecil di tengah lautan badai yang penuh pancaroba, sungguh aku takut dengan badai yang menimpa sedangkan daku masih sama, tiada persediaan dan kekuatan menghadapi badai itu!! Allahu Allah.. sekian
moga Allah menyelamatkan kita semua, amin 
latihan : cabaran fizikal!!

ingatan dan renungan atas diri sendiri (yang masih tercari-cari arah dan panduan..)
dari insan lemah kerana tak sanggup memperdaya diri sendiri
salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam