Jun 25, 2011

jangan berputus asa

bismilLahirRahmanirRahim

alhamdulilLah masih dikurnia ruang dan dan waktu untuk mencatat buah fikiran yang muncul di benak fikiran.

Malas, tiada mood, hilang selera, tidak kuat, rasa lemah, rasa gagal, mengalah dengan ujian setelah berterkad dll lagi. Kenapa kita mengalah?

Ok, pertama mahu tanya, apakah itu malas? Bezakan antara malas dan hilang mood. Malas bukanlah hilang mood dan juga bukan boring atau rasa mengantuk. Begitu juga antara tidak mahu dan tidak tahu. Ada orang tidak mahu kerana tidak tahu dan ada orang memang tidak mahu walau tahu. Malas tiada ubatnya melainkan diri sendiri. Jika kita hilang mood, rasa lemah semangat dll maka boleh kita cuba kuatkan semangat dengan zikrulLah atau buat benda2 yang boleh menaikkan semangat dan menggembirakan hati. Namun kalau malas dijadikan alasan maka tiada lain jalan keluarnya melainkan paksaan. Memaksa diri untuk rajin, itulah ubat paling mujarab. (jika orang lain yang paksa, biasa tak tahan lama sebab kita tak suka dipaksa). Pada aku malas adalah kondisi tidak mahu buat kerja dan hanya mahu bersenang-senang. Jika lakukan kerja jika kondisi menyenangkan itu namanya bukan malas tapi ikut emosi dan ikut mood.

Kadangkala kita bukanlah malas, cuma kita merasakan kita malas kerana ghalibnya kita suka bersenang-senang dan tidak berapa gemar dengan perjuangan, kesusahan, jerih payah dan lain-lain yang memerlukan kita untuk memerah fikiran, banyak bergerak dll. Budaya bersenang ini dilayan dan ditambah garam oleh pihak2 yang mengambil kesempatan atas kemalasan kita, maka timbullah delivery dll. Jika kita sudah biasa hidup dalam perjuangan maka kita akan rasa bahwa sikap malas itu merupakan sesuatu yang amat tidak bernilai. Saidina Umar radhialLahu anhu mahukan ruang dipenuhi oleh orang2 seumpama abu ubadah al-jarrah, muaz bin jabbal, salim, kenapa? kerana mereka insan2 yang rela berjuang walau apa pun rintangan yang melanda, walau sebesar mana ombak, walau sebanyak mana onak dan duri yang harus dilangkah. Muaz adalah dari kalangan ansar, salah seorang dari 12 orang yang ikuti perjanjian aqabah pertama, dan sahabat yang dihantar ke yaman untuk berdakwah.

Malas tidak sama dengan tiada mood. Malas pada aku menunjukkan indikasi tidak mahu dan tidak mahu dimahukan, dengan cerita yang mudah, tidak suka situasi terpaksa. Orang malas bila tiada kerja maka dia hanya duduk membuang masa, tidak memahami dan tidak mengetahui apa yang sedang dilakukan, melepak dll. Jika hilang mood, dia asalnya penuh semangat namun kerana ada rintangan tertentu seperti masa, gangguan belajar dll membuatkan dia tak boleh fokus dan hilang mood. Dia tidaklah malas, sebab jika diberi kondisi sesuai dan optimum dia akan lakukan kerja dengan sebaiknya. Berlainan dengan malas, tiada kondisi yang sesuai, semua serba tak kena, yang kena hanyalah duduk membuang masa.
p/s: bezakan juga antara malas dan rasa tak sesuai dengan jiwa dan tidak suka. contoh, ada ta'lim, kadangkala orang bukan malas pergi ta'lim tapi merasakan ta'lim tak sesuai dengan jiwanya dan dia pun tak suka dengar ta'lim. Untuk ini, ubatnya adalah selitkan hal yang sesuai dengan jiwa dan kesukaan seseorang (tentu saja jangan sampai menyelisihi dan membelakangkan syariat)

