Jun 22, 2011

semaikan budaya merujuk pakar

bismilLahirRahmanirRahim

terkesan setelah terbaca dua artikel menarik dari dua insan hebat
Sekerat-sekerat Akhirnya Rosak dan Sesat dan  Pentingnya Budaya Merujuk Pakar juga
Penyakit Extension Dalam Logika Politik

kadangkala kita merasakan apa yang kita tahu itu sudah cukup untuk membolehkan kita bercakap mengenai isu itu sedangkan kita tidak jelas dan tidak tahu dengan pasti. Apakah tuntunan kepada yang tidak tahu? diam..

Kita sering bertindak seolah kita tahu semuanya, hingga akhirnya bila sedar diri salah kita menjadi malu sendiri

Kenapa amat sukar untuk kita berkata, "aku tidak tahu, tanyalah yang tahu", kan senang. Kita tak perlu susah2 nak fikir jawapan salah yang difikir betul dan kita tak perlu susah2 nk betulkan kesilapan

Padahal telah jelas panduan untuk kita, bertanya jika tidak tahu, selidiki untuk dapatkan kepastian, jujur terhadap ilmu, tegas terhadap kezaliman (tidak letakkan sesuatu sesuai tempatnya) dll

Bukanlah budaya lepas tangan tapi jika benar kita tak pasti maka lebih baik akui kekurangan diri dari memandai-mandai hingga menyebabkan fitnah lebih besar. Jika kita telah jelas duduk letaknya sesuatu isu setelah membaca, bertanya, mengkaji dan menilai pandangan para pakar maka silakan jika mahu guna nalar, tapi pastikan tiada budaya condemn dan saling menjatuhkan kerana mungkin mereka terlepas pandang dan lain sebagainya atau mungkin di situ terdapat percanggahan pendapat ulama dan pakar, maka siapalah kita untuk mengatakan dia salah kita betul? mungkin kerana inilah maka ia menjadi fitnah kepada umat ini dan fitnah ini sentiasa hidup tidak pernah mati, kerana ramainya golongan caca merba dalam masyarakat.(pesanan buat diri sendiri)

Moga kita termasuk kalangan orang2 yang menjaga lisan dan hati. lisan amat banyak menghantarkan manusia ke neraka, nauzubilLah min zalik.

correct me if i'm wrong
walLahu a'lam

1 comment:

Zaim Van Java said...

malu bertanya, sesat jalan...