Lain lagi dengan patah semangat, putus asa dan seumpamanya. Salah satu hikmah kenapa hasil usaha kita tidak kita ketahui adalah untuk mendorong kita terus berusaha. Jika kita sudah tahu hasil kita setakat itu maka kita tidak akan berusaha untuk dapatkan lebih lagi, dan jika kita diberitahu awal2 lagi bahwa kita akan gagal, nescaya kita tak berusaha untuk tak gagal sebab confirm gagal!! Dan itulah beza aqidah ASWJ dengan qadariyyah dan jabariyyah. Kita tidak meletakkan diri kita berkuasa tapi kita meletakkan diri kita sebagai pengusaha. Apabila kita telah bertekad, maka kita berusaha seupaya mungkin untuk mencapainya, dan kita akan terus berusaha sampai kita sudah tidak ada kekuatan. Kekuatan disini bukanlah kekuatan idea, roh dan jiwa tapi kekuatan fizikal. Namun ada keadaan di mana kita tak perlu usaha berlebihan. Contohnya, kita mahu kerja sebagai doktor tapi kita tiada ijazah kedoktoran sebaliknya ijazah kejuruteraan, tak payah susah2 apply kerja doktor, apply lah beribu kali pun takkan dapatnya sebab syaratnya kita tak penuhi. Tapi jika apply kerja sebagai jurutera, pengurus dan lainnya yang memenuhi syarat, insyaAllah dapat. Usaha perlu ada tapi caranya biar betul dan matlamat biarlah logik dan mampu capai.

Mudah cerita, janganlah kita berputus asa dan mengalah kecuali pada perkara yang jelas2 bahwa jika kita cuba pun takkan dapat, maka tukarlah haluan/matlamat atau ubahlah cara, buat sakit hati jerr mencuba (contoh yang sijil dan kerja tadilah). Namun jika cara sesuai dan matlamat jelas dan logik, maka usahalah. Janganlah kita mengatakan kita tidak mampu sedangkan kita belum usaha sampai ke titik peluh  terakhir. Bila kita bertekad, maka berusaha, berdoa dan bertawakkalLah kepada Allah. Usaha itu perlulah berterusan, jangan mudah mengalah dan berputus asa dari rahmat Allah. Kalau kita gagal kali ini, tingkatkan usaha dan cuba lebih kuat. Banyakkan bersabar dengan ujian Allah. Merasa lemah, tidak mampu yang membawa kepada tidak berusaha dan makin longlai dalam perjuangan adalah anak panah syaitan. Ingatlah Allah maha Mengetahui keadaan hamba-Nya, Dia tidak mungkin menguji hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu hamba-Nya hadapi. Cuma bagaimana kita menyikapi kesungguhan dan ujian membuatkan kita berbeza.

Akhirnya kembali kepada sikap dan bagaimana kita menyikapi. Keduanya menjadi indikator siapa kita, bagaimana cara berfikir kita, dan apa yang kita inginkan.

Mohonlah kepada Allah agar dijauhkan dari sifat malas (kasl).

p/s: ini tak begitu sesuai diapply pada perasaan cinta. Sebab apa? sebab jika kita rasa kita benar2 cintai seseorang, dan cinta itu ditolak, kita boleh usaha lagi namun rasanya lebih baik kita lupakan dia dan cari yang lain sahaja, bukankah itu lebih mudah? tak perlu susah2 fikir kenapa ditolak, adakah dia suka orang lain etc2, lagipun cinta tak boleh dipaksa-paksa sesuka hati. Memanglah jika asalnya tiada cinta, dengan berlalunya masa boleh timbul cinta, dan kita pun boleh usaha ambil hati dll, tapi aku lebih suka pendekatan "bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor", dan "kalau dah jodoh ketemu jua akhirnya", itu lebih mudah dan tenangkan jiwa dan fikiran. Janganlah diseksa jiwa sendiri.

salah silap saya sila betulkan
walLahu a'lam

2 comments:

Zaim Van Java said...

yusrannn.... nanti aku kasi citer nora elena, kau tgk... mcm mana gayanya org tak berputus asa dan bersabar...

kk nice post bro, tp pnjang, tp aku habis bace gak, tapi berpeluh sikit jek...kk..

tata... =)

'abduH said...

hahah,ok2..